MEREKA yang sedang rancak berborak di ruang tamu itu tidak sedar akan malam sudah menjelma.
Ada sahaja cerita yang ingin diceritakan pada mereka bertiga. Jarang-jarang dapat berbual macam ni sekali.
“Oh Irina. Sebelum aku terlupa kan. Kita orang ada beli rumah banglo dua tingkat dekat dengan pejabat ayah Qistina." Ujar Nadia menukar topik perbualan.
“Banglo? Korang tinggal sekali? Kenapa?" Soalnya masih lagi tidak faham.
“Haah. Ayah aku paksa suruh aku kerja dulu buat sementara sebab aku kena gantikan abang aku yang kat overseas tu. So nak tak nak aku kena masuk kerja je lah." Balas Qistina.
“Jadi sebab tu kami tinggal sekali. Pejabat ayah Qistina dekat dengan banglo yang kami nak beli ni." Tambah gadis itu menyambung ayat Qistina yang belum habis tadi.
Irina yang mendengar itu mengangguk. “Mana aci korang boleh tinggal sekali tapi aku tak boleh" jelas kedengaran ada rajuk pada ayatnya itu.
Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum tawa kuat terlepas juga. Kelakar melihat wajah cemberut Irina dengan muncung dia tu. Cute!
“Kalau kau belum lagi jadi isteri orang, dah lama tau kami ajak kau. Tapi itulah..kau kena ada disamping suami kau. Disamping Anas sebab tempat isteri adalah di sisi suami." Okey Qistina dah start dah buka ceramah pendek dia tu. Bila-bila masa ja perempuan ni boleh jadi ustazah.
“Betul tu Irina" Nadia pula menyokong kata-kata Qistina dengan kepala mengangguk berkali-kali.
“Mhm yelah" pasrah saja dia bila mengenangkan status sebagai seorang isteri. Betul kata Qistina tu. Tempat isteri perlu di sisi suami.
Tiba-tiba kedengaran pintu masuk condo itu dibuka kasar oleh seseorang membuatkan mereka bertiga serentak berpaling ke arah si gerangan itu.
“Anas? Kenapa?" Berkerut dahinya melihat Anas yang sedang tergopoh-gopoh menaiki tangga menuju ke biliknya. Pertanyaan dia pun buat tak endah je.
“Kenapa tu?" Soal Nadia pula dengan ekor mata melihat belakang tubuh Anas sudah masuk ke dalam bilik.
“Entah." Balasnya dengan kedua bahu diangkat.
Lama keadan begitu sehingga Qistina pula yang mula bersuara. Dikerling jam tangan sekilas sebelum tangannya menepuk dahi sendiri.
“Kenapa Qis?" Soal mereka berdua serentak.
“Dah malam dah ni wey. Tak perasan pula aku. Banyak benda lagi kita orang kena pindahkan barang ni"
Mendengar itu Nadia juga kelihatan gelabah. Macam mana dia dah tak sedar yang hari sudah pun malam. Inilah pasal berborak sampai tak ingat dunia.
“Okeylah kalau macam tu Irina. Kita orang balik dulu." Cepat dia meminta diri dengan beg slingnya disangkut pada bahu.
Irina mengangguk. Tiga sekawan itu berpelukan kejap dengan kedua pipi mereka dilagakan.
“Nanti datang lagi tau"
“Ya. Nanti kami datang lagi" sahut Qistina yang sudah pun berjalan keluar ke muka pintu.
Hilang sahaja kelibat mereka berdua itu panjang lehernya menjenguk ke atas. Hairan dengan Anas kenapa tiba-tiba masuk terus ke dalam biliknya.
Kaki menapak ke atas bilik lelaki itu lalu ringan sahaja tangannya memulas tombol pintu.
Berkerut kening saat melihat Anas sudahpun mengemas seluruh biliknya. Juga fail yang tidak sengaja ditolaknya pun sudah tiada.
Mata memerhati sahaja keliling sehingga terdengar keluhan berat dilepaskan oleh Anas. Segera dia bertanya.
“Kenapa Anas?" Soalnya perlahan.
“Hah?" Wajah diangkat dalam terpinga-pinga. Tak sedar Irina sudah pun masuh ke dalam bilik. Nasib baik dia sempat kemas tadi kalau tak, tak tahu lah nak bayangkan macam mana.
“What's wrong? Ada masalah?" Punggung dihenyak di sebelah suaminya. Senyuman nipis diukirkan. Dia tahu Anas ada banyak sangat masalah. Jelas wajah lelaki itu sedang berserabut tika ini.
Tak tunggu lama, cepat Anas mengangguk. Jujur sahaja akan pertanyaan gadis itu.
“Masalah apa?" Lembut dia bertanya.
Anas menggeleng. Tak mungkin dia akan bagitahu masalah besarnya. Tanpa dipinta terus tubuh kecil Irina dipeluknya erat.
Dia yang menerima pelukan mengejut itu terus membatu. Terkaku seluruh tubuh dengan perbuatan Anas.
“Stay with me Irina" gemersik suara itu berkata menyapa halwa telinganya.
Seluruh tubuh menjadi kaku tak bergerak. Tapi masih jelas di pendengaran telinganya apa yang dikatakan Anas. “Ya, saya akan selalu ada disamping awak Anas. Kenapa ni?" Dia bertanya hairan walaupun jelas suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.
Pelik dengan kata-kata Anas untuk selalu ada dengannya walhal dia akan selalu ada disamping lelaki itu. Apa..yang sebenarnya dah terjadi?
“Promise me"
“Ya, I'm promise" belakang tubuh Anas digosok kejap sebelum perlahan-lahan lelaki itu meleraikan pelukan.
Sekali lagi dahinya berkerut saat dia terpandangkan ke arah mata yang Anas yang sedang merah. Dia menangiskah?
Tak sempat cecair jernih itu ingin turun membasahi pipi, cepat sahaja tangannya menyeka air mata. Tak mahu dia terlihat lemah walaupun saat ini dia sudah penat dengan lakonannya sendiri.
“Jom solat"
Kata-kata Anas yang berbaur arahan itu membuatkan dia terkebil-kebil memandang sang suami.
“Solat?" Masih tak dapat lagi dia menangkap akan arahan Anas. Wajah blur di tayangkan.
“Yes. Jom" balasnya dengan kepala diangguk.
“Tapi saya..." Ayat yang tak mampu dia teruskan membuatkan dia gigit bawah bibir. Macam mana ni aku nak bagitahu ni.
Melihat itu Anas senyum nipis. Tangan Irina ditarik supaya berdiri di hadapannya. Mahu tak mahu malas-malas gadis itu bangun berdiri.
Tiba-tiba kedua tangan Anas memegang pipinya lembut dengan mata lelaki itu memandang tepat ke wajah Irina.
“Don't worry. Saya ada. Saya boleh ajar sayang solat." Seperti tahu saja apa yang dia ingin katakan itu. Sungguh lelaki ini buat jiwanya tidak keruan. Terasa sebak di dada kerana ada juga orang yang akan memimpinnya ke jalan yang betul.
Kini giliran dia pula memeluk tubuh Anas. Erat. Kepala disembamkan ke dada bidang lelaki itu. Dia mengemam bibir sendiri agar tangisan tidak pecah di situ jua. Hati tisu betullah kau ni Irina.
Anas menggosok perlahan kepala sang isteri. Senyuman melebar diukirkan.
“I love you sayang" ubun-ubun Irina dicium penuh syahdu sehingga gadis itu menutup mata sendiri. Seperti di alam mimpi pula dia di layan sebegini rupa.
“I love you too"
~•~•~•~•~•~•~•
Senyuman semanis gula diukirkan saat melihat wajah Aydan terjengul di muka pintu. Jelas wajah lelaki itu baru sahaja bangun dari tidur.
“Awak..baru bangun tidur ke Aydan?" Soalnya menatap penuh wajah lelaki kesayangan. ‘Muka baru bangun tidur pun hensem Aydan ni'
“Hurm..You yang kacau I tidur" balasnya. Sungguh dia tidak berapa minat dengan Laura. Walaupun mereka digelar sepupu, tapi sejak kecil lagi dia tidak rapat akan gadis itu walaupun Laura cuba ingin mendekatinya.
Dia tarik muncung panjang. Acah merajuk walaupun dia tahu yang rajuknya tak akan dipujuk oleh Aydan.
“You buat apa datang sini?" Terus dia bertanya direct malas ingin berbual panjang.
“Owh good question. Saya datang ni nak jumpa awak."
“For?" Cepat sahaja dia menyoal membuatkan Laura mengemam bibirnya rapat.
“Pasal Irina." Perlahan ayat itu dituturkan tapi cukup jelas di pendengaran Aydan.
“Why?" Kening sengaja bertaut rapat. Wajah serius dipamerkan.
“Err boleh kita berbual dalam rumah?" Pintanya perlahan kerana sudah rimas berada di luar yang penuh dengan nyamuk waktu ini.
“No. Cakap je dekat sini. Kenapa you nak bercakap tentang Irina?"
“Err.." Giginya dikancing kuat agar tidak akan menghamburkan marah pada lelaki itu. Pantang betul dia dengan manusia yang biadab melayannya.
“Cepat Laura. I takda masa nak tengok muka you 24 jam" suara Aydan berkata mematikan lamunan pendeknya.
Senyuman nipis dihadiahkan sebelum dia berdehem kejap. Membetulkan suaranya agar kedengaran tidak kekok.
“Mhm..Awak...masih lagi ada perasaan dekat Irina?" Penuh berhati dia menyoal. Takut pula kalau tiba-tiba Aydan naik hantu ke apa kejap lagi.
Keningnya sengaja dijongketkan. Badan disandarkan pada pintu. Senyuman sinis dipamerkan.
“Kenapa you nak tahu?" Sengaja dia menyoal apabila melihat wajah cuak Laura.
Kepala yang tidak gatal digarunya perlahan sebelum dia turut membalas pandangan serius lelaki itu. “Err maksud Laura...Laura tak nak lah kalau Aydan terus menyimpan perasaan pada isteri orang kan. Lagipun selama ni Aydan dan perempuan tu..."
“Nama dia Irina, Laura" terus bicara Laura dipangkasnya laju.
Tangan dikepal kuat. Ditabahkan juga hati ini agar tetap tersenyum. Sabar Laura sabar.
“Arr yes. Irina. Sebab Aydan dan Irina kan just as friend. Mungkin..Irina pun anggap Aydan ni sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Lagipun dia dah ada suami iaitu abang Laura sendiri. Takkan Aydan nak kacau..."
“Kalau I masih lagi tak move on dengan semua ni, I akan bagitahu Irina semuanya yang Anas dah kahwin lain. You nak tahu kenapa I rahsiakan semua ni dari Irina?.." Sekali lagi ayat itu dicantas dengan soalan yang penuh tanda tanya.
Cepat gadis itu menggeleng.
“Because I sayang dia. Such as friend. I tak sanggup tengok dia sedih bila dia akan tahu semuanya nanti. So..I dah move on dengan semuanya dan I dah lupakan Irina dalam hati I sebab I tahu yang Irina pun tak suka kalau I terus simpan perasaan cinta I dekat dia. I buat semua ni demi Anas sebab I tahu dia betul-betul cintakan isteri dia. I tak sanggup nak rosakkan rumahtangga cousin I sendiri sedangkan I pun hairan macam mana you sanggup nak rosakkan rumahtangga abang you sendiri atas kepentingan you. You so selfish Laura"
Panjang lebar dia meluahkan apa yang terbuku di hati. Wajah tetap serius merenung tepat ke wajah Laura yang jelas terkesima apa yang dikatakannya barusan.
Laura menahan air mata dari tumpah. Sungguh kata-kata Aydan itu bagai belati menusuk tajam ke jantungnya. Selfish? Tak! Dia bukan selfish. Sedikit sebanyak kata-kata Aydan itu cukup membuatkan dia sedar akan kesalahan dirinya. Tapi..dia masih lagi tidak boleh terima jika dirinya digelar selfish. Itu tak mungkin!
“Saya balik dulu." Perlahan dia menutur kata dengan kepala ditundukkan ke bawah.
Melihat Laura sudah pun berjalan keluar itu keluhan berat dilepaskan. Haraplah Laura sedar akan kesalahannya suatu hari nanti.
~•~•~•~•~•~•~•
Tangan Anas dikucup lembut sebelum bibir lelaki itu pula mengucup dahinnya. Terpejam rapat saat merasakan bahagianya dia tika ini menerima kucupan sebegitu.
“Good wife" kepala sang isteri yang masih dibaluti telekung itu diusap. Irina kuntum senyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan.
Ringan saja jarinya naik menyentuh pipi kiri gadis itu. Jari telunjuknya di tekan lembut pada lesung pipit Irina.
Melihat itu Irina kerut kening. Anak mata Anas ditatap lama. “Why Anas? Ada apa-apa tak kena dekat pipi saya?"
“No. Saya just nak pesan."
“Pesan? Pesan apa?"
Anas senyum melebar dengan tangannya mengelus lembut pipi sang isteri. “Ingat ye sayang. Senyuman sayang tadi tu, hanya untuk Tengku Anas Danial. Tiada sesiapa akan tengok senyuman sayang selain suami dia. And this..." Sekali lagi jari telunjuk naik menekan lembut lesung pipit itu.
“Your dimples, just to me. Understand?" Lembut suara itu berkata menatap lama wajah cantik wanita di hadapannya..
Irina mengangguk perlahan. Dalam hati diruntum rasa sebak melihat perubahan sikap Anas. Sungguh lelaki ini berjaya membuatkan hatinya selalu berbunga-bunga.
“Terima kasih Anas" ucapnya tiba-tiba berubah sebak dengan air mata mula bergenang.
“Untuk?"
“Untuk semuanya. Awak dah ajar saya erti cinta dan awak dah...ajar saya ke jalan yang lurus. I'm really really grateful because Allah kurniakan seorang suami yang mampu pimpin saya ke syurga. Selama ni..saya kurang tahu dari segi agama. Saya...jarang untuk beribadat sedangkan saya tahu perkara itu wajib. Saya..seorang manusia yang.."
Tak mampu dia ungkapkan kerana baginya perkataan itu sangat perit. Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi. Dia sedar..dia manusia yang sering kali membuat dosa. Dia tahu itu.
Anas perlahan mengengsot dekat dengan isterinya. Kepala Irina dibawa ke dadanya lalu belakang Irina digosok lembut.
“Saya...saya pendosa Anas. Saya..saya pernah jejakkan kaki saya ke kelab malam sebab..sebab saya terpaksa walaupun saya tahu tempat itu menjijikkan" semakin kuat dia menghamburkan tangis walaupun jelas suaranya tenggelem timbul.
“Shh..Stop crying sayang. Semua manusia tak lari dari membuat dosa. Saya pun pernah buat dosa dan selagi ada masa untuk kita bertaubat, taubatlah sebelum terlambat."
Kepalanya diangguk sahaja perlahan mendengar bicara Anas itu. Mata dipejam rapat. Terasa selesa bila dia berkeadaan begini.
“Tidur dengan saya malam ni" pinta Anas betul-betul di telinga.
“Hah?" Serta-merta dia mengangkat wajah kerana terkejut dengan permintaan Anas. Air mata diseka lembut sebelum telekung yang masih tersaung elok itu ditanggalkannya perlahan.
“I'm sorry. Saya yang silap. Saya baru baca dalam google yang suami isteri tidak elok tidur di bilik berasingan sebab lama kelamaan hubungan kita akan jadi renggang. Kalau kita asingkan bilik pun sebab kesalahan kecil dan itu hanya untuk tiga hari sahaja. Tapi kita..dah lebih dari tiga hari sayang. I'm so sorry." Jelas dari suaranya itu yang memang benar dia berasa bersalah. Kepala ditundukkan ke bawah.
Irina menarik nafas dalam. Dia harus perlahan-lahan melepaskan sifatnya yang tidak suka berkongsi. Senyuman nipis diukirkan.
“Saya..akan ikut apa yang awak cakapkan. Sebab saya..tak nak jadi isteri yang nusyuz."
Mendengar kata-kata Irina itu cepat dia angkat wajah. Kepala digeleng perlahan sebelum buat kali kedua dia menarik wanita itu dalam pelukan.
“No. Sayang bukan isteri yang nusyuz. Jangan sesekali awak rasa diri awak isteri yang nusyuz Irina. That's not true." Cepat dia menafikan dengan kepala digeleng lagi.
Irina mengangguk perlahan di dalam dakapan lelaki itu.
Jeda. Keadaan menjadi sunyi buat seketika sebelum Irina membuka kembali mulutnya.
“Kita..mulakan hidup baru?" Soal Irina setelah memecah kesunyian.
“Yes. We start a new life"
~•~•~•~•~•~•~•
Mata digosok perlahan apabila tidurnya mula terganggu saat kedengaran pancuran air di dalam bilik mandi itu.
Tak sempat untuk turun dari katil apabila kepalanya secara automatik menoleh ke arah pintu bilik air yang dibuka dari dalam itu.
‘Gulp!' Liur ditelan kesat. Sekali lagi dia melihat badan Anas yang separuh terdedah itu cukup menggugat imannya.
Kepala di toleh ke arah lain. Cuba mengawal debaran di dada yang sudah belot dengan tuannya sendiri. Pipi sudah mula blushing. Sumpah malu.
Melihat itu Anas tersenyum senget. Sengaja dia ingin mengorak langkah mendekati wanita itu. Rambutnya yang masih lagi basah itu disebak ke belakang sebelum dia perlahan-lahan duduk di birai katil.
Kepala Irina digosok perlahan namun tiada sebarang bantahan pun dari wanita itu. Dia yang masih lagi berbaring itu kaku seluruh tubuh sehingga dirinya tersedar saat...
‘Cup!' Pantas bibir mereka bercantum pantas. Senyuman di bibir lelaki itu semakin mekar sedangkan Irina sudah merah satu muka.
“Apa awak ni?" Lembut dia bertanya lalu menolak dada lelaki itu menjauh. Badan disandarkan pada kepala katil dengan kaki dijulurkan ke hadapan.
“Morning kiss" balas Anas dengan gelakan kecil.
“Eii..ambil kesempatan tau" lengan lelaki itu yang tidak beralas apa-apa ditampar lembut. Wajah cemberut di tayangkan dengan tangan memeluk tubuhnya sendiri. Buat-buat merajuk.
Sekali lagi lelaki itu ketawa kecil. Tangan di bawa menyentuh bibir Irina lembut walaupun pada awalnya Irina tidak membenarkan.
Jadi mahu tak mahu dia redhakan saja apa Anas nak buat. Kalau aku larang dia tetap buat juga. Degil!
“You know what..I'm very very obsessed with your lip sejak kita dah jadi suami isteri ni." Lembut dia meluahkan. Senyuman tidak lekang di bibir.
Dia mencebik perlahan. ‘Kalau obses sangat dengan bibir aku ni, kenapa tak tunggu aku gosok gigi dulu. Ni tak..bangun pagi-pagi je terus kena cium. Siapa yang tak geram.'
“Tapi tunggu lah kalau saya gosok gigi dulu." Balas wanita itu jelas nada tidak berpuas hati.
“I don't care pasal tu. Asalkan setiap pagi, saya akan bagi morning kiss untuk sayang."
Irina buat rolling eyes. ‘Haish..macam ni rupanya Anas versi romantik. Ingatkan lelaki hati batu ni tak pandai nak sweet-sweet bagai.'
“Tengah kutuk saya?" Duga lelaki itu mematikan lamunan pendeknya. Wajah terkejut cuba dikawal. ‘Macam mana lelaki ini boleh tahu?'
Cepat dia menggeleng perlahan.
“Okey fine." Malas ingin memanjangkan isu itu dia terus mengalah.
Sedetik, kata-kata Irina mula bermain di ingatan. Tak semena-mena seenyuman nakal diukirkan.
“Sayang." Meleret suaranya memanggil dengan wajah mereka cuba didekatkan.
“Pergi sanalah Anas. Rambut awak basah." Walau berpuluh kali dia ingin menolak namun lelaki itu meneraskan badannya.
Sengaja dia mendekatkan mulutnya pada telinga rina lalu dibisikkan sesuatu.
“Kalau..sayang dah siap gosok gigi nanti, sayang akan bagi saya kiss sayang sepuas-puasnya?" Sengaja dia memperlahankan suara seoalah menggoda sang isteri.
“Anas!" Sekuat tenaga dia menolak dada lelaki itu sehingga Anas terundur ke belakang. Bergema tawa Anas yang ditahannya dari tadi.
“Jangan nak mengada-ngada" katanya seraya itu dia lekas turun dari katil.
Melihat Irina yang berjalan ke arah pintu itu dia kerut kening. Segera dia mendapatkan isterinya.
“Sayang nak pergi mana?"
“Mandi dalam bilik saya."
“Hah? Mandi? Kenapa tak mandi dalam bilik ini saja sayang." Ujar Anas seperti tidak mahu Irina keluar dari bilik ini. Mana boleh..Walaupun tinggal sebumbung, tapi hati ni dah mula rasa rindu kalau tak tinggal satu bilik.
“Baju saya kan ada dalam bilik saya."
“Tapi.."
“Don't worry. Saya pergi mandi je pun. Bukannya pergi dari hidup awak" cepat dia memangkas kata-kata Anas cukup membuatkan lelaki itu terkedi seketika.
“Sayang..kenapa cakap macam tu?" Jelas sekali suaranya tidak suka akan gurauan Irina.
Irina ukir senyum nipis. “Jangan risau. Saya pergi mandi je pun Anas." Katanya di akhiri ayat itu dengan tawa kecil.
“Nanti kita solat sama-sama dalam bilik ini. Bolehkan?" Dia kembali memaniskan wajah.
“Boleh." Balasnya perlahan lalu tombol pintu dipulas perlahan sebelum dia berjalan ke luar dari situ.
Senyuman yang jarang dia ukirkan itu masih tidak lekang. Dia..betul-betul bahagia tika ini.
~•~•~•~•~•~•
Masing-masing melemparkan ke arah tasik yang terbentang luas di belakang bangunan hotelnya itu.
Irina mendongak mengalihkan wajahnya ke arah Anas yang berdiri berpeluk tubuh dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir itu.
“Dah puas tenung lelaki pujaan wanita ni." Kata Anas tanpa memandang ke arah gadis itu.
‘Ehem!' Cepat dia berdehem seraya wajahnya ditundukkan yang mula kemerahan. Tak sedar yang dirinya dah terkantoi merenung suami sendiri.
“Tenunglah sayang seberapa banyak yang sayang nak. Saya rela." Tambah lelaki itu menyembunyikan tawanya.
Irina senyum. Rambut yang terjuntai ke bawah diselitkan ke telinga sambil wajah diangkat merenung kembali suaminya itu. Dah tak tahan. Kenapa muka hensem sangat ni.
“Sayang okey?" Soalnya tiba-tiba.
“Hah? Okey je."
“Saya dah lihat semuanya." Katanya secara tiba-tiba. Wajah masih beriak santai.
“Hah? Awak tengok apa?"
“Sayang selalu sangat pendam perasaan sayang kan?..." Ayatnya sengaja dihentikan sambil matanya menatap penuh di seraut wajah cantik itu yang pasti menyimpan banyak derita ditanggung selama ini.
Irina yang mendengar mula kerut kening walaupun hatinya sudah dapat mengagak apa yang ingin dikatakan Anas.
“Ingat lagi tak yang malam yang papa sayang adakan untuk meraikan tentang kejayaan Mega holding dekat sini?"
“Ya. Ingat"
“So..saya ternampak sayang dengan Sara dekat tasik ni pada hari tu..Dan..kenapa dia buat sayang macam tu. Maksud abang..kenapa dia perlu berkasar dengan sayang sedangkan sayang dan dia kan adik beradik." Luahnya lembut.
“Mhmm..Tiada apa-apa pun yang serius. Kami memang macam tu. Tak berapa rapat sejak kecil lagi." Balasnya yang jelas kedengaran sayu. Kenapa..memori perlu diulangkan lagi?!.
“Tapi..sayang tak rasa pelik ke kenapa diorang sanggup buat sayang macam tu."
Irina tersenyum nipis. ‘Maaf Anas. Soalan itu masih lagi tiada jawapan buat saya. Saya sendiri pun tiada jawapan untuk soalan awak sebab saya benar-benar tidak tahu kenapa mereka sanggup buat saya begini.' Gumamnya perlahan.
Nafas ditarik dalam dengan bibir tetap mengukir senyum yang jelas sekali kelihatan hambalembut.
Saya taknak ingatkan pasal tu lagi Anas." Ujarnya lembut.
Dia mengangguk berserta senyuman. Bahu sang isteri dipaut seraya dia mencium ubun-ubun gadis itu dengan mata terpejam rapat. Kemudian itu dia meraih pula kedua tangan Irina lalu menatap penuh wajah cantik dihadapannya.
“I promise to give you always happy."
“Promise?" Dia menayangkan jari kelingking sambil tergelak kecil.
“Yes. Promise." Jari kelingking mereka bertaut lama. Anas mengambil peluang itu untuk mencubit pipi Irina sehingga gadis itu mengerang kecil.
“Naughty." Katanya menayangkan wajah selamba saat melihat muka Irina yang sudah cemberut itu.
Irina cebik bibir. Wajah Anas dijeling manja sambil berpeluk tubuh. Eh, main jeling-jeling pula dah.
Tak sempat Anas nak terus mengusik, tiba-tiba kemunculan Nurul yang menjadi orang tengah diantara mereka itu membuatkan Anas dan Irina serentak berpaling ke arahnya.
Gadis itu tetap tersenyum walau terasa janggal. Dia menunduk hormat kepada mereka berdua itu lalu menyampaikan hajatnya yang datang ke mari.
"Boss..Datuk datang. Dia nak jumpa Boss." Jelas Nurul sambil mengerling ke arah Irina. Dia ukir senyum kepada Irina begitu juga dengan gadis itu.
“Siapa Datuk tu?"
“Datok Jefri Boss." Cepat dia menjawab.
“Hmm okey." Tak mampu lagi untuk dia memberi alasan bila nama daddynya disebut. Pandangan mata memandang Nurul untuk beredar dari situ sehingga Nurul mengangguk jua meminta diri.
“Sayang nak ikut?"
“It's okey. Lagipun Daddy nak jumpa awak kan. Saya nak singgah dekat cafe depan hotel awak tu."
“Hati-hati ya." Sempat dia mengingatkan Irina sebelum masing-masing sudah meninggalkan tempat itu.
Ada yang rindu Irina & Anas tak? heheh..Sorry dah jarang update..Mira sempat update double chap je hari ni >.<..So heppy reading guys !!
Share this novel