“Arhh!!" Dia menarik nafas lega seraya membetulkan segala urat di tubuh yang dari tadi asyik terperap di dalam kereta.
Setelah melalui berjam-jam perjalan untuk sampai ke Kedah, akhirnya mereka selamat juga tiba di sini.
Aydan yang setia menjadi pemandu tidak berbayar kepada mereka masih lagi kelihatan tenang walaupun dia lah manusia yang paling kuat berkerja dari kami. Kalau mahu berhenti makan pun, dia yang belanjakan. Dan ada satu halangan semasa kami dalam perjalan ke sini iaitu tayar pancit.
Nasib baik lah Aydan ni jenis cekap bertindak. Orang kata lelaki macam Aydan ni memang jenis orang yang sediakan payung sebelum hujan.
Jadi dia juga lah yang terpaksa keluar dari kereta untuk tukar tayar simpanan. Itupun nasib baik ada tayar simpanan. Kalau tak..mana lah nak cari kedai tayar dekat negeri orang.
Memang kita orang terhutang budi dengan dia. Aydan walaupun dia jelas kelihatan penat, namun dia tidak pernah mengeluh. Gentleman sangat. Untung siapa jadi isteri dia.
“Ni beg korang" Kata Aydan mengeluarkan beg-beg mereka dari bonet kereta.
See. Beg kitorang pun dia yang tolong keluarkan. Nasib je dia tak angkat sampai ke bilik hotel tu. Kalau tak, mahu patah riuk tulang Aydan dibuatnya. Lagi-lagi dengan beg Nadia yang besar gedebah itu. Lagak macam nak tinggal sebulan kat sini. Padahal 3 hari je. Nasib baik badan Aydan ni jenis sado.
“Thanks Aydan" kata kami serentak.
Irina kembali menghirup udara segar. Dimana dia sedang berdiri tegak di atas titi beberbentuk lengkung yang bawahnya mempunyai tasik yang sangat mendamaikan.
Matahari sudah semakin tidak kelihatan dengan langit yang sudahpun bertukar berwarna oren. Sudah masuk waktu senja.
Angin menampar lembut wajahnya. Wanita itu ukir senyuman seraya mata terpejam rapat. Menikmati keindahan di sini.
Rambutnya yang ikal mayang mula bergerak-gerak saat angin pula menyentuh rambutnya. Wanita itu membiarkan. Sungguh nyaman.
“Irina!'' laungan kuat dari Nadia itu sekaligus mematikan lamunan pendeknya yang sedang menghirup udara.
Dia berpaling. Walaupun mereka sudah hampir jauh darinya tapi dapat dia lihat dengan jelas yang Aydan, Qistina dan Nadia sedang berjalan masuk ke dalam lobi hotel itu.
Nadia melambaikan tangan. Menyuruh Irina untuk mengikut langkah mereka. Risau pula bila wanita itu masih lagi tidak masuk ke dalam hotel.
“Kau chenk in lah dulu hotel untuk aku. Nanti aku masuk!" Laung Irina pula. Suaranya sedikit meninggi bagi membiarkan Nadia mendengar dengan jelas.
Gadis itu membuat tanda ‘Okey' menggunakan tangan kanannnya seraya menunjuk ke arah beg Irina yang dia bawa.
Irina mengangguk faham. Walaupun Nadia hanya menggunakan bahasa isyarat, dapat dia tangkap apa yang ingin gadis itu katakan bahawa begnya itu sudah diangkat ke dalam bilik hotel oleh Nadia. Baguslah tu. Tak perlu aku susah-susah bawa beg bagai semua tu.
Wajah dikalihkan semula memandang tasik yang terbentang luas. Malam sudah hampir menjelma.
Tangan naik berpeluk tubuhnya sendiri dan saat itu juga kepalanya didongak memandang ke arah sekumpulan burung yang perlu balik ke sarang mereka.
Kedengaran dia menghela nafas perlahan. Wajah ditundukkan semula.Ya dia akui. Memang dia gembira bila sampai di sini.
Tapi..lagi gembira bila orang yang dia inginkan juga datang sekali. Kalaulah..Anas ada bersama. Pasti itu sangat menyeronokkan..
“Anas.." Dia menyeru nama lelaki itu perlahan.
“Sibuk sangat ke awak sampaikan tak boleh ambil cuti. Bukankah selalu awak lebih penting kan saya dari kerja. Bukankah awak akan cakap, ‘I am Boss. So suka hati aku lah nak masuk kerja ke tak'. Saya teringin nak dengar ayat tu lagi Anas. Kenapa awak dah makin sibuk sekarang ni" katanya meluah perasaan.
Dia tak ubah seperti manusia yang memerlukan perhatian dari suami. Entah kenapa sejak mereka memulakan hubungan ini semula, dia jadi sayang hendak berpisah dengan Anas. Walaupun untuk sementara.
Panjang dia mengelamun, sehinggalah dia menyedarkan dirinya sendiri saat terasa ada kereta lain memasuki perkarangan hotel. Mungkin juga manusia yang ingin menginap ke sini.
Tanpa berlengah, kakinya mula meninggalkan tempat itu walhal hati masih lagi pula ingin mengambil angin malam. Tapi ditahankan dirinya kerana perut sudah berkeroncang hebat.
Pada malam itu, mereka menjamu selera dengan lazat sekali kerana makanan-makanan di sini sangat kena dengan selera mereka.
Gadis itu tampak sangat gembira sekali. Terasa segala derita yang dia tanggung selama ini perlahan-lahan kurang. Mungkin bahagia pula menantinya tidak lama lagi.
~•~•~•~•~•~•
Saat terasa tidurnya diganggu seseorang apabila manusia itu malah menggoncang kuat tubuhnya.
Dahi berkerut sedikit dengan amarahnya dikawal. Tak boleh tengok orang senang ke. Aku dah lah mengantuk. Dahlah semalam aku tidur kejap je sebab kena siapkan semua kerja aku ni untuk cuti.
“Anas!" Laungnya sedikit meninggi. Takut mereka pula terlewat untuk ke sana.
Kalau ikutkan hati..mereka perlu sampai ke kampung Erinda itu dari dua hari lepas lagi. Tapi Anas berkeras juga nak pergi pada hari sama pernikahan. Tengok..siapa yang susah. Aku juga yang susah. Dahlah dari tadi aku kejutkan dia masih lagi tak bangun-bangun.
“Anas!!" Kali ini suaranya sudah meninggi. Dia yang sudah cantik mengenakan baju kurung moden untuk berangkat ke kampung itu berdiri bercekak pinggang.
Terdengar suara Mummynya yang meninggi seakan akan mahu pecah gegendang telinganya, akhirnya dia pasrah. Membuka sedikit mata dalam mamai.
“I want Irina Mummy. I very miss her" kata Anas dalam mamai seraya memeluk kemas bantal di sebelahnya. Menyambung tidur semula.
Datin Suhaila semakin naik berang. Ditambah anaknya menyebut nama perempuan itu di hadapannya. Lagi dia naik hantu kejap lagi.
Tak tunggu lama, dia lantas mencapai satu gelas plastik di meja kerja lelaki itu lalu berjalan ke dalam tandas. Mengambil air untuk mengejutkan anaknya.
Air itu disimbah betul-betul ke atas muka Anas. Sehingga dia automatik bangun berdiri. Masih lagi tergejut dengan tindakan Mummynya.
“Mummy..apa ni?! Habis basah baju Anas!"
“Pergi mandi sekarang Anas. Bersiap cepat. Mummy tunggu dekat bawah" katanya keras. Tidak mengendahkan rengekan Anas, dia berjalan pergi keluar dari bilik itu.
Anas berdecit sebal. Suka-suka je paksa orang. Haish...nasib lah.
~•~•~•~•~•~•
Mereka bertiga sedang asyik bersarapan di restoran hotel sedangkan Irina pagi-pagi lagi keluar menghirup udara segar.
Terkejut juga Nadia dan Qistina tadi bila bangun je dari tidur, melihat Irina sudah hilang.
Tapi nasib baik lah gadis itu menampalkan sticky note pada cermin meja solek bahawa dia ingin keluar berjalan mengambil angin dan menuju ke kolam ikan.
Jadi tak lah mereka risau sangat. Dia tahu pasti Irina baik-baik sahaja selagi gadis itu masih lagi di dalam perkarangan hotel ini.
Dia duduk bertinggung. Menaburkan makanan ikan yang diambilnya daripada pekerja hotel yang bertugas untuk memberi makanan kepada ikan.
Walaupun perkeja hotel tadi sudah banyak kali melarangnya untuk tidak memberi makanan kepada ikan kerana itu bukan kerjanya. Tapi Irina masih tetap berkeras. Jadi pekerja wanita itu hanya melihat sahaja tingkah Irina dari belakang.
Bukannya dia tidak tahu siapa Irina. Menyebabkan Irina anak dari keluarga yang ternama dan isteri kepada Tengku Anas Danial, dia jadi serba salah pula untuk membiarkan Irina memberi makanan. Takut dia pula dituduh sebagai pesalah.
Namum gadis itu masih kelihatan tenang. Melemparkan makanan ikan ke dalam kolam ikan koi. Sesekali dia tergelak kecil saat melihat berpuluh-pukuh ekor ikan berebut untuk makan.
“Makan banyak-banyak ya sayang. Baru sedap nanti untuk saya masuk kamu semua" katanya ketawa lagi. Wanita di belakangnya menggaru kepala yang tak gatal. Sihatke isteri Tengku ni?
Pekerja hotel itu juga tersenyum-senyum melihat tingkah Irina itu. Nampaknya wanita ini sangat kasih akan haiwan.
“Cik suka ikan?" Soalnya sengaja ingin berborak agar keadaan tidak terlalu janggal.
“Saya suka semua haiwan. Cuma kucing dan serangga je saya takut" balas Irina sambil tayang wajah takut.
Terhibur dia melihat gelagat Irina. Nampaknya Tengku tak salah pilih isteri. Walaupun gadis ini asalnya dari keluarga ternama, tapi dia tidak pernah memandang serong kepada manusia di sekeliling. Dianggap semua manusia sama sahaja baginya.
Tapi..yang hairannya, kenapa Tengku tiada sekali di sini? Takkanlah diorang bergaduh kot. Itulah pertanyaan yang dari tadi berlegar di otaknya.
Saat melihat bekas yang terisi makanan ikan tadi sudahpun habis, dia bangun berdiri semula. Memberikan bekas itu kepada pekerja wanita itu semula seraya dia membasuh tangannya sebentar.
Kali ini, dia duduk bersila pula di hadapan kolam ikan. Tingkah spontannya itu mengundang rasa gelisah wanita di belakangnya yang melihat.
“Er..Cik Irina, kenapa duduk dekat situ. Bahayalah. Takut terjatuh pula dalam tu"
Irina ukir senyuman nipis. Berpaling ke belakang melihat wanita itu lalu tempat di sebelahnya ditepuk. Menyuruh pekerja itu agar duduk di sebelahnya.
Walaupun jelas wanita itu nampak teragak-agak, tapi dia tetap juga akur dengan suruhan Irina.
“Takda rasa akan jatuhkan dalam kolam kan bila duduk dekat sini?" Soal Irina kembali. Wanita itu mengangguk.
“Jadi..selamatlah kalau saya duduk dekat sini pun. Boleh lihat secara dekat ikan yang gemuk tu" kata Irina menunjuk ke arah salah satu ikan yang berada di dalam kolam.
Mereka sama-sama ketawa. Begitu juga pekerja tadi yang mula berasa kekok dengan Irina, sekarang dia berasa gembira pula berbual mesra dengan Irina.
“Oh lupa. Nama awak siapa ya?" Soal Irina. Yelah. Berbual kamain panjang. Tapi nama masih tak tahu.
“Panggil saya Nurin je. Saya bekerja di hotel ni"
Mendengar itu, kepalanya terangguk-angguk sendiri. Nurin ye. Nice name.
“Saya Irina Mitilda. Boleh panggil saya Irina je. Jangan panggil cik. Saya sangat-sangat tak suka" walaupun kedengaran tegas, suaranya masih lembut. Menghulurkan tangan kepada Nurin. Wanita itu menyambut dengan senyuman.
“Siapa je tak kenal Irina. Anak Dato Mukhriz dan isteri dari Lelaki Pujaan Wanita. Mesti Irina bahagiakan sekarang ni." kali ini suaranya berubah ceria.
Irina tergelak kecil. See. Tiada seorang manusia pun yang dapat melihat dari dalaman aku. Mereka mesti akan nampak dari luaran yang aku sekarang ni sedang bahagia dengan Anas walaupun pada mulanya aku ada sedikit kecewa dengan perkahwinan tak dirancang itu.
Tapi..mungkin ini namanya takdir. Dan..aku tidak sangka yang Anas boleh bahagiakan aku dimana kebahagiaan yang aku impikan selama ini. Syukurlah!
“Err..Irina. Saya nak tanya awak seusuatu boleh?" Pintanya dahulu.
“Tanyalah. Apa dia?" Dia sudah dapat mengangak apa yang ingin Nurin katakan. Tapi dibiarkan wanita itu sendiri yang menyoal walaupun dia sudah bersiap sedia dengan jawapan bagi pertanyaan itu.
“Err.. Tengku, tak ikut sekali ke Irina pergi bercuti ni?"
Pertanyaan Nurin itu membuatkan dia tersenyum lagi. Nampaknya betul lah apa yang dia mengagak tadi.
“Dia kerja Nurin. Maklumlah, dia tu busy semacam" Katanya dihiasi dengan tawa di bibir. Menutup sedikit rasa kecewa.
Nurin ikut juga ketawa. Perbualan mereka masih lagi dipanjangkan. Nurin daripada tadi tidak lepas bertanya mengenai Anas. Pun begitu, Irina sedikit pun tidak merasa kecewa.
Masa berlalu dengan sangat pantas sehingga Nurin tidak sedar yang dia sekarang ini sedang mencuri tulang berbual dengan Irina.
Sehinggalah perbualan mereka terhenti saat Irina melihat kawan-kawannya berjalan ke mari.
“Okeylah Nurin. Kawan saya dah datang. Nanti kita sambung lagi ya" katanya disambut dengan anggukan. Mereka berpelukan kejap sehingga Nurin mengingati seusatu lalu dahinya ditepuk sendiri.
“Kenapa Nurin?"
“Saya sebenarnya kena pergi bagi makanan dekat kolam ikan tingkat atas. Tapi terlupa pula sebab berbul dengan Irina panjang sangat. Nanti tak pasal-pasal di cop curi tulang pula" dia menundukkan wajah. Takut pula si ikan mati bila dia lambat memberi makanan. Tapi takkan cepat sangat ikan tu mati.
Terhibur Irina melihat wajah sugul Nurin. Mulut ditekup rapat agar tawanya tidak meletus.
“Nurin janganlah risau. Siaplah Boss Nurin nanti kalau dia marah kawan baru Irina ni. Lagipun Nurin puas hati kan dapat tahu semuanya pasal Anas tu" kata Irina cuba memujuk memandangkan si Nurin ni dari tadi lagi dia asyik bertanyakan mengenai Anas. Al maklumlah. Peminat setia katakan.
Nurin panggung kepala seraya dia mengangguk berkali-kali. Dia ukir senyuman nipis. “Thanks Irina. Nanti ada masa kita borak lagi."
Pantas Irina mengangguk sebelum melihat Nurin sudahpun berjalan ke arah lif. Menyambung kerjanya semula yang tertunggak.
“Siapa tu?" Soal Qistina. Menunjuk ke arah bayangan Nurin yang hampir hilang.
“Kawan baru. Kita orang baru je berkenalan tadi"
“Kawan baru lah sangat. Ni kau tak lapar ke? Dah makan?" Tanya Nadia pula.
“Dah. Makan roti"
“Kenapa makan roti Irina. Nanti masuk angin perut tu. Kita banyak lagi tempat nak pergi." Celah Aydan dan jelas kelihatan wajahnya menunjukkan risau.
“Jangan risaulah Aydan. Saya okey" katanya perlahan.
“Nanti kalau kau lapar kau bagitahu okey. Dah bangun lah Irina. Takkan nak duduk bersila dekat situ je" kata Qistina menundukkan wajahnya memandang Irina.
Dia tersengih. Lantas dia bangun seraya menepuk belakang bajunya sedikit.
“Bye cik ikan. Nanti kita jumpa lagi ya"
Tingkah spontan Irina itu membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling sesama sendiri. Aik..dah mental ke kawan aku sorang ni.
Sempat Irina menayang flying kiss ke arah kolam ikan. Disambut dengan gelak tawa mereka yang sudah dapat menangkap apa yang Irina buat. Faham sangat dengan sikap Irina yang sukakan haiwan melainkan kucing dan serangga sahaja. Katanya itu lah haiwan yang paling menggelikan.
~•~•~•~•~•~•
Suasana di dalam kereta alparhd yang dipandu oleh pembantu peribadi keluarga Dato Jefri itu hanyalah kedengaran suara Datin Suhaila yang sejak dari tadi berceramah percuma kepada Anas untuk menjadi suami yang baik.
Dato Jefri yang berada di tempat duduk hadapan pun sudah malas ingin membuka suara. Buat tidak dengar sahaja suara isterinya yang masih tidak henti-henti menutup mulut.
Laura yang berada di tengah-tengah diantara Anas dan Datin Suhaila menutup telinganya sendiri. Naik mengantuk pula dia mendengar semuanya.
Anas buat tidak endah sahaja. Menyumbatkan earphone ke dalam telinga lalu lagu dipasang sekuat-kuatnya agar suara Mummynya sudah tidak kedengaran.
Laura menyiku lengan si abang. Menjeling tajam ke arah Anas yang masih beriak biasa.
Bukan Anas yang dengar ceramah Mummy ni. Aku pula yang terpaksa mendengar semuanya. Menyesal aku ikut. Mummy ni pun, tak penat ke mulut tu asyik dari tadi tak berhenti bercakap. Naik bosan aku dibuatnya.
Berkali-kali dia memanggil Anas secara berbisik agar tidak diketahui oleh Datin Suhaila.
Anas masih tidak menyambut panggilannya. Mungkin tidak mendengar suara Laura memandangkan dia menyumbat earphone ke telinga.
Gadis itu kancing gigi kuat menahan geram. Cepat sahaja dia menyiku perut Anas sehinggakan lelaki itu memegang perutnya yang terasa senak.
Sebelah earphone di tanggalkannya dengan muka berkerut habis. Memandang ke arah Laura yang sedang tersenyum mengejek.
“What?!" Soalnya menahan rasa sakit.
“Tahu pula sakit. Aku yang dari tadi panggil dia, dia boleh buat tak dengar pula" terkumat kamit bibirnya membebel benda yang kurang jelas.
“Apa dia Laura?" Soalnya sekali lagi apabila melihat Laura masih lagi membebel kepadanya dengan satu patah perkataan pun dia tidak faham.
“Pasal isteri abang yang sorang tu. Dia kat mana sekarang ni?" Tanya Laura.
“Dekat Langkawi tengah holiday"
Mendengar itu Laura tersenyum sinis. Boleh pula dia pergi holiday dalam keadaan macam ni.
“See. Time abang nak nikah pun dia sempat lagi pergi holiday. Kalau Laura kan..."
“Abang yang suruh dia pergi holiday sebab abang tak nak nanti dia keseorangan bila abang pergi nanti" pintas Anas agar Laura tidak memburukkan isterinya lagi.
“Dia pergi dengan siapa?" Soalnya lagi. Masih tidak puas hati dengan Anas.
“Dengan kawan-kawan dia"
“Aydan? Ada sekali?" Gigi di kancing kuat apabila persoalannya di balas dengan anggukan Anas. Ah perempuan tu. Semua lelaki kaya dia nak rembat.
Dia kepal penumbuk. Boleh pula dia pergi bercuti dengan Aydan sedangkan suaminya di sini tinggal berapa jam lagi nak kahwin.
“Dasar perempuan murahan" katanya dalam geram. Cukup membuatkan Anas memandang tajam ke arah Laura.
“Tolong hormat sikit Irina sebagai kakak ipar Laura ye. Nama dia Irina dan Laura perlu panggil dia Kak Irina. Bukannya perempuan murahan" mencerlung matanya menikam anak mata si adik.
“Urgh! Abang ni kan memang...." Dia menghala penumbuk ke muka Aydan. Lagak macam samseng sekolah walaupun dia tahu tumbukannya itu tidak akan membawa kesan pada wajah kacak Anas.
“Ni dah kenapa pula ni dalam kereta pun nak bergaduh." Datin Suhaila berpaling. Silih berganti memandang wajah anaknya sehingga dia menggeleng kepala sendiri.
Perlahan-lahan Laura menjatuhkan tangannya dengan muka cemberut habis. Berpeluk tubuh memandang ke hadapan tanpa menoleh ke arah Anas yang kini giliran lelaki itu pula tersenyum mengejek ke arahnya.
Anas kembali menyumbat earphone ke dalam telinga saat Datin Suhaila menyambung lagi ceramahnya itu.
Dia membuang pandangan ke luar tingkap saat cuba mengingati semula momen-momen terindahnya dengan isteri tercinta.
Tangannya dikepal cuba mengumpul semangat. Dia tahu yang Irina sangat-sangat gembira di sana sedangkan dia, sedang menanggung derita yang baru sahaja hendak bermula.
Biarlah semuanya hanya dia sahaja yang menanggung. Kerana dia tahu. Berat lagi derita yang Irina akan tunggu setelah tahu semuanya nanti.
Jadi..sebab itu dia berharap agar rahsianya kini kekal tidak diketahui oleh Irina.
Share this novel