Anas kerling jam tangannya sambil kakinya melangkah ke lobi hotel. Waktu sudah menginjak pukul 6 petang. Hari ini dia pulang lewat ke kerja kerana ada hal sedikit semasa meeting bersama Dato Manan tadi..
Dua wanita yang menjaga kaunter pertanyaan di lobi hotel itu tekun membuat kerja. Dia melihat jam tangannya.
“Aina, jom balik. Dah pukul 6 petang dah ni" ujar Siti lalu berdiri lantas mencapai beg tangannya.
Aina berpaling ke arah kawannya sebelum dia mengangguk.
“Er, kau ada nampak boss tak?" soal Aina penuh dengan nada usikan.
Siti angkat kening sebelah. “Kenapa?"
Aina tayang gigi.
Siti sudah menggeleng kepala. “Eh, kau perasan tak Aina yang Boss sekarang ni kan, macam moody je aku nampak."
“Biasalah tu. Hidup orang single kan" ucap Aina penuh keyakinan. Rambut pendeknya disebak ke belakang.
“Eleh. Ye lah tu. Macam mana kau tahu?"
“Aku tahu lah sebab aku pun single. So, sesuai lah aku dengan Boss tu. Sama sama single. Takdelah, Boss moody je bila kahwin dengan aku. Mesti dia gembira"
“Aku rasa dia takkan gembira..."
“Habistu apa?"
Siti sembunyi senyum.
“Aku rasa dia akan jadi gila lepas kahwin dengan kau!"
Serentak itu, tawa mereka mula meletus. Lucu apabila mengingat kembali kata-kata Siti tadi.
“Ehem" Anas berdehem. Dia berdiri betul-betul di hadapan Siti Dan Aina.
Mereka telan liur. Alamak! Macam mana aku boleh tak perasan yang Boss ada kat sini. Janganlah pecat aku. Aku tak puas lagi tengok muka kau oii.
“Slow down a little. if you want to laugh, please get out of this hotel first" ucap Anas berdisiplin.
“B...baik boss." serentak mereka menjawab sebelum menunduk ke arah Anas.
“Kami balik dulu"
Tergopoh-gopoh mereka berdua keluar dari hotel itu. Siti menarik nafas lega apabila wajah Anas sudah tidak kelihatan lagi.
Aina menampar bahu Siti. “Nasib baik Boss tak pecat tau. Kalau tak, makan tak kenyang. Mandi tak basah. Tidur tak lena la aku malam ni"
“Mhmm. yelah salah aku." Siti mengalah. Malas hendak melayan perangai kawannya yang sorang itu. Makin dilayan makin menjadi-jadi.
Anas melangkah keluar dari hotelnya. Dia menarik nafas lega. Selalunya, kalau dia keluar je pasti wanita-wanita di luar sana akan menunggunya. Nasib baik mereka sudah tiada.
“Assalamu'alaikum" sapa Dato Mukhriz dengan ramah sambil matanya memandang Anas.
Anas turut memandang ke arah lelaki itu. ”Waalaikumussalam"
“Err, tengku. Boleh saya bercakap sekejap?" pinta Dato Mukhriz dengan lemah lembut.
Anas mengangguk.
Melihat reaksi Anas itu, dia kulum senyum. “Sebenarnya, saya nak berterima kasih kepada Tengku sebab mengukuhkan lagi syarikat Jaya Holding. Dengan itu, boleh ke kalau saya menjemput Tengku untuk meriahkan lagi majlis yang akan saya adakan pada malam esok?", Dato Mukhriz masih menguntum senyum.
Sebenarnya, dia turut berbangga kepada Anas kerana telah menolongnya untuk mengukuhkan lagi Syarikatnya walaupun usia Anas masih muda. Nasib baik kawannya itu anak kepada Tengku Anas Danial iaitu Dato Tengku Jefri. Dia betul-betul terhutang budi dengan lelaki itu.
“Mhmm, why not kalau saya join sekali. Lagipun malam esok, I'm free"
Semakin melebar senyuman Dato Mukhriz. “Terima kasih. Terima kasih Tengku."
“Dato buat dekat mana majlis tu?" soal Anas pula.
Dato Mukhriz teragak-agak ingin memeberitahu. “Yang tu, saya tak fikir lagi"
“Apa kata kalau Dato buat majlis tu dekat hotel saya"
Mulut Dato Mukhriz melopong. Biar betul budak ni. “Betul ke Tengku?"
Anas lantas mengangguk.
“Berapa ratus ribu saya patut bayar untuk buat majlis di hotel ni?" soal Dato Mukhriz. Mesti kena beratus ribukan kena bayar. Hotel ternama pulak ni.
“Saya sponsor untuk Dato"
Sekali lagi mulut Dato Mukhriz melopong. “T..tak bolehlah macam tu Tengku. Tengku dah banyak tolong saya".
“Saya tak kisah sangat pasal duit tu Dato. Nak tak nak Dato kena terima je cadangan saya ni." walaupun kedengaran tegas, tapi suaranya diperlahankan.
Dato Mukhriz berkira-kira disitu. Bukan dia nak menolak. Tapi dia sudah banyak menyusahkan Anas. Memang dia betul-betul terhutang budi dengan lelaki itu.
“Macam mana dato?" soal Anas apabila melihat Dato Mukhriz hanya diam.
“Tapi tak membebankan Tengku ke?"
Anas ketawa kecil. “Taklah Dato. Saya ikhlas"
Mendegar itu, Dato Mukhriz kembali senyum. “Terima kasih banyak-banyak Tengku"
“Sama-sama"
“Kalau macam tu, saya balik dulu." ujar Dato Mukhriz sebelum dia berlalu pergi.
Anas hanya mengangguk.
Dia menundukkan wajahnya apabila bayangan Dato Mukhriz sudah tiada. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Apa lah nak jadi dengan hidup aku ni. Takkanlah aku nak terus dengan kerja je. Dia juga ingin ada keluarga sendiri. Tapi kepercayaannya kepada wanita sangat tipis. Baginya, wanita hanya sama sahaja.
~•~•~•~•~•
Irina menelan liur saat melihat high heels Aulia dan Sara sudah berada di rak kasut.
Dia berkira-kira di situ. Nak masuk ke tak. Tapi kalau aku tak masuk, malam ni aku nak tidur mana. Dia gugup.
Irina menarik nafas sedalam-dalamnya. Sabar Irina. Buat apa kau nak takut. Diorang bukan makan orang pun.
Tangannya memulas tombol pintu dengan berhati-hati.
“Kau pergi mana?!" soal Aulia dengan nada suaranya meninggi. Dia bercekak pinggang di hadapan Irina.
Irina menikus. Matilah kau kali ni Irina. Dia diam membisu. Lansung tidak membuka mulut seolah-olah ada batu permata di dalamnya.
“I'am asking you, Irina"
“Err. I..Irina jumpa kawan" jawab Irina tersekat-sekat. Pucat seluruh wajahnya. Kalau ditoreh pun, belum tentu darah akan keluar.
“Kau memang tak reti nak bagitahu orang ke?!"
“Memang nak bagitahu tapi..."
“Tapi apa tapi" cantas Aulia laju.
Irina menundukkan wajahnya. Nafas di tarik sedalam-dalamnya sebelum dia mula membicara. Wajahnya diangkat kembali.
“Perlu ke Irina kena bagitahu semuanya dekat akak? Irina dah besar akak. Irina boleh jaga diri. Selama 22 tahun Irina tak boleh keluar rumah.
Irina tak boleh main macam kanak-kanak lain sedangkan akak dengan Kak Sara boleh keluar. Pergi je mana-mana yang akak suka.
Irina bosan akak. Irina bosan. Irina takde teman pun untuk di sisi Irina. Cukuplah selama 22 tahun akak biarkan Irina terkurung dalam rumah. Mulai saat ni, Irina takkan ikut telunjuk akak lagi.
Sampai bila akak nak control hidup Irina? Irina pun manusia juga. Irina adik akak. Umur Irina dah 22 tahun bukannya 2 tahun. Akak tak payah risaukan Irina. Irina boleh jaga diri" Habis kata-kata itu diucapkan dia berlalu pergi.
Kira-kira ingin menaiki tangga, tiba-tiba ada satu tangan menyambar lengannya.
Pang!
Pipi kanan Irina ditamparnya kuat. Terteleng kepala Irina saat itu. Boleh tahan perit juga tamparan kakak aku ni.
Irina memegang pipinya yang terasa perit. Tidak semena-mena air matanya tumpah.
“Don't be so rude with me, Irina"
“Irina hanya cakap apa yang Irina..." tidak sempat Irina menghabiskan ayatnya itu, Aulia pantas menolak kasar kepala Irina membuatkan dahinya terhantuk di bucu tangga.
“Sekali lagi kau melawan apa yang aku cakap, siap kau" sesudah kata itu dilepaskan, dia berlalu meninggalkan Irina yang menahan sakit itu.
Irina menyentuh dahinya yang mula merasa sakit. Dia melihat di tangannya yang meneyentuh dahinya tadi. Darah. Ada darah.
“Irina, kamu okey?" Mak Imah mendapatkan Irina yang jatuh terduduk itu. Dia lantas mengangkat wajah Irina.
“Dahi kamu ada darah la Irina. Sanggupkan Cik Lia tu buat macam tu dekat kamu" ujar Mak Imah seperti tidak puas hati.
“Takpelah Mak Imah. Biar saya yang sapu luka ni" Perlahan-lahan Irina bangun. Itupun dengan bantuan Mak Imah.
“Kamu okey ke ni, Irina?"
”Saya okey. Mak Imah jangan risau" anak tangga didakinya satu perasatu walaupun kakinya mula merasa tidak seimbang.
Dia menutup pintu biliknya. Laju sahaja kakinya menujun ke arah meja solek yang terdapat dibiliknya.
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi. First aid dikeluarkan dari drawer.
Perlahan-lahan dia membersihkan lukanya itu dengan tisu. Sesekali kedengaran dia mengaduh sakit.
Wajah Irina lansung tidak bergerak dari merenung cermin di hadapannya. Apabila sudah pasti yang darah tidak lagi mengalir, dia menampal plaster di atas dahinya.
Wajahnya ditundukkan. Kolam mata mula memberat apabila meningat kembali saat kakaknya menamparnya tadi dan menolak kepalanya sehingga terkena bucu tangga.
“Kenapa? Kenapa semua orang dalam ruman ni bencikan aku? Kenapa semua orang memulaukan aku? Kenapa Kak Lia dan Kak Sara benci sangat-sangat dekat aku ni? Aku memang tak penting ke dalam keluarga ni?" rintihnya. Tersedu-sedan dia mengangis di situ.
~•~•~•~•~•~•~•
Irina menuju ke dapur untuk makan malam bersama-sama. Pada mulanya, dia pelik juga kerana Mak Limah memberitahu bahawa papanya meminta makan malam bersama. Selalunya, nak makan malam berasama pun tak sempat. Sibuk kerja lah katakan. Ni mesti ada apa-apa ni nak bagitahu. Kalau tak, takkan nak berkumpul macam ni.
Malam ini, dia hanya memakai baju berlengan pendek dan skirt atas dari lutut. Memang itulah pakaian yang selalu dia pakai ketika dia di dalam rumah. Begitu juga dengan Aulia dan Sara.
Tapi kalau dekat luar rumah tu, hanya Sara seorang sahaja yang berani memakai begitu. Langsung tidak menutup aurat. Yalah, kaki kelab kan...Tak baik kau mengata kakak kau sendiri Irina. Bukan mengata, tapi kenyataan.
Dia walaupun keluar rumah tidak memakai apa-apa alas di kepalanya atau lebih tepat kain tudung, tapi dia menjaga auratnya. Mungkin dia belum terima hidayah lagi untuk memakai kain tudung.
Tapi bila si Sara tu keluar rumah, pasti ada je dia pakai baju macam tak cukup kain. Terbelah sana sini lah. Aku yang tengok ni pun, bagai nak terbeliak biji mata. Inikan pula, lelaki. Confirm keluar biji mata tu kalau lelaki yang tengok.
Irina mengambil tempat di sebelah Sara. Sara mengengsot sedikit kerusinya ke tepi supaya berjauhan dengan Irina. Irina tidak ambil kisah. Lantaklah kau nak buat apa-apa pun. Janji kau bahagia.
“Kenapa dahi tu Irina?" Dato Mukhriz menyentuh lembut dahi anaknya yang ditutup oleh plaster itu.
“Auch, sakitlah papa"
“Sorry-sorry"
“Kenapa dengan dahi tu Irina?" soal Datin Khatijah sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya.
Aulia yang berhadapan dengannya itu, dipandang. Aulia memandang Irina tajam. Siaplah kau, kalau kau bagitahu.
“Err, terhantuk dinding"
“Macam mana boleh terhantuk pulak?" tanya Datin Khatijah. Masih tidak puas hati dengan jawapan selamba Irina itu.
Irina garu kepala yang tidak gatal. “Err dah nak terhantuk, nak buat macam mana", cantik ayat kau Irina. Simple dan padat hahaha.
Datin Khatijah geleng kepala.
“Papa ajak kita semua berkumpul ni sebab papa nak bagitahu sesuatu pasal korang semua" celah Dato Mukhriz.
See. Kan aku dah cakap. Kalau nak berkumpul macam ni, pasti ada benda penting yang nak bagitahu.
“Pertama sekali, papa akan buat majlis untuk syarikat papa kerana Syarikat Jaya Holding sudah semakin berjaya dengan bantuan Tengku...."
“Tengku Anas Danial." sampuk Sara.
Dato Mukhriz memandang Sara. “Macam mana Sara tahu?"
Sara tergelak kecil.
“Of course lah Sara tahu. Dengar je nama Tengku tu, pasti Tengku Anas Danial. Dia kan lelaki pujaan wanita"
Irina disebelahnya hanya memekak telinga sahaja. Siapa pulak Tengku Anas Danial tu? Aku pun tak tahu. Lelaki Pujaan wanita? Hensem sangatke lelaki tu.
“Betul. Nama dia Tengku Anas Danial. Jadi dialah banyak membantu papa. So, papa ingin membuat majlis untuk sambutan syarikat papa. Majlis tu akan diadakan di Hotel Brightest Star dan Tengku ialah tetamu istemewa di sana" terang Dato Mukhriz panjang lebar.
“What?! Te...Tengku Anas Danial pun ada dekat sana?" soal Sara seakan tidak percaya. Oh my god!
Dato Mukhriz mengangguk walaupun dia tidak tahu kenapa anaknya itu teruja sangat.
“Yeayy" Sara sudah bersorak gembira. Hanya suaranya sahaja yang kedengaran di meja makan itu.
“Bila majlis itu diadakan?"
“Malam esok"
Irina diam. Tiada apa yang nak gembirakannya. Sesungguhnya dengan adanya majlis itu, lagi membosankan. Kena dengar semua orang bagi ceramah lah. Kena buat itu la, ini la. Tapi baik aku ikut je selagi aku boleh keluar dari rumah ini.
“Jadi, papa dah tempah baju untuk kita sekeluarga pakai di majlis itu." sambung Dato Mukhriz lagi.
Aulia diam. Dia tidak ambil kisah pun pasal tu. Sara masih tidak lekang dengan senyumannya.
Seronoklah tu dapat jumpa lelaki pujaan wanita kan. Tapi sumpah aku tak kenal siapa dia. Muka dia pun aku tak pernah tengok.
~•~•~•~•~•
Anas menolak sedikit lengan Aydan supaya lelaki itu kembali ke alam realiti. Dari tadi aku tengok asyik termemung je.
Aydan tersedar. Segera dia berpaling ke arah Anas.
“Kenapa?"
“Kau termenung pasal siapa pulak tu?" soal Anas sambil mengangkat kening sebelah.
Dia dan Anas adalah sepupu sebelah ayahnya. Memang dari dulu lagi mereka rapat. Tapi sekarang, jarang-jarang je boleh jumpa memandangkan dia sibuk kerja.
“Mhmm, entahlah Nas. Aku tak tahu nak luah perasaan aku dekat dia tu macam mana"
“Who?"
“Kawan aku"
Pecah ketawa Anas mendengarkan itu.
Aydan jeling. Kelakar ke apa yang aku cakap tadi.
“Kawan kau?"
Aydan angguk.
Anas meletakkan tangannya ke dagu seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba akal jahatnya mula menerjah masuk.
“That woman is beautiful?" saolnya penuh usikan.
“Of course lah cantik"
“Really? Let me see."
“Kau tak percaya? Kejap aku tunjuk" Aydan mengeluarkan handphonnya dari kocek seluar.
Tangannya menekan ligat menekan skrin telefon. Anas disebelahnya, hanya pandang sebelah mata sahaja.
“Ni" gambar Irina di dalam telefon itu ditunjukkan kepada Anas. Anas mencapainya.
Jujur dia akui, Irina memang cantik. Tapi perempuan ni, luaran je cantik. Dalaman, siapa yang tahu.
“Mhmm, not bad. Cantik lah jugak" ujar Anas mengawal riak terkejutnya. Telefon Aydan diberikan semula. Aydan menyambut.
“Memang lah cantik."
“Aydan. Kau nak pergi tak?" soal Anas sebaik sahaja dia meningatkan tentang majlis yang diadakan oleh Dato Mukhriz itu.
“Pergi mana?"
“Pergi majlis Dato Mukhriz sebab syarikat dia kan dah berjaya sekarang ni. So, dia nak menyambut lah kejayaan tu. Kau nak ikut tak?"
“Mhmm, Dato Mukhriz? Kalau kau nak tahu anak dialah yang aku suka tu"
Anas melopong tidak percaya
“Betul ke?"
Aydan mengangguk teruja.
“Aku nak ikut kau" cepat sahaja Aydan setuju.
“Eleh. Nak jumpa crush, cepat sangat kau kan"
Aydan tersengih. Mana tak gembira, bila nak jumpa crush.
Share this novel