Completed
1682
Bau tengit mula keluar dari celah ketiak Aku dan itu tandanya baju Aku sudah bash kuyup bermandi peluh dan embun pagi. Jalan belakang lebih sunyi dan tebal hutannya.
Tidak lama dalam dua minit kami sampai di rumah agam itu. Rumah itu sangat tua dan pasti menakutkan sesiapa sahaja yang melihat, ditambah dengan bulan mengambang dan bunyi pungguk yang kedengaran.
“Mari masuk. Aku kenalkan kamu dengan keluarga Aku.”
Aku kelu. Namun menurut sahaja, mungkin kerana suasana yang begitu menyeramkan dan risau jika hantu putih itu benar-benar marah.
Pintu belakang itu tidak berkunci dan sebaik pintu itu dibuka, kelihatan seorang perempuan berjalan ke hulu hilir, seakan mencari sesuatu. Bila sahaja melihat kami wanita itu berlari, tanpa bertanya satu penampar singgah di pipi Aku. Wanita itu kemudian menjerit, membingitkan telinga Aku.
“Ooohh ini kerja kau ya, berani kau bawa Cindai keluar dari rumah ni, dah lama ke kau beuat kerja ni?’’ tanya suara itu marah. Kini baru aku tahu yang nama hantu belaan tuan rumah ini adalah ‘Cindai’. Risau keadaan makin tegang, Cindai akhirnya bersuara.
‘’Jangan marah dia, dia yang selamatkan saya, jika tidak kerana dia sudah tentu saya dah mati hari ini,’’ rayu Cindai sambil berlutut mengharap pengertian daripada wanita itu. Tak lama kemudian, bahang kemarahan wanita yang tadinya menyinga itu reda, riak wajahnya mula tenang dan nada suranya juga bertukar lembut.
“Oh begitu ya, maafkan Mak cik ya nak! Jemput masuk ke dalam, kita berborak sambil kamu cerita perkara sebenar yang berlaku tadi..”
Di dalam rumah wanita itu ketawa nyaring, malah semakin menyeramkan bila bunyi suaranya bergema memenuhi ruang tamu yang luas. “HA HA HA apalah lawak sangat orang kampung ni? Jadi Cindai hampir dibunuh kerana disangka hantu?” bergema suara tawa mengilai wanita itu yang cukup merindingkan bulu tengkukku, kalau bukan aku tahu dia ni manusia, sudah lama aku angkat kaki dari rumah ni.
Share this novel