BAB 2

Mystery Completed 1682

Pelbagai andaian yang muncul. Adakah itu jeritan meminta tolong? Adakah jeritan itu dari hantu putih yang sedang merayau-rayau di taman? Adakah hantu putih itu mahukan korban?

‘Kafe Honeybee’ semakin gamat dengan pelbagai andaian dan prasangka. Lebih hebat, ada yang begitu yakin perkara yang berlaku disebabkan oleh keluarga di hujung kawasan perumahan itu.

Memandangkan kawasan perumahan itu agak mewah sudah semestinyalah kawasannya agak merimbun dengan kehijauan pohon-pohon hutan yang sengaja tidak ditebang agar udara dan persekitarannya lebih segar.

Jika dahulu penduduk kawasan perumahan itu bangga kerana mampu memiliki rumah di kawasan yang menghijau itu, namun kini jika ditanya rata-rata mahu hutan-hutan yang mengitari kawasan perumahan itu ditebang. Biar terang-benderang.

Seorang wanita tua menghampiri, badannya terbongkok-bongkok. Pada tangannya ada sebatang tongkat. Dia masih menjerit ketika tiba di anjung ‘Kafe Honeybee’ Aku kasihan melihatnya, mungkin hantu putih itu benar-benar telah menakutkan dia. Aku merenung Doktor Helmi dengan wajah muram, lalu berkata.

Bukan saja sakit fizikalnya, hatinya juga tentu sakit. Kasihan wanita tua itu terpaksa berlari dan dalam masa yang sama ketakutan yang amat sangat. Tidak henti-henti dia menggigil ketakutan.

Doktor Helmi mengamati wanita tua itu, kemudian dia senyum sebelum bangun menghampiri wanita itu. Ketika Doktor Helmi memimpin wanita tua itu ke meja kami, seluruh mata memerhatikannya seperti seekor helang yang ingin menyambar mangsa.

Sebaik wanita itu duduk bersebelahan Aku, Doktor Helmi memesan secawan teh panas untuknya. Wanita itu masih menggigil ketakutan. Aku semakin bersimpati. Sejurus itu Doktor Helmi ketawa, mungkin dia telah memerhati telatah Aku agak lama sebelum dia ketawa.

“Dia memang ketakutan kerana terserempak dengan hantu tadi.” Hampir sebahagian pelanggan ‘Kafe Honeybee’ ternganga bila Doktor Helmi menyebut hantu putih, malah ada yang cepat-cepat beredar meninggalkan kafe, namun masih ada yang sibuk menjadi wartawan tidak bertauliah dan pelbagai soalan diajukan kepada wanita tua itu. Seperti artis terkenal wanita tua itu rancak bercerita, namun dia tetap menggigil, menghairankan Aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience