BAB 3

Mystery Completed 1682

“Datin Katie adalah pesakit aku. Dia memang ketakutan, tapi itu bukanlah sebab utama tubuhnya menggeletar.”

Aku merasa semakin aneh lalu bertanya kembali kepada Doktor Helmi. Dia cuma ketawa kecil sebelum menjawab, sedang tangannya mengitari permukaan cawan ‘espresso’

“Datin Katie menghidap variasi myasthenia, penyakit yang menyebabkan otot-otot tubuhnya sukar untuk dikawal. Suaranya juga garau kerana tidak dapat mengendalikan otot dalam kotak suaranya. Bila bergerak, ototnya akan kembang kuncup secara rawak, menyebabkan dia kelihatan seperti menggigil.”

Aku anguk kecil, tanda faham. Seakan terkejut, Aku menyoal pula soalan yang paling penting.

“Kenapa dia menjerit? Betulkah dia terserempak dengan hantu putih? Kenapa dia berlari sendirian di malam hari?”

Doktor Helmi tenang menjawab. “Datin Katie ke pasar raya dengan pemandu peribadinya. Sampai sahaja di kawasan permainan itu, kereta mereka kehabisan minyak. Ketika pemandunya sedang memeriksa tangki minyak, mereka disapa oleh hantu putih. Pemandu peribadinya melarikan diri begitu juga dengannya. Kerana usianya dia ditinggalkan pemandu peribadinya dan dia sudah berkira-kira mahu memecat pemandu peribadinya esok.”

“Aku kena pulang dahulu. Mahu hantarkan Datin Katie. Kamu pulang dengan siapa?”

Aku memandang basikal yang tersandar pada tiang kafe, kemudian menjawab.

“Kayuh basikal, balik sorang.”

“Hati-hati bila melintasi taman permainan itu nanti.” Doktor Helmi senyum kemudian kembali berkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience