BAB 10

Romance Completed 626

“Along dah jumpa calon untuk Wiyah.” Kata Along ketik aku, Along, mak
dan Kak Shakirah tengah duduk bersantai dekat ruang tamu.

“Hah?” Aku terpinga-pinga.Calon apa?

“Calon suami!”

Aku terus tersentak.Apa? Calon suami!

“Apa ni Along? Orang tak nak kahwin lagi!”

“Esok dia datang.” Sambung Along lagi tanpa mempedulikan rayuan aku.

Mata aku membulat.” Tak naklah Long...”

“Tak kira! Nurul kena kahwin jugak!”

“Tapi Along, Nurul nak...”

“Cikgu hensem?” Tanya Along sambil menjungkit kening.Aku tergamam.

“Kalau jodoh adik memang dengan dia, insyaAllah ada.” Along menepuk
pehaku sebelum naik ke tingkat atas.Sedihnya bila Along buat macam ni!
Along tahu perasaan aku tapi kenapa Along nak paksa-paksa macam ni!

*

*Kepada cikgu,*

*Cikgu...tak lama lagi saya akan dinikahkan dengan seseorang yang saya
langsung tak kenal.Saya sedih, cikgu...sedih sangat-sangat.Tapi sebelum
tu saya nak bagitahu cikgu sesuatu.Sebenarnya saya dah lama sukakan
cikgu.Dari hari pertama saya kenal cikgu sampailaj sekarang.Cikgu
perasan tak nama kereta saya ManMan? Tu sebenarnya singkatan untuk nama
cikgu.Saya selalu anggap cikgu tu ManMan.Sebab bila saya rindu cikgu,
saya boleh sembang-sembang dengan ManMan walaupun dia tak faham apa saya
cakap.Maafkan saya kerana menganggu cikgu dengan kata-kata saya ni.Saya
tak bermaksud nak buat cikgu rasa serba-salah atau sebagainya.Cuma saya
nak luahkan apa yang saya rasa.Cikgu...semoga cikgu berbahagia.*

*-Nurul Adawiyah-*

**Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menekan butang send.Dekat 4 muka
surat mesej ni dan aku harap cikgu hensem baca luahan perasan aku ni
sebelum aku dinikahkan dengan orang lain.Aku menahan sebak di
dada.Sedihnya sekarang ni.

“Nurul, bakal suami kamu dah sampai.”

Aku memandang mak yang sedang berdiri di muka pintu dengan muka yang
langsung tak bermaya.Perlahan-lahan aku bangkit lalu mengikut langkah
mak turun ke tingkat bawah.

“Ni bakal mak mertua kamu.” Mak memperkenalkan seorang wanita kepada
aku.Aku mengukir senyuman sambil menyalami tangan bakal mak mertua
aku.Sekali lagi rasa sebak bertandang.

“Apa khabar , mak cik?”

“Baik Nurul.”

Mak mencuit pinggangku supaya duduk di sebelahnya.

“Tu bakal ayah mertua kamu.” Aku tunduk sedikit sebagai tanda hormat
sambil tersenyum.

“Tu bakal suami kamu.” Aku memandang seorang lelaki yang baru masuk ke
dalam rumah.Mata aku yang pada mulanya dah kuyu sebab sedih sangat terus
terbuka luas.Terkejut melihat wajah bakal suami aku.

“Cikgu!” Jeritku tanpa mempedulikan orang lain.

Cikgu hensem hanya tergelak kecil sambil melabuhkan punggung di sebelah
ayahnya.

“Ni bakal suami Nurul.”Along yang tiba-tiba muncul bersuara.Aku
memandang Along dengan pandangan tidak percaya.Aku bermimpi sekarang ni
kan?

“Tipu!”

“Betul Wiyah...sayalah bakal suami awak.” Cikgu hensem cuba menyakinkan
aku.Aku menggeleng kepala.Apa ni?

“Saya nak balas luahan hati awak tadi depan semua orang ye.Kepada Nurul
Adawiyah, awak nak tahu kenapa nama kereta saya Yaya? Sebab tu nama
awak.Awak ingat tak dulu, saya pernah cakap nak tukar nama Vivi jadi
Yaya? Kalau awak nak tahu, saya pun dah sukakan awak sejak dari hari
pertama saya kenal awak.Ada sesuatu mengenai awak yang membuatkan saya
terpikat.Awak tak berpura-pura.Sikap awak yang cepat panik tu buat saya
happy dan jugak kelakar.Saya suka dengan lawak awak dan yang paling
buat saya terharu adalah awak susah payah buat kek coklat untuk
saya.Percayalah yang kek coklat tu adalah kek yang paling sedap pernah
saya makan.”

Air mata yang mengalir di pipi aku biarkan je.Aku hanya memandang cikgu
hensem.

“Saya pernah cakap yang saya menunggu cahaya penawar saya untuk kembali
dan sekarang dia dah kembali.Saya takkan lepaskan dia lagi.Awak tahu tak
siapa cahaya penawar saya tu? Dia adalah Nurul Adawiyah.Bukan ke makna
nama awak adalah cahaya penawar.Awaklah cahaya penawar saya, Wiyah.

Dulu hati saya sakit bila awak takde.Tapi sekarang awak dah bagi penawar
kepada hati saya yang sakit.Dengan kehadiran awak sebagai isteri saya
yang sah, semua kesakitan saya hilang.Jadi di depan semua orang
ni...saya nak tanya sudikah awak menjadi isteri saya?” Tanya cikgu
hensem dengan muka yang serius.Pandangan matanya yang tajam dan serius
membuatkan aku semakin rancak mengalirkan air mata.Bukan kerana aku
takut tapi kerana aku yakin.Yakin dengan kesungguhannya.

Aku membalas pandangannya sambil tersenyum.

“Cikgu...saya akan menjadi cahaya penawar cikgu yang paling bertuah
sekali kerana telah menjadi pilihan kepada Muhammad Aiman.Saya sudi
untuk menjadi cahaya penawar cikgu.InsyaAllah sampai ke syurga.” Balasku
sambil tersenyum.

“Alhamdulillah.” Aku melihat cikgu hensem mengucap Alhamdulillah sambil
meraup mukanya.

“Bila nak buat majlisnya?” Along sudah ketawa sambil memeluk bahuku.Aku
hanya tersenyum malu.

“As soon as possible!” Balas cikgu hensem dengan yakinnya.Aku pulak
terkejut.ASAP?!

“Setuju tak?” Tanya bakal ayah mertuaku.Aku hanya mengangguk kecil
sambil memeluk lengan mak.Malulah!

“Tak sia-sia Along curi sekejap handphone Nurul hari tu semata-mata
nak cari nombor Aiman.” Bisik Along di telingaku.

Aku memandang Along dengan tajam.Patutlah handphone aku menghilang
secara tiba-tiba.Bila ditanya, Along cakap tak tahu lepas tu siap sindir
aku lagi...Dia cakap siapa suruh letak merata-rata.Geramnya aku dengan
Along! Tapi aku memang patut berterima kasih dekat Along.Kalau Along tak
call cikgu hensem dan bagitahu perasaan aku, pasti sekarang ni cikgu
hensem takde kat depan aku.

“Terima kasih Along.Thanks for everything.” Ucapku sambil menangis.

“Hish-hish! Janganlah nangis.Sepatutnya Nurul happy tau sekarang
ni.And betullah cakap adik.Memang cikgu hensem lah!”

Aku tergelak.”Mestilah!”

Kemudian aku memandang cikgu hensem yang sedang berbual-bual dengan
mak.Aku tersenyum senang.Kalau aku tahu yang aku nak dikahwinkan dengan
cikgu hensem, memang confirm aku tak membantah.

Aku tersentak apabila melihat cikgu hensem turut memandangku sambil
tersenyum.Dia mengenyit matanya.

Aku hanya tergelak kecil.Adeh...kerana dia, aku terror bawak kereta,
dan kerana dia jugak aku mula jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience