BAB 12

Romance Completed 626

“Lagu ni special untuk sayang jugak.”

*Semenjak kau hadir dalam hidupku*

*Tiada lagi keresahan*

*Kau mengetuk pintu hatiku*

*Tanpa sedar hingga ku izinkan*

Perlahan-lahan aku membuka mata.Aku terkedu saat melihat suamiku sedang
bermain gitar sambil menyanyikan lagu yang sangat menyentuh hatiku.Mata
aku mula berair.

*Kau yang bernama cinta*

*Kau yang memberi rasa*

*Kau yang ilhamkan bahagia*

*Hingga aku terasa indah*

**

*Maaf jikaku tidak sempurna*

*Tika bahagia mula menjelma*

*Bila keyakinan datang merasa*

*Kasih disalut dengan kejujuran*

**

**

*Mencintai dirimu*

*Merindui dirimu*

*Memiliki dirimu*

*Hingga akhir hayat bersama kamu*

**

*Kau yang bernama cinta*

*Kau yang memberi rasa*

*Kau yang ilhamkan bahagia*

*Hingga aku terasa indah*

**

*Kau yang bernama cinta*

*Hingga aku rasa indah*

Selepas dia siap nyanyi, aku terus meluru ke arahnya dan memeluknya
erat-erat.Aku menangis sepuas hati di bahunya.Dia pulak hanya tersenyum
sambil membalas pelukanku.

“Kenapa nangis?”

“Terharu sangat bang!”

Dia tergelak sambil merungkaikan pelukan.Dia memegang pipi aku dan
mengesat air mata aku yang berlinangan.

“Abang sayang Wiyah.”

“Wiyah pun sayang abang.”

Aku kembali memeluknya.Terima kasih Allah kerana mengirimkan seorang
Muhammad Aiman untuk diriku.Aku mengucap syukur berulang kali.

“Oh ye, lupa nak tanya siapa cikgu hensem?”

Aku memandang dia tidak berkelip.”Abanglah.Dulu Wiyah panggil abang,
cikgu hensem.”

“Hahaha..hensem ke abang ni?”

“Hensemlah...”

Dia ketawa.”Nak tahu apa abang panggil Wiyah?”

“Apa?” Soalku ingin tahu.

“Budak comel!”

“Comel ke Wiyah?”

“Comellah.Kalau tak, takkanlah abang sampai angau.” Usiknya sambil
mencuit hidung aku.Aku tersenyum malu sambil memeluknya kembali.

I love you, cikgu hensem!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience