“Nanti bila QTI dan jugak masa dengan JPJ, bawak elok-elok tau.” Pesan
Cikgu Aiman ketika aku sedang memandu.Aku hanya mengangguk perlahan.
Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sebak sangat.Sampai nak menangis
sekarang ni.Sedaya upaya aku menahan air mata aku daripada mengalir
sebab tak nak cikgu hensem syak yang bukan-bukan.
“Semoga awak berjaya selepas ni.Good luck ye.”
Kali ni aku dah tak boleh nak tahan air mata.Perlahan-lahan aku memberi
signal ke kiri sebelum menangis sepuas hati.
“Erk? Kenapa nangis ni? Saya ada buat awak terasa ke?” Tanya Cikgu Aiman
cemas sambil memandang aku yang dah menekup muka.
Aku menggeleng.Cikgu hensem tak buat saya terasa tapi terharu!
“Habis tu?”
Aku berpaling memandang ke arahnya dengan mata yang sembab.
“Saya memang macam ni, cikgu.Suka menangis tanpa sebab.Boleh tak cikgu
yang bawak pulak kereta ni? Mata saya kabur dengan air mata ni.”
Dia tersenyum sebelum mengangguk.
Aku tanggalkan seatbelt sebelum keluar dari kereta sambil menutup muka
sedikit.Malulah pulak bila dah menangis depan cikgu.
“Saya pasti rindukan awak nanti.” Ucap Cikgu Aiman perlahan tapi aku dah
nak tersedak bila dengar dia cakap macam tu.
“Err...rindu?”
“Yup.Sebab awak ni best untuk berkawan.Saya pun tak tension ajar
awak sebab dengan perangai awak tu dah boleh buat saya ketawa.Dan awak
langsung tak berpura-pura.”
Aku tersenyum kecil.Aku kan suka bercakap banyak.Lepas tu suka tanya
cikgu hensem macam-macam soalan.Lagi satu, aku pelik! Aku menunduk muka
sedikit sambil menggeleng kecil.Betapa peliknya aku selama duk belajar
dengan cikgu hensem ni.
“Saya pun akan rindu cikgu jugak nanti.”
Cikgu hensem hanya ketawa kecil sebelum menumpukan sepenuh konsentrasi
pada jalan raya.
Akhirnya kami berdua senyap sampailah kereta Viva yang amat aku sayangi
ni berhenti dekat depan pusat latihan.Selepas mengambil kad pengenalan,
aku menuju ke kereta yang banyak berjasa dalam menjadikan aku sebagai
salah seorang pemandu kereta.Aku mengusap lembut kereta ni sambil
menghela nafas panjang.Kalau takde kereta ni, confirm sampai sekarang
aku tak reti langsung nak bawak kereta.Dan mungkin juga takkan berjumpa
dengan cikgu hensem...
Entah kenapa di saat macam ni, aku teringin nak menyanyi lagu Never Say
Goodbye yang dalam drama korea My Girl tu.Tak sanggup rasanya nak
mengucapkan selamat tinggal dekat cikgu hensem.
“Kenapa asyik usap Vivi tu je?” Tanya cikgu hensem pelik.Aku
memandangnya dengan dahi berkerut.Vivi?
“Vivi? Ni Viva, cikgu...Bukan Vivi.”
Dia ketawa besar tiba-tiba.Dahi aku makin berkerut.Aku buat lawak ke?
Memang nama dia Viva kan? Dan yang makin buat aku pelik kenapa cikgu
hensem happy semacam je pulak ni.Tadi takdelah macam ni.
“Tu nama kereta nilah.Saya panggil dia Vivi.Comel tak?” Ucapnya sambil
mengenyit mata.Aku menunduk tiba-tiba dengan wajah yang merah padam.Lain
macam pulak bila tengok dia kenyit mata macam tu.
“Err..comel.”
“Tapi sekarang ni, saya nak tukar nama dia jadi Yaya.”
“Kenapa?”
“Sebab nama awak Adawiyah.Saya ambik Yaya tu je.Bila awak dah takde
dekat sini nanti, at least kereta ni ada.Takdelah saya rindu sangat
nanti.”
Aku terkedu.Cikgu hensem ni memang ada power untuk buat aku terkedu
sampai terdiam.Muka pun dah makin hangat sekarang ni.
“Macam... lawak je letak nama tu.” Balasku sedikit gagap.
“Haha..cute apa?”
Aku sekali lagi terdiam.Tak tahu nak balas apa dah.
“Wiyah...”
“Ya, cikgu?”
“Terima kasih untuk kek coklat tu.”
Aku tersenyum.”Sama-sama.Harap cikgu sukalah kek tu.Saya tak reti sangat
nak buat kek.Nasib baik Along tolong.”
“Tak sangka awak ingat apa yang saya suka makan.” Ucapnya lagi sambil
memandang aku.
“Err...hehe..”
“Apa-apapun terima kasih sebab sudi buat kek coklat untuk saya.”
“Sama-sama cikgu.Cikgu, sekali lagi saya nak ucap terima kasih sebab
ajar saya selam ni.Saya tahu saya ni memang selalu buat cikgu tension
sebab saya ni lambat menangkap apa yang cikgu ajar.Dan terima kasih
jugak sebab...” Aku berhenti berkata-kata.Jangan Nurul! Tak sesuai nak
cakap macam tu sekarang.
“Terima kasih sebab?”
“Terima kasih sebab tak marah-marah saya.”
“Nak marah pun tak jadi bila tengok awak buat lawak.” Ucapcikgu hensem
sambil ketawa kecil.
Aku tersenyum sambil memandang ke arah pintu pagar.Kereta Along sudah
memasuki perkarangan pusat latihan.Aku mengangkat tangan ke arah Along
supaya menunggu sekejap.
“Along saya dah sampai.Err..saya mintak diri dulu ye, cikgu.” Aku tunduk
ke bawah.Hati aku tiba-tiba sebak.
“Wiyah, jaga diri baik-baik tau.”
Aku mengangguk kecil.Mata aku dah mula berair.
“Saya pergi dulu cikgu.Assalamualaikum.” Aku bergegas berlari masuk ke
dalam kereta Along tanpa memandang cikgu hensem.Tak sanggup nak pandang
cikgu hensem untuk kali terakhir.Along di sebelah hanya mendiamkan diri
apabila melihat aku mula menangis.Sesekali dia mengusap bahu aku sambil
tersenyum.
Share this novel