Dian mengengam teleponnya ditangannya dengan kemas, badannya mengigil apabila dia tidak dapat menahan rasa kesakitannya.
Baru sebentar tadi, kawan sekolahnya yang berkerja di Maybank menelefon untuk mengucapkan tahniah kerana pinjaman suaminya untuk membeli rumah di Puncak Alam diluluskan. Rumah yang berharga RM900k adalah rumah yang sangat mewah, bertempat di kalangan mereka yang punya citarasa yang tinggi.
Tanpa kawannya mengetahui cerita sebenar, dia cuma mengiakan dan menyatakan semua itu adalah rezeki mereka anak beranak. Dia mula berfikir, selama ini tidak pernah ada rahsia antara mereka, tidak pernah sekali pun suaminya merahsiakan apa apa daripadanya.
Dia tidak habis fikir, kenapa perlu suaminya merahsiakan pembelian rumah mewah itu, sedangkan harganya hampir mencecah sejuta RM dan bukan calang calang keputusan untuk membeli rumah yang harga bukan biasa biasa.
Selepas dia berkahwin, mereka tinggal di rumah banglo hadiah daripada keluarganya, banglo yang harganya mencecah jutaan ringgit. Banglo yang mempunyai 5 bilik itu menjadi taman kebahagian mereka, ruang untuk menyulam rasa cinta kepada suaminya.
Abang sulungnya menghadiahkannya kereta Honda CRV, manakala Abang yang kedua menghadiahkan lot kedainya untuknya, untuk dia sewakan untuk mendapat hasil bulanan.
Semasa suaminya mengahwininya, suaminya tidak perlu berbuat apa apa, semuanya sudah tersedia. Selama ini dia tidak pernah rasa ralat untuk berkongsi tanggungjawab didalam melayari rumahtangga mereka
Dia tidak pernah ralat.
23 September 2013
Dian Camelia memandang dengan penuh minat beberapa orang Auditor yang berada di bilik meeting itu, dia dijemput untuk menjawab beberapa issues yang timbul selepas auditor selesai menjalankan tugasan untuk memeriksa beberapa SOP di Bahagian Finance Revenue.
Dian juga boleh melihat wajah serius Yusoff Harris, yang terlihat sangat tertekan dengan situasi di dalam bilik meeting ini.
“Dian, ada beberapa soalan yang kami akan tanyakan ya, as Finance IT Solution, kami nak you ceritakan kenapa revenue for ewallet boleh leakage sampai RM1.3 million. Based on solution process, I nampak all in place. Mungkin you boleh ceritakan berdasarkan your point of view?,” Encik Iskandar mula memandang Dian Camelia dengan serius, selepas dia selesai mengambil kenyataan daripada Yusoff Harris sebagai Head of Finance Revenue.
Yusoff Harris memandang Dian Camelia dengan pandangan yang sukar diungkap, terlalu banyak perkara yang terjadi kepadanya, sampaikan prestasi kerjanya juga sudah menurun.
Dian Camelia tersenyum memandang Iskandar yang terlihat sangat serius.
“Saya dah baca dan study your report, and based on point captured by Auditor, I dah prepare slide to explain on the solution. First point yang I would like to share, our revenue already captured, no leakage, but the way you read the report is wrong,”
Dian Camelia melihat mata Yusoff memandangnya dengan dengan terkejut, dia mengerutkan kening dan menumpu perhatian sepenuhnya.
“Last time, during testing, I dah explained how to read the report, sebab itu testing tu lulus, I yang approved sebelum kita deployed,”
“Column Y is actually net value we should calculate as revenue, after SST. I can confirm 200%, no revenue leakage. Encik Yusoff boleh tidur lena lepas ni, Insyallah,” entah mengapa Dian merasa bahagia, apabila melihat wajah lega Yusoff Harris, dia bahagia apabila dapat menolong insan yang melekat dihatinya itu.
Selepas selesai menerangkan dengan terperinci tentang permasalahan itu, mereka bersurai, tetapi Yusoff Harris memintanya menunggu sebentar, ada perkara yang perlu dibincangkan katanya.
“Dian, thanks a lot, tak tahu nak express my feeling, but really thankful, masa I tengok 1.3mil dalam report tu, rasanya Allah sahaja yang tahu,” Yusoff Harris mula berbicara apabila melihat wajah lembut Dian Camelia yang sentiasa tersenyum.
Rasa hati Dian Camelia tercuit, dia bahagia apabila jejaka itu berterima kasih kepadanya.
“Sebenarnya since day 1 memang saya dah explained kat staff Encik Yusoff, since kita introduce e-wallet, no one came to me asking on the reporting, I taught semua faham. That’s why bila Auditor email me the details, I tahu the way they read the report is wrong,”
“It’s ok Encik Yusoff, as Finance IT, my responsible juga to explain. Saya terima ucapan terima kasih tu, dengan balasan ‘sama sama’,” Dian Camelia bergurau apabila melihat wajah serius Yusoff Harris.
“You free tak today, I nak belanja dinner, ada restaurant thai baru buka kat mall sebelah, jom lah, I belanja,” Yusoff Harris berbudi bahasa, dia tahu Dian Camelia telah banyak menolongnya.
Dian Camelia melihat wajah ikhlas Yusoff Harris, tetapi dia tidak mahu menanguk di air yang keruh.
“Tak mengapa lah Encik Yusoff, malam ni saya ada kuliah kat Masjid Wilayah, ada Ustaz dari Indonesia datang, dah lama saya nak jumpa dia,” Dian Camelia bukan beralasan, tetapi dia sudah biasa menghadiri kuliah di Masjid Wilayah setiap hari Rabu dan Khamis.
Dia tidak mahu berdua dua dengan Yusoff Harris yang juga tunangan orang itu.
“Dian, bila you free? I memang nak belanja you makan,” Yusoff Harris mula berfikir, gadis yang biasa biasa ini menghadiri kuliah di Masjid, sedangkan dia tidak pernah berkelana di Masjid.
“Tu lah, susah sikit kalau nak beritahu bila free? Sebab saya tinggal kat Rawang, kalau tak stayback, saya akan balik cepat, sebab jalan jem, kadang tu selepas maghrib baru sampai rumah,”
“Its ok Encik Yusoff, tanggungjawab saya juga pasal case tadi, no need to worry, ucapan terima kasih tadi dah cukup, saya dengar ucapan terima kasih tu dah buat saya kenyang,” Dian Camelia bergurau lagi, apabila wajah Yusoff Harris seperti tidak focus.
“Saya gerak dulu, sebab ada lunch appointment dengan IT Technical, ada discussion tentang IT solution baru, makan makan sambil meeting,” Dian bangun daripada duduknya, apabila dia melihat Yusoff Harris termenung jauh.
Yusoff Harris masih dalam dunianya, dia tidak menyedari Dian Camelia susah berlalu pergi, hatinya masih lagi melekat dengan Hanan, masih lagi terasa sangat berat hatinya.
Yusoff Harris membuka WA, apabila mendengar bunyi yang menandakan ada message baru masuk. Dia sangat berharap message tu daripada Hanan.
“En Yusoff, saya pergi dulu, saya dah minta izin tadi, tapi something in your mind, mungkin En Yusoff tak dengar,”
Yusoff Harris terkejut, dia melihat kerusi itu sudah kosong.
“Ya Allah, apa yang telah terjadi kepada aku, Ya Allah,”
************************************
Kamsani merenung wajah Yusoff Harris yang seperti hilang focus sejak akhir akhir ini. Dia sendiri hairan melihat Yusoff Harris yang seperti tenggelam di dalam dunianya sendiri.
“Yusoff, dah sampai masa aku berters terang dengan kau, Datuk Alam dah minta HR kasi warning letter kat kau, prestasi kerja kau teruk sangat sekarang, Aku tahu Hanan dah kahwin, kau separuh mati gilakan Hanan, tapi yang beli beras kat family kau adalah kau, bukan orang lain,”
“Kalau kau hilang kerja ni, ada ke syarikat lain nak bayar gaji kau macam sekarang?,”
“Kau perlu tanggung adik adik kau, gaji RM10k sekarang pun cukup cukup makan, kalau kau hilang kerja, mana nak datang duit tu?,”
“Fikir Yusoff, Hanan tu bukan jodoh kau. Kau jangan lupa, Hanan curang dengan kau, bukan sebulan, tapi 5 bulan, sampaikan dia mengandung anak luar nikah baru kahwin, and kau masih lagi kata Hanan tu tak salah?,”
“Formula apa yang yang kau guna ni Yusoff? Apa lagi yang kau nak bela sangat Hanan tu?,”
“Please wake up Soff, aku kawan kau, kawan yang ada dengan kau dari dulu, kawan yang tahu apa di dalam hati kau, kawan yang tahu apa di dalam hati umi kau, please Soff, kau bukan orang macam ni,”
Kamsani perlu sedarkan Yusoff Harris, sudah banyak compliant yang dia dengar, sudah banyak kesalahan kerja yang Yusoff lakukan.
“Adik kau yang 4 orang tu masih kena tanggung pembelajaran mereka, itu janji kau pada mereka kan? ok ok, katakan apa yang Hanan buat itu salah kau, sebab lepas kau tangguhkan majlis nikah, dia dah tawar hati, tetapi aku tanya kau satu soalan,”
“Apa perasan kau apabila Hanan tu boleh pergi jumpa umi, tengking umi sebab dia marah, then maki umi kata umi tu mak tak guna, ayah tu bapak tak guna,”
“Itu ke calon isteri yang kau gilakan, kau yang jagakan selama ni, berapa banyak duit gaji kau melabur kat dia? Cuba fikir balik Hanan. Umi pun kau tak belikan rantai tangan, tapi Hanan kau belikan sampai RM6k, sebab apa? Sebab nak pujuk dia merajuk,” Kamsani masih ingin menyembur Yusoff Harris cukup cukup, dia perlu sedarkan Yusoff Harris daripada lenanya.
“Aku ni bukan sesiapa pun, tapi aku bertanggungjawab sebab aku yang kenalkan Hanan kat kau, sebab Hanan minat sangat dengan kau, dia minta tolong aku, sehinggakan kau pulak yang mabuk dengan kecantikan dia, kau mabuk dengan kemanjaan dia, kau mabuk dengan pujuk rayu dia,”
“Dah lah Soff, aku tahu kau berusaha untuk move on, tapi usaha lagi Soff, usaha lebih lagi,”
“Nasib la ada Dian yang tolong kau, kalau tak, memang terus kena terminate lah kau, sebab jadi boss tak guna,”
“Aku cabut dulu lah, naik geram pulak aku tengok muka tak bersalah kau, nak jer aku hadiahkan penumbuk aku ni,”
Kamsani berlalu pergi apabila dia tidak melihat respon daripada Yusoff Harris, dia melihat mata yang menahan seribu rasa itu, mata yang tiada lagi sinar, mata yang hilang sudah semua rasa.
“Maafkan along umi, along memang anak yang tidak berguna, along berdosa dengan umi, along minta maaf,” suara itu bergema di dalam hatinya, suara itu sangat rapuh, suara yang mengandungi seribu sesalan.
Yusoff Harris mendengar ketukan daripada luar, dia melihat jamnya, sudah menunjukkan angka 1pm, waktu untuk dia makan tengahari.
“Boss nak join kami tak? Kami nak makan dengan Dian, nak belanja dia sebab tolong kita. Kalau boss nak join, kami makan kat café bawah, gerai Teratai, Dian nak makan sup panas,” PA yang bernama Linda itu bercakap dari muka pintu.
“Go ahead, I nak ke surau, nanti belikan I karipap ya, dengan nescafe panas sekali,” Yusoff Harris tidak mahu mengacau kegembiraan mereka, dia tidak mahu mewujudkan suasana tidak selesa dengan kehadirannya.
“Lin, I dah ajak Dian dinner, tapi dia tolak, I lupa pulak nak ajak dia lunch,”
“By the way, kalau Dian free after lunch, ask her singgah kat my room, ada perkara yang I nak tanya dia,”
“Ok Boss, tapi ada perkara yang I nak beritahu boss, ada someone cakap dengan I, Dian tu dah lama crush kat boss, since dia masuk kerja kat sini lagi. Since boss single and available, why not saya jadi match maker,” suara selamba Linda tu menarik perhatian Yusoff Harris.
“Linda, apa yang you try buat tu tak kelakar pun, no one can replace Hanan kat hati I, no one,” suara Yusoff Harris itu kedengaran sedih, suara tu gementar.
“Sorry boss, I gurau jer, dah lama tak dengar ketawa boss, I dah rindu nak dengar boss ketawa, boss marah marah, boss happy, I harap semua akan kembali normal nanti,” Linda menutup pintu itu perlahan, dia tidak mahu memberi kesedihan kepada ketuanya.
Yusoff Harris memandang pintu itu dengan penuh kesepian, hatinya sudah pergi bersama Hanan, sudah tiada rasa untuk bercinta, bermula dengan orang lain.
Yusoff Harris tahu tentang cerita crush tu, dia dapat melihat cara Dian memandangnya, dia dapat melihat cara Dian gementar apabila bercakap dengannya. Tetapi itu dulu, tetapi selepas masa berlalu, mungkin Dian sudah terbiasa bertemu dengannya, dan suasan kekok itu sudah tiada lagi.
*****************************************
Dian Camelia tersenyum apabila dia selesai menghantar lapuran audit itu kepada Yusoff Harris.
“Encik Yusoff, saya dah email, tengok dapat tak? Saya dah letak komen saya kat bawah, nanti Encik Yusoff tambah your comment juga. Lepas tu boleh submit kat Audit Portal lah, Inshaa Allah, semua ok tu,”
Yusoff Harris memandang Dian Camelia yang terlihat begitu cekap dengan kerjanya, begitu beralus dia menyusun ayat untuk lapuran audit itu.
“Thanks Dian, selesai sudah satu bab, janganlah ada lagi kisah lain, I dah penat nak menjawab,” Yusoff Harris cuba melonggarkan suaranya, dia tidak mahu Dian tidak selesa.
“Alhamdulilah, saya gerak dulu lah Encik Yusoff,” Dian tidak mahu berlama lama di bilik jejaka idamannya itu.
“Dian, kalau tak boleh dinner, can we have lunch together, tomorrow maybe?” Yusoff Harris masih merasakan dia perlu berterimakasih kepada Dian Camelia.
Dian Camelia tersenyum, dia tidak mahu leka dengan rasa hatinya, dia tidak boleh mewujudkan gossip antara mereka.
“It’s ok Encik Yusoff, small matter for me, no need la, malu pulak, apa yangsaya buat ni adalah my task, tak payah lah, staff Encik Yusoff dah belanja saya makan sup panas kat café tadi, cukup dah tu,” Dian Camelia bergerak ke pintu, dia tidak mahu menunggu jawapan daripada Yusoff Harris.
BERSAMBUNG
Apabila CikSyid berkata;
Saya setuju dengan hujah yang curang itu pilihan. Menerima jodoh suami orang juga pilihan. Sebab yang paling tepat adalah bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Share this novel
I taught = saya ajar. I thought = saya fikir
awal2 cerita ni dah benci sangat ngan Yusoff ni cinta membabi buta xkenal kaca dan permata bodoh.....