Naim Farhan memberhentikan kereta di hadapan rumah banglo 2 tingkat itu, dia terpegun melihat rumah yang tersergam Indah dikawasan mewah itu.
“Mak, kalau ikutkan alamat, ini lah rumahnya,”
“Mak duduk dalam kereta dulu, abang cuba tanyakan Pak Guard tu,”
Wanita yang dipanggil mak itu mengangguk perlahan, dia menarik nafasnya yang berat.
“Assalamualaikum Encik, ini rumah Puan Dian Camelia ke? Saya nak jumpa dia,” Naim melihat lelaki separuh umur itu sedang menulis sesuatu di buku di bilik kecil itu.
“Waalaikummusalam, ya ya ini rumah Puan Dian, boleh saya tahu Encik ni siapa?” Pak Mat yang sudah berkerja lama dengan keluarga Dian Camelia itu membuka pintu bilik JAGA itu dan menghulurkan salam dengan penuh sopan.
“Nama saya Naim Farhan, saya ada urusan dengan Puan Dian, kalau boleh saya nak berbincang dengan dia, boleh ke panggilkan dia,” Naim Farhan pun tidak tahu apa yang perlu dia katakan, tetapi dia perlu berjumpa dengan Dian Camelia untuk bersama sama berbincang.
“Encik tunggu sekejap ya, saya panggilkan Puan,” Pak Mat mendail intercom itu dan bercakap dengan perlahan.
Selepas 5 minit menunggu, Pak Mat mendapat panggilan untuk membenarkan tetamu masuk.
“Encik Naim, Encik parking kereta di depan pokok disana, selepas tu saya akan bawa masuk Encik ke ruangan meeting,” Naim tersemyum lega dengan layanan baik dan fast response daripada Pak Guard itu.
“Encik dan Puan duduk dulu ya, biasanya kalau ada tetamu, Puan Dian akan berbincang di sini, nanti bibik akan bawakan air minuman, saya pergi dulu,” Pak Mat tersenyum dan berbangga dengan kebaikan dan jati diri yang dibawakan oleh majikannya.
Naim Farhan dan Puan Zainab mengucapkan terima kasih dan mengambil tempat duduk di sofa empuk di ruangan tepi rumah mewah itu. Terlihat tuan rumah ini menyediakan tempat yang mewah untuk tetamu yang bertandang.
Dia mula berfikir, apalah yang akan berlaku nanti, kerana perbincangan mereka bukanlah perkara yang baik baik.
“Assalamualaikum Encik dan Puan, maaf tunggu lama, saya ada meeting dengan guru tuisyen anak saya sekejap tadi, lama sikit kena tunggu,” Dian Camelia terkejut melihat anak muda dan seorang wanita yang sebaya mamanya.
Naim Farhan segera bangun apabila disapa Dian Camelia, pertama kali dia berjumpa dengan Dian Camelia dan terkejut melihat cara wanita itu menyapa tetamu, sangat sopan dan menghormati.
Dian Camelia menyalami Puan Zainab itu dan menunduk hormat.
“Maaf sebab kami datang tak beritahu, kami cuma ada alamat Puan, jadi kami datang terus, maafkan kami kalau kami menganggu Puan,” Naim Farhan serba salah melihat wanita yang hebat ini akan mendengar sesuatu yang menyakitkan.
“Tak mengapa, saya dah minta bibik buatkan air, boleh saya tahu apa tujuan Encik dan Puan nak jumpa saya ya? Kalau boleh kenalkan diri dulu, berdebar pulak saya,” Dian Camelia merasa tidak sedap hati, kerana selama ini dia belum pernah di kunjungi oleh orang asing ke rumahnya.
“Nama saya Naim Farhan, ini ibu saya, Mak Cik Zainab,” Naim Farhan kembali duduk apabila melihat Dian Camelia duduk di sofa bersebelahan ibunya.
“Saya Dian Camelia, baiklah Encik Naim, boleh teruskan,” Dian Camelia melihat Naim Farhan serba salah, dia melihat wanita itu jua serba salah.
“Saya tidak tahu samada Puan sudah tahu atau belum, tetapi cara Puan menyapa kami, kami percaya Puan belum tahu apa yang berlaku, jadi saya berterus teranglah, saya harap Puan sabar dengan apa akan buat dengar,”
Hati Dian Camelia berdetik kencang, dia mula merasa sesuatu yang buruk akan didengar.
“Saya suami kepada kepada Nur Hanan, sesuatu yang unpleasant berlaku antara suami puan dengan isteri saya, sesuatu yang akan menyakitkan Puan dan sedang menyakitkan kami,” Naim Farhan melihat wajah terkejut Dian Camelia yang membuat dia juga merasa sangat bersalah.
“Teruskan Encik Naim, saya dengar,” Dian Camelia mengengam tangannya kemas, dia tidak mahu mereka melihat badannya sudah mengigil.
“Sudah lebih 2 bulan saya dapat merasakan Hanan tidak seperti sebelum ini, saya berulang alik ke rumah ibu saya di Kuala Selangor kerana ibu tidak sihat, kadang kadang saya tidur di rumah ibu dan terus ke pejabat esoknya. Sebelum ni Hanan akan marahkan saya kerana lebihkan ibu, tetapi kali ni dia minta saya jaga ibu, dia tidak kisah saya lebihkan ibu saya,”
“Kat rumah kami tiada bibik, jadi anak kami dihantar ke rumah pengasuh, tetapi Hanan selalu ambik lambat, kadang kadang tu sampai 10malam, sedangkan dia kerja office hour,”
“Last week anak kepada pengasuh pergi ke rumah, kerana dah lebih 11 malam Hanan tidak ambil anak, pengasuh call saya tak dapat, mereka ke rumah saya, kebetulan pagar tidak berkunci, panggil tak menyahut, kereta ada, jadi mereka ingat Hanan sakit, tapi mereka melihat suami Puan berada di dalam rumah dengan tidak berbaju,”
Naim Farhan berhenti seketika, dia mengambil nafas dan menghembus perlahan, dadanya terasa sakit, sangat sakit.
Dia melihat Dian Camelia masih tidak berkutip, tetapi dia nampk airmata wanita hebat itu sudah bergenang, dia nampak wanita itu cuba menahan sakitnya, cuba menahan sabarnya.
“Maafkan saya sebab bawa cerita yang tidak enak di dengar, saya terpaksa,”
“Saya tidak menuduh mereka buat perkara yang tidak baik, kerana saya tiada bukti, saya tidak melihat, tetapi bagaimana seorang lelaki boleh masuk ke dalam rumah orang lain sedangkan suaminya tiada dirumah,” Naim Farhan cuba menyusun ayat agar tidak menyakitkan Dian Camelia.
“Takkan kamu tak perasan suami kamu curang dengan kamu, atau orang kaya tidak kisah semua benda ni,” akhirnya Dian Camelia mendengar suara wanita yang sebaya ibunya itu.
Dian Camelia tersentak, dia memandang wanita itu, ketika itu air matanya sudah berjurai.
“Mak, tadi mak dah janji untuk biarkan abang yang uruskan, tolong mak, jangan tuduh yang bukan bukan,” Naim Farhan menepuk peha ibunya perlahan.
“Kamu perlahan sangat, straight to the point, kalau dia pandai jaga suami, suaminya tidak akan mengacau isteri kamu,” suara itu seperti peluru yang mengeluarkan api yang membakar, dan ketika itu Dian Camelia sudah tidak dapat menahan badannya daripada bergerak, dia menangis sehingga badannya mengigil, dia sudah lemas di dalam kesakitan.
“Mak, tolong mak, Puan Dian juga mangsa kat sini, bukan kita, Puan Dian juga,” Naim Farhan serba salah melihat keadaan Dian Camelia yang sudah tenggelam didalam tangisan.
Suara sepi mengambil tempat, lama mereka mendiamkan diri sehinggakan mereka disapa Bibik untuk menghantar air.
“Jemput minum ya, bibik goreng karipap frozen, karipap ni memang favorite Puan Dian, silakan ya, bibik ke dalam dulu,” Bibik dapat merasakan suasana yang tidak normal di bilik itu, dia melihat mata Dian Camelia merah dan basah.
“Terimakasih Bik,” Dian Camelia memandang bibik dengan senyuman yang penuh hiba.
“Bibik tengokkan anak anak ya, pastikan mereka tidak main kat sini, nanti sediakan makan tengahari untuk mereka, saya akan ada sini lama lagi, kalau mereka tanya, katakan saya keluar beli grocery,” Dian Camelia berkata perlahan, matanya masih merah, tetapi dia berjaya menahan airmatanya keluar.
Setelah keadaan sedikit tenang, Naim Farhan menyambung bicara.
“Maafkan ibu saya Puan, Ibu saya stress selepas tahu hal ini. Sampai sekarang Hanan masih belum tahu kami sudah tahu, rasanya dia masih lagi tidak perasan kami sudah tahu cerita sebenar,”
“Saya dah bawa anak saya ke kampung, selepas berbincang dengan ibu saya, saya membuat keputusan lepaskan isteri saya, kerana tidak manis untuk saya bersama dia, saya tidak mahu dia berdosa, saya tidak mahu zalim kepada dia,”
“Sebelum itu, kami akan berbincang dari hati ke hati, jadi kalau saya lepaskan isteri saya, dia akan mengahwini suami Puan, itu perkara yang akan terjadi,” Naim Farhan rasa sudah banyak dia bercakap, dia memberi info, tetapi Dian Camelia masih lagi berdiam diri.
Sekali pandang perilaku wanita dihadapannya, dia masih merasakan wanita ni lahir dari dulang emas. Cara dia bercakap, cara dia membawa diri, cara dia melayan tetamu sangat sempurna, pasti keluarganya mendidik dia dengan cara yang sangat sempurna.
‘Apa lah agaknya yang kurang dari mata suaminya’ detik hatinya.
“Mak Cik, Encik Naim, pertama saya minta maaf sebab tidak menjadi isteri yang baik untuk suami saya, tidak menjadi isteri yang sempurna sehingga suami saya menganggu rumah tangga Encik Naim, saya betul betul minta maaf,” suara itu gementar, sangat gementar, bibirnya bergerak gerak menanda perasaannya yang sangat hiba.
“Saya bersimpati dengan apa yang terjadi, kalau tak silap saya, Nur Hanan adalah bekas tunang suami saya, cinta pertama suami saya, mereka kenal selama 7 tahun, dan mereka berpisah pun sebab halangan orang tua,”
“Saya tidak pernah tahu Hanan pernah bertunang, kerana saya berkahwin dengan Hanan 4 tahun yang lepas, Hanan menjadi balu selepas kematian suaminya,” Naim Farhan terkejut, dia melihat ibunya dengan dahi yang penuh kerutan.
“Itulah ceritanya Encik Naim, Nur Hanan adalah cinta pertama suami saya,” Dian mengulangi perkataan cinta pertama itu, kerana dia tahu nama Hanan tidak pernah hilang dari hati suaminya.
“Tadi Encik Naim mentioned pasal anak, berapa orang anak Encik Naim,” Dian Camelia mula merasa selesa apabila mereka mula bercerita.
“Kami ada seorang anak angkat, anak lelaki berumur 2 tahun, anak saudara saya, anak arwah kakak saya, arwah meninggal semasa melahirkan, jadi Hanan yang beria untuk menjaga,” Naim Farhan begitu berterus terang, kerana dia merasakan wanita dihadapannya adalah wanita yang sangat baik.
“Oooooo, faham faham,” Dian Camelia tidak tahu bagaimana harus memberi respon kepada cerita Naim Farhan.
Dia dapat merasakan kesukaran hidup suami Nur Hanan ini, dengan anak yang masih kecil, dengan gaji yang kecil, dia dapat memahami.
“Beginilah Mak Cik, Encik Naim,” Dian Camelia merasakan dia perlu menutup cerita hari ini.
“Saya tidak boleh komen lagi dengan apa yang berlaku, saya perlu duduk berbincang dengan suami saya, saya perlu tanyakan dia apa yang berlaku,”
“Setakat hari ini, saya perlu rasional, saya kena tenang dulu, itu sahaja yang saya boleh buat. Kalau mereka punya kisah di belakang saya, saya juga perlu cari solution, saya juga perlu duduk dan mencari jalan penyelesaian,”
Suaranya tenang, Naim Farhan mendengar dengan penuh simpati, ketabahan wanita itu mengoncang hatinya.
“Banyak hati yang perlu saya jaga, hati anak anak saya, hati keluarga saya, hati keluarga mertua saya, mungkin dalam kisah ini, hati saya tidak akan sesiapa peduli, hati saya mungkin yang paling belakang,”
Airmatanya mula mengalir lagi, dia terasa sangat sakit, dia terasa jiwanya terbang entah kemana, hatinya seperti dirobek robek.
“Saya minta maaf makcik, saya tidak tahu kenapa perkara ini perlu berlaku, selama ini saya rasakan semuanya sangat sempurna, sangat sempurna,”
“Mungkin sempurna itu hanya pada tangapan saya, tidak sempurna pada orang lain,” Dian Camelia mengambil tisu dan menyapu perlahan airmatanya yang tidak berhenti mengalir.
Naim Farhan turut sama merasa sebak, dia turut sama merasa lemas di dalam kisah mereka.
“Maafkan mak cik, sebab tuduh kamu yang bukan bukan, hari ni makcik tahu, kaya atau mewah bukan jaminan untuk bahagia. Anak makcik bergaji kecil, mak cik ingat Hanan perlu cari orang yang kaya untuk dia hidup senang,” Mak Cik Zainab mula merasa bersalah apabila melihat air mata wanita yang berwajah manis itu.
Dian Camelia memandang Mak Cik Zainab dengan wajah yang hiba. senyuman yang tiada rasa.
“Mungkin Allah menguji saya, mungkin ada perkara yang saya leka, kaya atau mewah itu hanya luaran mak cik, kalau hati tidak kaya, hati tidak mewah, akan jadi begini lah,”
“Maafkan kami Puan, saya rasa bersalah perlu datang ke sini, membawa cerita duka, membawa cerita sedih, saya berharap Puan dapat menangani permasalahan ini dengan baik,” Naim Farhan bangun daripada duduknya, dia tidak mahu berlama di sini.
Dian Camelia juga turut bangun, dia juga perlu masa, perlu udara untuk bertenang.
“Bagaimana saya boleh menghubungi Puan selepas ni? Atau kami perlu kesini untuk berbincang?,” Naim Farhan melihatnya ibunya memeluk Dian Camelia dengan tangisan yang hiba.
“Tak mengapa mak cik, saya masih punya mama, mama saya pasti sedih kalau dia tahu, saya faham perasaan makcik,” Dian Camelia mengambil kad perniagaannya dan menghulurkan kepada Naim Farhan.
“Ini kad saya, Encik boleh panggil saya Dian, semua kawan kawan saya bahasakan saya Dian,” Dian Camelia tersenyum hiba memandang Naim Farhan, lelaki itu juga tersakiti dengan apa yang berlaku.
“By the way, bagaimana Encik Naim tahu alamat rumah saya, dari tadi saya nak tanya,” Dian Camelia teringat persoalan yang perlu dia tahu.
Naim Farhan dan Mak Cik Zainab terdiam, mereka seperti serba salah untuk menjawab.
“Encik Naim tidak usah serba salah, boleh cerita, saya kena terima apa sahaja cerita,” Dian Camelia sekali lagi memandang jejaka yang tabah itu.
“Saya minta maaf ya Dian, saya jumpa photocopy agreement rumah yang suami Puan beli, ada alamat kat situ, jadi saya ambi alamat dari situ,” Naim Farhan masih terkejut melihat harga rumah yang dibeli oleh Yusoff Harris.
Dian Camelia tersenyum, dia tahu rumah itu adalah sesuatu, kini dia tahu rumah mewah itu untuk Nur Hanan, mungkin bakal madunya.
BERSAMBUNG
Sahabat saya bercerita, suaminya meminta izin untuk berkahwin, dia berjanji akan berlaku adil, kalau sahabat saya menolak poligami, kalau perlu memilih, dia TERPAKSA memilih kekasihnya.
Share this novel
ada sesiapa blh tolong, macamana nak unlock chapter? kita dah top up.
nama pun ex kan. tak fhm lah dh punya isteri yg baik tp msh juga cari yg lain. yg LG plk ex tu isteri org. Cannot brain btl lah.
lelaki mcm tu kena lepaskan xsedar diri.lupa daratan jantan mcm tu diberi pengajaran biar dia kenal langit tu tinggi ka rendah.