Bab 1

Romance Series 437358

Bab 1

Dian Camelia berjalan perlahan ke ruangan makan dirumahnya, dia memandang dapur rumahnya dengan jiwa yang sangat kosong. Dia merasa tidak sedap hati sedari semalam. Melihat tingkah laku pelik suaminya sejak akhir akhir ini menjurus kepada hatinya berburuk sangka.

Sudah 8 tahun mereka melayari rumahtangga dengan aman dan damai dan tersangat bahagia. Kebahagiannya menjadi idaman kawan kawan dan keluarganya. Suaminya melayaninya sangat baik, suaminya mendahuluinya untuk semua perkara dan selama 8 tahun ni, kasih sayang daripada suaminya melimpah ruah.

Sehingga pagi tadi, suaminya masih memeluknya dengan pandangan yang penuh cinta, masih lagi mendambakan sentuhannya, masih lagi merengek apabila mereka bersama, masih seperti 8 tahun yang lepas, masih sama, tiada yang kurang sedikit pun

“Puan, bibik perhatikan Puan termenung daripada tadi, Puan mahu bibik masakkan apa apa ke? Puan mahu makan apa?,” Bibik Tini yang telah lama berkerja dengan mereka itu muncul daripada ruang tamu sambil membawa penyapu di hadapannya.

Dian tidak terkejut, dia sudah mendengar bunyi kaki Bibik Tini, bunyi langkah kaki ke dapur.

“Tak ada apalah bibik, saya rasa perlu tukar cat kat dapur ni, rasa bosan pulak warna putih ni, tengah fikir nak cat warna lain, bibik rasa warna apa yang sesuai?,” Dian sedaya upaya menyembunyikan resah hatinya. Dia perlu berfikiran waras, dia perlu bertenang, dia tidak mahu fikirannya yang akan merosakkan perkahwinan mereka.

“Bibik tak pandai lah cat cat ni Puan, mata bibik ni nampak cantik semua,”

“Bibik ke dalam dulu ya, nak solat Asar dulu, nanti Bibik masuk ke dapur untuk sediakan minuman petang, along dengan adik nanti keluar untuk makan,” Bibik Tini melangkah laju tanpa menunggu jawapan daripada majikannya.

Flashback 12 July 2013

Dian Camelia berjalan laju ke tingkat 2, dia tidak mahu menunggu lift, kerana pasti akan lambat. Mesyuaratnya adalah 10:00am, tetapi kerana dia sakit perut, dia sudah terlambat 15 minit.

“Good morning, maaf saya lambat,” itu perkataan yang keluar dari bibirnya apabila semua mata tertumpu ke arahnya.

“Good Morning Dian, tak mengapa, meeting pun baru start,” suara macho Head of Finance itu selalu mengoncang jiwanya. Wajah melayu yang kacak itu membuatkan dirinya tidak tidur malam.

“Dian, you need update us on the solution for finance reporting rules as per our discussion last week, you nak share your slide?,” suara macho Yusof Haris sangat sopan dan mengoncang hatinya.

“Yes Yes, I dah siapkan my solution report, let me flash on screen, give me a few second ya,” Dian Camelia merasa sangat dihargainya, kerana suara itu sangat menghormatinya.

Staff bahagian Finance didalam bilik meeting yang tersangat sejuk itu memandangnya, mereka suka biasa dengan tingkah laku Dian Camelia yang tergopoh gapah apabila berhadapan dengan Yusof Haris, ketua yang terkenal dengan wajah yang kacak dan bersopan santun.

“Saya mulakan ya, our solution actually based on requirement from Finance Receivable and Finance Revenue. After we had small workshop last week, we come out with automation on the reporting using SAP Systems,”

“You guys can see the solution diagram and no human interventions. By end of every month, SAP Systems will send the collection report to PIC and if they need additional information, they need to email to robotic, by request the details,”

Dian bergerak kea rah screen and menjelaskan satu persatu, bermula daripada button “start” and berakhir dengan button “end”.

Mereka di dalam bilik meeting itu mendengar dengan tekun, dan mereka teruja melihat systems solution yang pasti memberi banyak manafaat kepada kerja harian mereka.

“Ok, kita dan sampai kepada button “end” and I really really hope this solution will be give benefit to all of you,”

“If we calculate the mandays, the deployment will take 3 months and we can have end to end automation report by 2nd Week Oct,” Dian Camelia memandang Yusoff Haris yang terlihat tekun memandang screen projector di bilik meeting itu.

“Any question from the floor?” Dian Camelia melihat mereka tekun melihat screen untuk memahami solution yang terlakar menggunakan Microsoft visio itu.

“Thanks Cik Dian, it’s a good solution, Alhamdulilah, we have more time to massage the report instead of go thru systems capacity issues. I rasa all in place, all our requirement captured here and yeah….we should wait for 2nd Week of Oct as promised,” Yusoff Haris tersenyum memandang staff nya masih terkial kial untuk memahami diagram itu.

“Alhamdulilah En Yusoff, I akan plan for the training later, and I need pic from En Yusoff for “User Acceptance Testing”,

“Now I nampak semua tak faham the diagram, no worries, my team akan prepare work instruction for all PIC. We still have 3 months to complete the development. I akan email requirement paper for sign off. Hopefully we can completed sign off by this week, and start development by next week,” Dian Camelia kembali duduk di kerusi paling hadapan itu dan memandang staf bahagian finance yang masih cuba memahami diagram itu.

“Orait, we finished today on the systems solution. Thanks Cik Dian for the great solution. Please email me the details of requirement paper. Will sign as per timeline,”

“I have meeting at 11am, I need to move now,” Yusoff Haris bangun daripada kerusi empuk itu dan berlalu pergi setelah mengucapkan terimakasih untuk seisi bilik meeting itu.

Dian Camelia memandang kelibat Yusoff Haris dengan pandangan yang penuh teruja.

Dia tahu dan semua perkerja syarikat tahu yang Yusoff Haris adalah kepunyaan orang dan sudah bertunang. Sudah beberapa kali dia terserempak dengan tunang Yisoff Haris yang sangat sopan perlakuannya, tutup aurat penuh, bertudung labuh dan berstokin.

Dia faham kalau Yusoff Haris sangat sayangkan tunangnya, sudahlah cantik, menutup aurat pula, sopan pula, jadi kalau mahu bandingkan dengan dirinya, sudah pasti seperti langit dan bumi.

Dia masih masih memakai skirt dan seluar ketat ke tempat kerja, masih lagi berambut perang dan bermake up ke pejabat. Kalaupun dia tidak seksi dan tidak juga pernah mempamerkan asetnya, tetapi dia masih gadis yang urban, yang masih lagi ingin bersuka ria dengan kehidupan. Masih pergi ke café lepak bersama teman dan masih lagi menyertai acara lasak bersama dengan kawan lelaki.

Dia tidaklah mahu membandingkan dirinya dengan tunang Yusoff Haris, tetapi dia dapat memahami isi hati lelaki. Lelaki pastinya ingin wanita yang sempurna untuk menjadi suri rumahtangganya, pasti memilih yang hebat dan cantik.

Tidak pernah dia berangan untuk mendampingi Yusoff Haris, cukup lah dia memandang jejaka kacak yang berusia 30 tahun itu daripada jauh, cukuplah dia menjamu matanya dengan wajah sangat sempurna itu.

“Dee, aku ada benda berita nak gossip, kau busy tak?,” Alia yang seusia dengannya adalah rakan gossip, yang bertahap astro awani, kerana Alia selalu tahu semua perkara.

“Aku busy ni, tapi telinga aku tak busy, boleh lah kalau kau nak cakap,” Dian Camelia tidak memandang Alia yang seperti bertih goreng itu.

“Sebelum aku lanjutkan berita aku, aku ada satu saolan,” Alia sudah menghampiri mejanya Dian Camelia yang jaraknya Cuma 4 meter.

“Semalam aku jumpa Along, kat Jaya Grocery, dia tanya aku pasal kau, soalan dia adalah, kenapa kau nak tak kerja kat company papa kau, sebab company papa kau kecil atau kau ada buah hati kat office ni?,” soalan daripda Alia membuatkan Dian Camelia memandang tepat ke anak mata sahabat karibnya itu.

“Lia, dah berapa kali aku cakap, aku nak cari experience kerja kat company besar dulu, nak tengok bagaimana finance systems, macam mana accounting depa dan so on..,”

“Along dengan angah kan dah ada kat sana, lagipun aku yang buat account balancing every month kan? Apa lah along tu, berapa kali la nak tanya…,” Dian Camelia melihat Alia yang memandangnya dengan sengih yang mengada ngada.

“Apa gossip yang kau nak cakap tadi?,” Dian Camelia Kembali meneruskan kerjanya, seperti biasa dia malas untuk melayan Alia yang 24 jam akan punya gossip.

“Ini berita hangat tauuu, aku percaya apabila kau dengar ni, kalau takkan senang duduk, pasti hati kau terus terbang mencari mangsa,” Alia masih sengih, menjadikan Dian Camelia seperti cacing kepanasan.

“Hey perempuan, kalau kau nak cerita, cakap cepat sebelum aku buat bunyi burung kat sini, baik kat cakap cepat,” Dian Camelia masih lagi menyiapkan tugasannya, walaupun hatinya terasa teringin untuk tahu gossip itu.

“Ok ok, aku cerita, daripada sumber yang boleh dipercayai, oleh wartawan office kita, daripada sumber sahih, crush kau dah single, semalam dia putus tunang,” Alia memandang reaksi Dian Camelia, dia tidak mahu terlepas melihat reaksi sahabatnya.

“What??? Maksudnya Yusoff Haris dah single? Kalau biar benor? Naaaa mungkin, naaaaa mungkin, lelaki sabar macam dia takkan putus tunang, dia sayangkan tunang dia kot, berapa kali aku tengok romantiknya mereka berdua. Naaa mungkin,” Dian Camelia memandang Alia dengan mata yang terbeliak.

Nasib baiklah mereka berada jauh daripada pekerja lain, kalau tidak pasti suara terkejutnya mengundang perhatian orang lain.

“Aku tak percaya, kau sahaja nak buat aku teruja kan?,” Dian Camelia mencubit lengan Alia yang terlihat sangat tenang melihat reaksi sahabat baiknya.

“Aku dapat cerita daripada PA dia, secara tak sengaja aku mendengar perbualan dia dengan Yusoff kat dalam lift sekejap tadi, katanya Yusoff request time off, nak pergi pujuk tunang dia,”

“Bila aku tanya, dia cakap kesian kat Yusoff, dia nampak Yusoff macam pucat, berlari terus ke lift bila dapat call daripada mak dia kat kampung,” Alia menyambung cerita, dia melihat Dian Camelia sudah sedikit tenang dan mendengar dengan penuh minat.

“Dugaan tu, Inshaa Allah esok ok lah tu…,” Dian menyambung kembali tugasannya, dia tidak boleh terlalu lama mendengar cerita yang membuatkan jiwanya merasa tidak tenang.

“Tu ah tu, dugaan bertunang ni hebat kan? Aku dengar yang mereka bercinta daripada tunang dia diploma lagi, masa tu Yusoff last sem degree. Tunang dia tu sanggup tunggu Yusoff sebab Yusoff kena tolong adik beradik dia dulu, dia anak sulung,”

“Kalau Yusoff dah 30 tahun this year, maksudnya mereka dah kenal selama 7 tahun, kau bayangkan bukan sedikit setia mereka berdua. Aku dengar keluarga Yusoff bukan orang senang, dia kena tanggung adik beradik dia, ramai pulak tu, jadi beberapa kali dia tangguhkan perkahwinan mereka,”

“Tunang dia tu orang Shah Alam, datang daripada family yang baik baik, dah beberapa kali tunang dia minta putus, sebab Yusoff pentingkan family dia, dah 2 kali tangguhkan majlis nikah, sepatut awal tahun ni, tapi tukar ke December, katanya cuti sekolah,”

Dian Camelia masih mendengar, terbit rasa kasihan kepada tunang Yusoff.

“last week, Yusoff jumpa tunang dia makan bersama lelaki lain, tudung dia dah singkat, daripada labuh sampai bawah, dah singkat dah, bukan main bahagia depa makan sambil gelak ketawa,”

Dian Camelia berhenti daripada menaip, dia memberi tumpuan kepada cerita Alia.

“Lia, Jangan pandai pandai cerita buruk pasal orang, dosa masuk api neraka,” Dian Camelia memegang tangan Alia yang terlihat emosi.

“Aku copy cerita daripada PA Yusoff, aku kenal rapat jugak dengan PA dia sebab last training tu, aku satu bilik dengan dia. Dia minta aku jangan cakap dengan orang lain, jadi aku tak cakap, tapi sebab kau bukan orang, aku cakaplah,” ketawa mengilai Alia itu mengundang geli hati Dian Camelia.

“Tadi bukan main sedih lagi aku tengok masa kau bercerita, ni gelak pulak, dasar perempuan tak ada perasaan sungguh la…,” Dian Camelia dapat bayangkan wajah kacak itu sedang kecewa yang teramat.

“Insha Allah ok tu, Yusoff akan berjaya pujuk tunang dia, marilah kita berdoa, semoga ikatan mereka sampai ke Jannah, sebab aku nampak kasih sayang Yusoff kat tunang dia,”

“Masa jumpa kat parking kereta, siapkan bukak pintu kereta, dia punya romantic tu buat aku rasa nak cari gewe sekarang jugak,” Ali sendiri mengagumi keperibadian Yusoff yang terlihat sangat sempurna.

“6 tahun bercinta dan bertunang, lama jugak eh? Tapi tunang dia cantik kan? Muka dia tu sempurna, sesuai sangat dengan Yusoff, bagaikan belacan diblend bersama cili, pedas dan sedap,” Alia mula bergerak ke mejanya, dia tahu Dian Camelia sedang berfikir tentang Yusoff.

Dian Camelia mula menerawang berfikir dengan kehidupan yang Allah sediakan untuk hambanya. Dia bertuah kerana lahir dari keluarga yang punya segalanya. Walaupun tidaklah kaya seperti orang lain, tetapi mereka tidak pernah punya masalah kewangan, papanya cuma mengusahakan kedai perabut dan hartanah, sangat cukup untuk mereka sekeluarga.

Abang sulung diamanahkan untuk menjaga hartanah dan abang keduanya diamanah untuk menjaga kedai perabut. Dia juga beruntung kepada menjadi anak Bongsu yang dimanjakan, anak Bongsu yang disayangi oleh seisi keluarga.

Mereka cuma 3 beradik, semuanya masih belum berkahwin, sudah jenuh mama dan papa mencarikan jodoh, tetapi tiada yang melekat antara mereka.

Dia berharap mereka bertiga beradik akan sentiasa bersatu, sentiasa bersama, sentiasa kekal mesra. Itu yang dia harapkan.

BERSAMBUNG

Apabila Cik Syid berkata;

Rumahtangga adalah satu perkongsian yang sangat hebat, yang memerlukan daya kesabaran yang sangat tinggi. Memerlukan kuasa kefahaman yang sangat luar biasa. Yang belum kahwin tu sila jangan takut ya, romantic pada zaman bercinta tidak akan sama apabila berkahwin, jadi siapkan mental dan fizikal untuk mengharungi badai. Kuncinya cuma saling menghormati, respect..

Im here with new love again, keep supporting me ya..

Share this novel

salina saad
2023-04-07 10:24:08 

lamanya tungguuuu...

jruuoy
2022-08-18 03:51:22 

test_account

naqishman
2022-08-08 16:37:46 

bila nk sambung aurthor.


NovelPlus Premium

The best ads free experience