47. Behind Story Out Of Facts

Thriller Completed 4900

Lelaki berambut hitam sebahagian putih itu mengangkat kepalanya lalu bertentang mata dengan mereka berdua. Sepasang mata yang saling tak tumpah seperti Hailey di pandang oleh Farzin,

"Apa yang kamu buat di sini Kiran?" tanya suara dalam kedengaran tegas tapi tiada perasaan itu,

"Ada seseorang nak berjumpa dengan ayah.."jawab Kiran semasa berdiri di depan kerusi dimana ayahnya sedang duduk bersilang kaki dengan satu gelas kaca terisi dengan cecair kuning dan ais. Cerut terkepit di celah jari tangan yang sama memegang gelas tersebut.

Mata itu gerak mengerling ke Farzin yang sedang berdiri di sebelah Kiran.

"Anak kepada Lazaro bukan?"

Farzin mengepal penumbuk erat-erat. "Ya. Saya."jawabnya.

"Dan urusan apa kamu ke sini sehingga cipta kekecohan di luar kediaman saya. Saya harap ianya alasan yang memuskan hati atau kamu benar-benar dalam masalah." kata Cohen King dengan renungan dingin terarah tepat ke Farzin.

"Jangan risau...saya ke sini hanya ingin tanyakan sesuatu."kata Farzin bersama nafas naik turun nak tenangkan diri dari naik angin di situ.
Kiran pandang ke tepi muka Farzin buat seketika sebelum pandang ke ayahnya. Dia juga mahu tahu apa yang sebenarnya telah terjadi di antara ayahnya dan juga Ibu Hailey.

Cohen meletakkan gelasnya ke meja kecil sebelah sofa lalu letakkan cerutnya yang berasap ke bekas abu.Lantas dia isyaratkan supaya Farzin teruskan apa saja yang anak muda di depannya mahu sampaikan.

"Saya rasa tuan kenal wanita bernama Haelina Lennox."mula Farzin.

Air muka Cohen tidak berubah. Dia hanya diam merenung Farzin.

"Saya nak tahu apa yang telah terjadi pada dia...kenapa tuan hantar dia ke rehab pemulihan sewaktu dirinya masih hamil..dan kenapa tuan tak ambil anak tu sebaik dia dilahirkan?" tanya Farzin.

"Kenapa?Kamu anak dari wanita tu ke??"tanya Cohen yang sikit tak tunjuk sebarang reaksi sebaik mendengar kata-kata Farzin. Malah air mukanya sangat tenang seakan wanita itu sikit pun tiada kaitan dengannya.

"Jawab soalan saya terlebih. Baru saya beritahu."aju Farzin.

Cohen kemudiannya ketawa. "Kamu seorang anak yang bijak. Tak macam anak yang seorang ni...suka buat hal ikut kepala sendiri tanpa berfikir." komennya sambil menjeling ke Kiran.

Kiran hanya diam mengetap gigi. Matanya di kalihkan tempat lain bukan memandang ayahnya.

"Haelina Lennox. Lama tak dengar nama tu. Apa khabar agaknya perempuan tu?Dia masih hidup? Yalah...mesti la dia masih hidup memandangkan kemampuan dia yang boleh pulih dengan sendiri tu.."ujar Cohen sambil membetulkan kot yang dipakainya.

Farzin pandang geram ke Cohen. Boleh pulak lelaki ni cakap macam tu je tanpa tunjuk sebarang emosi. Ada hati perasaan atau tidak sebenarnya orang tua ni? "Dia dah meninggal dunia 12 tahun yang lalu"beritahunya dengan nada mendatar.

Masa ini la Cohen angkat matanya lalu memandang ke Farzin. Hampir hendak tunjuk emosi tapi dia cepat-cepat ngelak. "Anaknya?"tanya dia.

"Beritahu saya...apa yang dah berlaku?"arah Farzin dengan tegas. Dia tak takut dengan Cohen. Dia tahu Cohen takkan sentuh dia, sebab kalau bukan disebabkan ayah dia, lelaki ni takkan ada tempat untuk menetap dan jalankan bisnes dalam bandar Oakwood Land ni.

Buat seketika Cohen hanya termenung. Memandang ke kakinya. Dia sebenarnya berniat hendak bunuh dirinya dengan minum wain yang sudah di campur dengan cyanide tadi. Namun dia tiba-tiba didatangi pula dengan Farzin dan Kiran di sini. Niatnya hendak bunuh diri adalah kerana dia tak sanggup lagi nak teruskan hidup dengan perasaan bersalah yang merundung hidupnya selama ini.

"Sebab dia cuba sakiti diri dia sendiri.." jawab Cohen. Dia terbayang semua memori yang selama ini tak pernah terhapus dalam fikirannya. Siapa tak sayang isteri sendiri. Dia sayang. Sayang sangat sampai dia tak mampu nak tanggung semua tu sendiri. "Haelina dikurniakan dengan keistimewaan yang mana buatkan dia tak dapat rasa sakit dan sekiranya terluka dia dapat sembuh dengan sendiri. Pada awal perkenalan kami berdua, dia ceritakan semuanya kepada saya. Dan saya terima dia seadanya. Tapi selepas kami berkahwin, sikapnya mula berubah. Sentiasa bersendirian. Kurungkan diri. Tak banyak bergaul. Sejak itu kami mula jarak lalu saya bertemu dengan ibu Kiran. Saya cuba baiki hubungan kami...mulanya baik semula. Tapi lepas Haelina tahu hubungan saya dengan Ibu Kiran yang waktu itu sedang hamil, Haelina hilang kawalan. Dia sering lukakan diri sendiri. Siang malam tanpa henti. Buatkan saya dan seisi rumah menjadi fed up dengan semua itu. Jadi saya hantar dia ke rehab. berharap dia akan pulih, kemudian doctor yang menjaga Haelina beritahu saya, Haelina sedang hamil. Jadi mereka tak boleh letakkan Haelina di situ. Nak tak nak saya bawa Haelina ke rumah semula. Dan kemudian dia lakukan hal yang sama untuk beberapa bulan kemudian. Saya tak tahan jadi saya hantar dia semula dan setelah itu saya putuskan pertalian dengan dia. Selepas tu saya tak tahu apa yang terjadi pada dia. mengingatkan dia buat saya tak dapat nak tidur malam."

Farzin dan Kiran pandang bungkam ke Cohen selepas mendengar cerita itu. Mereka masing-masing terkejut. Tak tahu nak cakap macam mana. Farzin salahkan Cohen. Kiran salahkan ibunya.

"Pernah tak tuan rasa serba salah walaupun sikit?"tanya Farzin dengan perlahan.

Cohen tersengih. Dia pandang ke Farzin. "Serba salah?Saya ni mafia. Dah bunuh ramai orang dan ramai orang mati di tangan saya,kamu rasa?"soalnya dengan nada mengejek. Mesti la tak ada perasaan.

"Kalau saya minta tuan untuk berjumpa dengan anak tuan dan minta maaf pada dia, boleh ke tuan tunaikannya untuk saya?"tanya Farzin.

"Dan apa yang buat kamu fikir saya akan lakukannya?Entah-entah anak perempuan tu pun senasib dengan ibunya sendiri?ya tak?"sengih Cohen lagi.

Kiran mengetap gigi. "Ayah." panggilnya dengan marah. Tak mungkin Hailey senasib dengan ibu kandung Hailey sendiri. Tak mungkin.

Cohen mengerling ke Kiran. "Kenapa?Salah ke aku cakap?Dah memang betulkan. Perempuan tu gila. Bukan salah aku nasib dia berakhir macam tu!Bukan salah aku dia dilahirkan dalam keadaan macam tu..aku pun sakit..kau ingat aku tak sakit. Ingat dia selalu rindu dia selalu sedangkan dia tak boleh nak ada dekat sisi aku?Hah!"luahnya dengan marah. "Kau dengan mak kau sama!Menyakitkan hati!"

Terkedu Kiran dekat situ lepas dengar. Memang sejak awal hubungan mereka anak beranak tak pernah baik, Malah sejak lahir lagi. Dan sekarang dia tahu kenapa Cohen tak pernah terima dia sebagai anak sebenar, sebab dia hanya la anak perempuan simpanan ayahnya saja.

Farzin tak jadi marah. Dia faham. Dia faham perasaan Cohen. Dia dah laluinya sendiri. Sayang tapi penat. Itu yang dia terpaksa tanggung sejak bertemu dengan Hailey.

"Sekarang beritahu aku...beritahu aku adakah anak tu masih hidup?Adakah dia alami nasib yang sama?"tanya Cohen dengan mata kemerahan. Dia dah give up. Dia dah penat nak tanggung perasaan serba salah ni. Kalau anak itu pun mati. Maka dia akan mati. Dia akan bayar balik semua dosa dia pada bekas isteri dan anak yang tak pernah dia terima tu dengan nyawanya sendiri. Selama ni dia tahankan saja. Tapi kali ni tak. Dia dah give up!

"Ya...dia masih hidup...dan alami nasib yang sama seperti ibunya sendiri.."jawab Farzin dengan perlahan.

Terus meledak ketawa Cohen setelah itu. Dia menggeleng kepala. "Ahahaha...aku dah agak!Aku dah agak"lalu dia mula menangis. Tangannya di tekup ke muka dan meratap. Apa gunanya semua ni lagi!

Kiran yang dengar berdengus tak percaya sebelum terduduk dekat sofa yang ada dekat dengannya lalu termenung memandang ke lantai.

Selepas sober dari menangisnya, Cohen angkat kepala. Dia pandang Farzin. "Kalau macam tu beritahu dia...saya ayahnya. Minta maaf. Minta maaf sebab biarkan dia wujud dekat dunia ni."lafaznya sebelum capai gelas tadi lalu di teguk sehingga habis.
SPRANG!

Gelas yang ada di tangan itu jatuh ke lantai lalu terbalik setelah Cohen tersandar di kerusi itu dengan buih keluar dari mulutnya dan badan itu mula tersentak-sentak.

Farzin berdiri kaku dekat situ sewaktu melihat situasi tersebut. Tidak menjangka yang Cohen akan bunuh diri di hadapan mereka ketika itu.

Kiran apa lagi, dia cepat-cepat dapatkan Cohen dan memanggil-manggil orang supaya dapatkan bantuan. "Ayah!"namun semuanya terlewat selepas Cohen hembuskan nafas terakhirnya di situ.

Terkedu disitu, Kiran palingkan kepala ke Farzin. "Jangan salahkan diri kau...dia sebenarnya dah lama nak lakukan hal ni...aku dengan ibu aku selalu halang dia."beritahunya supaya Farzin tak salahkan diri sendiri.

Dan sekarang Farzin tahu, rupa-rupanya penyakit yang Hailey hidapi adalah penyakit keturunan. Ianya tiada ubatnya. Dan tiada penyelesaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience