Lepas setengah jam tak ada berita dari Dawson, Ashton dan Fabian ambil keputusan untuk masuk ke dalam hutan bersama-sama.
Mereka berdua yang sudah terbiasa dengan game ini sikit pun tidak tunjuk sebarang reaksi gusar mahupun gelabah mereka.
Hanya risau memikirkan akan nasib Dawson memandangkan rakan mereka tidak pernah lewat macam ni. Biasanya Dawson berjaya je keluar masuk hutan dengan hasil 'buruan' masing-masing.
Tapi kali ni kes mereka lain. 'Buruan' mereka ini bukan seseorang yang mereka patut pandang remeh.
"Kau percaya ke yang Hailey tu adalah bekas pesakit dari hospital mental?" tanya Ashton sambil lirik dengan awas ke sekelilingnya.
"Kenapa kalau betul dia tu pesakit mental?Kau ada masalah ke nak uruskan dia?Betina tu hanya budak hingusan je...nak banding kita berempat, dia tu serupa macam secebis daging yang dah tamat tempoh." ujar Fabian dengan sinis.
Mata Ashton ternampak kelibat berjalan melepasi pokok di depan mereka.
Hairan dengan apa yang di lihat, Ashton cepat-cepat acukan torch light ke arah itu. "Sebab dia pesakit mental la kita kena berjaga-jaga lebih.." ujarnya sambil kecilkan mata nak tengok apa yang ada di belakang pokok di depannya. Sekali tu dia nampak kaki dan tangan terkeluar dari tepi batang pokok tu.
"Sh*t!Siapa tu!Kasut tu bukan Dawson punya ke?"tanya Fabian yang turut lihat ke arah yang sama lepas Ashton suluh.
Terkejut dengan hal itu, Ashton cepat-cepat larikan diri ke arah pokok itu hendak dapatkan rakannya.
Fabian dekat belakang perasan sesuatu yang lain. Di depan arah dimana Ashton sedang berlari Fabian boleh lihat ada tali lutsinar terikat dari satu pokok ke pokok yang lain. Teringat yang mereka ada letakkan jerangkap samar dekat sekitar hutan itu dengan lekas Fabian melaung.
"Ashton hati-hati!"laung Fabian yang terlambat sebab masa Ashton dengar Ashton sudah pun terlanggar tali tu lantas jatuh tersungkur ke atas tanah sebelum jaring yang ada dekat atas jatuh menimpa ke atas Ashton.
"Argh!!"teriak Ashton sebab terkejut setelah terperangkap.
Fabian turut gerak hendak dapatkan Ashton tanpa berlengah. Sampai saja di tempat dimana jaring yang memerangkap Ashton, dia melutut dekat situ.
"Berikan aku pisau kau.." minta Fabian dengan cemas.
Tanpa berfikir panjang Ashton serahkan pisau belatinya yang dipegangnya ke Fabian.
Jaring bertali itu pun di potong dengan Fabian menggunakan pisau tersebut dengan lekas.
"Apa yang berlaku?Kenapa aku pulak yang terperangkap ni?"soal Ashton pada Fabian.
"Hailey gunakan Dawson sebagai umpan sebab dia tahu ada perangkap dekat sini.."jelas Fabian. Dia dah agak dari awal yang Hailey bukanlah sebarangan orang. Mereka pandang rendah pada perempuan tu.
"Apa maksud kau? Umpan?"tanya Ashton yang cuba bebaskan diri dari jaring tu.
Pada masa Fabian bergelut hendak putuskan tali jaring di situ, satu kelibat muncul dari belakangnya. Ashton perasan terlebih dahulu, Dengan lantang, dia bertempik.
"Fabian...belakang kau!"beritahu Ashton dengan cemas.
Menggunakan skill berlawan dia, Fabian dengan cekap berguling ke tepi lalu hunus pisau belati yang di pegangnya tepat ke orang di belakang dia.
SRAPP!
Terbutang luas mata Fabian lepas sedar siapa yang dia telah tikam ketika itu. Perlahan-lahan tubuh Kiran jatuh ke belakang dengan tangan berada di perutnya yang di tikam oleh Fabian sebentar tadi.
"Ke-kenapa?"sebut Kiran dengan susah payah sewaktu pandang tak percaya ke Fabian. Niat dia ingatkan Hailey, sebab itu dia datang dekat, tak sangka pulak Fabian dan Ashton dekat dalam gelap ni.
Ternganga mulut Ashton bila dia bila pandang akan kelibat yang tadi tidak jelas kerana gelap jatuh di depan dia adalah Kiran. "Kiran!"panggilnya.
Menggigil dengan penuh takut, Fabian jatuhkan pisau yang telah berdarah itu lalu jatuh terduduk dekat tanah sebab begitu terkejut. Habis la dia!Dia dah cederakan anak mafia. Nyawa dia jadi bayarannya.
"AHAHAHAHAHAHAAH!!!!!!!"tidak semena suara ketawa terbahak-bahak memenuhi tempat itu apabila Hailey muncul dari batang pokok di situ dan berdiri menghadap mereka berempat di situ. "Ahahahaha."ketawanya dengan gembira. "OMG...tikam jangan tak tikam"sorak dia.
Bip!
Bip!
Bip!
Jam tangan Hailey mula berbunyi. Menandakan kedudukan dia telah di kesan dan Farzin pasti sedang menghampirinya sekarang ni.
"Kau!Kau yang rancang semua ni!Kau-"tunding Fabian dengan cemas.
"Aku?"Hailey tunjuk dirinya sendiri. Lalu terpandang akan Kiran yang sedang terbatuk-batuk kesakitan akibat tikaman itu.
Dengan berani Hailey dekati Fabian dan bercangkung di situ. "Bukan aku yang tikam kawan kau..bukan aku yang masuk ke perangkap sendiri.."katanya. "So sekarang yang menyorok dah jumpa yang kejar...apa kata kita tukar watak pulak...yang kejar jadi yang menyorok?"sengihnya dengan meleret.
Fabian gerak hendak mencapai pisau belati yang berada tidak jauh darinya. Ashton yang masih terperangkap dalam jaring tak dapat buat apa-apa.
Sepantas kilat, Hailey berikan renjatan tazer pada leher Fabian. Menggelupur badan tu seperti kena sawan sebelum tidak sedarkan diri.
Bip!
Bip!
Bip!
Jam tangan Hailey mula mengeluarkan cahaya merah dan bunyi yang semakin lama semakin kuat. Hal itu buatkan Ashton yang dengar berkerut kening tak faham.
"Si-siapa kau sebenarnya ha?Apa kau nak dari kita orang?Kenapa kau buat semua nI!!"teriak Ashton dengan berang.
Hailey ketawa. "Kenapa kau tanya aku?Patutnya kau tanya diri kau sendiri soalan tu?Kenapa kau buat semua ni?Senang-senang kau boleh hidup jadi manusia berguna dan belajar pandai-pandai. Still kau pilih untuk jadi penyangak...kau beritahu aku."kata dia sambil capai pisau belati yang ada di situ lantas gerak untuk mengelar pipi lengan, dan tikam bahagian tepi perutnya. Dah lama sangat dia nak sakitkan diri sendiri macam ni. Tapi itu la..dia tak boleh nak rasa sakit sikit pun.
Bengang betul!
Ashton perhatikan tindakan Hailey dengan muka kengerian dan mulut ternganga dan nafas tertahan kerana tak sangka yang Hailey akan lakukan hal seperti itu. "Kau memang perempuan gila!"lafaznya dengan benci.
Dalam keadaan berlumuran darah, Hailey letak pisau belati itu semula ke tangan Ashton dengan paksa. "Baru tahu ke?"sengihnya dengan meleret."Aku beritahu kau sekali ni je...awas kalau aku dengar kau cuba jalankan tradisi lapuk kau ni terhadap mana-mana gadis..sekiranya aku tahu, doa-doa saja masa aku tahu kau orang dah tak ada dekat sini.."pesannya.
Ashton telan air liur dengan susah payah. Dia pandang tak berkedip ke Hailey sebelum ke jam tangan yang sejak tadi mengeluarkan bunyi bising dan cahaya merah darinya.
Bip!
Bip!
Bip!
"Haish!Memekak betul la jam ni.."gerutu Hailey sambil pukul jam itu beberapa kali. "Dah la..aku balik dulu. Pandai-pandai la kau uruskan diri kau tu.."pesan dia semasa bangun dari situ.
"Wei!Mana kau nak pergi!"panggil Ashton dekat belakang dengan cemas.
Tidak peduli akan hal itu Hailey hanya teruskan perjalanannya keluar dari kawasan hutan tersebut sehingga la tembus ke laluan Utama dimana mereka lalu tadi untuk masuk ke hutan. Dan muncul saja dia di depan kereta Fabian, sebuah kereta turut sedia parkir di situ.
"Beritahu aku sebab kenapa aku masih boleh tahan untuk hadapi kau Hailey?"tanya Farzin yang bersandar di badan kereta dengan tangan dalam poket hoodie. Memandang gadis yang berlumuran darah itu.
Tanpa berkata apa-apa. Hailey atur langkah dia ke Farzin sehingga dia tiba di depan lelaki itu.
Farzin diam memandang Hailey lepas gadis itu berdiri dekat dengannya.
Buat beberapa saat Hailey hanya diam memandang wajah Farzin. Sebelum tersenyum lega dan gerak menyandar ke dada tu. "Sebab kau perlukan aku...sebab tu kau masih bertahan.."beritahu dia dengan suara mengantuk. Ini la bahana keluarkan darah dan berlapar benar-benar memakan tenaga dia dengan banyak.
Share this novel