27. Salah Timing!

Thriller Completed 4900

Di tengah malam. Waktu masuk dua pagi. Suasana rumah agam pula gelap dan sunyi sepi. Tapi banyak-banyak jendela di situ, jendela dapur saja yang bercahaya. Dan dari jendela itu boleh di lihat kelibat seseorang sedang lakukan sesuatu.

Bersama pisau dan benda tajam yang sudah terpalit dengan darah, sendirian di dapur itu, Hailey duduk dekat atas kaunter dapur. Cuba membuka jam tangan pelik yang merimaskan tangan dia selama beberapa minggu ni. Habis kotor pyjama tidurnya dengan kesan darah akibat torehan dan kelaran yang dia peroleh masa cubaannya untuk leraikan jam tersebut dari pergelangannya.

Niat dia nak tanggalkan jam tangan ni sebab dia bencikan bunyi bising yang di hasilkan olehnya. Kemudian sebab dia rimas dikawal sepanjang masa. Gara-gara jam tangan ni dia tak boleh nak selinap keluar dari kediaman ni tanpa izin. Ikut kan hati mahu saja dia kerat sampai putus. Tapi tangan dia tak boleh tumbuh semula. Tak mahu dia kudung semata nak tanggalkan benda alah ni!

"Hish!Asal la tali ni tebal sangat?Kenapa tak putus-putus?"sungut Hailey sendirian semasa dia gunakan playar untuk ketip tanggal tali jam tersebut. Tapi yang jadi mangsa adalah kulit tangannya sendiri. Lain yang mahu di ketip lain pun yang terketip.

Tiba-tiba entah silap apa bunyi bip keluar dari jam itu diikuti dengan cahaya lampu merah.

Bip!

Bip!

Bip!

"F*ck!F*ck!"dengan kalut Hailey tekap jam tu dengan tangan nak sembunyikan bunyi tersebut. "Apahal pulak kau bunyi!Alah!Sengal betul!Senyap la!"dia tepuk jam tangan tu dengan marah guna tapak tangan berkali-kali..

Bip!

Bip!

Bip!

BIP~

Semakin lama ia semakin kuat hingga buatkan Hailey pucat lesi dekat situ sebab takut akan bangunkan orang lain. Kantoi la dia nanti! "Senyap la!Kenapa kau memekak pulak!!!!"desis Hailey yang capai hammer dekat sebelahnya kerana nekad nak pecahkan je jam tu. Paling teruk pun tulang dia patah. Tak ada hal punya!Bukannya dia boleh rasa sakit ke apa!

Dalam keadaan duduk di atas kaunter itu, dia letakkan tangan di permukaan seramik kaunter itu lalu hayun hammer dengan sebelah tangan.

Here we go!

Sambil gigit bawah bibir, Hailey pandang akan jam yang sedang bercahaya merah itu dan tujah sekuat tenaga pada hayunannya itu. Baru hammer itu hendak bergerak, pergelangan tangan dia di cengkam kuat dengan tiba-tiba sebelum hammer tadi di rentap kasar dari pegangannya.

"What the he-"baru dia nak marah, Hailey terdiam lepas Nampak muka berang Farzin dekat depannya. Sh*t!Sh*t!Sh*t!Habis la!"Hai.."sengihnya lepas tu.

Mata Farzin gerak memandang sekeliling kaunter dan keadaan Hailey. "Hai kepala otak kau!"deramnya menahan sabar. "Apa kau cuba buat ni?"desisnya dengan berang. Perempuan ni betul-betul dah melampau! Tengah-tengah malam macam ni jugak nak buat hal. Mujur la dia tadi ronda check bilik Hailey. Kalau tidak entah apa aje la yang minah senget ni dah lakukan.

"Ah..dengar. Aku boleh jelaskan..please jangan bising. Nanti Lazaro dengar...kalau dia Nampak dia akan bawak aku ke rehab semula.."minta Hailey sambil letak jari dekat mulutnya dan tangan berdarahnya mahu gerak menutup mulut Farzin pula.

Tangan berdarah itu di pegang oleh Farzin. Keningnya berkerut lepas lihat darah yang mengalir turun dari kesan luka yang ada di sekitar jam tangan pergelangan tangan tu. "Kenapa kau seksa diri kau macam ni?Kau suka sangat ke dengan darah?"tanya dia sambil meletakkan hammer yang di rampas tadi ke alatan lain yang sudah terpalit dengan darah.

Hailey buat muka. "Mana aku seksa diri...aku cuma nak tanggalkan jam tangan ni.."beritahunya sambil tunjuk tangan berdarahnya itu dengan jengkel ke depan muka Farzin.

Tanpa berkata-kata. Farzin hanya pandang mencerun ke muka Hailey. Apa lagi yang dia kena buat supaya Hailey tak buat perangai merbahaya seperti ni?Takkan la nak dia berkepit dengan Hailey 24/7 dalam sehari?

Tanpa berhenti bercakap sejak tadi, Hailey meneruskan bebelannya. "Asal benda alah ni senyap bila kau ada dekat dengan aku?Asal dia bising?Kenapa benda ni kena berbunyi jugak?Perlu ke aku pakai benda alah ni?Tak boleh ke kalau aku tak pakai benda ni?"

"Diam Hailey."arah Farzin yang memagari kanan dan kiri Hailey ketika itu.

Hailey alihkan perhatian dia dari jam di tangannya itu untuk memandang Farzin.

"No..aku tak nak diam sebab aku dah rimas. Sekarang ni kau tanggalkan benda ni dari aku atau aku kerat tangan aku dekat sini sekarang jugak sekalipun ia buat aku kudung."beritahu dia semasa bertentang mata dengan Farzin. Tidak kisah dengan jarak intim mereka itu.

Farzin diam memandang bibir Hailey yang bercakap tanpa henti itu. Terlintas sesuatu dalam fikirannya. Kalau dia ada hubungan intim dengan Hailey, agak-agaknya emosi kacau Si Psiko ni boleh pulih tak agaknya. Dia sondongkan badannya sedikit ke depan supaya paras matanya setara dengan Hailey.

"Aku panas..tahu..rimas..you know....ingat aku anjing apa sampai nak kena pakai jam tracker ni, aku bukannya prisoner sampai perlu di tag kemana aku nak pergi...aku adalah citizen okay..ada hak untuk bergerak bebas...kebebasan...you know freedom..."beritahu Hailey yang tak perasan wajah Farzin hanya berjarak beberapa inci saja dari mukanya ketika itu.

Berhati-hati tidak mahu menakutkan Hailey, Farzin angkat tangan kirinya naik ke tepi muka tu sebelum pegang leher Hailey lemah lembut.

"Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?"tanya Hailey lepas selesai beritahu kejengkelannya.

"Tak.."balas Farzin dengan perlahan semasa dekatkan bibirnya ke depan.

Masa ini la baru Hailey perasan akan kedudukannya ketika itu. Namun terlambat untuk dia elak, sebab masa dia nak buka mulut mahu bersuara, Farzin terlebih dahulu tarik kepalanya ke depan sebelum bibirnya di beri kucupan lembut dengan bibir itu.

Mata Hailey terkebil-kebil. Tidak faham situasi apa yang baru terjadi. Tangannya diam di atas ribanya.

Bila dirinya tidak di tolak, Farzin angkat tangan sebelah lagi yang mengenakan jam tangan sama seperti Hailey untuk pegang leher sebelah lagi dan dalamkan kucupan itu sambil memejam mata. Setelah seketika baru la dia jauhkan diri dan turunkan tangan untuk pandang Hailey.

Dia pandang dengan mulut ternganga sedikit. "Apa tadi tu?"tanya Hailey yang memang tak pernah tahu apa itu kiss. Maklumla duduk dekat rehab. Expect apa kalau duduk situ selain terima rawatan? Dia pandang bingung ke Farzin,

Farzin tercengang sekejap. "Kau tak tahu itu apa?"tanya dia semasa berdiri tegak di depan kaki Hailey.

"Kalau aku tahu, aku tak tanya la lembab!"beritahu Hailey.

Dengusan kecil lepas darinya. "It call as one type of medicine."tipunya.

"Ubat?"ulang Hailey. "Tak tahu pulak aku ada ubat macam tu selama ni?Selain ubat telan, ubat minum dan di suntik...adalah.."bebel Hailey lagi.

Malas nak layan, Farzin kemas sepah yang ada dekat situ. Dia kutip playar, pisau, skru driver dan gergaji yang berdarah dari kaunter itu lalu di campak ke dalam tong sampah di sebelah kaunter itu. Kena bersihkan semua ni sebelum ayah dia nampak.

"Hei!Aku tanya ni...kau tipu eh?"tanya Hailey masa dirinya tidak di hiraukan. Okay jugak 'ubat' tadi. Nak lagi boleh?

"Betul la...dan hanya aku je boleh bagi ubat ni dekat kau. Orang lain tak boleh.."dalih Farzin semasa capai tisu lalu gerak untuk lap kaunter tu dari kesan darah Hailey.

Hailey perhatikan pergerakkan Farzin yang sibuk lakukan itu dan ini di sekelilingnya ketika itu. tak boleh ke duduk diam-diam. Pening kepala dia perhatikan. "Bila kau boleh bagi lagi?"tanya dia ingin tahu.

Terus berhenti Farzin dari kerja membersihnya. Dia palingkan kepala ke Hailey. "Kau serius?"tanya dia dengan terkejut. Tak sangka reaksi ini yang diterima dari Hailey.

"Apa?"tanya Hailey dengan kening terangkat tinggi.

Farzin ketawa sambil menggeleng kepala sebab tak percaya. Alahai!Naif betul la cik adik seorang ni. "Next time..kalau kau behave dan tak cederakan diri sendiri. Aku berikannya pada kau.."jawabnya Bersama sengih meleret.

"Serius ni?"

"Ya!Dah la..pergi basuh tangan kau tu bersih-bersih.."

"Okay bos!"Hailey lompat turun dari kaunter itu lalu gerak ke sinki untuk hilangkan darah tangannya dimana luka dia sudahpun sembuh dengan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience