CHAP 2

Zombie Series 2318

Sebaik sahaja aku,Zareen,Maira dan Sofia melangkah masuk ke dalam universiti kitorang Nana dan Aisya datang menyerbu.

"Apahal korang ni?"Aku soal pelik tengok nafas diorang tercungap-cungap!

"Kejap..Bagi...a..aku tarik...na..nafas dulu!"Nana menjawab sambil menahan diri dari terus tercungap-cungap.

"Huh,macam ni.Prof Ammar ada nak buat eksperimen dengan Prof Zaidi.Jadi makmal 3 tak boleh masuk."Aisya menjawab selepas desas nafasnya kembali stabil.

"Hah?Habis tu macam mana kita nak buat eksperimen ni?"Aku balas bengang.Hishh,kalau fail macam mana?

Naya kitorang kena repeat eksperimen tau!Dalam sejarah,kitorang belum pernah repeat eksperimen.

Sebab apa?Sebab semua bahan kitorang kena guna ada dalam makmal tu.Makmal lain bahan asas aja ada dulu.

"Prof cakap kita tak yah lagi buat.Kita kena duduk dalam Dewan Horrizan.Ulang kaji kat situ.Sebab dia nak sruh kita terangkan pasal bahan kimia lain yang belum kita tahu."Nana menjawab.

Aku mengeluh.Aku ni kalau masuk dalam Dewan Horrizan ni memang nak buang air kecil sentiasa.Sejuk nak mampus!

"Oklah kalau macam tu.Jom,kita masuk.Hmm,korang nak kopi dengan roti tak?"Maira bertanya.

Kesemua kami mengangguk.Eh,siapa tak nak.Dah lah pagi tadi tak sempat sarapan.

"Kau beli 2 bungkus roti sorang.Aku tak nak kopi.Air mineral pun dah ok."Aku tersengih.Aku jarang minum kopi.

Kalau aku minum pun time nak exam je sebab nak bersengkang mata ulang kaji.Hihi,aku ada tabiat buruk sikit.

Suka study one week before test.Tapi result,meletop kebaboom! 3.79.Hehe,meletup lah tu kan?

Maira mencebik kemudian melangkah pergi.Zareen mengekori.Dia dengan Maira kalau bab membeli selalu berdua tu tahu.

"Ok jomlah."Nana memaut lengan aku sambil berjalan beriringan.Aisya dan Sofia berjalan berdua sambil berbual-bual dan memimpin tangan.

KRIK krik krik!Pergh,sunyi gila!Kawan-kawan aku kalau dah buka mood study,langsung jadi pendiam.Aku dah naik boring ni!

Sebab aku dah 4 kali repeat baca yang sama sejak tadi.Muka surat 356 sampai 403 aku baca.Dah repeat 4 kali ualls!

Aku ni cepat dalam membaca.Siap hafal lagi.Kau ada?Haha.

Dahlah sejuk,senyap pula tu.Macam dalam perpustakaan lah weii!Tak ada orang pun dalam bilik ini kecuali aku,Maira,Aisya,Sofia,Zareen dan Nana aja.

Sebab apa?Hihi,Dewan Horrizan ni Block G.Jadi blok ni hanya untuk time kuliah,uji kaji sahja.Jadi aku dapat bajet dalam 250 orang dalam blok ni.

Yang lain semua Blok A,B,C.....and seterusnya!

Kriukk!!!

"Kau lapar ke Wina?"Aisya tanya aku.Aku tersengih sebelum mengangguk.Semua orang pandang aku.

"Dah pukul 11.00 dah ni.Jomlah pergi kafeteria.Aku pun lapar jugak."Sofia mula mengemas barang.

Aku apa lagi.Laju capai buku-buku rujukan lepastu simpan dalam beg sandang aku.Huhu,dah dapat bayang dah rasa Mee Goreng Kak Suzy ni!

Kami mula hendak melanglah ke arah pintu dewan yang Maira kunci sebab takut diganggu.Kitorang memang benci orang ganggu time tengah syok study.

"Guys,stop!"Sofia memberi arahan.Lantas mematikan pergerakkan tangan aku yang hendak membuka kunci pintu dewan ni.

"Kenapa kau ni Sof?"Aku soal pelik.Dia nampak sedikit resah.Sofia menarik kami ke meja lecturer yang berada di dalam Dewan Horrizan ni.

Makin pelik pulak,aku yang tengok tapi kami hanya mengikut.

"Kenapa Sof?"Aisya pula menyoal.Kami semua menanti Sofia membuka mulut.

"Cu..cuba kau tengok kat tingkap kecil tu."Sofia menyuruh perlahan.Aku mendongak memandang tingkap kecil yang berada di paras dada aku

Serpp!!Ada percikan darah yang segar lagi di atas tingkap itu.Aku mula rasa tak sedap hati.Ada,pembunuh ke ni?!

"Kenapa ni?..."Maira menyoal agak tergagap.

"It is blood guys.Aku perasan tadi masa perut Wina berkeriut."Sofia menjawab.

"Err,mungkin ada students yang tertumpahkan cecair kut."Zareen masih cuba berfikiran rasional.

"Aku tak rasa macam tu.Lagipun,kalau dia tumpahkan cecair yang bertoksik macam mana?Kena campurkan bahan lain untuk hilangkan!"Balas Sofia agak keras.

"I think something bad had happened guys."Aku balas perlahan.Nana memeluk aku erat.Takut mungkin.Wajah kami usah kata,pucat yang teramat.

"Lagipun bilik ni kedap bunyi memang taklah kita nak dengar apa-apa yang jadi kat luar tu."Maira berkata.

"Apa kita nak buat ni?"Soal Aisya pula.Aku memandang wajah mereka.

"Guys,kita kena keluar dari sini.Cari bantuan mungkin!Tapi aku takut something tadi tu buat sesuatu kat kita."Aku meluahkan rasa hati.

"Ok,macam ni,kita gerak perlahan.Sebelah Dewan Horrizan ni ada bilik alatan.Kita masuk ambil sesuatu yang boleh dijadikan sebagai senjata kalau benda tu serang kita.Ok?"Nana mengeluarkan buah fikiran.

Kami mengangguk setuju.Perlahan-lahan aku membuka kunci pintu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience