CHAP 3

Zombie Series 2318

Sriekk!!!Bunyi pintu dewan ni.Ergh,kut ye pun nak bunyi tak leh ke buat bunyi ala-ala lagu Ismail Izzani ke?

Akan aku lawan hanya untukmu~Ha,cam gitu.Zareen tepuk bahu aku.

"Hoi apa yg terhegeh-hegeh tu?"Nampak Zareen sedikit marah.Aku menjeling tajam.

"Sabarlah."Balas aku sambil memusatkan pandangan ke sekeliling.OMG!!!!

Bau hanyir darah mula menusuk hidung aku.Ergh,kuat dan hanyir.Nak muntah aku rasa.Setiap inci lorong ni penuh darah.

Apa dah berlaku ni?Scan kiri scan kanan,line clear.Pergh,sunyi nak mampus.Kalau ada hantu time ni elok sangat lah muncul!

Perlahan-lahan aku menapak keluar.Yang lain hanya senyap dan mengikut belakang aku.Sofia dan Aisya duduk di kiri dan kanan aku.

"Apa dah berlaku ni?"Bisik Aisya pada aku.Aku pandang wajah pucat kawan-kawan aku.Ergh,aku pun tak tahu.

"Aku tak tahu.Ha,tu biliknya.Cepat sikit tapi slow-slow."Aku mengarah dalam keadaan berbisik.Sebaik sahaja kami sampai di pintu bilik itu segera aku melihat ke dalam cermin kecil bilik tu.

Line clear.Perlahan-lahan aku membuka pintu tu.Eyekk!Hishh,suka sangat pintu ni buat bunyi.Dulu mesti tuan yang buat pintu ni ada pasang cita-cita nak buat kumpulan muzik ni!

"Masuk...masuk!"Arah Nana sambil mengheret aku masuk.Kemudian aku tengok bilik tu bersih lagi.Tiada walau secalit darah.

Segera Maira mengunci pintu bilik itu.Lepas tu Zareen mengheret rak kecil yang terletak beberapa buku tebal macam kamus di hadapan pintu.Buat penghadang.

"Guys,tengok apa aku jumpa."Sofia menggamit kami.

"Ada pisau,parang dan 3 short gun dan 5 kotak peluru."Sofia mengangkat senjata itu.Segera aku merampas satu short gun dan 2 kotak peluru.

"Guys,aku ambik gun,Zareen kau tahukan guna benda ni?Ayah kau kan bekas pemburu."Aku pandang Zareen.

Zareen mengangguk.Sofia melemparkan satu short gun ke tangan Zareen dan 2 kotak peluru kepadanya juga.

"Sof,kau ambik pisau tu.Bagi gun satu lagi dekat Nana."Aku mengarah.Pistol bertukar tangan.Nana mendekati.

"Wina...Dalam gun ni dah penuh peluru."Nana memberitahu.Aku mengangguk.Eyh,benda cam tu pun nak cakap ke?

"Sof,Maira ambil parang tu."Aku menunding ke arah parang yang berpemegang bewarna hijau gelap itu.

"Aisya,aku minta maaf.Dalam keadaan darurat macam ni,kau kena ambik pisau tu."Aku nampak Aisya telan air liur.

Aisya dia penakut dengan pisau.Pernah dia sedang potoh buah epal tapi tak perasan hampir mengerat jari sendiri.Doktor kata nasih tak putus.

"Sya...kau boleh!"Aku bagi semangat.Yang lain mengangguk.Aisya menghela nafas berat sebelum bersuara

"Aku cuba..."Balasnya dalam getaran.Aku tersenyum manis lalu memeluk tubuhnya.

"Atau kau nak guna pistol ni?"Nana tiba-tiba menyoal.

"Apalah kau ni!Kalau pisau pun dia takut,macam mana dengan pistol yang sekali tarik dah innalillah?"Maira meluku kepala temannya.

Nana mengaduh.Wajah cemberut dia tampilkan buat Maira.Aku yang tengok tersenyum.

"Kau nak guna pistol ke Sya?"Aku soal kembali.Aisya kelihatan berkira-kira.

"O..ok."Aisya menjawab gugup.Maira kelihatan tercengang seketika.

"Kau pasti?"Dia meminta kepastian.Aisya mengangguk.

"Nah!"Nana membaling pistol ketangan Aisya malangnya tidak sempat di sambut lalu jatuh ke lantai.

Bunyinya sangat kuat.Zareen melihat ke tingkap yang sedikit tidak terlindung dari langsir.

"Guys,look at them!"Zareen nampak semakin pucat.Aku turut memandang.Ah?!Mereka...mereka penuh dengan darah,macam orang gila sahaja.Mata mereka lain dan sangat menakutkan.

"Err kau tak rasa ke benda tu sama macam zombie?"Sofia tiba-tiba menyoal.

"Kan?Wina,macam mana ni?"Aisya hampir menangis segera aku memeluk dia.Eh,eh dah start pulak dah drama air mata!

Eii,Nana!Saka apa kau bagi kat si Aisya ni?!

"Kita kena keluar dari sini."Aku mengarah.Sofia masuk ke dalam sebuah bilik kecil di sudut itu.Di luar kami terbunyi raungan.Arhh,sakitnya bunyi!

"Guys!"Sofia memanggil.Kami semua masuk ke dalam bilik itu.Nana masih di luar memandang ke luar tingkap yang menghadap ke bukit yang menghijau.

"Aku jumpa beg galas ni!Semua ada 4."Sofia memberitahu.Aku melihat isi setiap beg.Dahlah beg semua warna hitam.

Ayoyo,penyanyi Black tu dah bagi sumpahan apa kat pereka beg ni?!

Ada beg kosong.2 biji pula.Satu beg lagi,ada ubat-ubatan.Hmm,bolehlah.Beg satu lagi,ada 2 buku roti dan 1 jem coklat.Yummy!

"Belum sampai tarikh luput lagi."Maira menjawab.Aku mengangguk.Aku menyuruh Zareen dan Maira membawa dua beg yang berisi manakala aku dan Sofia membawa beg yang tidak berisi.

Beg buku kami,kami ambil cuma,buku tu kami buang kecuali buku bahan kimia aku.Sayang tu.Aku beli dekat MPH okay!

Buku-buku semua kami tinggal dalam bilik tu.

"Guys,look at that...I'm pretty sure all of them are zombies."Nana bersuara lemah.Aku memandang ke bawah.

Hah?!Kucar kacir!Ada yang belum bertukar tapi dikejar.Sangat kucar kacir.

"Tapi macam mana benda ni boleh ada?I though zombies don't exist."Aku berfikir sebentar.Zareen menyentuh lembut tangan aku.

"Wina.Macam.mana kita nak keluar ni?"Aku menengadah.

"Maira kau tolong cari tali panjang dalm bilik tu.Tadi aku nampak ada 2 tali.Ambil dua-dua."Aku mengarah.

Maira mengangguk kemudian menghilang disebalik pintu tersebut.

"Kita nak pergi mana ni?"Aisya bertanya perlahan.Aku memandangnya.

"Aku rasa dah tak ada yang selamat dalam blok ni.Mungkin ada yang terselamat di blok lain.Tapi aku tak nak ambik risiko.

Nana minyak kereta kau penuh tak?"Aku menyoal.Nana menggeleng lemah.

"Stengah aja.Aku ingat nak ajak Maira teman aku isi minyak hari ni."Balasnya.Aku mengeluh.Sekarang boleh berharap pada kereta Maira aja.

Sebab masa dalam perjalan ke sini,dia singgah Stesen minyak Shell tadi.Sempatlah aku capai cotton candy.Hihi!

Tak lama kemudian,Maira kembali semula dengan dua utas tali yang sangat panjang di tangan.

"Okay.Ikat!"Sofia dan Zareen mengikat kedua-dua tali tersebut.

"Mai,kereta kau penuh lagi kan?"Soal aku sambil memandang wajah Maira.Dia mengangguk.

"Ok.Kita balik rumah kita dulu.Ambik barang-barang lespatu ke stesen minyak beli barang.Lepastu kita cari bantuan."Mereka mengangguk setuju.

Tapi Nana menghalang tiba-tiba.

"Wina...Prof Ammar macam mana?"Aku tersentak.Baru teringatkan lelaki itu.Adakah dia selamat.Bukan ke dia di makmal 3?

"Huh,kita tak boleh prgi makmal.Aku harap tak ada apa-apa berlaku.Sekarang line tengah clear daru zombi kat bawah tu.

"Zareen,kau ada pistol kan?Boleh kau turun dulu?"Aku meminta tolong.

"Ok Wina.Aku turun dulu.Kau turun last."Zareen mengarah.Aku mengangguk.

"Sofia kau dengan aku dulu.Aisya kau turun dekat tengah.Lepas Zareen turun biar Nana pula turun.Pastu baru Maira,dengan Sof.Aku last!"

Mereka mengangguk setuju.

Zareen perlahan-lahan mencampakkan tali ke bawah.Aku berjaga-jaga takut ada zombi serang Zareen masa turun.

Zareen menggamit menandakan keadaan selamat.Kemudian,Nana pula turn dia berdiri di sebelah Zareen turut mengawasi.

Aisya takut jadi aku tak ada pilihan selain suruh Maira turun dnegan dia.Hai penakut betul!Lepastu Sofia turun kemudian baru aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience