Aku merenung kipas yang tergantung di atas kepala sambil berbaring di atas katil.Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.
Aku nak keluar dari bilik ni tapi malas lagi.Sebab kawan aku yang sorang tu tak siap masak lagi.Hihi!
Terdengar pintu bilik aku dibuka.Terpacul susuk tubuh tinggi lampai disitu.
"Wina,kau tak nak makan ke?Jomlah.Maira dah siap masak dah tu."Kawan baik aku Sofia mengajak aku makan.
"Eh,dah siap ke?Cepat pulak minahchi sorang tu masak."Balas aku sambil bangun dari pembaringan.
"Alah simple-simple je minah tu masak.Ayam goreng kicap,ikan bakar dengan air asam je.Jomlah.Aku nak panggil Zareen dengan Aisya kejap."Gamit Sofia.
Aku mengangguk.Oh,lupa nak cakap.Aku ni student aja.Baru umur 23 tahun.Kiranya ni semester akhir.
Rumah sekarang yang aku duduk ni,rumah sewa.Aku sewa dengan 5 orang kawan karib aku.Macam yang korang kenal.
Sofia,Maira,Zareen,Aisya dan Nana.Korang belum kenal lagi Nana ni.Nanti korang akan kenal jugak.Sebelum aku terlupa.
Nama aku Darwina binti Najmie.Cantik kan nama aku.Ahaks,memang kategori perasaan tahap gaban dah aku ni.Hehe.
Jadi lepas Sofia keluar aku terus pergi dapur.
"Ha,keluar pun!Dah dari kau tercegat kat situ macam nak gi perang apa kata kau tolong aku sendukkan nasi untuk kita."Maira dah start gear membebel dia tu.
"Ok.Nana mana Maira?"Aku tolong korang cari Nana ni.Hehe.
"Aku dekat bulan.Bulan yang menerangi malam sepi ku!"Dah dengarkan suara bak katak panggil hujan ni.
Suara tu milik kita punya Adriana Alissa binti Aqif Azmi.Tapi nickname dia Nana.Jadi korang boleh panggil dia Nana.Nananana Ganu kite!Haha
"Hmm.Baru je tanya dah ada kat depan mata.Boleh tahan panjang betul umur kau ni."Maira membalas.
Aku tersengih aja.Nana ni dia jenis ala-ala jiwang sikit.Berkat usaha Raikal tinggalkan dia.Muahaha.Jahat betul aku ni!
"Wah,sedapnya lauk!"Kedengaran suara lantang Zareen.Minah ni dia jenis happy go lucky.Kesedihan tak pernah wujud dalam hidup dia.
Paling-paling dia rasa sedih pun time keluar result.Tu pun boleh dikira sikit aja peratus kesedihan dia dalam 2% mungkin.
Sebab dia ni kalau test selalu result dia 3.8 ualls!Tinggilah tu kan?Kawan-kawan aku ni memang geng dekan.Tambah aku sekali okay!
Result kitorang takkan pernah kurang dari 3.5.
"Kau tak makan lagi dah cakap sedap!"Aisya pula mengusik.
Ok,kawan aku yang sorang ni sukar dijangka.Ada time dia berani,ada time dia penakut.Dia ni memang kawan yang memahami.
Kalau kitorng sedih dialah yg rajin cheer up kan kitorang.Geng sekutu dia Zareen.Pftt~
"Ish,kau tahu tak penat aku masak?Kalau nak tolong tu tak apa jugak!"Maira mencebikkan bibir.Tergelak kami semua di buatnya.
Maira ni cef kitorang.Dia kalau bab memasak memang A+.Sedap dia masak.Pastu geng asistance dia Nana.Minah ni pandai masak jugak tapi kalau dia buat air lagi sedp
"Relax lah Mai.Kitorang gurau aja."Nana memeluk bahu Maira.
"Oklah.Tak yah nak feeling-feelling ala tengah shooting drama kat sini.Aku dah lapar!"Zareen sudah mengambil tempay duduk disebelah aku.
"Kau tak nak makan ke apa?"Aku pandang wajah diorang.Heii,aku ni dah lah lapar tahap kebulur!Diorang sengih sebelum ambil tempat duduk.
Lepas Si Aisya baca doa kitaorang pun makan.Pergh,memang power masakan Si Maira ni!
Walaupun simple tapi kesedapan dia tu.Uihh menusuk ke hati!Hehe.Aku dah terjangkit dengan penyakit si Nana ni!
Lepas habiskan makanan kitorang,seperti biasa kami akan lepak depan tv.Aisya dengan Zareen kena ikut jadual malam ni untuk basuh pinggan.
Ha,tengok kitorang ada jadual tau siapa kemas rumah,basuh baju,jemur kain,masak,basuh pinggan mangkuk gelas periuk,ahh semualah.
Jadi aku beruntung sebab schedule aku hari Isnin kalau bab basuh pinggan.Esoklah!
Lepas Zareen dan Aisya datang kitorang mula buka tv.Rutin biasa.Kena ada semua baru best nak watch movies org kata.Hehe!
Remote yang dah ada dalam genggaman aku tiba-tiba dirampas.Aku pandang wajah orang tu.Ciss,Sofia rupanya!
Dia buka berita.Hmm,aku lupa pulak nak cakap.Dia ni kalau bab perkembangan dunia memang semua dia tahu jadi sebab itulah dia minat tengok berita pukul 10.00.
Akhirnya kitorang masuk bilik bila jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.Huhu,baru ingat katil time tu ualls!
LEPAS aku mandi terus aku pakai baju.Argh,takut betul aku terlewat!Tulah layan lagi cerita Love in the moonlight dengan diorang malam tadi!
Itu yang terlajak bangun.Dahlah kitorang kena buat eksperimen pagi ni dekat makmal 3.Sebab seniors cam kitorang Prof Ammar letak dalam makmal 3
Oh ya.Jurusan kitorang ialah Chemical Scientise.Jadi bahan kimia apa semua ni memang dah jadi makanan kitorang.
"Wina!Kau dah siap belum?"Aku dengar suara Sofia panggil aku.
"Ha,yeye kejap!Aku nak ambik beg!"Aku melaung menjawab.Lepas capai beg galas warna hitam aku tu terus aku turun ke bawah.
Aku tengok Sofia,Maira dengan Zareen aja kat situ tengah touch up kat muka diorang tu.Aku dah lama dah touch up.Hehe!
"Mana Aisya dengan Nana?"Ha,diorang berdua ni pergi mana pulak?
"Diorang pergi dulu tadi.Sebab Prof Ammar ckap ada benda nak discuss dengan kita.Tapi sebab lewat sangat bangun aku suruh diorang pergi dulu."Jawab Zareen.
"Hal apa pulak?Pasal eksperimen kita ke?"Aku soal balik.Ishh,prof ni!Suka sangat bagi eksperimen kat kitorang aja!
"Tak tahu.Jomlah!"Sofia heret aku ke kereta.Oh ye,kami semua bukannya ada kereta.Oklah not semua.
Maira dengan Nana memang dah ada kereta pun.Lepas tu diorang lah jadi tukang angkut kitorang.
Share this novel