Get the app for full experience
8 PAGI. Ara muncul di tangga dan turun selangkah demi selangkah. Keadaannya yang sudah kemas dan rapi telah sedia untuk menghadiri kelas hari ini. Nerina yang sedang menikmati sarapan lalu dihampiri dan turut mengambil tempat duduk berhadapan rakannya itu. "Rina, aku pinjam baju kau dulu eh." bilangnya. "Emm, tak ada hal. Pakai je. Dah, makan dulu." ujar Nerina yang turut mempelawa Ara untuk sama menikmati nasi goreng bersamanya. "Uih, sedapnya bau nasi goreng ni. Kau masak ke Rina?" tanya Ara. Dia juga telah mula menyudu nasi kedalam pinggan. "Tak ada makna aku masak. Ayah akulah yang masak." Baru sahaja Ara hendak ...