TING! Microwave berbunyi menandakan tugasnya telah selesai. Nerina menghampiri ketuhar itu untuk mengeluarkan mangkuk berisi mi segera yang telah masak di dalamnya. Bersamaan dengan itu, telifon bimbit pula menjerit minta diangkat. Nerina mengeluh sebal!
"Halo, ayah!" sapanya.
"Halo... Anak ayah tengah buat apa tu?" sahut Zack.
"Rina tengah buat assignment dekat rumah. Kenapa ayah?"
"Ooh, tak ada apa. Ayah on the way balik ni. Rina dah makan belum?"
"Nak makan la ni, baru je siap buat maggi."
"Lah, makan maggi je? Nak ayah belikan apa-apa tak?"
"Tak apalah ayah. Cukupla maggi ni."
"Ok-ok. Rina makan dulu, sampai rumah nanti ayah masak ya."
"Tapi ayah tak penat ke?"
"Untuk anak ayah tak ada kata penat, sayang. Kalau macam tu Rina tolong keluarkan dulu lauk beku dari fridge. Nanti sampai senang ayah terus masak."
"Ok ayah. Rina keluarkan udang ya. Ayah masak Aglio Olio."
"Aye-aye, maam!"
Talian pun tamat. Nerina meletakkan semula mangkuk mi segera di atas table top, sementara dirinya telah beralih menuju peti ais untuk mengeluarkan lauk beku.
Udang telah direndam di dalam singki. Gadis itu lalu kembali mencapai mangkuk mi segera miliknya untuk dinikmati.
TING TONG!
Sekali lagi Nerina mengetap gigi, geram. Dari tadi nak makan maggi tak jadi-jadi. Ada je hal. Telifon lah, orang datanglah. Geramnya!
"Siapa pulak yang datang ni? Takkan ayah kut dah sampai? Mustahil." Dia tertanya-tanya sendiri. Mangkuk mi segera diletak kembali. Nerina lalu bergerak menuju pintu utama untuk melihat siapa yang datang.
"Hai, Rina..." jerit gadis itu sebaik pintu dibuka untuknya.
Terkejut Nerina. "Weh, kau rupanya. Terkejut aku. Aku ingat penyamun tadi." sambut Nerina.
"Kau ni agak-agaklah. Ada ke penyamun cantik macam ni?" balas Ara. Bibirnya dicebik manja.
"Ish, apa-apa jelah. Dah, jom masuk!"
Tiyara pun melangkah masuk setelah dipersilakan oleh Nerina.
"Haip... Stop di situ."
Ara kembali tercengang bila Nerina menyuruhnya menahan langkah. "Kenapa?"
"Kasut tu, tanggal dulu." arah Nerina.
"Hah? Perlu ke?" Ara membuat muka pelik.
"Hei, kau ni. Kau ingat kita ni hidup dekat negara barat ke, masuk rumah tak tanggal kasut? Kita orang melayu, kena hidup cara melayu. Itu pun tak tahu." bidas Nerina.
"Tapi aku tengok cerita sinetron tu relek je diorang masuk rumah pakai kasut. Diorang bukan orang mat salleh pun."
"Ish, kau ni banyak menjawaplah. Patutlah hati berjiwang aje, kaki sinetron rupanya."
Ara tersengih sambil menggaru kepala. Namun dia akur akhirnya untuk menaggal kasut sebelum masuk rumah.
Haih... Beginilah bila hidup kurang kasih sayang ni. Benda basik seperti itu pun dia tidak tahu.
***
ZACK sedang memandu dengan cermat menuju rumah. Lelaki ini sememannya memiliki sifat tenang dan tidak terburu-buru. Dengan sabar dia menempuhi kesesakan meski hatinya sedang resah bila anak gadisnya hanya makan mi segera di rumah itu.
Zack pula jenis tidak berapa gemar membeli di luar kecuali keadaan mendesak. Sebolehnya dia akan memasak sendiri untuk anak gadis satu-satunya itu.
Bukanlah Nerina tidak tahu memasak sendiri. Sudah 23 tahun kan, mustahil tidak pandai turun ke dapur.
Tetapi tak mengapa. Zack sudah terbiasa menghidang Nerina dengan air tangannya semenjak mereka ditinggalkan oleh Sofeya 15 tahun dahulu.
Jadi, meskipun Nerina sudah tumbuh menjadi seorang gadis dewasa, Zack tetap menganggap anak gadisnya itu si kecil yang manja. Dan Nerina cukup bahagia dengan layanan ayahnya itu.
Berkat kesabarannya menempuhi kesesakan, kereta yang dipandu Zack pun tiba dihalaman rumah dengan selamat.
Sedikit berkerut dahi Zack bila terdapat sebuah kereta Mini Cooper turut diparkir di halaman tidak berpagar itu. Zack mula tertanya dalam hati, kereta siapa? Tak mungkin kereta jiran sebelah. Kerna tapak yang dia ambil benar-benar di depan rumahnya.
Tidak mahu tertanya-tanya, segera Zack memarkir kendaraan dan memberhentikannya. Zack keluar dari kereta dengan hati yang masih curiga.
Atau mungkin Nerina membawa kawan datang rumah? Tapi tadi di telifon tak ada pun gadis itu menyebut begitu. Kalau benar sekalipun tak apa, asalkan kawan perempuan. Kalau kawan lelaki, rasanya bakal berlaku penyembelihan sekejap lagi walau bukan raya haji.
Zack pun mengatur langkah menuju rumah. Dadanya diurut lega bila terdapat kasut wanita di depan pintu. Benarlah Nerina membawa kawan perempuan. Syukur Alhamdulillah!
SEMENTARA itu di dalam, Nerina bersama Tiyara sedang berdiskusi serta membuat assignment bersama-sama. Seronok pula Tiyara dapat menyelesaikan assignment-nya dengan cepat.
Sebelum ini, dia sudah join member kelab mahasiswi last minutes. Kalau boleh lagi lima minit nak hantar baru dia akan kerjakan.
Dia sedar dia tak sepandai kawannya Nerina dalam hal pelajaran. Markah yang dia dapat pun cukup-cukup makan saja.
Ah! Apa dia nak kesah semua tu? Harta keluarganya belum tentu habis makan tujuh keturunan. Oleh itu dia tidak begitu mengambil berat tentang pelajaran. Bahkan bila orang tuanya menyuarakan ingin menghantarnya belajar di luar negara, dengan tegas dia menolak.
"Bestlah rumah kau ni Rina." Ara bersuara sambil meninjau ke sekeliling.
"Biasa je. Rumah kau lagi besar kut." balas Nerina.
"Bukan pasal besar ke apa. Tapi susun atur tu, kemas je. Selama ini aku datang sini tak pernah kau ajak masuk. Ini baru first time aku tengok susun atur rumah kau ni. Cantik sangat." pujinya.
"Oh. Itu ayah aku semua yang buat. Aku tolong sikit-sikit je."
"Hebat! Cantik sangat. Style macamni ni, hanya orang bercitarasa tinggi je yang buat tau." sambung Ara.
"Iye iye je kau, Ara. Kalau macam tu kau jangan ambil course accounting macam aku, kau ambik arkitek je, nak?" perli Nerina.
"Taknak lah. Nanti aku tak ada kawan. Aku ambil course ni pun sebab aku nak ada dengan kau. Nanti aku boring terus aku tak nak belajar."
"Boleh pulak macam tu?" Nerina menepuk dahi.
Sedang kedua gadis itu asyik bersembang sesama sendiri, pintu utama mendadak terbuka. Zack muncul sambil memberi salam.
"Assalamualaikum. Wah, ada tetamu rupanya." sapa Zack.
"Kum salam, ayah!" j.erit Nerina yang telah bangkit mendapatkan ayahnya.
Seperti biasa, Zack membiarkan tangan kanannya disambut dan dicium oleh sang anak dara setiap kali pulang kerja. Dan Zack membalasnya dengan kucupan sayang di dahi gadis itu.
Tiyara juga turut bangkit dari tempat duduknya sekadar untuk memberi hormat pada tuan rumah. Ara menunduk sedikit bersama sebaris senyum.
"Apa khabar uncle?" tegur Ara.
"Khabar baik, Alhamdulillah. Ni siapa ni?" tanya Zack pula.
"Ini Ara lah ayah, kawan Rina yang selalu tu." sampuk Nerina.
"Oh, yeke? Tak perasan pulak."
Tiyara hanya menguntum senyum manis dan tidak menjawap.
"Oklah, kalau macam tu. sambunglah berbual ya. Ayah nak naik mandi, nak solat, lepas tu nanti baru ayah masak. Rina dah solat asar belum ni?" soal Zack.
"Dahlah, ayah."
"Good girl! Ok, ayah naik dulu."
"Ok ayah!"
Zack pun berlalu mendaki tangga dan hilang kelibatnya. Kedua gadis itu lalu kembali pada posisinya tadi. Bersama minuman dan makanan ringan mereka meneruskan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
"Kau memang duduk dua orang je ke dengan ayah kau kat rumah ni?" Tiyara mula bertanya.
Nerina mengangguk. "Aah. Berdua jelah dengan ayah." jawap Nerina.
"Emak kau?"
Nerina mengangkat kedua bahu disertai cebikan bibir. "Entah?! Dari kecik dia tinggalkan aku dengan ayah. Sampai sekarang tak tahu mana dia." Dia menjawap dengan riak biasa, tanpa perlu dibiasi perasaan sedih di mukanya.
"Ayah kau tak kahwin lagi ke?" Tiyara kembali menyoal. Jarang-jarang dapat mengorek cerita kawan, kan. Sesekali apa salahnya?!
Nerina sekali lagi mencebikkan bibir. "Ayah aku tak nak. Aku suruh pun dia tak mahu. Dia kata bukan mudah nak cari isteri, lagi-lagi yang boleh terima aku sebagai anak."
"Hebatnya ayah kau. Jarang-jarang ada orang tua yang sanggup berkorban kebahagiaan dia demi anak." Tiyara meluah rasa kagum.
"Sebab itulah aku belajar bersungguh-sungguh, sebab aku nak balas jasa ayah aku. Walaupun aku kurang kasih sayang dari seorang ibu, tapi aku dah cukup dapat semuanya dari ayah. So aku kena belajar betul-betul sampai berjaya, baru nanti giliran aku pulak jaga ayah." ungkap Nerina. Ara teranggauk-angguk kagum
Rasa kagum yang disertai dengan rasa kesihan pada dirinya sendiri. Mana tidaknya? Orang tua lengkap dua-dua, tapi hidupnya sunyi dan kosong. Kasih sayang seolah bermusuh dengannya pabila perkara itu enggan menyinggahi hidup.
Kagumnya dia dengan kehidupan Nerina. Walaupun tiada ibu, tetapi dia tetap tidak kurang kasih sayang yang ayahnya berikan tanpa berbelah bagi.
Bertuah kau, Rina!
***
SELEPAS solat magrib, Zack telah berada di dapur tanpa menaggalkan jubah khasnya yang dia pakai ke surau tadi. Cukup disingsing lengannya hingga paras siku untuk memudakkannya membuat kerja.
Dia perlu menyiapkan Olio Aglio permintaan si anak dara. Zack lalu menggoncang kuali tangkai itu dengan sebelah tangan sahaja, supaya spageti dapat bercampur mesra bersama perencah bawang putih, lada hitam, udang dan cendawa shiitake sebagai penambah perisa.
30 minit berlalu, hidangan pun telah siap. Zack membawanya bersama kuali sekali, terus dihidang di atas meja.
Beginilah hidup membujang bersama anak, kan. Tak perlu hidang cantik-cantik, janji kenyang!
Kuali sudah naik ke atas meja. Zack lalu memanggil anaknya untuk makan. Nasib baiklah kuali lawa. Tak adalah segan kalau ada tetamu lihat pun.
Eh, haah lah ada tetamu!
Hampir Zack lupa akan kawan Nerina, masih lagi ada di situ. Zack lalu mengambil pinggan lebih agar kawan anaknya dapat menikmati sekali.
"Nah, Rina. Panggil kawan Rina makan sekali. Nasib baik ayah masak lebih. Lupa pula ada tetamu." ujar Zack.
Nerina lalu mengajak Ara untuk makan bersama. Meski segan, Ara pun menuruti kerana untuk menjaga hati sahabatnya.
Melihat wajah segan yang ditunjukkan kawan Nerina itu, Zack lalu mengambil inisiatif. "Rina, Rina makanlah dulu ya dengan kawan Rina ya." katanya.
"Eh, ayah nak kemana? Tak nak makan sekali ke?" Tanya Nerina.
"Ayah nak terus ke surau, dah nak masuk waktu isyak dah ni. Tak apa, Rina makan je dulu."
Zack lalu mula bergerak selepas berpesan begitu. Nerina hanya melihat ayahnya sudah keluar ke pintu. Dia pun segera mengajak Ara makan selepas pemergian ayahnya.
"Weh, jomlah makan cepat. Nanti sejuk tak sedap," ajak Rina.
"Kesihan pulak ayah kau, dia yang masak tapi tak makan pulak," keluh Ara.
"Tak apa, aku asingkan siap-siap untuk dia nanti. Aku rasa ayah aku takut kau segan kut. Itu pasal dia keluar tu." Nerina membuat andaian.
Tiyara hanya mengemam senyum tanpa menjawap. Sejujurnya dia memang segan pun. Mujurlah ayah si Rina ni mudah peka dengan air muka orang lalu mengambil langkah untuk menghindar agar orang lain lebih selesa.
Baiknya dia!
TBC
Share this novel
park nex chapt nty smbung