AB 2: Sedihnya Hati

Romance Completed 473179

PRANG!

"Huaaaa.... Jantan tak guna. Aku benci kau!" Gadis itu meraung sakan selepas dia membaling Iphone 12 Pro Max miliknya ke lantai.

Dia juga telah menyembamkan muka pada lipatan lengan yang ditelakkan di atas meja, selepas itu sambung melalak menjadi-jadi.

Sepasang kaki bersarung sneakers berwarna pink telah tiba di sisi telifon yang tidak bersalah itu. Si pemilik badan lalu menunduk untuk mengutip peranti jenama kayangan berkenaan.

"Ara. Kau dah buang tebiat ke apa? Tahulah kau anak orang kaya. Yang sampai baling telifon mahal ni dah kenapa? Kalau kau tak nak baik bagi aku je," marah gadis itu pada rakannya. Tiyara yang masih menggogoi lalu dihampiri untuk menyerahkan semula telifon yang dia kutip barusan.

"Aku benci dia, Rina. Aku benci dia... Huaaaa...."s sambung tangisnya, mengadu pada Nerina.

"Siapa?"

"Nadir lah!"

"Pulak dah? Bukan kau orang sweet couple in world ke?" ejek Nerina.

"Shut your mouth! Jangan sebut perkataan tu lagi. Huaaa...." Tiyara menempik rakannya sebelum sambung melalak.

"Ha, tulah. Couple tak ingat dunia. Orang datang sini nak belajar, kau pula sebok bercinta." perli Nerina. Sisi bff-nya diambil untuk meletakkan punggung.

Tiyara tidak menjawap melainkan hanya sambung melalak. Jatuh kesihan pula Nerina melihat sahabatnya itu meraung begitu rupa. Muka cantik, tapi asyik kecewa aje. Ini sudah masuk kali ke tiga dia bercinta, dan penghujungnya adalah sama. Putus!

Belakang Tiyara diusap perlahan untuk menenangkan kawan baiknya itu. Harap-barap membantu lah yer!

"Wei, dah la tu. Buruklah nangis macam tu. Pasal jantan je kau nangis, pasal jantan je kau nangis. Cubalah rasional sikit berfikir tu. Hilang satu, ramai lagi yang lain. Kau bukan tak lawa." pujuk Nerina.

Tiyara menyedut hingus terlebih dahulu sebelum mula berbicara. "Kau tak faham, Rina. Aku kalau dah sayang, susah tau aku move on. Aku dah sayang dia separuh mati, tapi dia curangi aku lagi. Aku sanggup keluar belanja banyak untuk dia, tapi ini balasan dia pada aku. Sial tahu tak?" Tiyara mengadu diantara tangisnya.

"Haa, tulah kau. Untuk couple sanggup belanja macam-macam. Ada ke patut perempuan yang keluar duit? Lagi bermakna kalau kau belanja aku dari kau perabis untuk jantan tu."

"Kenapa aku asyik jadi mangsa ek? Dulu dengan Fitri aku sempat hampir bertunang. Nasib baik aku dapat tahu yang dia tu gay. Kalau tak lagi haru hidup aku. Dah move on aku jumpa Nadir aku ingat boleh harap. Tapi rupanya dia jadikan aku ATM bergerak dia je. Kenapa semua orang buat aku macam ni, Rina?"

"Semuanya berpunca dari kau sendiri, Ara. Kau terlampau mudah sangat percaya dengan lelaki. Kau cubalah jadi macam aku ni. Mana aku kesah dengan jantan-jantan semua ni?"

"Aku lain, Rina. Aku tak boleh hidup tanpa cinta. Kalau ada cinta, barulah hidup aku bahagia." Dia menjawap pula...

Sudah sedikit tenang dari tangisnya, Tiyara perlahan menegakkan badan serta beriak biasa. Sememangnya gadis ini mudah terpujuk orangnya.

"Banyaklah kau hidup dengan cinta. Kita ni baru 23, tau. Belajar dulu sampai pandai, barulah fikir pasal cinta."

"Kau ni, cakap mengalahkan daddy aku je. Tak habis-habis suruh belajar. Boringlah."

"Iyalah. Samalah ayah aku pun pesan macam tu. Sebab tu aku masih berpegang dengan kata-kata dia."

"Huh, apa-apa jelah. Balik nanti jom shopping. Aku kena hilangkan stres ni. Kau jangan risau, aku belanja."

"Tak boleh."

"Kenapa pulak?"

"Kau bukan tak tahu, aku tak biasa keluar tak tentu pasal lepas habis kelas. Nanti ayah aku marah kalau aku merayau. Kalau kau nak, kau lepak rumah aku," usul Nerina.

"Huh, kau ni. Anak emak sangat."

"Sorry eh, anak bapak!"

"Apa-apa jelah! Jom la Rina, teman aku. Aku boring ni..."

"Takde, takde. Aku memang tak boleh. Banyak assigment aku kena siapkan tau. Kalau kau nak, kau lepak rumah aku. Lepak rumah pun best ape. Ok bye, aku balik dulu."

Tiyara mencebik bila Nerina telah berlalu meninggalkannya. Dia mengeluh bosan. Sudahlah hatinya sedang sedih, ajak kawan keluar pun tak nak.

Kalau lah dia ada kawan lain selain Nerina, tak apa juga. Masalahnya semua gadis-gadis di kolej ini enggan berkawan dengannya. Entahlah tak tahu kenapa? Mungkin juga mereka cemburu kerana Tiyara boleh dikatakan sebagai bintang di kolej ini.

Berwajah cantik dan hadir dari golongan orang berpengaruh, lelaki mana yang tidak mahu mendekatinya? Mungkin sebab itu dia dipulaukan oleh rakan-rakan perempuannya yang lain, namun tidak oleh Nerina.

Tapi, Nerina pun dah balik. Nampaknya dia pun harus pulang ke rumah membawa hati laranya itu. Huaah.... Sadisnya hidupku!

***

MEETING sedang berlangsung di sebuah syarikat logistik ternama. Pengerusi syarikat tersebut sedang membuat satu pengumuman mendadak terhadap staf-stafnya.

"Baiklah, saya terus saja pada pokok pertemuan pada pagi ini. Saya nak memperkenalkan pada kamu semua, inilah dia naib pengerusi yang telah saya mandatkan untuk menguruskan syarikat ini sepanjang ketiadaan saya di sini nanti. Saya rasa kamu semua sudah sedia maklum dengan beliau, silakan Encik Zaqwan Hanaffi." Dato' Zulkifly mempersilakan lelaki yang berdiri di sebelahnya itu.

"Terima kasih, Dato'!" jawap Zack. Lelaki itu membongkok sedikit bila menerima tepukan dari staf-staf yang lain.

Dato' Zulkifly lalu menyiku perut Zack selesai dia memberi sepatah dua ucapan, posisi mereka kini sudah terselindung dari pandangan para staf. Mereka pun menyambung borak.

"Dekat sini kau panggil aku Dato' eh?" bisik Dato' Zulkifly, geram.

"Mestilah! Kena jaga adab!" Zack balas berbisik.

Lantas keduanya kembali memasang wajah serius di hadapan staf-staf serta kembali memperlihatkan tampang formalnya. Namun itu pun tidak lama. Mereka sememangnya adalah rakan baik. Bahasa selamba adalah sebutan biasa. Meski cuba cover di hadapan staf, tetapi mereka tetap kembali pada asal semula.

"Aku memang tak bolehlah nak berformal-formal dengan kau ni, Zack. Senang cerita kau jagalah syarikat ni macam nyawa kau sendiri. Aku dengan wife aku kena pergi Seoul selama seminggu." ujar Dato' Zulkifly.

"Baik Dato', jangan risau. Saya akan jaga syarikat ni seperti nyawa saya sendiri." Zack menjawap tegas.

"Tak boleh blah aku. Rasa nak gelak je kau buat muka serius depan aku. Nasib baik boleh kontrol depan diorang tadi" sambung tawa Dato' Zulkifly

"Ala, depan staf-staf kenalah jaga adab. Tak gitu?" balas Zack.

"Apa-apa jelah. Okeylah, aku kena gerak sekarang. Jumpa lagi nanti."

"Ok, Zul. Hati-hati."

"Oh ya, balik nanti aku bawakan kau amoi-amoi Korea, nak?" Sempat Dato' Zulkifly berseloroh. Zack telah memasang muka pelik.

"Kau jangan, Zul. Aku dah tua. Karang siapa nak bagi anak orang tu makan?" sahut Zack selamba. Tawa pun meletus kembali di antata mereka.

"Banyaklah kau punya tua. Stok-stok macam kau ni yang amoi-amoi tu gemar tau." sambung seloroh beliau.

"Astagfirullahaladzim, Dato'. Tak baik Dato' cakap macam tu. Saya ini beriman orangnya." kata Zack lagi memperlihatkan muka polos.

"Kau jangan buat aku hangin boleh tak Zack? Kang ada pertumpahan darah dekat sini ni kang." geram Dato' Zulkifly. Mereka pun kembali ketawa lepas layaknya sahabat baik.

***

HURMM! Keluhan itu terbit dari mulutnya beberapa kali. Dia sedang memandu pulang menuju ke rumah.

Hatinya masih belum reda dari rasa sakit akibat dihianati kekasih. Ajak kawan keluar, tak mahu pulak. Nak tak nak dia pun harus pulang ke rumah juga walau sebenarnya dia masih malas.

Mini Cooper Countryman berwarna putih itu berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Dia terjebak di tengah-tengah kesesakan petang ini. Harap-haraplah tak lama.

Bibirnya kembali dimuncungkan saat keluhan kedengaran lagi. Siku berada di atas doortrim sementara jari di atas bibir. Sekali lagi dia mengeluh. Lambatnya!

Dia lalu menoleh ke samping bila telifon pintarnya di dalam sling bag telah berbunyi satu pesanan masuk. Segera dia capai bag tersebut untuk mengeluarkan telifonnya.

Pesanan ringkas lalu dibuka. 'From Mommy'

'Sweety, i'm sorry. Mommy tak ada di rumah hari ini. Mommy kena ikut daddy pergi Seoul. Ara jaga diri ya. Love you!' tulis pesanan itu.

Ara sekali lagi mengeluh dan kali ini bersama rengusan kesal. "Ish, baru je dua hari lepas balik dari Istanbul, ni nak pergi Seoul pulak. Habistu bila diorang ni nak luangkan masa dengan family? Aaghh, frust la macam ni." rungut Ara, benci!

Kecewa bila kedua orang tuanya asyik sibuk dengan kerja sehingga tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama. Makan bersama pun sebulan sekali belum tentu lepas. Tengok muka mereka depan-depan pun jarang. Kasih sayang apatah lagi. Jangan harap!

Inilah dia hidup seorang Tiyara Farhana. Meski terlahir dari golongan berdarjat tinggi dan hidup dalam kemewahan, namun hatinya begitu sunyi dan miris sekali.

Bagaimanapun, dia dimanjakan oleh keluarga dari segi kewangan. Daddynya langsung tidak berkira-kira untuk menyerahkan kad kedit tanpa limit untuk kegunaan pribadinya. Meskipun Ara pernah membelanjakan sehingga 100k dalam sebulan, namun Dato' Zukifly langsung tidak kesah akan hal itu!

Dia sedar dia jarang memanjakan anaknya dengan kasih sayang. Jadi, itu sajalah caranya untuk membahagiakan si anak tunggal tersebut.

Akan tetapi, cukupkah itu bagi Ara?

Lumrah manusia, hidup memang tak akan pernah cukup. Kaya atau miskin, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika bukan dari segi kewangan, mungkin dari segi kasih sayang. Bertuahlah seandainya hal dapat berjalan seiringan. Pasti ia akan membuat hidup lebih bahagia.

Ya, Ara akui dia sangat mendambakan kasih sayang dari kedua orang tua. Mereka berdua terlalu sibuk dengan kerja, sehingga dirinya hampir tidak kenal apa itu belaian kasih sayang dari ibubapa.

Kecewa? Lama dah. Cuma Ara malas mahu memperpanjang isu itu. Oleh itu dia sering meluah perasaan kepada Nerina, satu-satunya sahabat baik yang dia ada.

Bercakap pasal Nerina, tiba-tiba Ara mengoyak senyum lebarnya. Telifon dicampak pada seat sebelah sementara dirinya kembali fokus pada pemanduan.

Kesepuluh jarinya diketuk-ketuk pada stering sambil menanti lampu isyarat bertukar hijau. Ara pun menyeringai bila kereta hadapan telah mula bergerak perlahan.

Dia lalu membuat pusingan U sebaik tiba di hujung jalan. Rumah tidak jadi dituju. Dia perlu berpatah balik untuk ke rumah seseorang.

TBC

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-03-25 22:10:40 

mesti pay. so sad

Siti Rohani Idris
2023-03-25 22:10:10 

sedih btl. I dh baca dh story ni. Before it was a free reading. Dah nak sampai ending just a few more episode tahu2 story dh klau nak baca

M. RASYIDIN
2023-01-10 20:23:49 

wow hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience