(SH 3)

Romantic Comedy Completed 69408

NAWAL memandang lelaki yang menolongnya itu tadi menggunakan sit mirror kereta, kini dia berada di dalam kereta lelaki itu. Dia tidak sangka di dalam dunia ni masih ada lagi seseorang yang akan berbuat baik kepadanya. Kod yang tersarung di badannya itu di lihat, Hazran mengerling ke arah belakang dia melihat wanita itu sedang memandang ke arahnya, dengan segera Nawal memalingkan wajahnya ke luar tingkap

" Awak okey? sakit lagi ke pipi awak tu sebab saya tengok lebam dah tu " ujar Hazran lembut.

"Err.. saya okey sikit je ni " balas Nawal perlahan.

" Ataupun kita pergi klinik dulu? ambik ubat sapu.. lepas balik daripada klinik kita ke balai polis buat report "

Nawal pantas menggelengkan kepalanya itu, dia tidak mahu menyusahkan,sudahlah dia tidak mengenali lelaki itu. Lagipun dia sudah menyusahkan lelaki itu tadi.

" Tak boleh report polis "

" Tapi.. kenapa? "

Nawal hanya diam membisu, melihat wanita itu hanya diam membisu. Hazran terus memandang ke hadapan semula, Hazran benar-benar hairan mengapa wanita itu tidak mahu membuat laporan polis! Ini bukanlah kes kecil! Bukan dia tidak mahu melaporkan kepada polis, cuma kalau dia melaporkan kepada polis pasti kak Nadia akan mengamuk dengannya.

SEBAIK tiba sahaja di hadapan rumah Nawal, Nawal tergamam sendiri apabila melihat Pak Muzafar, Nadia dan juga Abang Kamarul berada di hadapannya kini. Nawal juga dapat lihat dengan jelas rotan buluh yang kini berada di tangan Pak Muzafar.

Hazran hairan sendiri apabila melihat lelaki tadi kini berada halaman rumah gadis itu, siapakah lelaki itu yang sebenar? Hazran mengerling ke arah belakangnya itu untuk bertanya Nawal. Hazran dapat lihat kini kedua belah tangan Nawal menggigil-gigil seperti ketakutan wajahnya turut pucat.

" Tu bukan lelaki tadi ke aw.." belum sempat Hazran menyoal dengan segera Nawal membuka pintu kereta dan keluar daripada perut kereta.

" Haihh main keluar je!bukan nak ucap terima kasih.. manalah kau jumpa dia ni Haz? " Dean mengeluh.

PERLAHAN-LAHAN Nawal mengatur langkah kakinya ke arah Pak Muzafar yang sedang merenung tajam ke arahnya itu. Belum sempat dia mengucapkan salam, Nadia terus meluru ke arahnya dan satu penampar kuat terus melekat di wajah Nawal sehingga wanita itu jatuh ke laman rumput itu.

" Tak guna punya perempuan! Tunang aku pun kau nak rampas ke hah! Bodoh! " Jerit Nadia dengan kuat kaki Nawal itu di pijak dengan kuat.

"Arghhhh!!! "

Hazran yang menyaksikan itu tergamam sendiri, dengan kelam-kabut Hazran ingin turun daripada kereta untuk ke arah wanita itu.

" Haz! tak payahlah jom lah kita balik! tak payah campur hal orang " ujar Dean sambil menarik lengan kawannya itu.

" Balik? kau tak nampak ke apa dia buat dengan perempuan tu! " Suara Hazran meninggi.

" Itu masalah dia bukan masalah kau! "

" Kau bangun sekarang! kau tahu kan perangai aku macam mana! perempuan gatal! kau goda dia kan! mati kau aku kerjakan hari ni " Nadia terus menghentakkan kepala Nawal di tiang kayu rumah itu dengan kuat.

" N..Nawal tak buat kak, tolonglah p..percaya.. abang Kamarul tipu " air matanya perlahan-perlahan mengalir membasahi pipinya saat ini.

Saat ini Nawal mulai dapat rasakan seperti sesuatu yang hangat sedang mengalir daripada kepalanya itu, tubuhnya turut sudah mulai lemah. Nawal memegang kepalanya itu sebaik di lihat di tapak tangan, benar itu adalah darah!

" Tipu? kau cakap aku tipu Nawal? yang tipu tu kau! bukan aku! " Ujar Kamarul pula.

" Perangai kau ni kan memang macam setan kan! kau hidup memang untuk menyusahkan aku je kan! " Kini giliran Pak Muzafar pula bercakap.

Ya ALLAH pedihnya hati aku saat ini, bagaikan ada berbilah-bilah pisau di cucuk di sini! Sakit! Sakit yang tak berdarah... Sanggup Nadia menyebelahi orang luar daripada adiknya sendiri.

" Hidup kau ni memang menyusahkan aku tahu tak! hari tu kau malukan aku dengan kes curi! dan sekarang ni pasal jantan pulak mana maruah kau hah! " Jerit Pak Muzafar satu libasan terus hinggap di badannya.

" Ahhhh!! sakit abah! sakit!!! " Jerit Nawal sambil menangis teresak-esak. Nawal terus merangkak ke arah ayahnya itu, kaki ayahnya itu di pegang dengan suara tenggelam timbul.

" Tolonglah percaya dengan Nawal abah, Nawal tak buat.. Kamarul yang ada niat buat benda tak baik pada Nawal "

" Kurang ajar! apa kau cakap sial! " Nadia terus menarik Nawal untuk berdiri.

Nadia terus menolak wanita itu ke lantai dengan kuat, batu yang berada di sebelahnya itu di ambil saat ini dia bagai rasakan ada syaitan yang telah merasuk dirinya saat ini! Mana tidak mengamuknya dia, apabila dia mendapat tahu Nawal cuba menggoda tunangnya!

Sekarang satu kampung sudah tahu, tentang hubungan Nawal dan Kamarul tunangnya! Kamarul memberitahu kepadanya Nawal menyuruh meninggalkan dirinya..

" Mati kau kat tangan aku hari ni! " Jerit Nadia dengan kuat. Namun sebaik dia ingin membaling batu ke arah Nawal, dengan segera seseorang menolak Nadia hingga jatuh ke lantai.

" Kau ni dah kenapa hah! " Tengking Hazran dengan kuat saat ini.

Nadia tergamam sendiri, apabila melihat lelaki itu saat ini! Dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Hazran terus meluru ke arah Nawal yang sedang terbaring lemah di atas lantai sambil dia melihat darah yang mengalir daripada kepala gadis itu.

" Ya ALLAH, Nawal.. Nawal.. " kejut lelaki itu.

Nawal kini dapat lihat samar-samar wajah lelaki tu saat ini, walaupun dalam keadaan samar-samar.. Nawal dapat lihat dengan jelas betapa cemasnya wajah lelaki itu saat ini.

" Kau ni siapa hah! jangan masuk campur hal keluarga aku!" ujar Nadia.

Hazran mengenggam tangannya dengan kemas, terus perlahan-lahan dia bangun dan memandang ke arah wanita itu. Dengan pandangan yang cukup bengis!

" Aku nak tanya kau, kenapa kau pukul dia? apa salah dia dekat kau! "

" Haz! " Suara Dean itu membuatkan Haz memalingkan wajahnya ke arah Dean.

" Sukahati aku lah! dia ada kaitan dengan kau ke! asal kau boyfriend dia? waa banyak jugak skandal perempuan murah ni kan? " Sindir Nadia geram rambutnya yang panjang itu di raup dengan kasar ke belakang.

Hazran mengerling ke arah Kamarul yang sedang bersandar bersama wajah yang sudah pucat lesi itu, anak mata Hazran memandang tepat ke arah anak matanya itu tadi namun dengan pantas Kamarul membawa anak matanya lari.

" Perempuan murah? kau siapa nak nilai orang macam tu? " Entah kenapa kata-kata wanita itu tadi membuatkan dirinya naik angin! Padahal kata-kata itu bukan di lemparkan untuknya.

Nadia berdegus geram.

" Aku dengar tadi kau cakap, Nawal goda tunang kau? binatang ni tunang kau ke? " Hazran mengacukan jarinya ke arah Kamarul.

" Kau jaga mulut kau!, kau berambus daripada rumah aku sekarang! "

" Kau nak tahu tak apa tunang tak guna kau ni buat? dia nak rogol Nawal! pastu boleh pulak tunang kau ni claim kata Nawal goda dia.. dia buat lawak bodoh apa ni? " ujar Hazran sambil tergelak sinis.

Dean yang berada di sebelah Hazran itu, ternganga mulutnya mendengar setiap tutur kata Hazran. Tidak pernah pula dia mendengar Hazran bercakap seperti ini..

Nadia tergamam sendiri mendengar kata-kata Hazran, terus Nadia mengerling ke arah Kamarul yang wajahnya sudah berubah.

" Kalau cakap tak der bukti! siapa nak percaya! aku kenal tunang aku! "

" Ha'ah kan? kalau cakap je siapa nak percayakan.. Dean meh video kau rakam tadi cepat! " Hazran memandang ke arah kawannya itu.

Nadia mulai terketar-ketar sendiri mencapai telefon bimbit yang di hulurkan oleh Hazran itu, dan sebaik video di mainkan terus mata wanita itu terkejut sendiri. Nasib baiklah Dean sempat merakam, ketika Hazran dan Kamarul bergelut dan kelihatan di video itu Nawal sedang berpeluk tubuh sambil menangis.

Hazran kini mengalihkan pandangannya itu ke arah Pak Muzafar yang turut sama terkejut apabila melihat video itu, Hazran memandang wajah Pak Muzafar dengan padangan curiga. Dia sendiri bingung, mengapa lelaki tua tidak menolong Nawal malah memukul Nawal!

" Pak cik ni ayah Nawal? " Soal Hazran.

" Dia bukan anak aku lah! " Jawab Pak Muzafar kasar.

" Maaf.., tapi saya cuma cakap nak satu benda je dengan Pak cik.. tak salahkan kalau pak cik menyebelahi tadi.. "

" Kau jangan sibuk hal aku lah! kau tak payah nak ajar aku! Lebih baik kau bawak budak tak guna ni ke hospital! sebelum dia mati.. biar dia mati kat sana!"

" Aku tak nak dia mati depan rumah aku! Jijik! " Terus Pak Muzafar mengatur langkah kakinya masuk ke dalam rumah semula.

Nadia terus melanggar bahu Kamarul dengan kuat, Kamarul pula terus mengatur langkah mengikuti wanita itu dengan segera sambil sempat dia menjeling tajam ke arah Hazran yang berdiri di situ.

Hazran terus berlari anak ke arah Nawal yang sedang terbaring lemah di atas lantai, dia dapat lihat air jernih yang mengalir daripada mata wanita itu.

" Kita ke klinik ya " ujar Hazran cemas.

" T..te..terima kasih.. " perlahan-lahan mata Nawal terus tertutup dengan rapat. Sebelum memejamkan mata dia dapat dengar hanya Hazran sahaja yang menyebelahi dia tadi, manakala abah dan Nadia...

" Nawal! Nawal! " Hazran menggerakkan badan wanita itu namun wanita itu tidak sedarkan diri. Hazran terus meletakkan telapak tangannya itu di kepala Nawal yang terluka itu, agar darah yang mengalir daripada wanita itu tidak terus mengalir.

" Dean! tolong aku papah Nawal! " ujar Hazran.

" Ishh kau ni Haz, kau tahu tak kalau mak kau tahu apa kau buat ni! sia-sia je kau hidup "

" Dah lah telefon kau ni tak berhenti-henti cik tunang kau tu call.. "

" Biarlah dia! cepat tolong aku papah Nawal "

Dean berdegus kasar! Dengan keadaan terpaksa terus Dean menghampiri Nawal yang tidak sedarkan diri itu dan membatu Hazran memapah Nawal masuk ke dalam kereta untuk menghantar Nawal ke klinik.

" WHAT! what do you mean hah! " ujarnya dengan kuat sambil menepuk meja yang di letakkan tangannya itu.

" Yes! Puan Sri dah berjam-jam kami tunggu tapi kelibat anak Puan Sri masih tidak kelihatan "

" You tahu tak anak I dah gerak daripada pagi tadi and sekarang dah nak malam what do you mean? "

" Kami tak tahu Puan Sri, jadi kami terpaksa batalkan projek ni! Dato' Jaafar pun marah-marah saya bila dapat tahu Encik Haz main batalkan tanpa beritahu saya " ujar Hanim lagi iaitu pembantu peribadi lelaki itu.

Puan Sri Hasnah terus menghembaskan telefon bimbitnya itu, ke atas sofa! Wajahnya pula sudah bengis! Sebegis begisnya! Telefon yang di lemparkan di atas sofa itu di ambil semula dan Puan Sri Hasnah mendail nombor telefon anak lelakinya itu.

KRING! KRING ! KRING !

HAZRAN terus membawa keluar telefon bimbitnya itu apabila melihat nama mama yang tertera di situ, dia merenung lama nama mama yang tertera itu.. Dia sendiri tidak tahu apa dia harus menjawab panggilan itu. Hazran memandang Dean di sebelahnya itu, wajah kawannya itu hanya di buat endah sahaja! Nampak sangat tak ikhlas nak tolong.

" Pandai sangat kau buat hal kan? so jawablah! silap-silap dengan aku sekali kena pecat! " Dean geram.

KRING! KRING! KRING !

Dan sekali lagi telefon bimbitnya itu berbunyi, dan kali ini dia sudah bertekad untuk mengangkat biarlah apa sahaja hendak jadi!

" Assalamualaikum.., " Hazran terus bangun daripada ruang menunggu yang sedang dia duduki itu.

Dean hanya mampu menggelengkan kepalanya itu, dia tidak tahulah apa yang akan terjadi dengan Hazran nanti!

" Kau pergi mana Haz? kau datang Johor apa tujuan kau sebenarnya? kerja kan! dengan telefon tak berangkat! " Tinggi nada suara wanita tua itu.

" Sorry maaa, tadi ada emergency.. "

" Herhh.. emergency apa hah? dengan telefon Zara kau tak angkat! kau jangan berani luka kan hati Zara..Hazran! " Puan Sri Hasnah memberi amaran.

" Zara tu penting untuk kita! " Tegas Puan Sri Hasnah.

" Penting untuk kita? penting untuk aku ke dia! " Bisik hatinya sendiri.

Hazran meraup wajahnya itu, tangannya itu di gempal tidak puas hati.Dia sedar dia hanyalah boneka Puan Sri Hasnah.

" Kenapa senyap! "

" Haz tak tahu nak cakap apa maa,sebab apa yang Haz cakap mama takkan dengar " perlahan sahaja suara Hazran menahan sebak.

" Kau jangan kurang ajar dengan aku Haz! aku nak kau balik sekarang sebelum aku yang datang sana faham! " Puan Sri Hasnah terus mematikan telefon bimbitnya itu.

Hazran memandang dinding kosong di hadapannya itu, dia menekan kedua belah biji matanya itu sambil dia menggelengkan kepalanya itu beberapa kali. Nafasnya itu di lepas perlahan... Hazran sendiri tidak tahu sampai bila dia dapat bertahan hidup seperti di dalam neraka ciptaan mamanya sendiri. Dan menjadi boneka dan alat untuk mamanya.

Hazran meraup wajahnya itu, nafasnya itu di tarik perlahan dan di lepas perlahan.. Dean terus mengatur langkah ke arah lelaki itu bahu Haz di pegang.

" Jom lah Haz, tak payah lah gaduh dengan mak kau.. " ujar Dean.

" Ermmm, jap kau tunggulah kat kereta dulu aku nak settlekan bil hospital sekejap " Hazran terus mengatur langkah beredar meninggalkan Dean di situ.

" Aku tak tahulah apa yang akan jadi dengan kau nanti Haz, kenapalah dia sebok sangat perempuan tu! " Dean hanya melepaskan keluhan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience