(SH 2)

Romantic Comedy Completed 69408

MENITIS satu persatu air mata Nawal membasahi pipinya saat ini, bibirnya itu pula sudah mengigil kesakitan apabila rotan buluh hinggap di belakangnya itu. Saat ini hanya air matanya sahaja yang mampu mengalir, dia langsung tidak berani bersuara walau sepatah perkataan pun.

" Aku tak pernah ajar kau mencuri! " jerit Pak Muzafar. Mulutnya selari dengan tangan yang bergerak melibas belakang Nawal Areeqa.

" N..na..Nawal tak curi bah " mengigil wanita itu berkata.

" Alahai Nawal kau mengaku je lah, bukan aku je cakap! tapi satu kampung tahu kau curi rantai tu kan! " Sampuk Nadia lalu melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan dengan Nawal sambil menyilang kakinya bibir pula mengukir senyuman sinis.

Perlahan-lahan Nawal bangun daripada lantai yang sedang dia duduki itu, kakinya mengatur langkah ke arah Pak Muzafar dia memandang wajah Pak Muzafar dengan pandangan yang cukup sayu.

" Nawal minta maaf bah, Nawal tahu Nawal memang pembawa malang.. sepatutnya yang mati waktu tu bukan ibu tapi Nawal kan? sebab kalau Nawal hidup pun hanya menyusahkan abah dengan kak Nadia " tersedu-sedan wanita itu saat ini.

" Baguslah kalau kau tahu! yang patut mati waktu tu adalah engkau! bukan mak kau! " Pak Muzafar terus mengatur langkah meninggalkan Nawal terkulat-kulat keseorangan di ruang tamu itu.

" Kesian kau kan? hah aku ada satu idea apa kata kalau kau bunuh diri je! habis ceritakan " Nadia mengukir senyuman sinis pada adiknya itu.

Nadia terus mengatur langkah kakinya beredar,kepala Nawal itu di tolak dengan kasar sebelum wanita itu beredar. Gugur satu persatu air matanya saat ini, sungguh kata-kata Nadia itu tadi amat menyakitkan hati! dan memedihkan.

" Oh ya Nawal, aku ada benda nak cakap dengan kau " Nadia terus mengalihkan pandangannya ke arah Nawal. Nawal mengangkat wajahnya itu, di pandang wajah Nadia yang berada di hadapannya kini.

Nadia menyeluk poket seluarnya itu lalu membawa keluar seutas rantai emas, bibir Nadia mengukir senyuman. Nawal tergamam sendiri, sebaik Nawal ingin mengambil rantai itu segera Nadia menepis tangan Nawal.

" I..itukan rantai anak cik embun? akak tahu tak sebab rantai ni diorang semua tuduh adik yang ambik.. kenapa kakak buat adik macam ni "

" Siapa kata aku ambik? kau lah yang ambik! bukan aku.. abah pun cakap kau kan " Nadia cuba memanipulasikan kenyataan bahawa yang dia ambil.

" Bagilah Nawal balik kak,Nawal kena bagi cik embun balik tak per Nawal takkan kata akak yang curi "

PANG!

Nawal memegang pipinya itu.

" Berani kau cakap aku yang curi kan! kau yang curi bukan aku! " Nadia tersenyum sinis terus kakinya mengatur langkah meninggalkan Nawal.

Perlahan-lahan Nawal melabuhkan duduknya di kerusi, kepalanya itu di dongakkan agar air matanya itu tidak terus mengalir membasahi pipinya, bingkai gambar wajah arwah Hajah Nurhan itu di pandang dengan perasaan rendah hati.

" Bu..kenapa bu, tak bawak Nawal sekali dengan ibu? diorang semua tak sayang Nawal.. kalau Nawal tak der dalam dunia ni pasti ibu masih hidup lagi kan sekarang? "

" Nawal minta maaf bu.. " esakkan tangisan mulai memenuhi ruang di dalam bilik yang kosong itu. Nawal terus membawa bingkai gambar itu ke dalam pelukannya itu.

HAZRAN mengatur langkah kakinya turun dari anak tangga itu satu persatu, lelaki itu mengenakan kemeja hitam dan seluar slack berwarna hitam sambil jam tangan di pakai di pergelangan belah kiri. Rambutnya itu pula di sikat dengan kemas, namun wajahnya hanya masam mencuka sahaja.

Mana tidak masam wajahnya, apabila telefon bimbitnya itu tidak berhenti berdering berkali-kali rasa nak sahaja lelaki itu baling ke tanah telefon bimbit itu! Siapa lagi yang telefon jika kalau bukan Zara Amelia menantu pujaan Puan Sri Hasnah tu.

" Nak ke mana pulak? " suara itu menghentikan langkah Hazran.

Hazran mengeluh perlahan, terus lelaki itu mengalihkan pandangannya itu ke belakang dan benar tekaannya itu apabila Puan Sri Hasnah yang sedang mengatur langkah ke arahnya itu.

" Kerja " sepatah Hazran membalas acuh tak acuh sahaja sambil dia mencapai sepasang kasut di atas rak itu.

" Kerja? kerja kau pergi merayap? "

" Haz nak kena pergi ke Johor projek hijau dekat situ " balas Hazran menahan suaranya.

" Hurhh, Zara call angkat ehh! kalau mama dengar dia mengadu.. tahulah aku nak buat apa dengan kau faham tak"

" Hurmm.. " acuh tak acuh sahaja Hazran membalas. Kakinya terus mengatur langkah meninggalkan Puan Sri Hasnah di situ. Malas dia ingin berlama-lama di situ? Salam? memang tak lah! buat apa? buang masa je bersalaman dengan orang hidung tinggi macam tu! Hazran dan Puan Sri Hasnah walaupun anak-beranak tapi tidak pernah sebulu.

BATU NISAN yang berdiri tegak di hadapannya itu di tatap dengan rasa sebak,air matanya mula mengalir perlahan daripada tubir matanya itu perlahan-lahan di kesat. Rindu.. itu sahajalah yang di rasakan saat kini sebuah rindu yang tidak dapat di ungkap sama sekali.

" Mak.. Nawal datang nak tengok mak, sumpah mak Nawal rindukan mak " semakin Nawal mengesat air matanya semakin deras air matanya itu mengalir.

Nawal memegang batu nisan yang jelas tertulis nama ibunya, tangisan mulai dapat di dengar halus sahaja tangisan itu menyapa telinganya.

" Dekat rumah tu, tak der siapa sayangkan Nawal mak.. kakak, abah semua tak suka Nawal tak sayang Nawal.. " Nawal menutup wajahnya itu.

" Nawal " seseorang memegang bahu Nawal daripada belakang mengejutkan wanita itu dia melihat Dee berada di belakangnya itu iaitu kawan baiknya. Nawal dengan pantas mengesat air matanya itu daripada di ketahui oleh Wardina.

" Aku dah agak mesti kau kat sini kan?, kau apa khabar sihat? " soal Wardina iaitu kawan baiknya yang sudah lama dia tidak ketemu.

" Dee.. " ya! Wardina mungkin dia sahajalah manusia di atas muka bumi ini yang benar-benar menyayangi dirinya itu. Kenapa kadang-kadang aku rasa orang luar lebih menghargai kita daripada keluarga sendiri?

" HAH? jadi kau setuju lah dengan cadangan mak kau tu? " Dean menggaru kepalanya itu sendiri. Tidak sangka sampaikan jodoh,pun Puan Sri Hasnah ngin menentukan..

" Aku ada pilihan ke? kau macamlah tak kenal mak aku tu! dia mana boleh orang lawan cakap dia! Sejak ayah aku meninggal dia lah yang paling berkuasa dalam keluarga tu.." Jawab Hazran sambil fokus memandang di hadapan.

Dean hanya mampu menghela nafas, dia dan juga Hazran sudah berkawan daripada kecil lagi dan dia juga turut masak dengan perangai Puan Sri Hasnah seorang wanita yang penuh dengan keegoannya.Ego wanita itu amat tinggi melangit, dengan sombong!

" Orang asyik tengok aku bahagia je kan? lahir dalam sudu emas lah konon! padahal realitinya aku sendiri yang tahu " Hazran meraup wajahnya itu.

" Kau sabar je lah Haz,... " Itu sahajalah perkataan yang mampu lelaki itu katakan. Dia ingin menolong pun tidak berdaya.

" Sabar? aku dah pekat bersabar Dean.. " Hazran membuang pandangannya itu di luar tingkap.

NAWAL terus keluar daripada kereta kepunyaan Wardina itu, kalau ikutkan hati Wardina hendak sahaja dia menghantar Nawal pulang terus ke rumah tetapi Nawal memberitahunya untuk berhenti di hadapan kedai untuk membeli barang buat berniaga esok hari.

" Kau balik lah dulu ehh Dee, kau tu baru sampai kan? mesti kau penat kan "

" Apa pulak, kau pergi je lah beli barang kat dalam tu aku tunggu "

" Tak per, kau balik je dulu rumah aku depan tu je.. " Nawal tahu Wardina kepenatan dari wajahnya Nawal sudah tahu.

Wardina hanya mengangguk, dah kalau macam itu yang di katakan oleh Nawal dia turuti..

" Jumpa malam nanti ehh! " Wardina melambaikan tangannya itu.

Nawal menganggukkan kepalanya itu, sebaik sahaja Wardina sudah beredar daripada kedai tersebut terus kakinya di bawa melangkah masuk ke dalam kedai namun langkahnya terhenti apabila seseorang memegang lengannya dan membuatkan langkahnya terhenti.

" Hishh!!, lepaslah! " Nawal menepis lengan Kamarul.

Kamarul mengukir senyuman.

" Kau ni Nawal cantik tau, tapi tu lah sayang bodoh! " Kamarul mengelus lembut pipi Nawal.

" Abang ni kenapa hah! kalau Kak Nadia nampak nanti dia fikir apa! abang tu kan tunang Kak Nadia "

Kamarul hanya mengukir senyuman sinis.

" Kakak? kau sorang je anggap dia kakak.. dia? lagipun kan Nawal aku bukan suka sangat pun dengan Nadia tu.. " perlahan-lahan Kamarul mencapai tangan Nawal.

Nawal cuba untuk melepaskan tangannya itu daripada genggaman tangan Kamarul, yang semakin kuat.

" Aku suka kau.. aku nak kahwin dengan kau..."

" Abang mengarut apa ni hah!hishh lepaslah"

Nawal memandang kiri dan kanannya itu, untuk melihat orang di sekelilingnya itu. Jika sesiapa ternampaknya pasti orang lain akan menyalah sangka.

" Aku cintakan kau Nawal,.. " Kamarul terus meletakkan tangannya di pinggang Nawal. Dan dengan tindakan refleks satu penampar kuat terus hinggap di pipi Kamarul.

PANG!

" Gila! " jerit Nawal dengan kuat.

Kamarul memegang pipinya yang sakit akibat di tampar oleh Nawal itu, dia memandang Nawal dengan pandangan yang sukar di tafsirkan. Nawal mulai ketakutan apabila melihat perubahan di wajah Kamarul itu.. Sebaik Nawal ingin beredar, lengan Nawal itu terus di tarik dengan kasar lalu di bawa ke dalam ladang kelapa sawit yang tidak jauh daripada kedudukan kedai di situ.

" Kau nak buat apa ni hah! lepas!!!! " Jerit Nawal dengan kuat.

Kamarul terus menghayunkan tangannya di pipi Nawal dengan kuat, air matanya mulai mengalir perlahan membasahi pipinya saat ini. Dia ketakutan! mengigil tubuhnya itu dia cuba untuk melepaskan diri namun pegangan tangan lelaki itu amat kuat.

Ya Allah tolong aku! tolong aku Ya Allah! itulah yang di harap oleh Nawal. Dia amat berharap akan ada seseorang menolongnya itu.

KERETA berwarna hitam itu berhenti di hadapan kedai runcit di situ, Hazran mengerling ke arah Dean yang sedang duduk di sebelahnya itu. Dean ni memang kalau nampak kedai memang hendak berhenti sahaja kerja dia!

" Aku rasakan kalau ada 1000 kedai kat sini, 1000 kedai jugak lah kau nak singgah kan " Hazran menggelengkan kepalanya malas.

Dean menepuk bahu kawannya itu, sambil ketawa kecil.

" Alahai, sekejap je pun! bukan lama kau tunggu sini kejap" Dean terus membuka tali pinggangnya dan terus mengatur keluar daripada perut kereta.

Hazran hanya mampu menggeleng kepalanya itu, Hazran membuang pandangannya di luar tingkap di mana pemandangan ladang kelapa sawit yang cukup luas. Kini fikiran lelaki itu kosong sahaja...

KAMARUL terus menolak Nawal dengan kuat di atas lantai, dia mengukir senyuman sinis terhadap Nawal. Nawal terus bangun untuk beredar namun satu penampar lagi hinggap di pipi gadis itu.

" Berani kau tampar aku tadi? hah bodoh! tak guna punya perempuan " jerit Kamarul dengan kuat.

" K..kau kenapa hah! lepaskan lah aku.. Janganlah buat aku macam ni tolonglah Kamarul " rayu Nawal sambil menangis teresak-esak.

" Ohh,baru sekarang kau nak minta tolong? tadi punyalah berlagak kau kan "

" Aku boleh lepaskan kau tapi... Lepas aku..kau faham kan? " Kamarul perlahan-lahan mendekati Nawal. Tali pinggang yang di pakai olehnya itu perlahan-lahan di buka.

" Ahhhhh!!! Tolong!!!! Tolong!!!!! " Jerit Nawal dengan kuat. Dia sudah ketakutan yang teramat takut.

Kamarul mulai kelam kabut,Kamarul terus ke arah Nawal dan menutup mulut wanita itu dengan kuat. Nawal mulai dapat rasakan ada sesuatu yang hangat sedang mengalir daripada bibirnya itu.

" T... tolong ak..aku " suaranya mulai perlahan.

" Diamlah! " Jerit Kamarul.

KRING ! KRING ! KRING !

Hazran terus menyeluk poket seluarnya itu lalu membawa keluar sebuah telefon bimbit yang dari tadi tidak berhenti berdering dan dia melihat nama Zara yang tertera di skrin telefon bimbit tersebut. Dengan perasaan yang acuh tak acuh, Hazran terus mengangkat panggilan daripada tunangnya itu.. pintu kereta pula terus di buka untuk bercakap di luar.

Kakinya terus melangkah ke arah depan ladang kelapa sawit, untuk bercakap sambil menjawab telefon matanya terpana melihat ladang kelapa sawit di hadapannya yang amat luas sekali.

" Hello! hah angkat pun telefon kenapa you tak angkat telefon I risau tahu tak " suara Zara jelas dia sedang cemas.

" I.. " suaranya mati sendiri apabila Hazran seperti dapat dengar suara dari ladang kelapa sawit di hadapannya itu.

" Tolong!!! Tolong!!! "

" Hazran! " Zara geram. Apabila lelaki itu tanpa berkata apa-apa mematikan telefon bimbit.

Suaranya semakin jelas, terus Hazran mematikan telefon bimbitnya itu untuk mendengar lebih jelas lagi suara di dalam ladang kelapa sawit itu. Matanya melilau melihat persekitaran ladang kelapa sawit tersebut itu, dengan tanpa berfikir panjang terus Hazran mengatur langkah masuk ke dalam ladang kelapa sawit itu. Terus lelaki itu berlari dengan pantas ke arah suara itu, tanpa memikirkan tentang dirinya.

" Wey! Haz!! " Dean yang baru sahaja keluar dari kedai itu hairan apabila lelaki itu meluru masuk sahaja ke dalam ladang kelapa sawit tersebut.

" Ishh dia ni buat hal lah! " Ujarnya sendiri.

" Kau jangan bisinglah sial" jerit Kamarul. Lelaki itu terus memegang bahu wanita itu, dengan kasar Kamarul mengoyakkan lengan baju wanita itu hingga terlihat kulit wanita itu.

" Ahhhhh!!! mak!!!!! Tolong Nawal!! abah!! Kakak!!! " Jerit Nawal dengan kuat sambil teresak-esak menangis.

Kedua belah tangan Nawal itu di pegang dengan kuat, teresak-esak Nawal menangis saat ini. Dia tidak pernah bayangkan hidupnya akan tamat sebegini!

" Kau jeritlah kuat-kuat! tak der siapa nak tolong kau.. aku akan buatkan kau takkan lupa tentang apa yang terjadi hari ni Nawal sayang.. " sebaik lelaki itu ingin mendekati Nawal.. seseorang muncul!

" Kau buat apa ni hah! " Hazran terus menarik lelaki itu dan satu penumbuk terus di hayunkan di wajah lelaki itu tanpa menunggu jawapan daripada lelaki itu. Hazran terus mengatur langkah ke arah Nawal dia melihat wajah wanita itu sudah lencun dengan tangisan, dan pucat mungkin gadis itu dalam keadaan yang ketakutan.

Hazran turut terperasan baju wanita itu di bahagian lengan terkoyak besar sehingga terlihat kulit wanita itu, Hazran hanya mampu menggeleng kepalanya itu. Kod yang sedang di pakai olehnya itu terus di buka, lalu di letakkan di badan wanita itu.

Nawal memandang lelaki di hadapannya itu, langsung dia tidak kenal lelaki di hadapannya itu.

" Awak duduk sini sekejap ya " ujar Hazran.

Nawal menganggukkan kepalanya itu.

" Kau siap Nawal! " Kamarul terus bangun daripada lantai itu dan berlalu pergi dengan segera.

Perlahan-lahan Hazran menundukkan badannya itu lalu memandang Nawal di hadapannya itu, sambil mengukir senyuman sebaik senyuman di ukir kini Nawal dapat lihat lesung pipitnya di tepi itu.

" Awak okey? " Soal Hazran..

Nawal menganggukkan kepalanya itu, Hazran terus menyeluk poket seluarnya lalu menghulurkan sapu tangan kepada wanita itu.

" Lap lah air mata tu.. " hulurnya.

Nawal mencapai, sambil mengukir senyuman nipis.

" Terima kasih.. "

Lelaki di hadapannya ini adalah orang kedua yang pernah berbuat baik padaku, kalau tidak selama ni hanya Wardina.. hanya dia yang selalu berbuat baik padaku.

Hazran menganggukkan kepalanya itu,simpati dia melihat wanita di hadapannya saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience