Rate

4

Adventure Series 188

"kenapa kau tak pertahankan tadi? Huh? Dah tu menyamar jadi tuan Karl?  Apa kau bualkan dengan dia" Camel menarik lengan Eliot tatkala Eliot bersiul sambil mengikat rambut nya yang separas leher itu menggunakan reben.
 
"hmm, tak salah kot kalau aku menyamar jadi Karl, orang bukannya tahu dia tu sapa? Kau Pernah nampak  dia?" Eliot bercekak pinggang. Mata hijaunya dijengilkan tepat ke mata Camel.
  "Aku jer Pernah nampak dia Tau! Cuba Kau fikir kenapa aku dapat keluar masuk ke tempat ni sesuka hati? Aku adik dia,.." jelasnya terangguk-angguk.

"menipu tak sudah, mesti kau kaki rasuah..macam lililipin entah apa nama dia. Bekas ksatria macam kau, tak Boleh percaya sangat semuanya talam, kaki bodek mesti kau kena buang sebab jahat..padan muka"

Camel meghamburkan kata-kata seranah akibat geram. Dia amat membenci orang kaya terutamanya orang yang berlagak sombong dan menggunakan kuasa mereka sewenang-wenangnya.

Kali pertama dia melihat Eliot di Amal dia menyangkakan bahawa lelaki itu golongan rendah seperti mereka dan diselamatkan Oleh Karl Iaitu seorang lelaki misteri yang menawarkan mereka sebuah pekerjaan dan juga perlindungan.  Saat dia mengetahui bahawa Eliot adalah seorang Bekas ksatria Kerajaan Erlost tambahan lagi apabila Eliot mengakui dirinya sebagai pembantu kedua mereka selain daripada Mea, dia membuak marah.

"maaf kalau aku buat kau sedih, Camel, abang?" Eliot meminta maaf sambil bergurau. "hmm, "  Camel menyambut huluran tangan Eliot saat itulah juga Eliot menyerahkan crest bunga magnolia puak Amal yang dicuri oleh budak lelaki tadi kepada Camel.

"terima kasih..  Katalah"  Camel memeluk Eliot tanpa sedar. Terbeliak biji mata Eliot dibuatnya.
"aku tahu benda ni berharga..simpan baik-baik," camel hanya menganguk sahaja. Crest itu dipegang erat,risau terjatuh lagi.
"sebagai belasan Belanja aku minum" bisik Eliot sambil tertawa berlari menuju ke  pub. Camel terpaksa membuntuti Pemuda itu apabila dia menayakan crest magnolia yang dirampasnya kembali daripada Camel.
"dia ni pencuri ke ksatria sebenarnya aduh letih aku" keluh Camel.

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience