Rate

5

Adventure Series 188

Sepasang mata kehitaman dilingkari biji mata keunguan mencerlung tajam ke arahnya. Desus nafas mahluk untuk menggetarkan jiwa. Apatah lagi bila misai yang meliuk lentuk itu berterusan mengelus wajah berona kemerahan itu. Menggeletar lutut Eliot tatkala ular itu mulai menjalar di sekitar tubuhnya. Bau hanyir darah yang membasahi segenap sisik nabau itu membuat tekaknya loya.

'shhh' lidah mahluk itu terjulur keluar menjilat sisa darah pada pipi dan lehernya. Taring sebesar ibu jari itu membuatnya kecut.Eliot hampir terkucil.

Di sekitar perkarangan istana, jasad para ksatria istana bergelimpangan di sana sini berlumuran darah tanpa diratah. Segala isi mengklasifikasikan mereka sebagai seorang manusia dapat dilihat dengan jelas.  Bahang panas api menjilati setiap jasad tidak bernyawa itu dengan sadis.

Kerana goyah, Eliot terduduk lemah. Kotak pemikiran ligat berfikir tentang kesakitan yang bakal dihadapi sebentar lagi. Bibir nya terketar-ketar ketakutan.  Mata hijau itu terliar mencari sebarang sosok yang mampu menyelamatkan dia daripada kematian.

"ibu.. " jari kecil Eliot meramas loket berumpama magnolia pemberian Thalia.

"anang irau nuan uchuk..nadai ku ngemedis ke nuan, nuan meh utai ke disagi aku keterubah Indai nuan" -

–jangan risau cu, kau lah buah hati ku selepas ibumu, aku takkan berbuat apa-apa untuk mencederakan kau-

Eliot terkesima mendengar mahluk itu berbicara. Malangnya dia tidak mengerti sepatah pun perkataan mahluk itu. Mendengar  dialek percakapan itu Persis ibunya dia sedikit aneh.

"sayau aku ngelengka ke seduai,minta ampun Aku sayau, ti sema aku muai ati jai semua tu enda nyadi."

-sungguh aku menyesal telah meninggalkan kamu berdua, Jika bukan kerana rajuk semua ini tidak akan terjadi-

Nafas kencang ular itu berubah sepi,  angin sepoi menyapa wajahnya, saat dia membuka mata,seorang lelaki tua berjanggut putih beruban menatap wajahnya dengan penuh sayu. Orang tua itu menangis semahunya sambil berlutut memeluk betis cucu yang tidak pernah dilihat sejak lahir.

Walaupun sudah tua, tubuh yang dipenuhi tatu itu kelihatan kekar. Pakaian aneh berumpama kain panjang digunakan untuk menutupi bahagian bawah tubuh menghadirkan tanda tanya.

Sekilas pandang Eliot menyadari bahawa mata orang tua itu mirip ibunya, seakan mengenali orang asing itu, Eliot berdiri semula, rasa takutnya tiba-tiba lenyap. Hatinya berbisik mengakui orang tua adalah kenalan ibunya. Tetapi mengapa dia membuat kerosakan seperti ini?
Air mata orang tua itu dilap. "akek?" orang itu menganggukan kepalanya apabila dipanggil atuk. 

Sedari kecil, ibunya sering menceritan kisah tentang seekor ular raksasa di hutan Qamar yang terletak jauh di bahagian selatan Kerajaan Erlost, Thalia memberitahu bahawa raksasa bernama nabau itu adalah atuknya, jangan risau Jika dia menemuimu pesan ibunya Usai bercerita.
Ditanya mengapa tidak Pernah berjumpa,  ibunya hanya meleretkan senyuman kelat. "ibu buat salah akek kamu marah"

Pelukan erat dilepaskan, Nabau mengelus lembut kening Eliot sejurus itu juga satu Kristal bercahaya ungu terpamer tepat di antara dua kening anak bangsawan itu. Dengan pantas tanpa ragu-ragu, Kristal itu direnggut sekaligus merobek isi daging kepalanya. Darah merah mencurah keluar membasahi wajah. Eliot menepis tangan nabau kakinya melangkah tiga tapak ke belakang. kepalanya dipegang, otaknya dirasakan bergegar apabila dia menjerit. Berdentum seperti disambar petir. Berkerut, Eliot menangis, mata putihnya berubah hitam,
Mengendahkan penolakan tersebut, nabau menarik kolar Eliot. Dia menyentuh permukaan yang luka. Lama kelamaan, rasa sakit itu menghilang. Satu titik hitam membekas di dahi. Tubuh longlai itu jatuh terlentang menghadap langit. Dengan penglihatan suram, dia tercari Cari kelibat nabau.

"giga menyadik indu nuan, selamat ke ia ari pemedis ke baru disepi nuan, bisi maya ila aku mulai ke baru pengaruh nuan"

-cari adik perempuan mu, jangan biarkan dia rasakan kesakitan yang baru kau rasa suatu Hari Nanti akan ku kembalikan kesaktianmu- ucap nabau sebelum menghilang bersama kepekatan malam.

'Malam itu Eliot telah dijumpai dalam kalangan jasad-jasad ksatria di Medan peperangan tanpa secalit luka mengetahui apa yang telah terjadi, mereka menyifatkan bahawa dia merupakan anak sakti, malah ada yang menuduhnya sebagai sang nabau yang telah menyerang Kerajaan Erlost. 5 tahun berlalu, cerita itu hanya digelar mitos sekalian dipandang sepi oleh masyarakat setempat'

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience