BAB 1

Romance Completed 192462

Dalam keheningan malam.. Rahimi memandu jauh kedalam kawasan perdalaman.. Sampai ditempat tujuannya.. Dia berhenti di depan sebuah rumah kayu lama..

Rahimi melangkah keluar.. Hujan yang mula turun renyai-renyai, membuatkan rahimi lebih berhati-hati.. Segala tingkahnya dilakukan kemas dan senyap... Rahimi mengambil payung.. Kemudian membuka pintu bahagian penumpang.. Berhati-hati mencempung bayi perempuannya.

"maafkan papa .. Sayang.. Papa terpaksa lakukan ini" dahi bayi itu dikucupnya lama.. Dia berlari berteduh di bawah bumbung depan tangga kayu rumah itu..

Salam diberi. Tiada sahutan.. Hatinya kembali diselubungi resah.. Kali ini, rahimi mengetuk pula pintu kayu lusuh rumah itu.. Berkali-kali. Bimbang pula kalau rumah itu tidak berpenghuni.. Mana harus dia sembunyikan bayinya..

Kreekkk...

Pintu dibuka.. Muncul lelaki didepan muka pintu tersebut.

"assalamualaikum idlan.." sapa rahimi memberi salam kepada tuan rumah.

"tuan rahimi.." idlan tergejut memandang tetamunya, didalam kegelapan malam.

"Waalaikummusalam... Naiklah tuan.." pelawa idlan.. Menjemput bekas majikannya naik ke teratak usangnya.

Rahimi mengangguk, lalu kaki gagah memanjat anak tangga kayu rumah tersebut.. Dia sendiri tidak sanggup lama-lama diluar.. Takut anaknya kedinginan. Berdecit-decit bunyi kayu berlaga sesama sendiri, bila kakinya memijak lantai rumah kayu tersebut.

"duduklah tuan.." pelawa idlan lagi.. Rahimi segera duduk.. Dia memandang idlan yang berdiri didepannya.

" idlan.. Duduklah.. Saya ada benda nak minta tolong kamu ni.." katanya.. Meminta supaya idlan turut duduk dengannya. Idlan pun duduk bertentang dengan rahimi.

"minta tolong apa tuan... Kalau saya boleh tolong.. Saya akan tolong.." balas idlan.

"kamu tinggal seorang.. Mana isteri kamu.." tanya rahimi.. Menandang isi rumah idlan, yang kemas dan tak terlalu sarat dengan barangan.

"isteri saya.. Di hospital tuan..saya baru saja balik dari sana.." kata idlan sedih dan sayu. Rahimi baru perasan riak wajah idlan yang suram..

"kenapa.. Kenapa isteri kamu di hospital.. Di sakit ke" tanya rahimi.. Berat hati pula melihat keadaan idlan.

"saya baru kehilangan putri saya tuan.. Tapi isteri saya.. Dia belum tahu.. Saya rahsiakan dari dia.. Sebab keadaan dia...." idlan menutup wajahnya dengan tangan.. Ayatnya dibiar tegantung.. Badannya terinjut-injut.. Menahan sebak.

"idlan.. Dengar sini.. Cuba kamu tengok anak ni.." pujuk rahimi. Perlahan-lahan idlan menjatuhkan tangannya.. Memandang kearah rahimi.

Rahimi menyelak kain yang menutup wajah anaknya... Menyuakan bayinya kearah idlan. Idlan memandang lama bayi di pangkuan rahimi yang sudah terlena.

"anak siapa tuan.."tanya idlan.. Tangannya sudah meminta untuk mendukung bayi comel itu.

Rahimi menyerahkan bayinya.. Shofie mengeliat kecil bila terasa tangan lain yang mula merangkulnya. Wajah idlan yang suram tadi terpancar sinar kegembiraan.. Mula tersenyum dan bermain dengan shofie. Tangan kecil shofie dipegangnya.

"anak saya.." jawap rahimi.

"boleh saya nak minta kamu jagakan dia.. Jagakan dia, macam anak kamu.."

Idlan kembali memandang rahimi.. Dengan wajah tidak percaya.

'mana mungkin.. Seorang ayah sanggup berpisah dengan anaknya sendiri.. yang baru saja dilahirkan.. Sedangkan dia sendiri kehilangan putrinya, masih terasa pemergiannya...'

" tuan.. Tuan tak main-main kan.." tanya idlan.

"tak..saya sungguh-sungguh ni.. Jagalah anak ni.. Macam anak kamu" berat kata yang terucap oleh rahimi, namun dia gagahi juga.

"satu hari nanti.. Saya akan ambil dia semula.. Tapi sekarang saya nak minta kamu tolong jagakan dia.. Boleh kah idlan.." sambung rahimi.

Idlan tanpa berfikir panjang mengangguk setuju..

"baik tuan.. Saya akan jaga anak ni macam anak saya.. Boleh isteri saya susukan dia... Tuan. " tanya..

"boleh.. Boleh.. Buatlah macam anak kamu.. Saya akan hantarkan duit belanjanya setiap bulan.. Saya janji.. tak akan bebankan keluarga kamu.. Saya harap anak ini akan membesar dengan baik dibawah jagaan kamu dan isteri.." bersungguh rahimi berkata.

"ya baik tuan.. Saya berterima kasih dengan tuan.. Sekurang-kurangnya isteri saya.. Taklah meroyan nanti.." idlan menyeka air mata yang mahu mengalir di tubir matanya..

"saya kena pergi dulu idlan.. Kejap saya ambilkan barang shofie.." kata rahimi.. Lalu keluar mengambil satu beg barang yang berada di dalam keretanya.

Keesokannya.. Idlan membawa pulang isterinya daripada hospital.. Ruzana melangkah masuk kedalam rumahnya... Girang hatinya sebaik saja memandang buaian yang berada di tengah ruang tamu rumahnya.. Kakinya laju menangkap kain buaian tersebut. Bayi yang terlena didalam buaian itu diangkatnya .

"anak ibu.. Ini ibu sayang" ruzana memeluk erat dan mencium pipi bayi tersebut..

Idlan yang baru melangkah masuk dengan barangan, melihat isterinya yang duduk di kusyen sambil mengendong erat shofie.

"lan.. Makcik balik dulu lah yea.." imah meminta diri. Imah adalah jiran mereka... Idlan yang meminta imah menjaga shofie. Sementara dia pergi menjemput ruzana dihospital.

"ya allah.. comel anak kita abang..." kata ruzana teruja.

Idlan memerhati sambil tersenyum.. Melihat isterinya gembira.. Dia tak sanggup untuk berterus terang asal usul shofie.

"ya.. Shofie fitriyani.. Memang comel.." katanya..

"shofie fitriyani.." panggil ruzana..

"pandai abang namakan anak kita.." puji ruzana..

Shofie mula merengek... Tangisannya yang awalnya perlahan mula kuat dan lebih kuat..

"shofie lapar yea.. Mari ibu susukan sayang.." seraya ruzana menyelak bajunya lalu menyusukan shofie.

Idlan yang berada tidak jauh dari situ terkaku memandang.. Risau kalau shofie merangam.. Lama dia mengintai.. Sampaikan shofie selesai menyusu... Sehingga Ruzana mengangkat shofie dan menepuk sampai shofie sendawa.

'alhamdulillah.. Nampaknya shofie serasi dengan ruzana.. Ya, Allah..permudahkan lah urusan kami..'

Idlan menghampiri ruzana.. Lalu kepala ruzana digosoknya lembut. Ruzana lalu menarik tangan idlan dicium belakang tangan itu.

Begitulah berterusan.. Idlan sendiri yakin shofie kini sudah bertukar taraf menjadi anak susuannya.. Memudahkan urusannya menyuruskan urusan shofie kedepannya..

Tiap-tiap bulan.. Idlan menerima imbuhan daripada rahimi.. Seperti yang dijanjikan. Kehidupan mereka juga bertambah baik.. Imbuhan yang diberikan oleh rahimi.. Sudah melebihi daripada cukup daripada keperluan shofie sendiri.

Rumah usang mereka juga semakin bertambah elok.. Idlan memperbaiki sedikit demi sedikit.. Ianya juga untuk keselesaan shofie selama tinggal bersama mereka..

Hanya satu... Ruzana tak juga hamil lagi untuk kali kedua.. Mereka langsung tidak memikirkan hal itu.. Tapi bagi idlan.. Hal itu masih penting baginya.. Idlan risau, kalau satu hari rahimi datang untuk membawa pulang shofie.. Tentu ruzana akan kesunyian..

"sayang.."

"ya abang.." jawap ruzana..

"shofie dah tiga tahun kan.. Abang rasa.. Kita patut bagi dia adik.." kata idlan.

"ahh abang ni.. Shofie kecil lagi.. Kesian dia nak manja-manja lagi dengan sayang.." balas ruzana..

"tapi.." kata idlan kecewa.

"yea.. Insya Allah abang. Saya tak menolak kalau dah rezeki.." balas ruzana.. Memeluk idlan.

"betul ni" tanya idlan lagi. Ruzana mengangguk..

'moga kita diberikan rezeki lagi untuk menimang cahaya mata lagi sayang..'idlan membalas pelukan isterinya.. Dahi ruzana dicium dengan penuh kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience