Rumah banglo tiga tingkat yang terletak diatas bukit jauh dari rumah-rumah besar yang lain. Ainun duduk memangku puterinya. Bersarapan di ruang taman rumahnya.
"puan.."tegur pelayannya. Ainun mendongak memandang kearah pelayan lelaki yang menjadi ketua pelayan rumah tersebut.
" tetamu puan sudah sampai.. Mereka sudah menunggu di ruang tamu " kata pelayan tersebut dengan tertipnya.
"ya.. saya akan kesana.. Kamu naik panggilkan tuan besar turun.. Katakan tetamunya sudah menunggu" arah ainun..
Pelayan tadi membongkok sedikit sebelum beredar pergi.
"husni.. Dukungkan rania".. Kata ainun.. Menunjukkan kearah rania yang berada di pangkuannya.
Husni seorang pelayan dan juga pengasuh kepada rania.. Mengangkat rania yang berusia tiga tahun itu dari atas pangkuan majikannya .. Lalu digendong dipinggangnya. Mengikut langkah ainun dibelakang, masuk kedalam rumah.
"puan sri.." ucap ainun dengan muka yang manis. Menyapa tetamunya.
"ainun" balas.. mahira.
Kedua-dua mereka berpeluk kan.. Kemudiannya saling bercium pipi.
"maaflah terpaksa menunggu kami.." katanya ayu sambil menutup mulutnya dengan tangan. Bersopan.
Pelayan datang menghidangkan air dan juga pencuci mulut.
"tan sri haiman" turun rahimi dari tangga menengur tetamunya yang berada di ruang tamu rumahnya.
Rahimi dan haiman bersalaman.. Dan mereka saling ketawa gembira.. Senang hati dapat bertemu lagi.
"kenalkan.. Ni putera sulung kami. Zayn haidar dan sebelahnya putera kedua kami zayn haikal" kata haiman mengenalkan anak lelakinya yang pertama kali berjumpa dengan keluarga rahimi. Kedua anak-anak lelaki itu bangun.. Bersalaman dengan Rahimi dan juga Ainun.
"wah.. Anak-anak lelaki Tan Sri dan Puan Sri .. Kecil-kecil lagi sudah sekacak ini.." kata ainun memuji. Memandang kearah dua anak lelaki yang segak bersalaman dengannya.
"betul kata ainun.. Yang itu saya setuju..." tambah rahimi, bersetuju.
"ini puteri kami.. Rania" kata ainun, lalu mengisyaratkan kepada husna supaya memberi rania kepadanya.
Husni menunduk lalu memberikan rania kepada ainun.
"rania.. Alahai comelnya.." kata mahira.. Lalu menarik lembut tangan rania supaya duduk dekat dengannya.
"rahimi.. Macam mana... Kamu setuju perkara yang kita bincangkan seebelum ni.. Rasanya saya dah berikan masa sampai seminggu.. Namun tak mendapat jawapan lagi.. Dan kata putus dari kamu.. Sebab itulah kami sekeluarga datang kemari.." kata haiman.
"ya. Ya.. Maaflah.. Saya agak sibuk kebelakangan ni.. Saya baru pulang dari urusan di luar negara, semalam.. Maaaf saya telah buat tan sri dan keluarga menunggu jawapan dari saya.." balas rahimi. Ainun yang tak mengetahui apa-apa memandang suaminya...
'kenapa.. Minta maaf.. Salah apa yang telah abang buat..' ainun berubah gelisah. Dia tak nak sesekali menguris hati tetamu terhormat yang berpengaruh di negara ini.. Jika tersilap langkah.. Mereka boleh jadi muflis dalam sekelip mata. Ainun memandang suaminya, meminta penjelasan situasi mereka sekarang.
Melihat wajah ainun yang berubah.. Mahira menepuk peha suaminya.. Agar suaminya menjelaskan situasi mereka sekarang.
"puan ainun..bukan seperti yang puan bayangkan.."
"kami datang membawa hasrat besar.."
Mahiran dan suaminya saling tersenyum..
"ya.. Kami ingin mengeratkan hubungan kita.. Jadi kami ingin meminang puteri sulung keluarga ini..bagi pihak putera kami.. Zayn haidar.." sambung mahira menyudahkan kata suaminya yang tergantung tadi.
Wajah ainun yang muram tadi terus bertukar ceria dan manis semula..
"betul ke ni puan sri.. Tan sri.."
"sesungguhnya saya bebesar hati.. Sungguh beruntung puteri saya.. Dapat masuk kedalam keluarga terhormat puan sri dan tan sri.." katanya bangga. Rahimi hanya tersenyum sekilas memandang isterinya yang teruja bakal berbesan dengan keluarga terhormat itu.
Zayn haidan dan zayn haikal berpandangan sesama sendiri.. Kemudian mereka memandang kearah rania yang berada disamping bonda mereka...
Oleh kerana mereka sudah dijodohkan.. Zayn haidar akan sering bertandang kerumah keluarga bakal mertuanya..
Niat orang tua mereka ingin mengeratkan hubungan antara dua anak tersebut. Lama kelamaan hubungan dua anak itu semakin erat..
Rahimi memandang zayn haidar yang sedang bermain bersama rania di taman ditemani oleh dua abang rania.. Raffa dan raffie..
'kalaulah mereka tahu rania bukan puteri sulung keluarga ini.. Apa yang mereka akan kata nanti. Lebih baik aku rahsiakan semua ini.. Sampai masa yang sesuai.. Aku akan ambil balik putri aku pulang tinggal bersama dengan keluarga asalnya.' nekad rahimi. Tapi didalam hati dia sungguh teringin melihat shofie turut berada didalam lingkungan anak-anaknya yang sedang bermain di taman itu.
Share this novel