BAB 4

Romance Completed 192462

Ruzana sedang menyapu laman rumahnya. Sambil memerhati dua anak gadisnya sedang bermain di atas pelantar yang dibuat khas untuk dua gadis itu bermain pondok-pondok.

"ibu... Boleh shofie nak ambil bunga tu.."tanya shofie menunjuk kearah bunga jejarum yang ditanam ganti kepada pagar kawasan rumah mereka.

" nak buat apa bunga tu.. "

" nak main masak-masak.. "jawapnya.

" pergilah ambik.. Hati-hati.."pesan ruzana.. Meneruskan kerjanya menyapu.

Shofie.. Berjalan menghampiri bunga tersebut.. Dia mengambil setakat mana dia mampu bawa dengan kedua tangannya..

" shofie.. Anak papa.. "tegur satu suara.

Shofie mendongak.. Memandang seorang lelaki yang segak berpakaian kemas.. Tersenyum kearahnya.

Shofie yang tadinya seronok mengutip bunga..tergejut. Berlari sambil menangis.. Habis bunga bertaburan ditanah sepanjang dia berlari.

" Allahuakbar.. Kenapa ni shofie.." ruzana cemas lalu memeluk shofie.. Dia mendongak memandang ada seorang lelaki berdiri diluar kawasan rumahnya.

Ruzana segera mencempung balqis dan menarik tangan shofie masuk kedalam rumah. Lalu mengunci pintu rumah tersebut.

Rahimi terasa tindakannya tadi salah, menegur anaknya dengan cara begitu.. Tapi dia tidak dapat menahan diri dari terus menegur shofie. Dia masuk semula kedalam kereta.. Mengarahkan pemandu agar masuk kedalam kawasan perkarangan rumah idlan..

Rahimi turun dari perut kereta.. Melihat keadaan rumah yang sudah berubah banyak.. Dia senyum sendiri..

'alhamdulillah.. Mereka hidup lebih selesa sekarang' guman rahimi.

Kakinya berjalan mendekat kearah pintu utama yang tertutup rapat...

"assalamualaikum.." rahimi memberi salam.

Salam yang diberikan langsung tidak di jawap oleh tuan rumah.

Manakala didalam rumah.. Ruzana cemas.. Mengurung dirinya dan anak-anak didalam bilik.

Tangannya terketar-ketar mendail nombor suaminya.. Airmata yang mengalir diseka.. Dia harus kuat di depan anak-anaknya.. Memeluk erat kedua anak gadis kecilnya.

"assalamualaikum.. Abang.."

"abang balik.. Ada orang datang rumah.." cemas suara ruzana.

Pangilan dimatikan bila idlan berjanji akan segera pulang kerumah..

"shhh sayang... Abi dah nak balik.. Sabar yea.." ruzana memujuk shofie yang masih menagis dari tadi.

Idlan balik tergesa-gesa kerumah.. Dalam hati berdoa.. Agar orang yang datang itu bukanlah rahimi..

Namun dia menjadi cemas bila melihat kereta mewah berwarna hitam berada di halaman rumahnya.

Idlan memakir keretanya.. Dan keluar dari kereta. Menghampiri pemilik kereta mewah itu. Cermin gelap itu menghalang idlan melihat isi dalam kereta tersebut.

Plak.. Pintu pemandu dibuka. Membuatkan dia tersentak.

"assalamualaikum" idlan menyapa.. Kepada lelaki asing yang tak dikenalinya..

Hati idlan sedikit lega melihat lelaki asing didepannya.

"waalaikummusalam" jawap lelaki berpakaian kemas serba putih itu.

"boleh saya tahu.. Kenapa encik datang kerumah saya.." tanya idlan.

"oh.. Bukan saya.. Tapi datuk.."lelaki itu menunjukkan kearah seseorang yang sedang menaiki buaian kayu.. Dibawah pokok mangga yang sedang berbunga lebat..

" tuan rahimi.. "kata idlan perlahan.

" ya.. Datuk rahimi.. " lelaki tadi mengangguk perlahan.

" silalah tuan segera bertemu dengan Datuk" tambah lelaki itu.

Idlan melangkah perlahan menuju ke tempat rahimi.. Yang duduk membelakanginya.

"Datuk.." panggil Idlan perlahan.

Idlan terasa berat hati. Sungguhkah rahimi datang untuk mengambil semula puterinya ..

Rahimi bangun lalu menoleh.. Tersenyum senang memandang idlan didepannya..

"assalamualaikum idlan.. Bertemu kita lagi sepas lima tahun.." kata rahimi.

"waalaikummusalam.. ya tuan.. Eh. Datuk" gagap idlan berkata.

"tak payah segan-segan.. Kalau kamu nak panggil saya rahimi pun saya tak kisah.. Kamu dah banyak tolong saya.. Sepanjang lima tahun ini.." kata rahimi lalu memeluk idlan.

"marilah kita masuk tuan.. Panas diluar ni.." ajak idlan.

Mereka melangkah masuk kedalam rumah. Sebaik pintu dibuka oleh ruzana. Idlan melihat wajah ruzana yang menuntut jawapan darinya..

"sayang.. Tolong buatkan air untuk tetamu kita.." pinta idlan.

Ruzana masuk kedalam.. Dan datang semula dengan dulang ditangannya..

"idlan.. Boleh saya lihat puteri saya shofie.." pinta rahimi.

Idlan memandang ruzana.. Lalu perlahan idlan mengangguk. Ruzana datang semula dengan memegang tangan shofie. Shofie berjalan takut-takut dibelakang ruzana.

"shofie.. Mari dekat dengan abi" panggil idlan. Shofie menurut.

"shofie.. Ni ayah kandung shofie.." kata idlan menunjuk ke arah rahimi.

"papa.." ruhaimi membetulkan panggilannya.

"ya.. Papa shofie.. Ingat tak abi pernah bagitahu shofie.. Yang shofie mempunyai keluarga yang lain lagi.. Selain kami.. Abi.. ibu dan adik balqis.." terang idlan. Perlahan-lahan dia menyerahkan tangan shofie kepada rahimi.

Rahimi menyambut tangan gebu itu.. Lalu dibawa duduk keatas ribanya..

'ya Allah.. Hanya tuhan saja yang tahu bertapa hati papa merindui kamu wahai anak.. Wajah kamu, cantik seperti ibumu sayang' nguman rahimi.

" idlan.. Seperti perjanjian kita.. Saya akan ambil semula shofie.. Dia akan bersekolah tak lama lagi.. Saya harap kamu faham.." rahimi memandang wajah muram pasangan tersebut.

"jangan risau.. Saya tak kejam, sampai nak pisahkan shofie dari keluarga yang mempunyai ikatan kuat dengannya.. Saya tahu status anak saya.. Dengan keluarga kamu.." idlan saling berpandangan dengan ruzana.

"maksud tuan" tanya idlan.

"saya akan bawakan shofie sendiri kesini.. Bila musim cuti sekolah..saya juga berharap hubungan keluarga kita berpanjangan.. Dan tak akan putus" sambung rahimi lagi.

"sungguh kami lega mendengar kata tuan itu.. Tuan sendiri maklum, yang shofie merupakan anak susuan kami.." ruzana yang tadi diam sahaja, membalas.

"alhamdulillah.." kata idlan.

"panggil saya rahimi.. Saya akan rasa lebih selesa.. Lagipun kita secara tak langsung menjadi keluarga.." kata rahimi membuatkan idlan dan ruzana senang.. Dan tersenyum lega.. Rahimi memeluk erat shofie.. Lalu kepala anak itu diciumnya..

Rahimi membawa anakknya pulang pada ketika itu juga.. Mereka akan menempuh satu perjalanan yang panjang selama enam jam.. Sengaja dia memilih untuk melakukan perjalanan panjang itu.. Dia mahu meluangkan masa lebih dekat dengan anaknya yang ditinggalkan selama lima tahun itu.

Shofie yang sudah terlena. Peha rahimi menjadi bantal kepada kepala shofie.. Rahimi mengelus lembut rambut lebat, ikal mayang keperangan milik shofie..

'wajahmu anak.. Saling tak tumpah seperti ibumu sayang..'

"datuk... Adakah datuk mahu berhenti dahulu.. Saya akan carikan bantal untuk cik.." kata firas, pemandunya.

"tak perlu.. Saya baik-baik sahaja.. Tapi kalau kamu letih.. Nak rehat sekejap.. Kita boleh berhenti rehat dahulu." kata rahimi..

"tak mengapa datuk.. Saya masih boleh teruskan.." kata firas yakin.

Akhirnya mereka sampai di rumah rahimi... Rahimi yang berada di dalam kereta mengeluh berat..

"datuk.. Kita dah sampai.." kata firas.. Sebaik saja berhenti betul-betul di depan pintu utama..

"kamu rasa.. Mereka akan menerima anak ini.. Firas" rahimi bertanya.

"InshaAllah datuk.." kata firas.. Sebelum dia keluar.. Membuka pintu tuannya.

Rahimi melangkah keluar.. Membetulkan kakinya.. Shofie yang terasa kepalanya diletakkan ke kerusi.. Terjaga..

"papa" panggilnya cemas.. Bila dia memandang pemandangan asing disekelilingnya..

"mari shofie.. Kita dah sampai rumah papa.. Mari papa kenalkan dengan yang lain.." ajak rahimi... Mengambil tangan kecil shofie.. Lalu mereka berjalan beriringan bersama masuk kedalam rumah.

Shofie terpegun memandang kawasan rumah.. Setiap kali mereka melintas.. Para pelayan menunduk hormat.. Membuatkan shofie menegeratkan pegangan tangan rahimi..

Mereka berjalan sehingga masuk keruang utama rumah tersebut.. Lalu rahimi duduk di situ dan shofie turut ikut disebelahnya.

"sabri.."

"ya datuk .."

Shofie melihat seorang lelaki datang mendekat kepada papanya.. Dan menunduk hormat.

"panggilkan datin.. Dan anak-anak.. Turun sekarang.. Saya ada pekara yang perlu saya umumkan.." kata rahimi memberi arahan..

"baik datuk .." lelaki itu membongkok sedikit dan berundur sebelum dia berlalu pergi..

Selaku ketua pelayan rumah itu.. Sabri mengarahkan beberapa pelayan lain mengikutnya.. agar urusan itu lebih pantas dan tidak membuatkan tuannya tertunggu lama.

Seketika menunggu.. Kelihatan seorang wanita anggun turun dari tangga utama turun kebawah.. Diikuti oleh seorang wanita yang mengendong anak perempuan.. Jauh di belakang.. Ada dua anak lelaki berjalan mengikut menghala kepada mereka.

Ainun memandang tajam kearah suaminya.. Pemandangannya terarah pula kepada budak perempuan yang duduk disamping suaminya.

Ainun memilih untuk duduk bertentangan dengan suaminya.. Manakala dua anak lelakinya duduk disamping mereka.. Ainun mengarahkan agar husna meletakkan rania di sampingnya.

"baguslah semua sudah berada disini.." rahimi memandang satu persatu wajah di depannya. Kemudian berhenti di wajah shofie.

"kenalkan.. Ini shofie fitriyani... Puteri papa.."

Wajah yang lain-lain tergejut.. Raffa dan rafie saling berpandangan. kemudian dia memandang shofie. Sebelum tersenyum kepada shofie..

"saya nak shofie dilayan sama rata seperti anak-anak yang lain.." rahimi memandang kepada ketua pelayan rumahnya.. Sabri. Sabri menunduk sedikit mengerti.

"kenapa.. Kenapa abang bawa anak ni pulang kerumah kita.." tanya ainun yang bersabar dari tadi.

"kenapa.. Kamu ingin membantah.." tanya rahimi dengan nada yang tegas.

Ainun memandang sekilas anak yang bernama shofie itu.

'selepas kematian ibu mertua.. Baru kamu berani bawa anak itu masuk kedalam rumah ini.... Anak perempuan murahan itu' ainun memandang jijik anak itu dengan pandangan hujung matanya.

"bukan begitu.." ainun menjawab pertanyaan suaminya.

"jangan lupa status kamu.." kata yang pendek dari rahimi.. Membuatkan ainun tersentak.. Dia sendiri tidak berani melawan kata lelaki itu.

Dia sedar.. Kalau dia tidak berkahwin dengan rahimi.. Dia mungkin masih hidup susah bersama keluarganya yang hampir muflis.. Di sebabkan mertuanya sangat menginginkan keluarga mereka bersatu.. Akhirnya dia hidup senang lenang begini. Ainun menunduk memandang rania disebelahnya.

'kalau anak itu tak menggugatkan kedudukan aku.. Dan kedudukan anak-anak aku.. Kau langsung tak akan aku jentik sedikit pun.. Tapi kalau kau menganggu sedikit pun.. Aku tak akan berdiam diri..' nguman ainun tekad.

"sabri.. Aturkan seorang pelayan untuk menjaga keperluan shofie.."arah rahimi lagi.. Dia memandang sabri.. Yang sudah mengangguk..

Begitulah mulanya perjalanan hidup baru bagi shofie.. Yang dulunya ditinggalkan kepada keluarga susuannya. Kini dia kembali ke pangkuan keluarga kandungnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience