“Wahai tuan Farsi , saya sudah menculik anak tuan yang merupakan puteri kota Karzahan. Saya mahu wang tebusan. Jika tuan mahu anak tuan ini selamat wal afiat, sila berikan wang tunai berjumlah 2.6 billion euro. Hantarkan jumlah wang yang saya mahukan dalam masa 24 jam dari sekarang! Terima kasih. Yang benar, anonymous.” Raja Farsi dan pengawal itu membaca teks yang tertulis diatas sebuah kertas manila kad.
“Siapkan barangan beta. Beta sendiri akan pergi selamatkan puteriku,” arah Raja Farsi . Pengawal itu kelihatan ragu-ragu.
“Bolehkah tuan selamatkannya?” soal pengawal itu.
“Mesti bolehlah. Jika tidak boleh, buat sehingga boleh. bila kita percaya kita boleh, memang boleh jadi kita boleh. Bila kita boleh, katakan yang kita boleh macam kapten boleh,” balas Raja Farsi . Lantas Raja Farsi bersiap untuk ke kota Sefra.
Selepas itu, bermulalah pengembaraan sang raja untuk menyelamatkan anaknya yang diculik. Raja Farsi sengaja memakai penututup muka dan baju pahlawan agar anaknya tidak mengetahui identiti sebenarnya.
Sesampainya Raja Farsi dihadapan sebuah istana lama. Anaknya berada di puncak teratas. Raja mula mengeluh apabila teringat tangga yang banyak untuk sampai ke puncak istana.
Raja Farsi mula memasuki pintu utama dengan langkah senyap. Dia memasuki pintu istana. Kelihatan ruang yang luas, hiasan ukiran di dinding yang cantik dan karpet merah yang masih bersih.
“Wah, nampak saja kecil diluar tetapi luas di dalam! Istana aku pun tidak seluas ini. Terasa cemburu pula diriku ini,” kata Raja Farsi seorang diri.
“Ada tangga!” Raja Farsi menaiki tangga. Tingkat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 telah dilepasinya. Masih ada lagi separuh perjalanan untuk dilepasi. Raja Farsi mengambil keputusan untuk berehat seketika. Dia pelik, sudah separuh bangunan dinaikinya, tetapi tiada sesiapa pun yang dijumpainya.
“Eh, ada lif rupanya. Buat penat sahaja naik tangga 12 tingkat.” Tiba-tiba Raja Farsi ternampak pintu lif. Tanpa banyak soal, dia memasuki lif tersebut dan menekan punat bernombor 24.
“Wah, di luar nampak sahaja seperti istana usang, tetapi di dalamnya ada lif! Canggih! Istana aku pun tiada lif ini. Huh! Sekali lagi terasa cemburu pula diriku ini,” kata Raja Farsi seorang diri lagi. Orang tua ini patut pergi hospital, sentiasa sahaja bercakap seorang diri.
“Eh, tiada apa-apa pun. Cuma ada seorang lelaki bertubuh besar di sini,” kata Raja Farsi seorang diri lagi apabila pintu lift terbuka. Seorang lelaki bertubuh sasa sedang berdiri menghadap pintu lift. Lelaki itu melangkah ke arah raja, raja lantas menekan punat untuk menutup pintu lif tersebut.
Pintu lif mula tertutup. Lelaki itu menahan pintu lift itu dari tertutup. Keadaan menjadi cemas. Lelaki itu membuka pintu lif itu dengan tangannya. Raja Farsi melalui celah kangkang lelaki itu. Raja kemudiannya berdiri dibelangkang lelaki sasa tersebut.
“Yakh! Tolak dia!” Raja Farsi lantas menolak lelaki itu masuk kedalam lift. Pintu lif tertutup segera. Terbahak-bahak Raja Farsi tertawa seorang diri. Dia melihat sebuah pintu. Hanya ada satu pintu di situ. Ia hanya sebuah pintu kayu.
“Apa yang ada di sebalik pintu ini ya?” Raja Farsi memusingkan tombol pintu. Pintu kayu itu mula terbuka dan ada seorang lelaki yang kurus di dalam bilik tersebut. Raja Farsi datang mendekat kepada lelaki kurus itu dan bertanya khabar. Lelaki itu tidak membalas, tetapi dia bangun dan menghayunkan kakinya.
“Fatal kick!” jerit lelaki itu sambil melompat dan memusingkan badannya sebanyak tujuh kali sambil kaki kanannya terlunjur ke hadapan. Raja Farsi tunduk dan cuba mengelak dari serangan lelaki itu. Malangnya, Raja Farsi terkena sepakan lelaki itu.
“Aduh! Sakitnya itu di sini!” Raja Farsi mengerang kesakitan. Tetapi demi puterinya, kaki Raja Farsi masih gagah untuk berdiri. Keadaan senyap seketika. Raja Farsi hanya diam tetapi otaknya ligat memikirkan strategi.
Raja Farsi mengeluarkan tongkat yang digunakannya untuk berjalan. Raja Farsi lantas mengetuk jari-jemari lelaki itu dengan tongkatnya. Lelaki kurus itu yang hanya memakai selipar jepun mengerang kesakitan. Jeritannya seperti mahu terkeluar anak tekak. Raja Farsi memusingkan tombol pintu yang ada dibilik itu pula. Kali ini, pintu yang diperbuat dari besi pula.
“Hmm… siapakah tuan hamba?” soal raja Farsi melihat lelaki yang ada di dalam bilik ketiga. Bajunya seperti penari dari Itali. Misainya panjang mencecah telinga. Rupanya seperti watak jahat dalam kartun Jack and the Neverland Pirates!
“Nama diberi, Shakara Pulala. Ucapan selamat datang, pembuka tirai perbualan. Apa hajat tuan hamba kemari?” balas Shakara. Bahasa yang dituturnya seperti penyampai pidato. Shakara kelihatan tidak bersenjata.
“Beta datang mahu menyelamatkan puteri beta,” terang Raja Farsi . Tangannya berpeluh memikirkan apa yang akan dilakukan oleh lelaki ini?
“Hasrat tuan hamba mungkin boleh dikecapi, tetapi langkah mayat hamba dahulu.” Shakara mula bersedia untuk menyerang.
“Perbuatan melangkah mayat adalah perbuatan yang tiada hormat. Sebagai seorang raja yang berjiwa kepimpinan, beta akan kalahkan tuan hamba melalui cara yang lembut,” balas Raja Farsi . Mata Shakara tertutup rapat.
“Heh, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.” Shakara memulakan permainan.
“Jika takut dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai,” balas raja Farsi .
“Dua, tiga, kucing berlari, mana nak sama si kucing belang,” balas Shakara.
“Eh, ini sudah lari tajuk. Hahaha! Tuan hamba kalah!” Raja Farsi terbahak-bahak mengelakkan Shakara yang kalah dari permainan. Shakara duduk mencangkung menghadap dinding sambil menangis.
Raja Farsi membuka tombol pintu terakhir. Pintu kali ini diperbuat dari berlian. Muka pintu mula terbuka sedikit demi sedikit. Puteri Anahita yang kaki dan tangannya diikat beserta mulutnya ditutup dengan pita pelekat terkejut melihat seorang wira yang cuba menyelamatkannya.
Di hadadapan puteri Anahita terdapat seorang yang amat dikenalinya. Ia adalah Putera Razien! Musuh dalam selimut itu menculik Puteri Anahita agar Raja Farsi memberikannya wang tebusan.
“ Ardashir ? Saya sudah agak, kamulah yang menculik Puteri Anahita !” kata Raja Farsi kepada Putera Ardashir yang bongkak.
“Aku tidak kenal siapakah kau. Cuma aku mahu bunuh kau sahaja!” kata Putera Ardashir sambil menghayun pedangnya. Raja Farsi yang tidak mempu untuk mengelak mengempiskan perutnya. Pedang itu hanya menyentuh baju perisai yang dipakai Raja Farsi . Raja Farsi mengeluarkan pedangnya pula.
Pertarungan pedang berlanjutan sehingga langit mula bertukar jingga. Kedua-duanya penat berlawan pedang selama empat minit tanpa henti. Puteri Anahita yang kepenatan juga terus terlena.
“Sudahlah, saya sudah penat. Kita sama-sama meletakkan pedang dan berehat sekejap, ya.” Putera Ardashir cuba berlakon. Raja Farsi hanya menggangguk tanda setuju. Mereka pun meletakkan pedang masing-masing. Apabila Raja Farsi telah meletakkan pedang dan cuba untuk duduk, Putera Ardashir melibaskan pedangnya ke muka Raja Farsi .
“Aduh!” Bahagian di sebelah mata yang tidak dilindung mengenai hujung pedang tersebut. Puteri Anahita terjaga akibat jeritan dari Raja Farsi . Raja Farsi lantas mengambil coklat kabery dan memberikannya kepada Putera Ardashir .
“Eh, coklat kabery! Terima ka….” Ucapan terima kasih dari Putera Ardashir terhenti apabila Raja Farsi menyepak perutnya. Sepakan yang kuat dari Raja Farsi membuatkan Putera Ardashir tercampak keluar memecahkan tingkap dan jatuh ke dalam kolam buaya di tepi istana dari tingkat atas.
“ Anahita tidak apa-apa?” soal Raja Farsi kepada puterinya. Ikatan dan lilitan dibuka dari tangan dan kaki Puteri Anahita .
“Aduh, sakitlah!” Puteri Anahita menjerit sedikit apabila ayahnya membuka salotep dari mulutnya. Raja Farsi membuka topeng dan memeluk anaknya.
“Ayah?” soal Anahita yang tidak percaya ayahnya yang menyelamatkannya. Kemudian, bala tentera dari Kota Karzahan datang membawa pulang Puteri Anahita dan Raja Farsi dan menangkap Putera Ardashir .
Akhirnya, Puteri Anahita berjaya diselamatkan dan kejahatan Putera Ardashir tidak lagi berleluasa.
“Ayah, ayah tidak sakit pinggangkah ketika berlawan tadi?” soal Puteri Anahita
“Aduh, bila kamu mengingatkan ayah fasal itu, ayah mula rasa sakit pinggang sekarang,” jawab Raja Farsi . Kemudian mereka ketawa di dalam kereta kuda diraja itu.
“Eh, ayah, dimana Bahadur ?” soal Puteri Anahita yang baru teringatkan kudanya.
“Eh, yalah! alamak! kita tertinggal Bahadur pula. pengawal! Patah balik!” arah Raja Farsi kepada pengawal-pengawalnya.
Share this novel