BAB 2

Fantasy Completed 295

Puteri Anahita berlari anak menuruni tangga. Dia melepasi satu demi satu tingkat. Matanya seperti kolam. Air mata membasahi pipinya. Setelah beberapa ketika, dia sampai ditingkat yang adanya jalan untuk keluar dan masuk.

Puteri Anahita tidak terus menuju ke pintu pagar. Langkah kakinya menuju ke gudang kuda. Dia mengambil Bahadur , kuda kesayangannya.

“Mari Bahadur , ikut sini. Kita akan keluar dari istana dan melarikan diri,” kata Puteri Anahita kepada Bahadur walaupun dia tahu kuda itu tidak faham akan kata-katanya. Kuda itu memecut selaju yang mungkin melepasi pintu masuk istana.

“Hei! Berhenti! Mana kau mahu pergi!” jerit pengawal pagar apabila Bahadur berlari melepasi pintu masuk utama.

“Seorang penunggang kuda dan seekor kuda keluar dari pintu utama istana, tuanku. Apa perlu kita buat?” soal pegawai istana kepada Raja Farsi . Raja Farsi yang sedang berdiri memandang tingkap menolehkan kepalanya kepada pegawai itu.

“ Anahita …,” kata Raja Farsi sambil membuat muka terkejut yang selalu ditayangkan dalam drama sinetron beserta bunyi-bunyian khas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience