BAB 1

Fantasy Completed 295

Tersebutlah kisah tentang puteri yang cantik yang tinggal di sebuah kota besar di Parsi. Ayahnya, Raja Farsi sedang runsing untuk mencari teman hidup kepada puterinya. Kesemua pilihan ayahnya ditolak dengan alasan, dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki miskin.

“Ferlia tidak mahu berkahwin dengan Jack! Dia busuk, kotor, dan miskin!” bentak puteri Anahita kepada ayahnya. Dahi ayahnya berkerut. Ditambah lagi dengan umurnya yang sudah lanjut, dahinya kelihatan berkerut seribu.

“Haih… habis itu, kesemua pilihan ditolak. Siapa lagi yang boleh diterima? Jika semua orang pun kamu tolak, kamu pilihlah ikut mana yang kamu suka,” ujar Raja Farsi . Dia kelihatan berputus asa. Dia tiada pilihan lain selain membenarkan anaknya memilih mengikut hatinya.

“Baiklah, jika begitu. Ferlia mahu berkahwin dengan putera Razien.” Dengan tanpa rasa malu, puteri Anahita memberitahu nama pilihan dirinya. Raja Farsi terkejut dengan pilihan yang diberikan.

“Tidak, Anahita . Tidak sama sekali. Dia seorang putera yang tamak dan bongkak. Ayah tidak akan benarkan kamu berkahwin dengan dia!” tegas Raja Farsi . Puteri Anahita mula berasa tidak puas hati.

“Apa salahnya? Dia orang kaya, kacak, dan berkuasa?” soal Puteri Anahita . Lantas, kisah bertelagah antara anak dan ayah itu berlanjutan.

“Anak derhaka! Jika ayah tidak izinkan, maka maksudnya tidak boleh!” marah Raja Farsi dalam nada menjerit. Ratu Dilshad hanya melihat mereka berdua bertelagah melalui celahan pintu.

“Tadi, ayah juga yang telah memberi izin untuk saya memilih mengikut hati saya!” balas puteri Anahita dengan nada yang tinggi. Hati Ratu Dilshad bagaikan tercalar melihat perangai anaknya.

“Dengar saja kata ayah! Jangan melawan! Buruk padahnya jika kamu melawan cakap ayah!” tegas Raja Farsi . Setelah lama dia manjakan anaknya, inilah kali pertama dia bertengkar dengan anaknya.

“Saya benci ayah!” jerit Puteri Anahita , lantas berlari keluar dari biliknya.

Ratu Dilshad hanya melihat anaknya pergi. Puterinya menjauh dan makin menjauh dari dirinya. Entah mengapa terasa sebak di hatinya bertukar menjadi pedih. Pedih hingga tidak mampu untuk memendamnya.

“Mengapa dia begitu?” soal Ratu Dilshad kepada Raja Farsi

“Itu semua salah kita juga. Kita terlampau manjakannya. Sebab itu dia berani melawan kata-kata saya,” balas Raja Farsi sedih.

“Mengapa tidak biarkan sahaja dia itu?” soal Ratu Dilshad lagi.

“Bukan saya tidak mahu biarkannya. Jika saya berikan calon yang baik, dinilai buruk pula. Jika dia sendiri yang pilih, dia pilih yang buruk perangainya pula. Jika diteruskan, dia tidak akan dapat pasangan sekiranya perkara ini berterusan. Dan saya juga tidak lama lagi akan pergi. Sebab itu saya mahu dapatkannya pasangan yang baik segera,” balas Raja Farsi panjang lebar. Kemudian, kedua-duanya senyap tidak berkata apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience