Kelas masih bingit dengan suara-suara bersembang pelajar memandangkan pensyarah, Encik Fitri masih belum tiba ke kelas. Fakrul yang duduk di sebelah Aisyah menyiku lengan Aisyah. Aisyah memandang sambil mengangkat-angkat kening kirinya.
“Syah, Petang ni keluar jom?” ajak Fakrul.
“keluar? Hmmm... ok juga but where to go?”
“Pergi Aeon Mall nak?”
“ok, tak kisah pun. Ajak diaorang sekali ye.”
Fakrul mengangguk sambil tersenyum. Dia menjengah sedikit memandang Intan yang sedang asyik membelek gajet di sebelah Aisyah.
“In, Rul ajak keluar petang ni. Jom, nak?”
“Keluar? Hm.. Tak naklah. Kau orang je lah. Aku tak nak kacau orang dating.”
Aisyah mula monyok. Perlahan-lahan dia bersuara.
“Tak apalah macam tu. Aku cancel je lah. Lagipun, aku dah biasa kau dengan Mira ada sekali. Tapi kalau dengan Mira je tak naklah. Dia mesti nak jalan dengan Man tu.” Aisyah cuba memancing.
“Apa masalahnya? Kau jalanlah dengan Rul tu.”
Aisyah diam sejenak. Memikir idea. Cepatlah.. cepatlah... ha, idea!
“Lepas tu, dengan siapa aku nak balik? Mira? Rumah dia dah lain hala. Jauh.”
Intan mengeluh. Ada benar juga cakap Aisyah.
“Hm.. Yelah. Aku ikut!”
“Ha... thank you, sayang. I love you so much.”
Aisyah memeluk bahu Intan. Intan hanya mengeluh dan menggeleng kepala. Fakrul yang mencuri dengar hanya tersenyum puas.
Namun, senyumnya luntur apabila Aisyah memandangnya.
“OK, nanti tunggu kita orang dekat sana tahu.” Ujar Aisyah teruja.
Fakrul hanya mengangguk. Dia memandang Azman yang duduk di belakang. Azman hanya senyum dan berpaling memandang ke arah Amira.
“Keluar dating, jom?” Ajak Azman.
“Pergi mana?” soal Amira.
“Ke mana saja yang sayangku mahu.”
“Euwww, geli aku! Yelah, I follow je...”
Kelas kembali senyap apabila Encik Fitri yang melangkah masuk. Kertas kedatangan dihulurkan pada pelajar yang duduk di baris hadapan. Mereka meletakkan tandatangan masing-masing tanda hadir.
*****
Aisyah dan Intan duduk berhadapan dengan Fakrul sambil menikmati makanan mereka. Sesekali Fakrul mengerling Intan. Intan jadi tak senang duduk. Amira dan Azman sibuk nak pergi dating ke tempat lain. Konon nak berdua. Yang ketiga tu syaitan, tahu.
“Menyesalnya ikut!” Getus hati Intan.
Namun, nak berpatah balik, mereka sudah pun sampai ke Aeon Mall. Takkan nak balik seorang. Kesian pula dekat Aisyah nanti.
“Hmm.. Lepas ni nak pergi mana?” soal Intan.
“Yelah. Takkan nak lepak saja kan? Tempat macam ni kedai je banyak. Yang best pun karaoke, wayang, dengan bowling.” Sampuk Aisyah.
“Dia yang ajak, dia pula yang tak tahu nak pergi mana. Baik balik rumah tidur je. Yang mamat ni pula, aku cucuk biji mata tu baru tahu, Ish!” Rungut Intan dalam hati.
“Ha.. kita main bowling, nak?” cadang Fakrul.
“Bowling?” Intan mencebik. “Ha, tak apalah. Kau orang mainlah. Aku pergi jalan-jalan je.”
“Ala.. tak bestlah kalau macam ni. Jomlah, In!” rayu Aisyah.
Intan menggeleng. “NO!” walaupun nadanya keras namun butirnya lembut.
“Kalau macam tu, cancellah. Kesian pula kau jalan sorang-sorang nanti.”
“Hmm.. Betul juga tu.” Aisyah monyok.
Aisyah berpura sedih. Wajahya sengaja disugulkan. Menanti Intan berubah fikiran. Aisyah pasti dan yakin Intan takkan sanggup menghampakan kawannya. Intan memandang Aisyah. Lama. Kemudian, dia mengeluh.
“Oklah. Aku main...” Intan mengalah.
“Seriously?” Soal Aisyah. Taktiknya selalu berjaya.
“Nak main ke tak nak?”
“Ok.. ok.. so, Rul. Kita nak berapa game?” soal Aisyah, teruja. Jarinya dipetik.
“Kalau larat kita main dua game, ok?”
Aisyah mengangguk. Gembira. Mulutnya sinis. Tak sabar nak jatuhkan semua pin.
Intan terjeling ke arah Fakrul. Mata mereka bertemu. Cepat-cepat Intan mengalih pandangan. Fakrul tersenyum.
“Aku cuma nak tengok kau.. walaupun jauh, aku tak kisah sebab aku...” bisik hati Fakrul.
*****
“Kenapa kau tak nak lepak dengan dia orang?” soal Amira.
Amira dan Azman mengambil keputusan berjalan sahaja untuk membuang masa. Membiarkan Fakrul bersama dengan Aisyah dan Intan. Yang sebenarnya, Azman tahu agenda Fakrul.
“Saja nak jalan-jalan dengan kau, tak boleh ke?” Balas Azman dengan soalan.
“Boleh... Tanya je pun.”
©KaryaSitiNadiahShahron (March, 2021)
“Kenapa kau tak nak lepak dengan dia orang?” soal Amira. Amira dan Azman mengambil keputusan berjalan sahaja untuk membuang masa. Membiarkan Fakrul bersama dengan Aisyah dan Intan. Yang sebenarnya, Azman tahu agenda Fakrul. “Saja nak jalan-jalan dengan kau, tak boleh ke?” Balas Azman dengan soalan. “Boleh... Tanya je pun.”
Share this novel