HARI ini giliran Aisyah untuk ke kolej. Mujurlah rumah mereka dekat. Setaman pula tu. Bolehlah mereka bergilir-gilir memandu. Jimat tenaga, jimat minyak. Masa saja tak berapa nak jimat. Kalau giliran Aisyah, pukul 10 pagi kelas bermula, 9 pagi baru nak sampai di depan rumah Intan. Mujur jugalah jarak ke kolej ambil masa 30-40 minit saja.
Aisyah dan Intan hanya diam. Masing-masing fokus pada pemanduan dan celoteh deejay di radio. Tiba-tiba Intan teringat tentang buku diari yang sudah kehabisan diconteng.
“Syah, balik nanti kita singgah kedai buku boleh?” Ajak Intan.
Walaupun sedang bercakap dengan Aisyah, mata Intan tak beralih langsung. Tetap memandang ke depan. Sekejap beralih bolehlah. Maklumlah, keluar rumah pun dah hampir lewat. Si tomboy ni pula bila bawa kereta macam nak langar orang. Laju.
“Nak buat apa? Aku nak terus baliklah. Mengantuk pun tak hilang lagi ni.”
“Ala.. Sekejap ja. Aku nak beli diari. Yang lama punya dah tak ada ruang. Bolehlah. Pleaseeee…” pujuk Intan.
“Oklah. Bolehlah. Tapi pergi kedai buku je ke?”
“Macam biasalah. Apa lagi?”
“Ke sebab nak jumpa buah hati.” Duga Aisyah.
“Aah betullah. Nak jumpa buah hati.” Intan membalas. Sinis.
“Wow, seriouslah.”
“Ye. Diari tu kan sentiasa menjadi buah hati aku.”
Intan ketawa. Aisyah menjeling sekilas.
“Nasib baik tengah drive. Kalau tak, naya aku luku minah ni.” Walaupun perlahan, namun kata-kata Aisyah sampai di pendengaran Intan.
“Uik, marah ke?”
“Eh taklah. Aku tengah sedih!”
Intan hanya ketawa kuat. Aisyah menjeling lagi.
“Tapi kan, bukan ke baru je beli hari tu? Habis dah?”
“Aah. Habis.”
“Apa benda yang kau tulis tu?”
“Ala.. nama pun diari, mestilah peristiwa hari-hari aku tulis. Siang dan malam, bukannya kejap tahu. Lama tu.” Ujar Intan. Teruja.
Aisyah mengeluh. “Ala.. Aku ingat nak terus balik je. Serius ngantuk gila ni!”
“Ala.. Kejap je. Lepas tu, kita baliklah. Bolehlah, please. Sekejap je. Kau pun tahu, aku tak boleh hidup tanpa tulis diari, kan.”
Dalam merayu, terpaksalah Intan memandang muka Aisyah. Diari punya pasal, ku relakan. Gitu!
“Yelah. Tapi kau kena belanja aku KFC.”
“Eh.. eh.. Ambil kesempatan nampak?”
“Eh, mestilah. Aku yang penat drive, tahu.” Bidas Aisyah.
“Memandu pun aku sanggup. Kita boleh culas giliran untuk hari ni saja” Intan tersenyum sumbing.
“Tak payah. Hari ini turn aku, semalam dah lepas turn kau. Dah janji kan gilir-gilir bawa. Kang aku tak dapat KFC pula.”
“Terima kasih, sayang. Muahhh sikit.”
Intan cuba nk mencium pipi Aisyah. Namun, Aisyah sempat elak sambil memberi reaksi kegelian. Intan tersengih dan kembali fokus memandang ke depan.
“By the way, macam awkwardlah dengar kau sebut memandu-memandu ni. Cuba sebut drive. Baru sedap sikit didengar.”
“Orang sekarang ni memang suka nak mengagungkan bahasa barat, tahu. Biarlah aku guna bahasa kita. Bukan memalukan pun. Kau patut bangga tahu.”
“Oklah. Lepas ni senang nak cam kau kalau ada orang menyamar jadi kau. Kalau orang tu sebut drive, maknanya itu bukan kau. Wow, hebat!” perli Aisyah.
“Wah... Jauh betul kau berangan. Kau ingat apa? drama? Filem?”
Serentak Intan dan Aisyah ketawa.
Beberapa saat kemudian, mereka kembali senyap dan fokus memandang ke depan. Kini, perkarangan fakulti semakin kelihatan di hadapan mereka.
“Aku nak tahulah, apa yang best sangat tulis-tulis diary tu?” Soal Aisyah, tiba-tiba.
Intan menoleh memandang Aisyah. Air liur ditelan perlahan. Otaknya berkira-kira mencari alasan. Kemudian, dia ketawa kecil.
“Mestilah best. Semua rahsia aku kat dalam tu. Dah namanya pun diari, kan?”
“Semua rahsia kau aku tahu kan? So, buat apalah penat-penat tulis. Entah, apa yang seronoknya. ke ada benda lain kau tak cerita?” duga Aisyah.
“Mana ada. Lagipun, mana puas bagitahu kau seorang je. Buku pun nak tahu juga.”
Aisyah memberhentikan keretanya di kotak parking yang disediakan oleh Fakulti. Sebaik handbrake ditarik, dia memandang Intan dengan pandangan malas.
“Suka hati kaulah. Dah, jom!”
Kedua mereka terus mencapai beg masing-masing dan terus keluar dari kereta. Intan berjalan di belakang Aisyah.
Tiba-tiba Intan senyum sambil memandang Aisyah dari belakang.
“Tak semua yang aku tulis aku dah cerita kat kau, Syah. Pasal aku dengan dia. Aku tak nak kau kecewa. Aku buat semua ni sebab kau juga.”
*****
Intan duduk bersendirian di kerusi yang disediakan Fakulti. Aisyah tiada di situ kerana sibuk dengan sesuatu. Intan mengelamun memandang langit.
“Hai.” Tegur seorang jejaka.
Intan yang terkejut terus menoleh.
“Oh, hai. Ada apa?”
Intan mula duduk dengan selesa. Jejaka itu memang dia kenal. Memandangnya sahaja sudah membuatkan jantung Intan berdebar. Apatah lagi apabila mereka bersendirian.
“Tak ada apa. Kau seorang saja ke? Aisyah mana?”
“Entahlah dia tu. Suruh aku tunggu sini lepas tu dia hilang.”
“Oh ye ke?”
Intan hanya mengangguk. Jejaka itu senyap. Dia memandang keliling dan cuba menarik nafas dan hembus dengan perlahan. Dia gugup.
“Intan, aku nk cakap sikit boleh?”
“Cakap jelah. Ada apa?”
“Sebenarnya, aku ni dah lama suka kau. Kiranya, sejak mula-mula kita kenal dulu.”
Intan gugup. Pipinya mula terasa panas. Namun, dia cuba berlagak tenang.
“Ok. So?”
“Hmmm... Selama ni kita berkawan je kan?”
Intan hanya mengangguk.
“Tapi kali ni aku nak anggap kau lebih dari seorang kawan, boleh?” jejaka itu meluahkan. Tersenyum sehingga nampak gigi atas bawah.
Intan memandang ke depan. “Aku ok je.”
Jejaka itu terkejut.
“Oh, kau ok je. Hmmm...” Gembira sehingga tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Namun, Intan terlebih dulu bersuara.
“Aku boleh terima kau lebih dari seorang kawan. Kita boleh kenal dengan lebih lagi. Tapi aku ada syarat kalau kau sanggup.”
“Syarat apa?”
“Aku harap kau tak beritahu sesiapa yang sebenarnya aku pun suka kau. Termasuk Mira, Aisyah dengan Azman.”
Jejaka kehairanan. “Kenapa tak boleh beritahu? Dia orang kan kawan baik kita. Lagi-lagi Aisyah. Kau dengan dia dah macam adik beradik. Tak ada rahsia, kan? Takkan kau tak nak beritahu dia.”
“Aku ada alasan aku sendiri.” Intan tersenyum nipis sambil mengedipkan mata.
*****
“Hoi, mengelamun!” Sergah Aisyah.
“Terkejut aku!”
Kini, mereka semakin menghampiri kelas mereka. Kelihatan Fakrul, Azman dan Amira menunggu.
“Dari tadi aku panggil, kau buat dono je ye. Termenung apa?”
“Tak ada apa.” Dia cuba tersenyum tapi kelat.
Matanya beralih memandang jejaka yang semakin dihampiri itu. Pandangannya menjadi sayu. Semakin dihampiri, jantungnya berdegup laju.
Semakin dekat, semakin jauh.
“Aku pun tak sanggup macam ni lagi. Hati aku pun sakit. Bukan hati kau je. Aku terpaksa.”
Ingin Intan luahkan tapi hanya hatinya saja yang mampu menjerit.
©KaryaSitiNadiahShahron (March, 2021)
“Aku nak tahulah, apa yang best sangat tulis-tulis diary tu?” Soal Aisyah, tiba-tiba. Intan menoleh memandang Aisyah. Air liur ditelan perlahan. Otaknya berkira-kira mencari alasan. Kemudian, dia ketawa kecil. “Mestilah best. Semua rahsia aku kat dalam tu. Dah namanya pun diari, kan?” “Semua rahsia kau aku tahu kan? So, buat apalah penat-penat tulis. Entah, apa yang seronoknya. ke ada benda lain kau tak cerita?” duga Aisyah. “Mana ada. Lagipun, mana puas bagitahu kau seorang je. Buku pun nak tahu juga.” Aisyah memberhentikan keretanya di kotak parking yang disediakan oleh Fakulti. Sebaik handbrake ditarik, dia memandang Intan dengan pandangan malas. “Suka hati kaulah. Dah, jom!” Tiba-tiba Intan senyum sambil memandang Aisyah dari belakang. “Tak semua yang aku tulis aku dah cerita kat kau, Syah. Pasal aku dengan dia. Aku tak nak kau kecewa. Aku buat semua ni sebab kau juga.” bisik hati Intan.
Share this novel