Bab 4

Romance Series 38753

“NASIB baik boss nak sudi tumpangkan payung. Kalau tak basah saya,” kata Amna tersengih.

Naqi pandang Amna. “Kalau basah tukarlah baju lain. Macam tak pernah sebelum ni.”

Tercekik terus Amna dibuatnya. Macam mana dia lupa yang Naqi pernah menukar bajunya. Aduh, malunya dia.

“Amna?” panggil Naqi.

“Ya, saya.” Amna terjaga daripada lamunan.

“Saya tak suka awak mengelamun. Awak kena fokus,” kata Naqi dengan nada yang tegas juga.

“Sorry.”

Amna terdiam. Ya, salah dia. Selalu berangan.

“Take care of her. I’ll be leaving.”

Amna mengangguk. Naqi terus melutut dan mencium pipi dan dahi anaknya itu. Batrisya tersenyum manis dan mencium papanya semula. Lalu, memeluk dengan erat.

Comelnya… kata Amna dalam hati.

“Oh, bos. Saya ada benda nak tanya dari dulu lagi,” kata Amna.

“Ha, tanyalah.”

“Kita berbual kat sana.”

Naqi pandang Amna. “Sini je.”

“Ada Tisya kan,” bisik Amna.

Naqi kerutkan wajah. “Amna saya ni nak cepat. Cakap je.”

“Betul ke boss yang tukarkan baju saya masa kat klinik tu?” tanya Amna.

Batrisya yang mendengar memandang papanya. Naqi terkejut dan terus berdesir mulutnya. Tidak sangka itu yang ingin ditanya oleh Amna.

“Amna…”

“Apa?”

Naqi terus pergi tanpa memandang sesiapa di situ. Sungguh geram dia dengan Amna ketika ini.

SETELAH memastikan Batrisya mandi dan bersiap, Amna menemani Batrisya semasa makan. Dia memandang kanak-kanak itu, dia tidak kisah jika kerjanya hanya menemani kanak-kanak ini tapi dia merasakan kasihan.

“Tisya,” panggil Amna. Ketika mereka masuk ke dalam bilik.

Batrisya pandang Amna. Batrisya seorang yang baik sebenarnya kerana reti menghormati orang. Cuma dia tidak bercakap.

“Kakak tahu kita dah jumpa semalam tapi kakak nak kenalkan diri. Macam dalam kartun. Sebelum start kartun dorang akan kenalkan diri walau kita dah tahu siapa dia.”

Batrisya hanya memandang Amna. Tiada reaksi.

Cepat berfikir Amna. Ambil hati budak ni. Gaji sini bayar besar.

“Hmm… Tisya suka cookies?”

Batrisya masih begitu. Amna terus mengeluarkan satu box kecil yang dia sendiri baking. Soft cookies. Ya, dia belajar dari kafe yang dia pernah bekerja.

“Thank you Kak Amna. Papa selalu pesan jangan ambil apa-apa dari orang luar. Orang yang kita tak kenal.”

“Tapi kakak bukan orang luar. Kakak penjaga Tisya. Papa yang minta kakak jagakan Tisya. Marilah makan. Sedap,” kata Amna. Memujuk.

Batrisya menggeleng.

Anak yang sangat patuh ya.

“Jangan menyesal sebab this is the best cookies ever. Homemade and from the bottom of my heart. Sekali ngap hilang masalah,” kata Amna cuba mengoda Batrisya.

Batrisya seperti bengang dan terus keluar dari bilik.

“Erghhh… geramnya aku. Sebab tulah kut aku tak ada adik-beradik,” kata Amna sambil menyimpan semula biskutnya dan keluar dari bilik untuk mencari Batrisya.

Amna mencari Batrisya. Sehingga matanya tertancap pada sebuah bilik yang kelihatan seperti bilik bacaan atau ofis mungkin. Amna menapak menuju ke pintu depan bilik itu. Baru saja dia mahu membuka pintu itu ada suara yang menegurnya.

“Curiosity killed the cat, Amna.”

Badan Amna mengeras dan terus berpusing kemudian kepalanya terhentak pada dada seseorang.

Wangi.

Jantung Amna berdegup laju. Koridor yang sempit itu membuatkan posisi Amna dan Naqi dalam keadaan yang rapat.

Tangan Naqi menekap pada dinding belakang Amna. Naqi rendahkan sedikit tubuhnya dan mulutnya di dekatkan pada telinga Amna.

Meremang tubuh Amna. Dia menggigit bibirnya.

“Apa tugas awak ya, Amna?” tanya Naqi dengan suara dalamnya.

Amna semakin sukar bernafas. Dia berdebar.

“Tugas saya hanya dengan Batrisya saja. Bukan yang lain,” balas Amna terketar-ketar.

“Nampaknya awak masih ingat tugas awak. So, lepas ni fikir dulu sebelum bertindak.”

Amna tak boleh nak pendamkan dia terpaksa luah. “Tapi, saya nak cari Tisya.”

Berdecit mulut Naqi. Kini, hanya segaris halus saja yang memisahkan hidung Naqi dan pipi Amna.

“Dia takkan ke sini.”

Naqi terus tegakkan badannya. Dia juga tidak boleh berlamaan seperti ini. Wanita ini mengancamnya.

“Boss, saya ada soalan.”

Naqi pusing ke belakang dan angkat kening.

“Saya tahu bukan tugas saya yang ini. Tapi saya perlu tahu untuk lancarkan pekerjaan saya di sini,” kata Amna.

“Kenapa Tisya jadi macam tu ya?”

“Macam apa?”

“Tak bercakap. Diam dan buat hal sendiri. Dia ada masalah apa-apa ke?” tanya Amna prihatin.

Naqi diam.

“Tadi ni saya offer dia cookies yang saya buat. Dia macam berminat tapi dia kata tak boleh ambil dari orang yang dia tak kenal. Oh, dia kata tu papa dia pesan.”

“Betullah kan ajaran macam tu?”

“Ya, betul. Tapi, boleh ke lepas ni boss cakap kat Tisya yang saya ni helper dia. Akan jadi kawan dia, selalu dengan dia.”

Naqi pandang Amna lama. “Itu tugas awak. Bukan tugas saya. Dah jam 7.15. Saya tak bayar OT. Driver saya akan hantar awak balik sebab dah malam and motor awak tayar pancit,” kata Naqi.

“Tak apa saya boleh balik sendiri,” balas Amna.

“I wasn’t asking. He will drop you.”

“ALHAMDULILLAH. Pindah jugak kita opah.” Lega Amna dengan apa yang telah selesai. Dia meminta cuti untuk Sabtu kerana dia hanya cuti pada hari Ahad sahaja.

“Semua ni sebab Amna.” Opah peluk Amna dengan erat.

“Doakan Amna dapat kerja lebih baik dari ni,” kata Amna.

Opah pandang pelik.

“Kerja ni bukan boleh jadi kerja selamanya pun melainkan jadi isteri untuk Tuan Naqi tu.”

Tergelak opah. “Aaaminnn. Opah doakan semoga Amna berjodoh dengan Tuan Naqi.”

Amna terkesima dan turut mengaminkan.

RUMAH yang baru saja dia duduki ini sangat hampir dengan kawasan perumahan Naqi. Jadinya, Amna hanya berjalan kaki. Demi jimat wang dan motornya juga berada di rumah Naqi.

“Hai Kak Mira,” sapa Amna.

“Hai. Masuklah semua ada di ruang tamu.”

Amna mengangguk. Baru saja dia masuk matanya disajikan dengan sesuatu yang sangat ganjil baginya.

Naqi dan Zaquan duduk tersangat rapat. Manakala Batrisya sedang leka menonton TV.

“Assalammualaikum,” sapa Amna.

Zaquan memandang Amna sambil menjawab salam. Dia sempat membuat muka menyampah.

Amna geram dengan pandangan menyampah Zaquan itu. Dia memandang Batrisya yang sedang khayal menonton TV. Dia nampak tenang dan sangat comel.

“Amna?”

Amna seperti terjaga daripada lamunannya.

“Berapa kali saya dah bagitahu jangan mengelamun.”

“Sorry.” Amna menunduk sedikit.

Terdengar keluhan dan dengusan daripada Zaquan.

“Saya nak keluar dah,” kata Naqi sambil bergerak menuju ke arah Batrisya.

Dia melutut di hadapan Batrisya dan tersenyum manis begitu juga dengan Batrisya. Comel nampak dua beranak ni.

“Papa nak pergi kerja dah,” kata Naqi sambil bersalaman dan mencium Batrisya.

“Bye papa.” Giliran Batrisya pula mencium papanya.

“Dengar ni. Remember what I told you last night? Tisya kena beri kerjasama dan Kak Amna bukan stranger atau orang luar. So, apa yang Kak Amna bagi boleh je ambil,” pesan Naqi.

Batrisya terus tersenyum gembira sambil mengangguk.

Naqi terus beredar. Dan, Zaquan kini berada di hadapannya dengan senyuman sinis.

“Tak kisahlah apa yang Naqi cakap. Apa pun kau jangan nak melebihi had sebagai seorang pekerja.”

“Excuse me?”

“Jangan buat-buat tak tahulah. Perempuan macam kau ni selalunya nak guna short cut. Stay away from my man,” kata Zaquan dan terus beredar.

“Apa?” Perlahan ayat itu keluar dari mulut Amna. Terasa geli pula. Terus badannya menggeletik.

Mata Amna terpandang Batrisya yang sedang memandangnya. Dan… Batrisya sedang menahan gelak.

Bukankah ini satu benda yang positif?

BATRISYA sedang leka mewarna. Dia seorang yang sangat berbakat, pandai dia mengadunkan warna dan mewarna dengan pelbagai teknik. Kata pembantu dalam rumah ini dulu Batriysa bersekolah tadika di sekolah seni.

“Tisya?” panggil Amna.

Batrisya hanya pandang Amna.

“Jangan mengadu dengan Uncle Zaquan tau yang Kak Amna buat macam tu tadi,” kata Amna. Risau juga.

Lama Batrisya pandang Amna.

“Tisya tak suka uncle.”

Melopong mulut Amna. Bukan sebab Batrisya tidak suka kepada Zaquan tapi sebab Batrisya sudah bercakap dengannya.

AMNA membelek motosikalnya. Tak sangka Naqi sampai memanggil mekanik untuk membetulkan tayarnya. Dia tersenyum

“Dengar cerita Tisya dah bercakap dengan awak?” tegur satu suara.

“Fuhhh… terkejut saya. Ya. Dia dah semakin ringan mulut,” balas Amna.

Wajah Naqi sangat letih ketika ini.

“Mandi air panas dan makan benda bersup boleh buatkan badan kita segar. Itu apa yang opah saya selalu buat kat saya kalau badan saya letih,” kata Amna.

Naqi tersenyum dan mengangguk. “Thanks.”

“Thanks jugak sebab betulkan motor saya. Lenguh jugak jalan kaki dari rumah.”

“Dah pindah rumah kan?” tanya Naqi.

Amna angguk. “Kat flat hujung sana. Sewa murah jugak. Okeylah untuk saya dan opah.”

“Awak… masih bujang lagi ke?”

Amna terkesima.

“Maksud saya… awak masih belum berkahwin dan berpunya?”

Kenapa bos aku tanya macam ni?

Amna menggeleng.

“Saya ada benda nak bincang…”

Ehem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience