AMNA tersenyum melihat telatah seorang kanak-kanak yang dalam berusia 4 tahun bersama emaknya keluar dari kafe tempat dia bekerja. Petah budak itu dan nampak bahagia saja.
Dia yang tidak pernah merasa kasih sayang mak dan ayah malah tidak pernah bersama dengan keluarga sejak umurnya dua atau tiga tahun? Entahlah. Yang dia tahu dia langsung tiada memori tentang mak dan ayahnya. Dia cuma ada opah.
“Caramel macchiato,” pesan seorang pelanggan yang tiba-tiba masuk ke dalam kafe dan membuat pesanan tanpa memandangnya. Lalu, terus duduk di meja yang kosong.
Sombong dan angkuh gayanya.
“Selamat datang ke Kafe Tree Happiness. Boleh saya ambil order?” tanya Amna dengan senyuman manisnya
Pelanggan wanita tadi itu mendengus. “I kena repeat semulalah ni?”
Amna kekalkan senyumannya lagi sambil mengangguk.
“Caramel macchiato,” kata pelanggan wanita itu yang matanya melekap pada skrin telefon pintarnya.
Cantik dan seksi tapi tiada adab, kata Amna dalam hati.
“Okey. Itu saja?” tanya Amna lagi.
“You ada dengar I nak order apa-apa lagi ke?”
Terkejut Amna dengan sikap wanita itu. Dia berlalu pergi dan terus membancuh air untuk wanita itu. Sememangnya di kafe itu, air buatannya adalah yang terpaling sedap dan sentiasa mendapat pujian.
“Minum air aku ni mungkin hati kau bersih sikit. Otak kau tahu berfikir macam mana nak beradab,” kata Amna perlahan.
Setelah siap dia bawa air itu kepada pelanggan perempuan itu tadi. “Enjoy your drink, madam.”
Pelanggan itu terus mengambil dan minum air itu tanpa melihat cawan yang diberikan. Terus saja dia menyembur air itu dan memandang Amna. “Ni you panggil minuman? I nak panas bukan sejuk. You nak I mati ke?”
Terkejut Amna. Gila ke perempuan ni, bisik hatinya.
“Buat yang lain. I nak yang panas. Bodoh betul,” sumpah pelanggan itu.
Amna yang mendengar terus panas hatinya. Air dibancuh semula dan dia merasa air buatannya. Tersenyum Amna kerana rasa kopi buatannya ini sangat sedap. Dia yang terbaik mestilah akan menghasilkan air yang terbaik. Lalu, dia hidangkan di atas meja pelanggan itu.
Perempuan itu hanya diam dan tidak mengendahkan Amna.
“Excuse me?” panggil pelanggan itu lagi.
Laju Amna mengorak langkah ke mejanya. “Ya?”
Apalah perempuan gila ni nak?
“You pandai buat air ke tak? Ikhlas ke tak nak kerja ni?” Perempuan tu mula menggila.
Aku lagi gilalah, kata Amna dalam hati. Dia pandang wajah perempuan itu dengan muka cari gaduh.
“Madam, kalau ada masalah boleh terus buat aduan dan boleh bagitahu saya apa yang tak kena dengan rasa kopi tu. Bukan cakap macam ni dengan saya. Kita sama-sama manusia,” balas Amna yang cuba bersabar.
Perempuan itu menolak bahu Amna. Dia menunjal-nunjal bahu Amna. “Oh, really? Then, how should I talk to you?”
Makin lama makin kuat badan Amna ditolak oleh perempuan gila ini. Amna mengetap bibirnya.
Amna, come on. Sabar, kau tu dah lah tak ada kerja. Ada opah yang perlu diberi makan, bisik hati Amna.
Oh, tapi tak boleh ni. Ini sudah melanggar hukum seorang Amna. Pergi mampus dengan kerja dia, sebab dia ada kerja lain yang nak kena ajar perempuan depan dia ni.
Amna terpandangkan air yang dia bancuh tadi. Dia tersenyum, tangannya laju mencapai cawan itu dan terus mencurahkan ke muka perempuan itu. Semua yang melihat agak terkejut dan perempuan gila itu terdiam.
“Ini cara minum air yang sesuai untuk orang macam kau!”
“Bitch!!!” jerit perempuan itu sambil menghentak-hentakkan kakinya.
“Bukan salah aku buat kau macam ni, kalau kau tahu jaga adab,” kata Amna melepaskan geramnya.
Puas hati.
“Ahhh!!!” Perempuan itu menjerit lagi.
Pengurus kafe iaitu Muhaimin atau Aimin berlari mendapatkan mereka.
“You tengok apa staf bodoh you dah buat?” kata perempuan itu sambil mencapai tisu dan mengelap wajahnya.
Aimin memandang Amna dengan wajah yang sukar ditafsirkan. “Amna?”
“Aimin dia yang start dulu…”
“Tak yang kau tak memasal buat macam ni kenapa?” Aimin potong cakap Amna.
Amna terdiam.
“Tahu pulak diam,” sampuk perempuan gila itu.
“Sorry saya tak dapat kawal marah saya. Saya minta maaf,” kata Amna. Walaupun dia tidak rela.
“You are fired!” kata Aimin dengan jelas. Walaupun dia terpaksa memecat salah seorang stafnya yang paling rajin dan paling sedap buat air. Baginya, dia hanya mahu menyelesaikan kes ini dengan cepat.
Customer always right.
Amna terkejut. Dia memandang perempuan itu yang nampaknya seakan-akan puas hati.
“Okey! Tak apa. Puas hati juga saya lepas dapat siram perempuan kurang ajar macam ni,” kata Amna dan terus membuka apron di badannya dan meletakkan dengan baik di atas meja.
“Thanks Aimin sebab terima aku kerja dulu. Sorry dah bagi rating buruk kat sini,” kata Amna dan terus berlalu pergi.
Telinga Amna menangkap suara Aimin bertanyakan nama perempuan itu. “Sera. My name is Serawati.”
“Sera, berselerak,” gumam Amna bengang.
SESAMPAI saja di rumah Amna melihat opah sedang termenung di luar rumahnya. Memang mereka tinggal di bandar, namun rumah mereka seperti binaan rumah kampung.
“Assalammualaikum opah…”
Opah tersenyum melihat cucunya sudah pulang. Ada benda dia mahu beritahu.
“Waalaikumusalam.”
Opah serahkan satu surat. Amna mengambilnya. Berkerut wajahnya membaca isi kandungan dalam surat itu.
“Halim dah jual rumah dan tapak ni. Kita hanya ada masa beberapa bulan je. Opah rasa nak mati dah ni, Amna.” Tangis opah yang membawa kegusaran dalam hati Amna.
Mereka berpelukan. “Opah jangan risau okey. Amna janji kita akan duduk tempat lain dan lebih baik dari sini.”
“Kita tinggalkan je Halim tu. Opah dah tak kisah dengan dia,” kata opah.
Amna mengangguk. Jiwanya jadi kusut. Mana mungkin dia beritahu opahnya yang dia sudah diberhentikan kerja.
HANYA ada satu harapan baginya jika dia mahukan kerja dengan lebih cepat. Satu-satunya kawan lelaki yang dia ada di kampung ini. Alan. Dia sudah memberitahu opah bahawa dia tidak lagi bekerja di kafe itu kerana sudah diberhentikan.
Sampai bila dia mahu membohongi opahnya.
“Opah, Amna keluar kejap.” Amna mencium pipi opahnya.
“Pergi mana? Dah malam ni. Makan pun belum,” kata opah risau.
Amna senyum. “Jumpa Alan kejap. Lepas tu, nanti Amna balik makan. Kejap je.” Ya, dia belum makan seharian ini. Mana mungkin seleranya ada selepas diberhentikan dan mendapat berita rumah mereka sudah dijual.
Berkerut wajah opah. “Kenapa nak jumpa dia?”
“Nak mintak dia carikan kerja. Sebab hari tu dia ada bagitahu kerja dia masyuk jugak. Tengoklah kalau sesuai Amna kerjalah, kalau tak. Amna cari tempat lain,” balas Amna.
Opah hanya mengangguk. Amna terus keluar. Dia tahu opahnya tidak suka dia berkawan dengan Alan. Kata opah, Alan bukan lelaki yang baik. Opah tidak senang hati bila melihat Alan dekat dengannya.
Penat dia nak mempositifkan minda opah tapi ternyata tidak boleh. Setelah melepasi beberapa lorong, Amna kini berada di hadapan rumah Alan.
“Weh, lama tak nampak kau. Ha, kata ada hal nak jumpa aku,” kata Alan dan membuka pintu pagar seluasnya.
“Ada je.”
“Meh lah masuk. Macam tak biasa,” kata Alan.
Amna senyum terus saja dia membuka selipar dan masuk ke dalam rumah Alan. Sunyi macam tak ada orang.
“Kau ada masalah ke? Serabut je aku tengok kau.” Alan menghulurkan air yang diambil di dapur.
Amna mengangguk dan terus saja meminum air dari cawan yang diberikan oleh Alan. “Aku perlukan kerja. Lebih lagi bila kitorang nanti dah tak duduk sini. Pak cik aku bodoh pergi jual rumah tu. Kau ada kerja kosong tak?”
“Kerja?” tanya Alan sambil membuat muka.
Reaksinya sangat mencurigakan.
“Aku ada je kerja. Cuma…”
“Cuma apa?”
Alan senyum gatal. Dia pandang Amna atas bawah. Kawannya ini sangat cantik, sepanjang dia berkenalan. Tidak pernah sekali dia dapat menyentuh Amna. Bibirnya yang munggil, raut wajahnya yang runcing, rambutnya yang selalu diikat tinggi sehingga menampakkan lehernya.
Tubuh badannya yang sangat berlekuk.
“Kau tahu kan dalam dunia ni mana ada percuma,” kata Alan lagi.
“Ya, aku tahu. Kau nak aku bayar kau ke?” kata Amna.
Alan gelak sambil angguk. Alan mendekati Amna, Amna mula tidak selesa. “Kat rumah kau ada siapa? Mak kau ada kat dapur ke?”
Alan geleng. “Kita dua je.”
Sumpah, Amna kini merasakan tidak selesa. Alan semakin menghampirinya.
“Kau apa hal ni?” marah Amna. Dia terus bangun.
“Kata nak kerja?” kata Alan dan tergelak.
“Apa kau cakap ni?” Amna geram.
Alan tergelak sambil menjilat bibirnya. “Dah lama aku perhatikan kau. Kau ni cantik tahu tak, badan kau, suara kau, lenggok kau. Apa kata kau buat dulu dengan aku, kemudian kita bincang kerja macam mana. Aku janji, aku buat perlahan-lahan,” kata Alan dengan suara gersangnya.
“Bodoh!” Amna terus pergi.
Tapi belum sempat dia keluar dari rumah Alan. Tangannya ditarik kuat oleh Alan. “Kau nak pergi mana?”
“Blah lah, setan.”
Alan terus peluk Amna dari belakang. “Sial! Lepaslah!”
Amna menghentak perut Alan dengan sikunya. Kuat sehingga terlepas pelukan itu. Amna terus melarikan diri. Semua ni memang gila. Dia tidak boleh lari ke rumah kerana pasti Alan akan mengejarnya ke sana dan opah pasti risau.
Alan kau memang sial! Jerit Amna dengan kuat.
Langkahnya dibawa ke jalan yang mana dia juga tidak tahu. Mungkin ke balai polis. Tapi, semuanya jauh. Dia berlari-lari sehingga dia terlanggar seseorang.
Tanpa sengaja mereka berpelukan, Amna terus melepaskan pelukan itu dan berundur dua langkah.
“Sorry…” ucap Amna dengan air mata yang sudah mengalir.
Lelaki itu hanya diam. Amna menggosok matanya dan memandang wajah lelaki di hadapannya ini.
Kacak.
Rambutnya lurus dan kemas, ada rambut yang jatuh pada dahinya dan dibuai angin. Matanya redup, hidungnya mancung, tubuhnya tinggi dan tegap. Mereka bertatapan.
Dan, lelaki itu juga menikmati pemandangan di hadapannya ini. Seorang gadis yang sangat cantik dan manis. Tapi, sedang menangis.
“Amna!”
Jeritan suara itu mengejutkan Amna dan lelaki itu. Terus saja Amna ke depan dan menyorok di belakang lelaki itu.
“Tolong saya, encik. Tolonglah saya… tolong… dia jahat…” rayu Amna penuh kesungguhan. Dia sudah tidak mampu untuk berlari. Badannya sangat lemah.
Yang dia tahu pandangannya gelap dan dia rebah dalam dakapan seseorang.
Share this novel
test_account