Bab 2

Romance Series 38753

BAB 2
LAMA tatapan Naqi memandang wanita yang sedang terbaring di katil yang klinik ini sediakan. Rupanya wanita ini kekurangan air dan dalam keadaan yang lemah juga telah diberikan ubat tidur.

Dia membalas mesej pembantu rumahnya dan dia perlu menunggu sehingga wanita ini bangun sedarkan diri. Kata doktor dia akan sedar dalam masa yang dekat.

Keluhan dilepaskan. Ralit dia melihat wajah wanita ini, apalah yang sebenarnya yang telah terjadi tadi?

Rengekan halus daripada wanita itu membuatkan Naqi mendekatkan dirinya dengan wanita itu.

“Hai… awak dah sedar ke?” panggil Naqi dengan perlahan. Pipi wanita itu ditepuk perlahan dan dia mendekatkan wajahnya dengan wanita itu.

Mata Amna terbuka luas terus saja dia tersentak terkejut. Naqi juga terkejut dan kerana reaksi terkejut Amna yang sukar dikawal itu Amna hampur terjatuh dari katil. Terus saja Naqi menangkap semula tubuh Amna.

“Tenang. Ni saya yang awak minta tolong selamatkan…” kata Naqi perlahan. Tiada riak.

Nafas Amna kian teratur. Dia takut di hadapannya ini adalah Alan.

“Saya kat mana?”

“Klinik,” balas Naqi dan menegakkan badannya semula. Dia duduk semula di kerusinya tadi.

Amna cuba bangun perlahan dan memegang kepalanya. “Terima kasih.” Dan, dia mula perasan akan bajunya. Tadi dia pakai baju lain kenapa sekarang lain? Wajahnya yang berkerut tidak dapat disorokkan lagi.

“Oh, saya tukar baju awak sebab basah tadi. Awak berpeluh teruk dan baju awak kotor kena muntah awak,” kata Naqi bersahaja.

Mata Amna membulat. Dia tukar baju aku? Kata Amna dalam hati. Mukanya memerah.

“Ni… ni baju siapa?” tanya Amna yang sedang malu.

“Baju saya. Tapi, tak perlu pulangkan. Jom, saya hantar awak balik,” kata Naqi yang sudah berdiri.

Amna diam.

Okey, dia kat klinik. Maksudnya dah jumpa doktor so… dia kena bayar bil rawatan. Alamak! Mana dia ada duit.

“Hmm, awak okey?” tanya Naqi.

“Awak malu dengan saya ke?” tanya Naqi lagi.

Entahlah mana satu yang lagi malu. Lelaki ni dah tengok badan aku atau nak minta pinjam duit dia sebab nak bayar bil.

“Encik… hmm… encik ada duit lebih tak untuk bayarkan rawatan saya? Tapi, saya sumpah, saya janji saya akan bayar semula. Cuma, saya risau kalau saya bayar bil rawatan nanti saya tak ada duit dah,” terang Amna. Dia perlu jujur. Jika tidak dia akan lebih bermasalah.

“Bil saya dah bayar. Cuma, saya nak kena cepat. Mari saya hantar awak balik. Awak tinggal kat mana?”

AMNA termenung di dalam bilik. Perkara semalam dia takkan lupakan. Sehingga sekarang dia merasakan tidak selamat. Perlu ke dia buat laporan polis tentang hal ni? Tapi, kalau polis lambat tindakan atau tak percaya macam mana aku nak buat?

Rambutnya ditarik-tarik. Air matanya mengalir. Nasib baik dia diselamatkan oleh lelaki semalam itu. Rupanya Alan sudah berikan air yang telah dilarutkan dengan ubat tidur. Kalaulah dia lambat bertindak…

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik dibuka dari luar. Amna mengesatkan air matanya. “Ya, opah.”

“Sambung tidur lagi ke?” tanya opah perlahan.

Amna gelengkan kepala. Opah masuk ke dalam bilik dan menghulurkan sekeping kad nama seseorang.

“Ni semalam Mak Jue cerita ada sorang orang kaya ni nak cari babysitter anak lelaki dia. Tapi, dia nak perempuan yang jaga dan kena pandai sebab kena ajar anak dia buat homework juga. Opah rasa bolehlah Amna cuba. Mana tahu rezeki Amna, rezeki kita,” kata opah.

Kad nama tu dibelek oleh Amna. Dia mengangguk sebenarnya dia tidak berminat tapi apa je pilihan yang dia ada ketika ini?

“Macam mana Mak Jue tahu orang laki ni nak perlukan babysitter. Entah-entah ni perangkap je nak jual orang,” kata Amna. Dia trauma dengan apa yang jadi semalam.

“Mak Jue tu kan kemas rumah sorang Dato’ tu. Dato’ tu jiran dengan orang kaya ni. Lagipun, orang kaya ni punya orang gaji adik Mak Jue sendiri. So, opah rasa selamat je. Opah dah tapis dulu sebelum nak bagi kamu kerja dengan orang lain,” kata opah tersenyum manis.

Amna mengangguk tanda faham.

“Ha, baguslah kalau macam tu. Opah bagitahu Mak Jue yang kamu setuju. Senang betul dengan kamu ni Amna,” kata opah sambil mengusap perlahan kepala Amna.

Tercengang Amna. Dia mengangguk bukan tanda setuju tapi… sebab dia faham.

“Oh, tadi Alan cari kamu. Opah cakap kau tak ada. Malas opah dengan dia tu,” kata opah sebelum keluar dari biliknya.

Berderau terus darah Amna. Mukanya jadi pucat, dia tidak suka dengan nama itu lagi. Ya, dia kena kerja dengan cepat dan bawa opah jauh dari sini. Kad di tangannya dipegang dengan erat. Dia kena kuat.

AMNA mermarkirkan motornya di kawasan parkir motor. Bangunan yang tinggi itu dipandang dari luar. Ini saja peluang yang ada. Hendak mencari kerja yang lain dia perlu berbagi masa dengan opahnya juga serta perlu mendapatkan gaji yang tinggi.

“Tak apa. Kita cuba. Bismillah.”

Selepas selesai mendaftarkan diri di bahagian receptionist. Amna beratur untuk menaiki lif pula.

Susahnya lahai nak jumpa bos besar ni. Tak boleh ke jumpa kat bawah ke, kat kafe ke, bebel Amna dalam hati.

Sebaik saja sampai di pintu masuk, Amna ditegur oleh gadis cantik. “Amna ya?”

Amna senyum dan mengangguk. “Ya, saya.”

“Bos dah tunggu kat dalam,” kata perempuan yang manis itu tadi.

“Terima kasih.”

Amna jadi gugup. Pejabat tuan besar ini sangat cantik tak sangka dia akan berjumpa dengan orang terpenting dalam bangunan ini.

Tok! Tok! Tok!

“Masuk.”

Amna masuk dan dia terpaku.

Kacaknya.

Eh, kejap…

Lelaki itu juga mengangkat wajahnya dan memandang Amna. Dia juga terdiam, lalu menganggukkan kepala.

“Kita jumpa lagi?”

“Encik ni Tuan Naqi ke?”

Naqi tersenyum nipis. “Ya, saya. Kecil betul dunia ni.”

Amna senyum. Entah kenapa dia rasakan Tuan Naqi ini seorang yang sangat baik. Dan…

“Amna? Betulkan nama tu?”

Amna angguk. “Ya, saya. Amna binti Ali.”

“Wow, simple betul nama awak. Bagus.”

“Ya, tuan. Arwah bapak saya pernah cakap senang nanti bakal suami saya nak akad nikah nanti,” kata Amna bersahaja.

Tergelak Naqi. “Saya ada meeting lepas ni. Tawaran saya adalah saya perlukan seorang untuk jaga anak perempuan saya yang sedang membesar. Umur dia 6 tahun sebelum ni orang lain yang jaga. Saya perlukan awak bekerja dari jam 8.00 pagi sebab 8.30 dia akan pergi ke preschool. Balik dalam jam 12 pm. And, tugas awak hanya ambil dan hantar. Kemudian teman dia buat kerja sekolah. Bermain dengan dia, dan jadi seorang contoh yang baik kepada dia.”

Amna mengangguk. Macam senang saja kerjanya. Tak perlu deal dengan manusia lain. hanya seorang kanak-kanak.

“Okey, anggukan tu maksudnya awak dah setuju. Bagus. So, gaji yang akan saya bagi untuk percubaan adalah 3,500 gaji asas. Dan, saya akan sediakan tabungan untuk awak, dan insurans juga. Cuma jangan berhenti kerja secara mengejut sebab saya akan ambil tindakan undang-undang.” Naqi buat muka serius.

Amna geram. Dia belum lagi kata setuju.

“Jadi, start esok. Alamat rumah saya nanti secretary saya akan mesej awak. Terima kasih,” kata Naqi dan ketika itu pintu biliknya dibuka oleh perempuan tadi.

“Boss, time for meeting.”

Nagi terus bangun dan menunjukkan jalan untuk Amna keluar. Pintu bilik juga Naqi pegang untuk membenarkan Amna keluar.

Gila, gentleman…

Ahhhh… seronoknya aku dah dapat kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience