Bab 4

Drama Completed 131152

HARI ini hari minggu, pagi ni dalam pukul 10.30 Janatil dan suaminya akan datang ke rumah Makcik Zaiton. Dari pagi makcik Zaiton dan Afifah sudah sibuk di dapur membuat sarapan dan memancuh air untuk di jamukan pada Janatil dan suaminya.

"Mak ni kalut sangat nak masak macam-macam untuk Kak Janatil dan suami dia tu," kata Fazuha sambil duduk di bangku meja makan.

"Tetamu nak datang kena buat apa yang patut untuk diorang makan nanti. Nanti kau pun dapat juga makan. Orang yang masak belum makan lagi, kamu tu tak tolong apa yang melantak dulu" kata Makcik Zaiton.

"La mak dan ifa tak makan lagi ke. Manalah Zuha tau, Zuha tengok dah terhidang dekat meja Zuha makan je la" kata Fazuha.

"Ifa pergi la makan dengan Zuha tu," kata makcik Zaiton sambil tangannya mula meletakkan karipap yang sudah dibalut dengan isi ke dalam kuali.

"Ifa makan dulu ya," kata Afifah lalu ia pun duduk di bangku meja makan yang sudah ada bihun goreng di atas meja tersebut.

Usai makan Afifah pun membantu Makcik Zaiton mengemas dapur. Sementara makcik Zaiton pula pergi ke halaman rumahnya untuk menyiram pokok-pokok ke sayangannya. Sambil menunggu kak Janatil dan suaminya, Afifah dan Fazuha melepak di ruang tamu sambil menonton tv. Tak lama kemudia kedengaran bunyi kereta berhenti di depan rumah Makcik Zaiton.

Rupanya kak Janatil dan suaminya sudah sampai. Afifah dan Fazuha cepat-cepat mengutip barang-barang mereka yang ada di ruang tamu untuk di bawa masuk ke dalam bilik Fazuha. Makcik Zaiton pun menjemput Janatil dan suaminya masuk ke dalam rumah. Janatil dan suaminya pun masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa yang ada diruang tamu tersebut. Tak lama kemudian terdengar makcik Zaiton memangil Fazuha dan Afifah.

"Zuha, Ifa mai sini tolong mak hidangkan makanan untuk tetamu ni" kata Makcik Zaiton.

"Haa la ni," kata Fazuha. Lalu Fazuha dan Afifah pun pergi ke dapur mengambil makanan yang berada di atas meja untuk di letak di ruang tamu. Fazuha nampak biasa saja tapi Afifah nampak malu-malu bila berada di ruang tamu. Kerana ini kali pertama Afifah akan berdepan dengan bakal suaminya.

"Ifa mai duduk dekat sini," kata Janatil meminta Afifah duduk di sebelahnya.

Afifah dengan perasaan malu ia pun duduk di samping Janatil. "Bang ni la bakal isteri kedua abang" kata Janatil pada suaminya.

"Oo muda lagi" kata Muhaimin suami Janatil. Sambil matanya memadang pada Afifah. Afifah bertambah tak selesa bila Muhaimin asyik memadang ke arahnya.

"Macam mana pilihan ayang ni" kata Janatil sambil matanya memadang ke arah suaminya.

"Abang tak kisah yang penting sayang boleh terima. Abang ikut je" kata Muhaimin.

Sementara itu makcik Zaiton dan Fazuha menyibukkan diri di dapur untuk membiarkan Janatil, Muhaimin dan Afifah berbincang bertiga sahaja.
Tak lama kemudian Makcik Zaiton dan Fazuha pun duduk sekali di ruang tamu. "Macam mana jadi ke nak buat Ifa ni isteri kedua kamu Min?" tanya makcik Zaiton.

"Saya setuju je dengan pilihan Janatil ni," kata Muhaimin.

"Kalau macam tu boleh la nanti makcik bagi tau pada mak Ifa ni," kata makcik Zaiton.

Selepas makan tengahari di rumah Makcik Zaiton barulah Janatil dan Muhaimin pulang. Kerana hari ini hari minggu Makcik Zaiton tidak membuka kedai. Kedai makcik Zaiton memang tidak akan buka pada hari ahad. Petangnya Makcik Zaiton dan Afifah pergi berjumpa dengan Rasidah ibu Afifah untuk membincangkan tentang pernikahan Afifah yang akan menjadi isteri kedua.

Ada perasan takut bila Afifah melangkah kakinya masuk ke dalam rumah ibunya. Afifah membiarkan saja Makcik Zaiton memberitahu tentang rancangan pernikahannya. Afifah pergi ke bilik untuk mengambil barangnya. Selepas mengambil barang di dalam biliknya Afifah pun pergi ke arah ibunya dan Makcik Zaiton.

"Ifa kamu betul-betul sanggup bermadu ni?" tanya Rasidah pada anaknya Afifah untuk mendapat kepastian.

"Ifa sanggup, lagi pun ifa dah jumpa bakal madu dan bakal suami ifa" kata Afifah.

"Kalau ifa sanggup mak tak kan halang. Mak akan terima keputusan Ifa" kata Rasidah.

"Terima kasih mak" kata Afifah.

"Kalau macam tu saya balik dulu la. Nanti nak telefon bagi tahu pada sepupu Zuha tu kata keluarga ifa dah setuju" kata Zaiton.

"Ifa malam ni biar tidur dekat rumah je. Tak payah nak menyusahkan makcik Ton tu" kata Rasidah.

"Heh tak dak menyusahkan lah ifa ni. Lagi pun boleh buat kawan untuk Zuha tu"kata Makcik Zaiton.

" Tapi dah banyak hari sangat tumpang tidur rumah kau tu" kata Rasidah.

"Ha la, malam ni Ifa tidur dekat rumah la. Esok pagi awal-awal ifa pergi rumah cik Ton." kata Afifah.

Mendengar kata-kata Afifah. Makcik Zaiton pun beredar dari rumah Rasidah untuk kembali ke rumahnya yang hanya selang 4 buah rumah saja.

SEMINGGU selepas Janatil dan suaminya datang ke rumah Makcik Zaiton, hari ini Janatil dan Muhaimin akan datang pula ke rumah Rasidah ibu Afifah. Hari ini Janatil dan Muhaimin ingin membincang tarikh yang sesuai untuk pernikahan antara Muhaimin dan Afifah. Hari ini Makcik Zaiton dan Fazuha pun ada sekali di rumah Afifah untuk membincangkan soal pernikahan Afifah. Ayah tiri Afifah pun ada sekali semasa Janatil dan Muhaimin datang.

Hari ini dalam jam 3.00 petang barulah Janatil dan Muhaimin sampai. Rasidah dan Afifah juga sudah siap memasak bihun goreng untuk di jamu pada tetamu yang datang. Sampai saja Janatil dan Muhaimin, Rasidah menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

Janatil, Muhaimin, Maklong ibu Janatil, Fazuha dan Makcik Zaiton pun masuk ke dalam rumah. Dan duduk di sofa di ruang tamu. Tak lama kemudian Jamil ayah tiri Afifah pun duduk sekali di ruang tamu. Muhaimin pun bersalaman dengan Jamil.

"Kami datang nak berbincang tentang tarikh untuk pernikahan Afifah dan Muhaimin" kata Maklong ibu Janatil.

"Kami ni terpulang pada pihak lelaki saja tarikhnya" kata Jamil.

"Hantaran dan maskahwin macam mana?" tanya Muhaimin.

"Hantaran tu kalau boleh kami nak tujuh ribu ringgit. Maskahwin pula seribu ringgit." kata Rasidah.

"Kami setuju " kata Maklong dan Muhaimin serentak.

"Kalau macam tu pihak lelaki nak letak tarikh nikah bila" tanya Rasidah.

"Kalau boleh dalam 2 bulan lagi, sebab banyak juga urusan nak buat untuk nikah ni" kata Janatil.

"Kalau macam tu sempat la Ifa nak pergi khusus kahwin dan ambil keputusan SPM dia" kata Rasidah.

Selesai berbincang Rasidah memangil Afifah supaya mengambil bihun goreng dan air yang sudah di bancuh untuk di hidangkan pada tetamu. Afifah pun meletakkan bekas bihun dan dulang air di ruang tamu untuk di jamu pada tetamu. Selesai mejamu makanan yang di hidang semua tetamu pun meminta diri untuk pulang.

Selepas semua tetamu pulang Afifah pun mengemas bekas-bekas makanan tadi. Dan Afifah pun mencuci pingan yang di gunakan tetamu tadi di singki.

"Tak sangka tak lama lagi ifa dah nak jadi isteri orang" kata Rasidah pada Afifah.

"Dah jodoh Ifa. Mak nanti kena cari ayah la untuk jadi wali ifa masa nikah nanti" kata Afifah.

"Tak perlu cari, mak tahu je dekat mana ayah kamu tu," kata Rasidah.

"Kalau mak tahu dekat mana ayah lagi senang la. Ayah tinggal dekat mana mak" tanya Afifah sambil matanya memadang pada ibunya itu.

"Ayah kamu ada dalam penjara sekarang ni" kata Rasidah.

"Kenapa ayah ada dalam penjara?" tanya Afifah.

"Ayah kamu tu kena tangkap sebab jual benda terlarang. Sudah dekat 2 tahun ayah kamu dalam tu. Sebab masa kena tangkap benda terlarang tu ada banyak dekat ayah kamu, jadi tak boleh nak buat apa-apa" kata Rasidah.

"Tapi kita boleh pergi melawat ayahkan" ucap Afifah.

"Boleh je. Tapi kalau Ifa nak pergi melawat ayah ajak sekali Ikbal tu"kata Rasidah lalu ia pun berlalu pergi menuju ke arah anak yang bongsu tiba-tiba menangis.

Sementara Afifah pula terus mengemas apa yang patut di dapur. Tiba-tiba Ikbal datang ke arah dapur dan duduk di bangku meja makan.

"Tak sangka kak ifa sanggup bermadu," kata Ikbal.

"Mungkin dah nasib akak agaknya" kata Afifah.

"Ikbal tahu kak ifa nak nikah sebab nak lari pada ayahkan" kata ikbal lagi.

"Itu salah satunya juga. Tapi kak Janatil dan suami dia tu orang baik. Tak salah kalau kak ifa jadi isteri kedua" kata Afifah.

"Terpulang pada kak ifa la. Ikbal harap kak ifa akan bahagia dengan pilihan kak ifa ni" kata Ikbal.

"Harapnya macam tu la" kata Afifah.

Malamnya Janatil menelefon Afifah untuk memberitahu sesuatu. Janatil memberitahu bahawa duit hantaran dan maskahwin tu tidak akan di potong dengan duit tawaran yang akan ia berikan pada Afifah sebanyak duapuluh ribu ringgit. Kerana duit hantaran dan maskahwin itu duit Muhaimin. Sementara duit perjanjian antara Afifah dan Janatil akan di bayar oleh Janatil sendiri. Kerana ini perjanjian antara mereka berdua saja, Muhaimin tidak tahu tentang perjanjian ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience