AKU merasakan lebih baik aku menjadi isteri kedua daripada diganggu oleh ayah tiriku. Ia mungkin hari ini aku boleh tumpang rumah Fazuha tapi apa kata jiran-jiran bila melihat aku kerap ada di rumah Fazuha. Sedangkan kami tinggal berjiran. Lagi pun aku juga malu bila ada sepupu dan adik beradik makcik Zaiton datang ke rumah makcik Zaiton, tentu mereka akan memadang aku semacam. Ya lah aku hanya jiran dan kawan rapat Fazuha bukan ada hubungan keluarga pun dengan Fazuha dan Makcik Zaiton.
Mungkin dengan menjadi isteri kedua aku boleh lepas dari ayah tiriku. Aku sudah tak sanggup lagi nak melalui semua ini. Hari ni aku masih boleh selamat lagi. Tapi bagai mana dengan esok, lusa dan hari beringkutnya. Aku sudah tak sanggup berdepan dengan ayah tiriku. Aku benci padanya.
Malam ini aku menumpang tidur di rumah Makcik Zaiton. Aku telah menelefon adikku Ikbal memberitahu bahawa aku akan tidur di rumah Makcik Zaiton.Supaya ikbal tidak menungguku pulang dari kerja.
Malam dalam pukul 9.00 malam makcik Zaiton telah menelefon Maklong ibu pada sepupu Fazuha. Makcik Zaiton telah memberitahu tentang aku sanggup menjadi madu untuk anak Maklong bernama Janatil. Walau pun hatiku merasa berbelah bagi tapi ini saja caranya aku dapat bebas dari ayah tiriku.
Niatku bukan kerana wang tapi supaya aku dapat bebas dari ayah tiriku. Duit yang bakal aku dapat itu akan aku simpan untuk Ikbal sambung belajar nanti. Kerana lagi 2 tahun Ikbal akan ambil ujian SPM. Biarlah aku saja yang tak dapat menyabung pelajaran.
Selepas mengemas-gemas kedai dan menutup kedai, kami bertiga pun bertolak pulang ke rumah Makcik Zaiton. Selalunya makcik Zaiton akan memberhentikan vannya bila sampai di depan rumahku. Tapi kali ini tidak kerana aku akan menumpang tidur di rumahnya malam ini. Sampai di depan rumah makcik Zaiton. Aku dan Fazuha pun turun dari van. Kami berdua membuka pintu pagar, lalu makcik Zaiton pun memandu vannya masuk ke dalam pagar. Selepas van Makcik Zaiton masuk ke dalam pagar aku pun menutup kembali pintu pagar dan menguncinya. Sementara Fazuha pula membuka kunci pintu rumah.
Selepas membuka pintu kami bertiga pun masuk ke dalam rumah. Makcik Zaiton pun mengunci pintu rumah.
"Ifa makcik lupa nak bagi tahu, esok Janatil nak datang jumpa ifa untuk bincang tentang urusan pernikahan dengan suami dia" kata Makcik Zaiton.
"Pukul berapa kak Janatil nak datang esok" tanyaku.
"Dalam pukul 10 pagi, esok Janatil kata nak bawa Ifa pergi satu tempat untuk bincang berdua saja" kata Makcik Zaiton.
"Oo tak apa la," kataku.
"Ifa kalau rasa tak sanggup jangan teruskan." kata Makcik Zaiton lagi.
"Betul tu ifa apa yang mak aku kata tu" ucap Fazuha.
"Ifa rasa, Ifa sanggup jadi isteri kedua. Jika ini saja jalan yang boleh buat ifa menjauhi ayah tiri ifa." kataku.
"Bila kau nak bagi tahu dekat mak kau ifa. Tentang kau nak nikah jadi madu kakak sepupu aku ni" tanya Fazuha.
"Nanti lepas jumpa kak Janatil barulah aku bagi tahu mak aku" kataku.
"Sudah-sudah la tu, pergi tidur dah tengah malam dah ni" kata Makcik Zaiton.
"Ya la," kata Fazuha. Lalu aku dan Fazuha pun pergi ke dalam bilik untuk tidur. Malam ni aku tidur di dalam bilik Fazuha bersama Fazuha. Malam ni mataku agak sukar untuk terlelap. Aku tak dapat lupakan apa yang telah ayah tiriku cuba lakukan padaku pagi tadi.
Aku juga terfikir betul ke apa yang aku lakukan ni untuk menjadi isteri kedua dan melahirkan anak untuk suami kak Janatil supupu Fazuha. Apa lagi umurku yang baru 18 tahun ni terpaksa bermadu. Agaknya macam mana rupa suami kak Janatil tu. Tentu perutnya boroi. Selalu orang banyak duit ni perut dia selalu boroi. Daripada aku jadi hamba seks ayah tiriku lebih baik aku jadi isteri kedua. Boroi pun boroi la, aku terima je la.
Paginya dalam pukul 6.00 aku terbangun untuk sembahyang subuh. Aku lihat Fazuha masih lagi tidur di buai mimpi. Aku segera pergi ke bilik air untuk membersihkan badan dan mengambil wuduk. Bilik air dekat dengan kawasan dapur. Aku lihat makcik Zaiton sedang membuat sarapan di dapur. Aku menghampiri makcik Zaiton dan menegurnya." makcik buat sarapan apa pagi ni" tanyaku.
"Pagi ni makcik buat nasi goreng je. Awal ifa bangun," kata Makcik Zaiton.
"Ifa dah biasa bangun pagi bantu mak buat sarapan. Ifa nak mandi dulu la." kataku sambil aku berjalan menuju bilik air.
" Nanti lepas ifa siap mandi tolong kejutkan si Fazuha tu. Kalau tak di kejutkan tak bangun la sampai ke sudah Fazuha tu"kata Makcik Zaiton.
"Baik nanti Ifa kejutkan" kataku.
Selesai mandi dan mengambil wuduk aku pun mengejutkan Fazuha dari tidurnya. Fazuha ni memang agak susah untuk bangun pagi. Kerana dulu masa sekolah bila ada kem dan rombongan aku lah yang akan jadi tukang kejutkan dia dari tidur. Goncang la badan dia macam mana pun dia akan tertidur balik. Sampai pernah aku simbah air pada muka dia baru lah dia terjaga dari tidur.
Usai sembahyang subuh aku pergi ke arah dapur untuk menolong Makcik Zaiton apa yang patut. Sementara Fazuha pula selepas sembahyang subuh dia tertidur balik di dalam bilik.
PAGINYA dalam pukul 10 pagi kak Janatil sepupu Fazuha pun sampai untuk membawa ku ke suatu tempat. Aku pun bila sampai saja kak Janatil terus aku keluar untuk berjumpa dengannya. Kak Janatil memintaku untuk masuk ke dalam kereta. Lalu aku pun masuk. Masuk sahaja ke dalam kereta dan siap memakai tali pingang kelendar kak Janatil pun terus memandu menuju ke suatu tempat.
Aku hanya diam sahaja semasa berada diam kereta. Begitu juga dengan kak Janatil matanya hanya fokus di jalan raya sahaja. Sampai di satu tempat kak Janatil memakir keretanya. Tempat ini adalah taman tasik tempat hari minggu ramai orang melepak di sini dan kekadang ada juga orang yang berjoging. Di sebab hari ini bukan hari cuti jadi tidak ramai orang di taman tasik ini. Selepas kak Janatil mematikan enjin keretanya aku pun keluar dari dalam kereta.
"Jom kita duduk dekat situ" kata kak Janatil sambil jarinya menunjukkan ke arah sebuah bangku yang tidak jauh dari kami.
"Baiklah," kataku. Lalu aku dan kak Janatil pun berjalan ke arah bangku tersebut. Sampai di bangku itu kami berdua pun duduk di bangku tersebut. Di tepi bangku ini ada pokok yang agak besar.
"Terima kasih sebab sanggup nak jadi madu kak Janatil.Kak Janatil tahu kamu lakukan semua ni sebab terpaksa dan ingin melarikan diri dari ayah tiri kamu. Makcik Zaiton dah bagi tahu segalanya tentang masalah kamu pada kakak" kata kak Janatil.
Aku tak sangka Makcik Zaiton akan beritahu masalah ku dengan ayah tiriku. Tapi Makcik Zaiton pun ada bagi tahu padaku dia terpaksa nemberitahu masalah ku pada kak Janatil. Kerana kak Janatil hairan kenapa umur ku yang masih muda baru 18 tahun sanggup menjadi madunya.
"Asalkan ifa dapat lari dari ayah tiri. ifa sanggup jadi madu kak Janatil."kataku.
" Sebenarnya kak nak bagi tahu syarat dan perjanjian antara kita berdua bila Ifa jadi madu kakak nanti," kata Kak Janatil.
"Apa dia kak syarat dan perjanjian dia?" tanya ku sambil mata ku memandang pada wajah kak Janatil. Aku lihat kak Janatil ni wajahnya cantik. Kulitnya pun putih melepak jauh dari aku kulit sawo matang ni. Walaupun umur kak Janatil sudah 33 tahun tapi masih nampak awek muda lagi.
"Perjanjian dia kalau dah sampai setahun Ifa masih belum mengandung Ifa kena minta cerai dengan suami akak. Akak hanya akan bayar sepuluh ribu ringgit sahaja, lagi sepuluh ribu akak tak akan bayar jika ifa tak mengandung. Tapi jika ifa mengandung dan melahirkan anak untuk suami akak baru akak akan bayar lagi sepuluh ribu ringgit tu. Selepas habis pantang dalam sebulan ifa boleh la mulakan hidup baru. Lagi satu perjanjian ni hanya antara kita berdua sahaja. Suami akak serta orang lain tak perlu tahu, termasuk Fazuha dan Makcik Zaiton. Harap Ifa faham ya," kata Kak Janatil.
Aku terdiam dan tergamam mendengar perjanjian yang di ucapkan oleh kak Janatil. Kiranya aku ni di madukan hanya sementara sahaja. Bila aku tak mengandung dalam setahun aku terpaksa minta cerai. Dan bila aku sudah melahirkan anak aku terpaksa pergi jauh dari anak ku. Tapi aku tetap terpaksa terima semua perjanjian itu kerana hanya ini saja jalan yang aku nampak boleh membuatku bebas dari ayah tiriku.
"Ya, Ifa faham. Dan ifa akan tunaikan semua perjanjian yang kakak cakap tadi" kataku.
"Kalau macam tu bagus la," kata Kak Janatil.
"Kak boleh tak ifa nak tanya sikit tentang suami akak. Orangnya macam mana ya dan apa nama dia" kataku.
"Nama suami akak Mohd Muhaimin Bin Roslan. Umur dia 34 tahun. Orang dia segak la juga dulu masa sama-sama masih belajar di Universiti ramai peminat juga dia tu." kata kak Janatil.
"Oo tak dak la tua sangat," kataku.
"Kenapa ifa ingat suami akak tu tua ke?" tanya kak Janatil.
"Ya la, sebab Zuha kata suami akak tu ahli peniagaan kaya banyak duit. Selalunya ahli perniagaan ni tua -tua" kataku.
"Suami akak tu dak la kaya sangat. Yang kaya ayah dia. Suami akak hanya bantu apa yang patut saja di syarikat tu. Suami akak makan gaji dengan ayah dia. Suami akak ada seorang abang. Abang dia tu nanti yang akan ambil alih Syarikat tu." kata kak Janatil.
"Kak Janatil pun kerja dekat Syarikat tu juga ke" tanyaku.
"Oo akak tak kerja dekat situ. Akak kerja dekat tempat lain. Nanti bila ifa dah lahirkan anak. Akak akan rekomen ifa kerja dekat tempat akak. Syarikat tempat akak kerja ni besar dan ada cawangan di negeri lain." kata kak Janatil.
"Boleh juga tu." kataku.
"Jom kita pergi makan dulu. Lepas tu baru akak hantar ifa balik" kata kak Janatil sambil ia pun berdiri dari posisi duduk. Aku pun mengikuti kak Janatil pergi ke arah keretanya.
Kami pun masuk ke dalam kereta. Kak Janatil pun menghidupkan enjin keretanya. Lalu memandu ke arah sebuah restoran.
"Akak lupa la nak bagi tahu dekak ifa. Hari minggu ni akak akan datang dengan suami akak. Suami akak pun teringin nak jumpa bakal isteri kedua dia. Tapi kak harap ifa jangan sebut langsung tentang perjanjian kita berdua tu" kata kak Janatil.
"Baik lah ifa tak akan sebut pasal tu" kataku.
"Jom kita pergi makan" kata kak Janatil sambil ia mematikan enjin keretanya di depan sebuah restoran. Aku dan kak Janatil pun keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam restoran.
Selesai makan kak Janatil pun menghantar ku pulang ke rumah makcik Zaiton. Hampir pukul 1.00 tengahari baru aku sampai di rumah makcik Zaiton. Selepas aku keluar dari dalam kereta, kak Janatil pun memandu keretanya pergi dari rumah Makcik Zaiton. Kak Janatil kata ia tak boleh singah nak jumpa Makcik Zaiton dan Fazuha kerana ia ada urusan kerja pula selepas ni.
Malam ni aku masih menumpang tidur di rumah makcik Zaiton. Aku sudah menelefon ibu dan memberitahunya aku akan tidur di rumah Makcik Zaiton untuk berapa hari ni. Walau pun ibu agak marah kerana aku tidur di rumah orang. Macam aku ni tak dak rumah pula. Aku hanya mendengar saja bebelan ibu ku di dalam telefon.
Adikku ikbal sudah dapat mengagak punca aku menumpang tidur di rumah makcik Zaiton. Dalam keluargaku hanya ikbal saja yang faham dengan masalah aku. Rasanya ibuku pun boleh tahu sebab apa tapi ibu seperti tidak mahu terlalu fikir. Mungkin kerana 2 orang adik-adiku yang masih kecil jadi ibu tidak mahu terlalu memikirkannya.
Share this novel