DI sebuah kedai makan kelihatan seorang gadis bernama Aina Afifah sedang mengemas meja dan menyusun barang-barang yang ada di dalam kedai makan tersebut. Aina Afifah berumur 18 tahun. Aina Afifah sudah lama bekerja di kedai makan tersebut dari umurnya 15 tahun. Pagi ia akan ke sekolah, petang dalam pukul 4.00 ia akan ke kedai makan untuk bekerja. Kedai makan ini kepunyaan ibu sahabat baiknya bernama Fazuha.
Fazuha mendekati Afifah kerana ia melihat wajah sahabatnya seperti ada masalah."Ifa kau ada masalah ke" tanya Fazuha.
"Kau tahu la kan macam biasalah masalah aku" kata Afifah.
"Ni mesti tentang ayah tiri kau lagi la ni" ucap Fazuha.
"Ya la siapa lagi. Aku tak tahu dah nak buat apa dengan ayah tiri aku tu. Kekadang aku jadi takut nak balik rumah" kata Afifah.
"Kalau dia kacau kau lagi. Kau lari je rumah aku" kata Fazuha.
"Tapi aku kesian dekat mak dan adik aku. Tapi kalau dia dah lebih sangat nemang aku akan lari pergi rumah kau la" kata Afifah.
"Ifa nanti bila keputusan SPM keluar kau nak sambung belajar dekat mana?"tanya Fazuha.
"Rasanya aku tak boleh nak sambung berlajar dekat mana-mana pun. Sebab aku mana ada duit. Selama ni pun aku sekolah semua pakai duit aku sendiri dengan duit biasiswa aku je." kata Afifah.
"Mak kau takkan tak boleh keluar modal sikit untuk kau ifa" kata Fazuha.
"Mak aku takkan bagi punya. Biarlah sementara waktu ni aku kerja dulu dekat kedai makan mak kau ni. Lepas dapat sijil keputusan SPM nanti baru aku pergi cari kerja tetap"kata Afifah sambil tangannya mencuci pinggan yang ada di dalam singki.
"Zuha! Kau pi kacau Ifa buat kerja dah kenapa. Bukannya nak buat kerja" jerit Zaiton ibu Fazuha.
"Ya la, ni Zuha nak pergi buat kerja la ni" kata Fazuha sambil berlalu menuju ke depan untuk mengambil pesanan pelangan yang baru masuk ke dalam kedai.
"Hai kenapa la kau tu tak mahu ikut perangai Ifa yang rajin. Asyik nak mengulat je." kata Zaiton.
Kekadang Zaiton merasa kesian dengan nasib sahabat baik anaknya itu. Mengenang nasib Aina Afifah yang terpaksa bekerja untuk menampung persekolahnya tanpa di bantu oleh ibu atau ayahnya.
Ibu dan ayah Afifah bercerai semasa umur Afifah 12 tahun. Selepas itu Afifah langsung tidak pernah berjumpa dengan ayahnya sampai sekarang. Selepas setahun bercerai ibunya berkahwin lain dengan seorang lelaki yang muda 6 tahun dari ibunya.
Selepas itu kehidupan Afifah berubah kerana ibunya nampak terlalu sayang pada ayah tirinya. Sampi sanggup berikan hadiah mahal-mahal untuk ayah tirinya. Sementara hidup Afifah dan adik lelakinya yang berumur 9 tahun ketika itu terabai. Adik lelaki Afifah bernama Mohd Ikbal.
Sekarang umur ikbal sudah 15 tahun. Tahun ini Ikbal akan mengambil peperiksaan PT3. Afifah lah yang selalu memberikan wang belanja sekolah pada ikbal. Kerana ibu mereka mempunyai 2 orang anak dengan suami barunya yang masih kecil. Dua orang adiknya itu akan di hantar ke pengasuh bila ibunya pergi bekerja.
Ayah tiri Afifah pulak jenis tidak bekerja tetap. Dan kerap tidak bekerja. Ibu mereka lah yang terpaksa menangung segala keperluan untuk keluarga mereka.
**************
MALAM ini seperti biasa dalam pukul 11 malam Afifah pulang ke rumah selepas selesai membantu mengemas barang-barang di kedai. Sampai di rumah Afifah pun memberi salam dan Ikbal pun menjawab salam. Lalu membuka pintu rumah. Begitulah setiap malam Ikbal akan menunggu sampai kakaknya pulang. Selepas membuka pintu dan Afifah telah masuk ke dalam rumah barulah Ikbal menuju ke biliknya untuk tidur.
Sementara Afifah pula akan ke bilik dan mengambil tualanya lalu ke bilik air untuk membersihkan badannya. Selesai membersihkan badannya,Afifah pun menuju ke biliknya kembali.Masuk saja di dalam biliknya Afifah pun menguci pintu. Tiba-tiba Afifah terkejut melihat ayah tirinya keluar dari tepi almari bajunya." Apa yang ayah buat dekat dalam bilik ifa ni." jerit Afifah terkejut.
"Saja nak jumpa anak ayah" kata ayah tiri Afifah yang bernama Jamil. Sambil jamil berjalan mendekati Afifah.
Nasib baik Afifah sudah memakai pakaiannya siap-siap di bilik mandi tadi. "Ayah tolong keluar dari bilik ifa sekarang." kata Afifah dengan marah.
Tapi Jamil tidak mempedulikan jeritan Afifah badannya semakin menghampiri Afifah. Afifah dengan cepatnya membuka kunci pintu biliknya lalu membuka pintu bilik tersebut. Ikbal kebetulan baru ingin melelapkan matanya terdengar jeritan suara Afifah. Lalu ikbal bangun dari baringnya dan turun dari katil. Dan ikbal pun menuju ke arah suara kakaknya.
Ikbal melihat pintu bilik kakaknya Afifah terbuka sedikit. Lalu ia pun meluru masuk ke dalam bilik Afifah. Ikbal melihat ayah tirinya cuba untuk melakukan sesuatu pada Afifah. Ikbal pun dengan secepat kilat menarik badan Ayah tirinya dari Afifah. Dengan marahnya Ikbal menumbuk badan ayah tirinya tersebut.
"Jangan kacau kakak aku!" jerit Ikbal dengan nada yang agak marah.
Mendengar kekecohan ibu Afifah terbangun dari tidurnya. Ibu Afifah bernama Rasidah segera menuju ke arah kekecohan berlaku. Ia melihat dua orang anaknya bersama suaminya berada di dalam bilik Afifah.
"Ada apa ni kecoh-kecoh." tanya Rasidah.
"Tak dak apa la sayang" kata Jamil.
"Mak nak tau tak,suami kesayangan mak ni nak buat benda tak elok pada kak ifa" kata Ikbal.
"Mana ada, sayang jangan percaya kata-kata mereka ni." kata Jamil.
Rasidah hanya terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anaknya ikbal. Ia tahu akhir-akhir ini ia agak letih dengan urusan kerja dan 2 orang anaknya yang masih kecil. Seorang baru berumur 5 tahun,seorang lagi berumur setahun setengah. Akibat keletihan Rasidah tidak dapat untuk memuaskan nafsu suaminya
"Sudah semua masuk tidur sekarang. Ifa jangan lupa kunci pintu bilik tu" kata Rasidah.
Lalu Jamil pun berjalan menuju ke arah Rasidah. Dan mereka berdua pun masuk ke dalam bilik mereka. Ikbal dan Afifah agak kesal dengan sikap ibu mereka yang mengambil mudah masalah tersebut.
"Kak hati-hati tau. Jangan lupa kunci pintu bilik tu. Ikbal balik ke bilik ikbal nanti terjaga pulak si Akil tu" kata Ikbal.
"Ya la jangan risau" kata Afifah. Lalu Afifah pun menutup pintu bilik dan mengunci pintu tersebut.
Melihat Afifah sudah menutup pintu bilik.Ikbal pun berjalan menuju ke biliknya. Masuk saja ke dalam biliknya ,Ikbal melihat adiknya yang bernama Akil masih sedap di buai mimpi. Akil berumur 5 tahun tidur satu bilik dengan Ikbal. Sementara adik bongsunya yang baru berumur setahun setengah pula tidur di dalam bilik ibu dan ayah tirinya.
-------
Pagi ini seperti biasa Afifah bangun untuk sembahyang subuh. Selesai sembahyang ia pergi ke dapur untuk menolong ibunya membuat sarapan dan membancuh air. Sementara Ikbal pula bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.
"Ifa nanti tolong belikan susu formula untuk adik kamu. Lepas tu hantar dekat rumah pengasuh. Semalam mak lupa nak beli." kata Rasidah.
"Ok,nanti ifa belikan." kata Afifah.
"Ni mak nak pergi dulu hantar adik kamu dekat pengasuh ni. Kamu tolong siapkan Akil nanti pergi sekolah" kata Rasidah sambil berjalan keluar mendukung anak bongsunya untuk di hantar ke rumah pengasuh. Selepas menghantar anaknya ke rumah pengasuh Rasidah pun terus pergi menuju ke tempat kerjanya.
Sementara itu di rumah ,Afifah menyiapkan Akil untuk di hantar ke sekolah tadika Kemas. Sekolah tadika Akil tidak la jauh hanya berjalan kaki sahaja. Ikbal pula sudah berangkat pergi ke sekolah. Dalam pukul 7.30 Afifah pun menghantar adiknya Akil ke sekolah tadika. Sedangkan ayah tirinya masih belum bangun lagi dari tidur.
Selepas menghantar adiknya ,Afifah akan pergi ke rumah Fazuha. Kerana Afifah tidak berani tinggal berdua dengan ayah tirinya. Begitulah rutin harian Afifah bila ibu,ikbal dan Akil tiada di rumah.
Share this novel