Bab 2
“Saya dah setuju, jadi saya takkan tarik balik kata-kata saya,” tegas Eleesya.
Dia sudah memikirkannya selama beberapa hari sebelum membuat keputusan ini. Sekarang, tiada apa yang akan mengubah fikirannya.
Mendengar kata-kata Eleesya, Amzar tidak lagi membantah. Dengan wajah dingin, dia mengeluarkan kad pengenalannya dan meletakkannya di hadapan kakitangan Pejabat Agama. Eleesya mengikuti langkahnya, menghulurkan kad pengenalan miliknya juga.
Proses pendaftaran pernikahan mereka berjalan lancar dan selesai dalam masa kurang daripada sepuluh minit. Selepas menerima sijil pernikahan, Amzar mengeluarkan satu set kunci dari poket seluarnya, lalu menyerahkannya kepada Eleesya.
“Rumah yang saya beli di Lotus Residence. Dekat saja dengan kedai buku yang awak uruskan di hadapan sekolah menengah tu. Naik bas, tak sampai sepuluh minit dah sampai,” jelas Amzar dengan nada yang sama sekali tidak mesra.
“Awak ada lesen memandu, tak? Kalau ada, beli je kereta. Saya boleh tolong bayarkan deposit, awak bayar ansurannya. Lebih mudah untuk awak ulang-alik ke tempat kerja.”
“Saya sangat sibuk. Selalu keluar pagi dan balik lewat malam, kadang-kadang kena pergi outstation. Jadi, awak jaga diri sendiri. Saya akan pindahkan duit untuk awak pada sepuluh haribulan setiap bulan.”
“Selain itu, untuk elak masalah, kita rahsiakan dulu perkahwinan ini.”
Nada suara Amzar yang tegas dan berterusan membuatkan Eleesya hanya mampu mengangguk. Dia faham bahawa Amzar sudah terbiasa memberi arahan, mungkin kerana kedudukannya di syarikat.
Eleesya bersedia berkahwin dalam masa singkat kerana tidak mahu kakaknya terus bergaduh dengan abang iparnya. Dia perlu keluar dari rumah itu segera, dan berkahwin dengan Amzar adalah jalan keluarnya. Amzar juga tidak membantah, malah sudah menyediakan kunci rumahnya, jadi Eleesya menerimanya tanpa sebarang rasa malu.
“Saya tak ada lesen memandu, jadi buat masa sekarang tak perlu beli kereta. Saya biasanya naik motor elektrik ke tempat kerja. Motor tu baru je tukar bateri, jadi sayang kalau tak pakai.”
“Oh ya, Encik Amzar, perlukah kita berkongsi perbelanjaan rumah?”
Eleesya tahu perkahwinan mereka tidak seperti perkahwinan kakaknya yang berasaskan cinta, tetapi dia ingin tahu pendapat Amzar dalam hal ini.
Tanpa berfikir panjang, Amzar menjawab, “Saya dah kahwin dengan awak, jadi tentu saya mampu tanggung awak. Tak perlu berkongsi perbelanjaan.”
Eleesya tersenyum kecil, “Okay.”
Dia tahu bahawa dalam perkahwinan, memberi dan menerima adalah penting. Jadi, walaupun dia tinggal di rumah Amzar, dia akan memastikan dia juga menyumbang dalam cara yang lain. Lagipun, dengan tinggal di rumah Amzar, dia tak perlu keluarkan duit untuk bayar sewa. Dah boleh jimat.
Amzar kemudian melihat jam tangannya, lalu berkata, “Saya kena balik ke pejabat. Awak boleh pinjam kereta saya dulu atau naik grab. Saya bayar tambang. Saya nak hantar Nenek ke rumah adik saya dulu.”
“Oh. Nah nombor saya. Awak send nombor awak kat saya. Senang saya nak call atau Whatsapp.”
Mereka bertukar nombor telefon, dan Eleesya berkata, “Saya naik grab je. Awak uruskan kerja awak.”
“Okey, kalau ada apa-apa, call saya.”
Sebelum pergi, Amzar sempat menyerahkan RM50 kepada Eleesya untuk tambang Grab. Eleesya teragak-agak untuk menerimanya, tetapi akhirnya dia sayar apabila Amzar menjeling.
Pasangan suami isteri yang baru saja menguruskan sijil pernikahan itu tidak meninggalkan Pejabat Agama bersama-sama. Amzar keluar dahulu dan terus masuk ke dalam keretanya, meninggalkan Eleesya.
“Mana menantu cucu Nenek?” tanya Nenek Sarah dengan hairan apabila melihat hanya Amzar yang keluar.
“Kamu berdua masuk bersama, kenapa tak keluar sekali? Kamu batalkan perkahwinan?”
Amzar dengan tenang mengeluarkan sijil pernikahan dari poketnya dan menyerahkannya kepada neneknya. “Kami dah dapat sijil perkahwinan. Am kena balik ke pejabat untuk mesyuarat. Am dah beri dia duit untuk tambang Grab.”
“Nenek, Am akan bawa Nenek sampai ke simpang depan. Lepas tu, biar pengawal hantar Nenek balik.”
Nenek Sarah tidak puas hati. “Sesibuk mana pun, kamu patut hantar Eleesya balik dulu sebelum ke pejabat.”
Namun, pintu kereta sudah dikunci, dan Amzar tidak memberi peluang untuk bantahan. “Nenek, Am dah janji untuk kahwin dengan perempuan tu, jadi Nenek tak perlu risau lagi. Am akan buat keputusan untuk masa depan kami. Lagipun, Am masih perlu kenal dia lebih dekat. Selagi Am tak berpuas hati, kami takkan jadi suami isteri yang sebenar.”
“Dengar sini Am, Nenek takkan biarkan cucu lelaki dalam keluarga kita bercerai!” Nenek Sarah bertegas.
“Itu bergantung sama ada dia layak untuk jadi isteri Am seumur hidup atau tak,” jawab Amzar sambil menghidupkan enjin kereta.
“Nenek tak nak balik. Nenek nak tinggal dengan kamu, temankan menantu cucu Nenek,” kata Nenek Sarah, cuba keluar dari kereta, tetapi pintu sudah terkunci.
Namun, Amzar tidak menghiraukannya. Dia sudah masuk ke dalam kereta lain, meninggalkan neneknya yang hanya mampu melihat.
Amzar adalah cucu kepada pemilik syarikat besar dan merupakan pewaris keluarga terkaya di bandar itu. Dengan kekayaan bernilai jutaan ringgit, dia memang terbiasa hidup dalam kemewahan dan membuat keputusan sendiri.
“Budak ni, degil betul!” Nenek Sarah mengomel. “Baiklah. Kalau kamu dah jatuh cinta pada Eleesya nanti, Nenek nak tengok kamu makan balik kata-kata kamu sendiri.”
Marah seperti mana pun, Nenek Sarah tahu dia tak boleh memaksa cucunya. Jadi, dia segera menelefon Eleesya, yang sudah dalam perjalanan pulang dengan Grab.
“Eleesya, Amzar terlalu sibuk dengan kerja. Jangan marah ya,” kata Nenek Sarah dengan lembut.
Eleesya mengusap sijil perkahwinan di dalam poketnya dan menjawab, “Nenek Sarah, El faham. El tak kisah. Nenek Sarah tak perlu rasa bersalah. Dia dah bagi duit tambang untuk naik Grab. El dah dalam perjalanan balik sekarang.”
“Kamu dah kahwin dengan Amzar, masih juga panggil Nenek dengan nama Nenek Sarah.”
Eleesya terdiam seketika, lalu menukar panggilan itu menjadi “Nenek.”
Nenek Sarah menjawab dengan gembira, “Mulai sekarang kita adalah keluarga. Kalau Amzar berani buat jahat dengan kamu, beritahu Nenek. Nenek akan ajar dia.”
Dia mendapatkan menantu cucu ini dengan susah payah, jadi dia tidak akan biarkan cucunya menindas menantu cucunya.
Share this novel
nice
Nice
nice