2

Romance Series 2719

PAGI-pagi lagi Haikal sudah terpacak di depan mesin kopi. Semua ini disebabkan mahu mengelak daripada rakan sekerja terutama Wardah. Seorang perempuan yang mempunyai kuasa gps semula jadi. Dia boleh kesan aura gosip sejauh dua lorong bilik kebal.

"Haikal!" jerkah Wardah.

"Hah, sudah! Dah kena tangkap," gumam Haikal.

Wardah menjeling lelaki di sebelahnya. Haikal nampak tenang seperti hari sebelumnya. Laju tangannya mencapai cawan kertas di sebelah mesin.

"Wei, aku dengar semalam ada orang nampak someone. Someone tu temankan Puan Raisya kita dekat tembok belakang. Kau ada dengar tak?"

Haikal menoleh ke arah Wardah dan senyum segaris. Riak wajah Wardah sebiji rupa mak cik yang suka mengumpat di lori ikan.

"Haikal, kau dengar tak?!"

"Hmm, aku dengar. Agaknya bayangan kau je. Kau tak tahu ke tembok tu suka tipu pandangan orang yang lalu sana. Ada orang kata tembok dekat situ keras."

Pantas dia berpaling dari diserang perempuan yang berkemeja putih, rambut tocang satu dan cermin mata bingkai merah jambu ini. Sayangnya tidak sampai seminit, Wardah mendepakan tangan demi menghalangnya pergi.

Jari kecil dipetik-petik di depan muka rakan sekerjanya disertai dengan hujung kening bercantum. Dia tahu Haikal mengelak daripada jawab soalannya.

"Kau jangan nak temberang Kal. Mana ada dinding lembut. Hei, aku harap sangat lembaga tu bukan kau. Ini kalau bos tahu... alamatnya mampus kau!"

Haikal ketawa mengekek. Riak wajah dan nada suara Wardah tersangatlah memainkan peranan bila mengumpat. Tepat dan menusuk ke hingga dalam. Belum sempat dia menjawab suasana di luar pantri tiba-tiba sunyi dari sebelumnya. Dia dan Wardah menoleh ke arah pintu pantri yang terbuka luas.

Bunyi tumit kasut mahal memecah kesunyian pejabat di awal pagi. Apa yang pasti itu bukan tumit kasut tumit tinggi 4inci milik Puan Raisya. Itu bunyi tumit kasut kulit yang harga mencecah sebulan gaji pokok mereka.

Haikal dan Wardah meneguk liur. Spontan juga mereka merapikan diri sebelum melihat susuk tubuh itu muncul di hadapannya. Apa yang pasti, bila bunyi ini muncul maka ada kisah drama dan ribut emosi melanda sejak malam tadi. Pagi ini hanya sambungan kecil. Sama ada sesi memujuk atau sebuah kemaafan.

"Morning. Sorry ganggu you all.”

"Morning bos."

Dahinya digosok sekejap. Riak wajah Tengku Zafran yang baru muncul dapat dibaca dengan mudah. Wajahnya tenang tetapi pandangan Tengku meliar ke seluruh ruang.

Tidak lain dan tidak bukan sekarang ini Tengku Zafran sedang mencari seseorang.

"Satu... dua... tiga... empat...." bisik batin Haikal.

Tidak sampai lima saat, pandangan Tengku berhenti tepat ke arah Puan Raisya yang baru muncul bersama fail di tangan. Serentak itu juga dia dan Wardah tiba-tiba sibuk mengacau kopi. Telinga mereka mula mengembang mencari signal perlahan-lahan.

"Morning Tengku Zafran. Awal Tengku turun sini? Ada hal penting?"

Pandangannya tajam memerhati dua bos berbual di depan pintu.

Tengku Zafran berdiri dengan jarak yang sangat dekat. Terlalu dekat hingga menyentuh fail di tangan Puan Raisya.

"Andainya aku ditakdirkan jadi fail tu, dah lama aku berguling pergi tempat lain. Tak sanggup jadi fail," gumam Haikal tanpa perasaan.

Wardah menyiku dan ketawa kecil apabila dengar Haikal tergumam. Jari diletak di bibirnya agar Haikal diam.

"Betul apa. Kau sanggup jadi fail tu?" bisik Haikal.

"Aku jadi fail, aku jatuhkan diri ke lantai dulu Kal," balas Wardah perlahan.

"Raisya, lunch hari ni... you free?” tegur Tengku Zafran.

Dia cuba menyentuh pipi Raisya namun Raisya berganjak selangkah ke belakang.

"Sorry Tengku I have a meeting with client," balas Raisya, tenang.

Lirikan mata Haikal serta merta dapat menangkap rahang bos mengetat tapi senyuman lelaki itu masih ada. Senyuman lelaki yang ingin menguasai dan menakluki Puan Raisya.

"Never mind. Maybe dinner?” ucap Tengku Zafran, lembut.

"Next time my foot," bisik batin Haikal.

Haikal menggengam gelas yang dari tadi tidak diminum kemas. Giginya mula dilaga-laga menahan geram. Tidak ubah seperti senaman mulut.

Tengku Zafran tersenyum saat Raisya menggeleng dan pergi. Dia tahu Raisya masih marahkannya tentang hal semalam.

"Your life is mine," gumam Tengku Zafran.

Pandangannya beralih ke arah dua pekerjanya yang berada di dalam pantri.

"Haikal.”

"Yes, bos.”

"Masuk bilik saya. Sekarang!”

Haikal memandang wajah Wardah sekejap. Dia mengangguk. Gelas di tangan ditolak ke Wardah sambil mengenyit mata.

Jauh di sudut hati Haikal berdoa "Janganlah dia tahu aku yang teman isteri dia semalam sudah."

"Good luck Haikal!" jerit Wardah bila Haikal mengikut langkah bos besar syarikat ini.

..
..
Selesai sahaja sesi talimat dengan Tengku Zafran dan beberapa pekerja yang lain, Haikal terus balik ke jabatannya. Niatnya sekarang hanya mahu mengisi air. Dia langsung tidak berniat mahu sibuk masalah rumah tangga orang.

"Apa la. Taklimat dia lebih banyak bebel daripada isi penting. Meeting dengan team aku je lagi padat dari dia," omel Haikal, sinis.

"Macam mana nak fokus, setiap kali bos buka mulut dah macam kena marah dengan cikgu disiplin," bisik batin Haikal.

Haikal dapat rasakan muka Tengku Zafran pagi ini memang seperti harimau lapar. Muka ketat. Suara memetir. Bila difikirkan semula, jelas sekali Tengku ada masalah dengan Puan Raisya.

"Nasib kau la Haikal," gumam Haikal.

Haikal tiba di meja dan mencapai botol air di tepi komputer. Sempat tangannya mencuit belakang Ramli sedang menghadap komputer. Dia berjalan malas menuju ke pantri.

Entah mengapa kakinya tidak singgah ke pantri tapi terus melangkah hingga ke lorong belakang. Lorong itu merupakan lorong fail lama syarikat.

"Aku dengar sesuatu. Hmm, tak mungkin ada hantu siang-siang," bebel Haikal, yakin.

Langkahnya serta merta berhenti. Pandangannya mula meliar di setiap sudut dan akhirnya dia dapat menangkap susuk tubuh mereka. Mereka sedang berdiri di antara rak dengan label 2053=LPHS Kimanisan dan 2043=LPHS Merana Jiwa.

"Tengku dengan Puan? Cepatnya dia turun dari aku? Bos tak patut ada dekat sini. Puan tu ya sebab dia memang selalu keluar masuk sini," gumam Haikal.

Haikal terdiam melihat tangan Tengku Zafran naik ke dagu Puan Raisya. Suara Tengku perlahan tapi cukup tegas hingga bulu romanya berdiri tegak.

"Apa lagi yang you nak, Raisya? You nak malukan I depan semua orang?" tanya Tengku Zafran dengan senyuman senget.

Raisya menepis tangan suaminya lembut.

"I tak nak you kacau I. I nak buat kerja I. You tahu yang I selama ni cover kerja you depan client. Jangan salahkan I tak ada masa dengan you," balas Raisya, sopan.

"Kerja? Alasan. You sengaja nak tunjuk depan semua orang yang you lagi hebat dari I,” sindir Tengku Zafran.

"Terpulang. Pergi balik office you. Tak manis nanti staff nampak."

Haikal berdiri kaku melihat mereka bertekak. Puan Raisya nampak tenang depan suaminya. Dirinya rasa seperti mahu beredar tapi kakinya seakan tidak memberi kerjasama. Adakah kerana dirinya tidak boleh pandang bos kesayangannya dalam keadaan seperti itu?

Mata Raisya merah seperti sedang menahan diri dari menangis di depan suaminya. Dia perlu kuat.

"Jangan letak salah tu atas I Zafran. You yang buat I rasa tak ada tempat dalam hidup you. I ni siapa dalam diri you Zafran? Rakan sekerja, PA or maid you?”

Tengku Zafran mendekati Raisya sedang memalingkan wajah. Perlahan tangannya memaut pipi gebu Raisya agar isterinya memandang wajahnya.

"You nak cakap siapa salah lepas you dah pandai senyap-senyap jumpa lelaki lain belakang I?"

Raisya tunduk. Tangannya menggenggam lengan sendiri menahan emosi. Bisikan Zafran benar-benar buat Raisya tidak selesa.

"Zafran, I tak nak gaduh lagi dengan you. I letih, I penat.”

Lembut tapi nada itu keluar dari mulut perempuan seperti Puan Raisya, Haikal rasa dirinya seperti dilempang.

Selang beberpa detik kemudian Haikal tiba-tiba tersadung pada troli fail. Serentak itu juga fail-fail jatuh bertaburan seperti binaan Jenga yang runtuh.

"Bodohnya aku!" maki Haikal di dalam hati.

Puan Raisya dan Tengku Zafran menoleh ke arah bunyi dan susuk tubuh yang berada dalam longgokan fail. Mereka terdiam melihat seorang pekerja mengangkat tangan sambil tersengih dalam timbunan fail.

Tengku Zafran memandang wajah isteri sekejap dengan kening terjongket. Sedetik kemudian dia memandang lelaki itu semula. Tangannya mencekak pinggang apabila melihat perangai Haikal yang sedikit gopoh keluar dari timbunan fail yang baru isterinya kutip.

"Saya… saya cari fail. Salah jalan tadi. Jangan marah ya. Nanti kena cerai. Sambung la balik gaduh. Saya tak dengar apa-apa pun. Sumpah saya tak dengar Puan letih."

Sementara itu Raisya mengelap hujung matanya manakala Tengku berdehem.

"Errk… saya pergi. Saya pergi dulu ya. Fail ni tak jumpa pula. Ingat hebat sangat tadi dapat cari. Mungkin banyak sangat habuk ni. Itu sebab penat nak cari. Mata saya merah pula masuk habuk."

Haikal terus beredar dengan muka tidak bersalah.

Tengku Zafran memandang isterinya sedang tunduk sambil mengelap air mata.

"Dia dengar kita sembang?" tanya Tengku.

Raisya hanya mengangkat kedua bahu seakan tidak pasti walaupun dia tahu lelaki itu menyindir mereka terutama ayat akhir Haikal tadi.

Haikal pula berjalan dan masih lagi memikirkan masalah mereka. Entah mengapa dirinya makin peduli dan kisah dengan keadaan Puan Raisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience