Prolog

Romance Series 2719

"RAISYA boleh kita dinner malam ni, berdua. You and I." Bicara Tengku Zafran yang serak dan lembut buatkan langkah Haikal tiba-tiba mati. Haikal menoleh dan berdiri disebalik dinding kaca seperti cicak.

Pandangannya sengaja ditajamkan agar nampak dengan jelas keadaan di dalam. Mulutnya terbuka sedikit bila melihat Tengku Zafran berdiri terlalu rapat dengan Puan Raisya. Makin terteleng kepala Haikal apabila Tengku makin menghampiri Puan Raisya. Perempuan itu pula seperti tiada ruang mahu mengelak dan bernafas daripada Tengku.

"Berani betul bos ni," bisik batin Haikal.

Tidak cukup dengan itu makin terbeliak mata Haikal apabila melihat bahu mereka hampir bersentuh.

Renungan mata Tengku Zafran ke Puan Raisya buatkan dirinya mengucap panjang. Lagak Tengku sekarang tidak ubah seperti seorang lelaki yang belum reda dengan kehilangan isteri.

"Bos ni dah cerai pun nak gatal lagi," gumam Haikal sambil menepuk dinding cermin.

"Kal!"

"Hoi, kau apahal dekat-dekat dengan janda kau... haisyh! Ramli! Gila la kau ni. Nasib baik bos tak dengar," bentak Haikal ke Ramli.

Rasa nak tercabut jantungnya dibuat Ramli. Mana tidaknya, Ramli boleh pula tepuk belakang badannya kuat sampaikan rasa terkejut nak mati jadinya.

"Kau buat apa Haikal? Sekodeng ya," usik Ramli.

Haikal menekup dan menolak pipi Ramli kasar ke arah bos dengan Puan Raisya di dalam pejabat. Sempat tangannya menekan kepala Ramli supaya rapat ke dinding cermin.

"Kau tengok tu, kau tengok tu... bos kita tu langsung tak sedar ke perempuan yang dia nak pikat balik tu cuma bekas isteri dia. Aku rasa la kan, bos ni memang jenis muka jantan tak tahu malu. Ada ke patut dah ludah jilat balik."

Ramli memandang ke arah bos dan Puan Raisya di dalam pejabat sambil mengangguk lambat.

"Kau pun angguk. Kau jadi bos, kau kejar ke Puan tu semula," bebel Haikal ke Ramli demi menutup keresahan yang bersarang di hati.

"Aku jadi bos, buat apa aku nak kejar balik. Ramai lagi orang cantik dekat luar tu. Petik je jari bersusun datang. Apa orang kata when money talks, iblis pun jalan, " balas Ramli dengan mimik muka yakin.

"Kan, sebab tu aku intai. Aku sakit hati betul dengan Tengku ni," rungut Haikal dengan mimik muka tidak puas hati.

Ramli terdiam. Dia menoleh ke arah Puan Raisya yang tiba-tiba menjerit marah disentuh Tengku Zafran. Sedetik dia berdecit.

"Biarlah dia. Kau ni kata tadi nak ambil barang. Kau boleh pula stop depan pejabat Puan pula tengok sinetron. Cepat sikit, aku tunggu dekat lobi."

Haikal meraup wajah kasar. Satu keluhan panjang dilepas.

"Ya, aku nak ambil... kau tunggu sana nanti aku datang."

"Jangan lambat, nanti kita lambat sampai galeri."

"Ya, aku turun."

Haikal memandang Ramli pergi meninggalkannya. Sedetik, pandangan Haikal beralih ke arah Tengku Zafran dan Puan Raisya semula. Jari-jemari Haikal dikepal menjadi penumbuk.

"Ikutkan hati aku ni, nak je langgar masuk pejabat. Lepas tu tarik Raisya keluar dan jerit kuat-kuat. Biar satu pejabat tahu... tapi sayang... aku tak boleh."

..
..
Suara lantang Tengku Zafran masih terngiang di dalam kepala otak Haikal. Suara yang benar-benar mengganggu perasaan Haikal. Suara itu buat kehidupan Haikal jadi serba salah di depan Puan Raisya hingga sekarang.

"Kau nak ajak aku main permainan ni, Haikal?!" tengking Tengku Zafran.

Nada Tengku begitu dingin dan sinis. Pandangan matanya pula buatkan Haikal seperti pekerja bawahan yang hina. Tidak berpendidikan walaupun Haikal ada ijazah dalam bidang ini.

"Jangan sampai aku tahu kau ada niat dan perasaan dengan Puan Raisya. Sedar diri tu, kau cuma pekerja bawahan aku. Sebelum kau rasa nak terbang tinggi dengan Puan Raisya aku nasihatkan baik kau fikir siap-siap untuk berhenti kerja. Faham ke tidak!"

Berdesing telinga Haikal dibuatnya. Silap dia juga bodoh masa itu. Sepatutnya dia melawan bukan cuma angguk dan senyum semalam.

Tangan Haikal masih menyusun helaian kertas yang ada di meja walaupun dunianya masih tersekat di peristiwa semalam.

"Zafran! Jangan sampai I jerit."

"Dia buat lagi!" maki Haikal di dalam hati spontan.

Haikal pantas menoleh apabila terdengar suara Puan Raisya menjerit. Kali ini bukan dirinya seorang sibuk tapi ada lagi beberapa pekerja menoleh dan terdiam sama sepertinya.

Apa yang pasti dari tempat dia berdiri sekarang matanya boleh melihat dengan jelas tangan Tengku Zafran memegang tangan Puan Raisya dengan cara paksa.

"Konon tak sengaja. Konon nak ambil dokumen. Ingat kita tak tahu bos tu sengaja buat macam tu ke Puan Raisya," bebel Wardah.

"Syytt, dengar bos nanti. Diam," balas Ramli.

"Kita tengok je apa jadi. Bos pun satu, Puan dah tak nak dia tu sudah la... sibuk betul nak kejar janda dia," celah Mika.

Haikal mengetap bibir dan menggagahkan semangatnya. Rahangnya bergerak mencari akal.

"Please Raisya, demi mama, demi nana. I tahu you masih sayangkan I."

Sejujurnya Haikal kenal gaya itu. Gaya lama yang Tengku guna untuk buat Puan Raisya lemah. Ringan rasa kakinya melangkah setapak ke depan bila batas kesabarannya mula hilang. Serentak itu dada Haikal terasa sakit.

"Jangan masuk campur. Nanti teruk kau kena."

Langkah Haikal terhenti apabila Ramli memaut bahunya. Haikal mengeluh. Dia tahu permainan ni bukan sekadar soal cemburu. Haikal terpaksa mengalah dan duduk semula.

Walaupun dia sedar Puan Raisya tenang tapi kali ini tenang perempuan itu sebenarnya penat. Dirinya juga penat. Puan Raisya penat berpura-pura, penat hadap bayang masa silam yang tak reti lepaskan Puan Raisya. Si Tengku Zafran pula kejar Puan Raisya macam hantu raya setiap masa.

Haikal sedar dia hanya mampu menjadi penonton yang tidak boleh bertindak seperti superhero. Dia hanya boleh pandang, boleh tahan sabar selagi mampu.

"Sampai bila Haikal?" bisik batin Haikal.

Selagi rahsia belum terbongkar, selagi dunia belum tahu yang Puan Raisya sudah kahwin lain, selagi itu Tengku Zafran yang gila itu akan kejar Puan Raisya.

"You tu cuma bos I Zafran. Bukan lagi suami I!" tengking Raisya.

"Woww... kan Puan dah mengamuk," bisik Mika.

Haikal menarik nafas dalam-dalam. Seribu satu perasaan bercampur baur. Apa lagi saat gegendang telinganya menangkap jeritan Puan Raisya yang sarat dengan rasa kecewa.

"Mungkin orang akan kata aku pengecut sebab sembunyi status kami tapi andainya mereka tahu sebab sebenar, aku rasa mereka sendiri pun belum tentu berani buat apa yang aku buat," gumam Haikal dengan tangan menggeletar.

"Krekk."

Bunyi retakan kecil yang kuat memecah keheningan di mejanya. Pen di tangannya sudah patah tiga. Nafasnya semakin laju. Dada terasa mendidih. Hatinya tak mampu lagi menahan sabar yang boleh buat dirinya gila.

Haikal bangun dengan wajah tegang.

"Haikal, sabar boleh tak! Kau marah ni macam Tengku tu kacau bini kau pula," sindir Megat.

"Hisyh, janda boss tu... sebenarnya ISTERI AKU LA WEI!" jerit batin Haikal sambil menumbuk meja kuat.

New baby winwin, Isteri Aku Janda Dia. Semoga terhibur dengan hasil karya win ;) ❤️❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience