Keesokan harinya,aku bersekolah macam biasa.Guru kelas ku masuk ke kelas ku untuk mengajar serta mengagihkan tugas kepada ajk yang dilantik semalam.Aku dan 'partner' kebersihanku diberi tugasan untuk membuat jadual kebersihan kelas.Aku hanya menurut sahaja perintah guruku itu manakala Faiz dan Aida perlu menghias papan kenyataan di belakang kelas.Sewaktu aku sedang memilih tugasan untuk diberikan kepada ahli kelas aku, aku ternampak Faiz dengan Aida berbual dengan mesra.Aku agak sedikit cemburu melihat mereka bergelak tawa bersama - sama. Aku hanya menjeling sahaja.Ketika aku sedang leka membuat tugasan, aku dihampiri dengan 'classmate'ku yang bernama Qistina.Dia menyapaku untuk berkenalan dengan ku.Bukan dia seorang tetapi ramai lagi yang menghampiri ku.Mereka bertanya kepadaku ” Hai.Ada apa -apa yang kitaorang boleh tolong? Kitaorang nak tolong si Faiz dengan Aida tapi takut kitaorang kacau pulak mereka tengah ber'sweet -sweet' bersama.Jadi kitaorang datang dekat kau.Mana tahu kau perlukan pertolongan”kata mereka.Aku hanya tersenyum walaupun tengah tahan cemburu kerana mereka kata Faiz dan Aida sedang 'bersweet - sweet' di belakang.Aku tanpa membuang masa terus aku meminta mereka berikan aku cadangan untuk membuat jadual kebersihan kelas.
Sewaktu kami sedang berbual,tiba - tiba Aida datang menyapa.Aku hanya membuat muka selamba apabila dia menghampiri meja ku. “ Korang buat apa tu?Sibuk ke?" katanya.Aku berkata “tak pon hampir nak siap dah ni.Kenapa?" tanyaku sambil mencapai botol air berwarna biru di sebelah ku.Dia tersenyum sambil berkata“ bagi korang Faiz Iman tu ' handsome' tak?.Tersedak 'siot' aku.Nasib tidak tersembur ke muka dia.Kalau kena padan muka beraninya dia kata Encik 'Crush' ku 'handsome' depan mataku tapi memang betul pun Faiz Iman nampak ' handsome' lagi - lagi bila dia pakai baju seragam sekolah lengkap.Terserlah ke'handsome'an dia.“Kenapa kau cakap macam tu?" soalku.“ Aku rasa aku macam ter'fall in love' la dengan dia" jawab Aida.Aku hanya senyum dalam kesedihan.“Kenapa kau boleh jatuh hati dengan dia?Sedangkan korang baru borak tadi?" soalku.“Ntah la aku suka dia secara tiba - tiba saja.Mungkin sebab dia 'gentleman' kot" jawabnya.“Oh suka dia sebab dia ' gentleman' je tak kukuh betul alasan tu "bisik hatiku.Aku hanya melayan sahaja ceritanya berkenaan si Encik 'Crush' baru dia tu.Malas aku ingin bersuara nanti makin rasa sakit hati 'so better' aku diam.(Bersambung)
Share this novel