Selepas beberapa tahun aku menjadi seorang murid di sekolah rendah, kini masa remajaku telah memanggil.Aku tidak begitu teruja untuk bersekolah di sekolah baru lagi kerana aku mungkin terpisah dengan kawan baik ku Elya.Adakah aku tidak dapat berkawan dengannya lagi?Adakah aku tidak dapat menghubungnya lagi apabila bersekolah lain?Fikiran ku bercelaru.Aku buntu tak tahu ingin buat apa.“ Kenapalah aku tidak sama sekolah dengan sahabat baik ku. Apakah ini dugaan?" kata hatiku.Aku juga berasa amat risau akan Encik Crush ku.Adakah dia bersekolah lain sama seperti sahabatku.Aku pasrah akan ketentuan tuhan yang diberikan olehku.Aku berharap Encik Crush ku akan sama sekolah denganku.
Selepas cuti persekolahan akhir tahun,aku pun berganjak masuk ke Sekolah Menengah. Aku hanya berjalan dengan selamba dan duduk di barisan budak tingkatan 1.Macam biasa,hari isnin mesti ada perhimpunan rasmi.Haih malas betul.Aku hanya mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengetua tersebut.
Selepas habis perhimpunan rasmi,aku pon masuk ke dalam kelas.Sekali lagi aku menjadi seorang yang tak tahu hala tuju bukan aku sahaja tapi ada ramai lagi murid yang sama sepertiku.Ada juga setengah murid di dalam kelas ku mempunyai kawan dari sekolah rendah.“ Mesti seronok kalau Elya ada" kataku.Setelah aku duduk di tempat yang tidak berpenghuni,aku hanya memandang sekeliling.Secara tiba - tiba hatiku berasa berdegup laju tatkala selepas aku terjumpa jejaka yang wajahnya amat aku kenali iaitu Faiz Iman Encik Crush ku. Aku menoleh beberapa kali supaya aku tidak bermimpi tetapi jejaka yang aku temui tadi adalah benar seorang manusia yang aku kenali.Kami saling berlaga mata dan memberi senyuman tanda menyapa kerana jarak tempat duduk kami amat jauh.Tak mungkin aku dapat bergerak ke sana sebab ramai lelaki berhimpun di meja Crush ku.Aku hanya dapat memerhatikannya dari jauh buat kali yang kedua.Hmm tidak mengapa janji aku satu kelas dengan dia lagi.Panjang betul jodohku dengan si dia.Bahagianya hidupku pada hari pertama persekolahan.Crush ku membuatku hilang sedikit rasa sedih kerana memikirkan kawan baik ku tadi.
Jam menunjukkan 8.00pagi.Guru mata pelajaran pertama a.k.a guru kelas ku masuk ke dalam kelas.Guru kelas ku ingin melantik seorang ketua dan penolong kelas,ketua dan penolong kebersihan,setiausaha,bendahari,ketua dan penolong keceriaan dan ajk mata pelajaran.Aku biasalah malas nak libatkan diri dalam menjadi seorang ketua atau penolong.Bagiku aku hanya membawa malang sahaja kalau aku menjadi ketua atau penolong.Selepas seorang demi seorang terpilih,tiba - tiba guru kelas ku memetik nama ku sebagai penolong kebersihan.Aku hanya redha sahaja dengan jawatan yang dipilihkan oleh guru kepadaku.Tatkala selepas aku menjadi ahli jawatan kebersihan,nama yang selalu terngiang-ngiang di telinga ku telah dipilih oleh guru .Sapa lagi kalau bukan Faiz Iman. Tetapi dia menjadi ketua keceriaan dan aku penolong kebersihan.Mengapalah aku tidak sukarelawan sahaja tadi .Sudah tentu aku akan dapat menjadi penolong keceriaan dengannya.Dia berpasangan dengan seorang budak perempuan yang tidak kalah cantiknya iaitu Aida.Aida ni seorang yang pentingkan diri,dan sombong.Bagaimana aku tahu?Aku pernah satu kelas dengan dia waktu darjah 6 , aku tidak menceritakannya sebab tidak penting bagi ku untuk orang yang 'sellfish' macam dia.(Bersambung)
Share this novel