Aku Sarah.Aku di besarkan oleh atuk dan nenekku di kampung.Aku seorang yang periang dan suka bergaul dengan kenalan baru. Aku bersekolah di kampungku kerana ada masalah keluarga yang sukar di selesaikan. Aku dijaga oleh atuk dan nenek ku sejak aku berumur 1 tahun sehinggalah aku berumur 8 tahun.Kenapa 8 tahun sahaja?heh sebab urusan keluarga aku sudah selesai dan mereka ingin membawa aku berpindah ke Kuala Lumpur.Aku terpaksa berpindah ke sana walaupon aku tak ingin meninggalkan kedua atuk nenekku. Apakan daya syurga di bawah tapak kaki ibu aku patut patuh akan permintaannya.
Setelah cuti tahun baru, Aku pon mula bersekolah di tempat baharu.Bermula lah kisah seorang budak hingusan yang keluar dari kampung berpindah ke Kuala Lumpur yang dinamakan sebagai tempat yang strategik untuk mencari kerja.Aku berasa agak kekok sedikit mana taknya aku je budak dari kampung mana tahu bergaul dengan budak bandar ni.Aku hanya redha pada tuhan supaya nasibku tidak buruk apabila menjejakkan kaki di sekolah baharu ini.
Tepat jam 7.00 pagi , aku dan ibuku melangkah masuk ke sekolah tersebut . Hatiku berasa berdebar kerana aku takut apa-apa yang akan terjadi padaku.Aku dan ibuku terus pergi ke dewan sekolah untuk perhimpunan pagi.Hmm biasalah hari pertama masuk sekolah rendah ,budak - budak darjah 1 ni mesti melalak punya ,yela hari pertama ke sekolah takut mak diorang tinggalkan diorang la tu. Hmm terpaksa la aku hadap suasana yang bising tu. Kalau aku tak berpindah mesti aku tak kebosanan.Ada kawan untuk bersembang ni tak orang mesti ingat aku tak ada hala tuju.Yela budak hingusankan.
Selepas perhimpunan rasmi habis, aku pon bergerak masuk ke kelas . Orang memperhatikanku sambil mata tidak berkelip.Aku berasa amat canggung sedikit. Ye la mana taknye semua mata tertuju padaku.Gilerrr tak goyang.Selepas beberapa minit , aku disuruh oleh guru kelas ku untuk memperkenalkan diriku.Betapa gementarnya aku tapi aku terpaksa kuatkan diri supaya aku tak boleh di pandang remeh oleh budak bandar. Aku pon memperkenalkan diriku pada 1 kelas. Aku perkenalkan diriku dan bla bla bla.Lepas habis , memperkenalkan diri aku pon duduklah di tempat yang guruku sediakan.
Tidak lama selepas aku melabuhkan punggungku ke kerusi, mataku tertuju pada seorang lelaki yang berambut kemas,berbaju sekolah lengkap,bertali leher, dan mempunyai senyuman yang manis yang ingin membuatku pengsan di situ jugak.Alangkah tampannya lelaki itu.Aku ingin menyapa dia tetapi aku tidak ingin orang menuduhku seorang yang gatal.Jadi hasratku ingin menyapa dia tidak mungkin akan tercapai.Aku hanya dapat memerhatikannya dari jauh sahaja.
Kring.... Hah itu tandanya waktu rehat telah tiba.Alangkah gembiranya aku apabila bunyi loceng berdering. Mana tak nya aq sudah lapar sebab dari semalam lagi aku tak makan . Aku pun tanpa melengahkan masa aku terus berjalan menuju ke kantin sekolah walaupon aku tak tahu mana terletaknya kantin tersebut tapi aku terus mengekori orang yang hendak pergi ke situ juga.Tiba - tiba betapa terkejutnya aku apabila seorang budak perempuan menarik tanganku . Aku terjerit kecil kerana terkejut.Dia hanya tertawa melihatku berpelakuan begitu. (Bersambung)
Share this novel