Bab 4- Amukan Diana

Short Story Completed 287204

Dhiya usap perut yang sudah berusia enam bulan itu dengan perlahan. Lama pandangannya tertumpu pada langit malam. Sayang mama ni akan jumpa dengan ayah. Mama akan cari ayah. Mama akan pastikan anak mama jumpa ayah hari pertama sayang lahir.

Walau ayah susah nak jumpa kita, mama akan pastikan kita takkan terpisah lagi dengan ayah. Mama akan sentiasa berada di sisi ayah. Sebab ayah syurga kita.

Air mata yang mahu mengalir dilap dengan laju. Jangan mudah mengalirkan air mata Dhiya! Kau tak boleh cengeng!

Dah dua minggu dia duduk di Kuala Lumpur. Berhari-hari menunggu bila tibanya suami datang mencarinya.

Berulang alik dia ke bangunan tempat kerja Rahmat. Sudah pun dimaklumkan pada Saleha untuk sampaikan pesan bahawa dia menunggu Rahmat datang ke bilik sewaannya yang terletak berdekatan dengan tempat kerja si suami. Namun tak juga nampak batang hidung Rahmat datang menyinggah.

"Dik, suami akak dah masuk kerja?"

"Belum kak."

"Ni nombor akak. Akak baru beli. Nanti bagitau dekat Abang Rahmat untuk call akak. Akak nak sangat jumpa dengan dia sebelum akak beranak."

"Berapa usia kandungan akak?"

"Enam bulan. Tapi akak rasa tak sedap hati. Akak takut anak dalam ni tak sempat tengok atau rasa kehadiran ayah dia."

Saleha diam sambil ketap bibir. Sungguh dia simpati dengan nasib wanita seperti Dhiya. Kenapa Abang Rahmat sanggup tipu isteri yang kelihatan sangat lurus dan baik ini? Tidak punya hati kah lelaki itu? Saleha simpan kesal.

"Lama lagi ke Abang Rahmat outstation?"

"Err... Semalam dia dah balik kak, tapi hari ni dia pergi outstation tempat lain pula."

Raut hampa Dhiya merobek hati Saleha.

"Sekarang ni jadual bos dengan Abang Rahmat agak padat sikit. Memang tak lekat dekat pejabat kak." Saleha ketap bibir lagi. Terpaksa dia kata begitu untuk hilangkan sedikit gundah dan walang dijiwa si isteri.

Abang Rahmat jahat! Tempik Saleha dalam hati.

Dhiya mengangguk faham.

"Kalau dia dah balik, sampaikan surat ini pada dia. Dan sampaikan juga salam rindu akak pada dia. Katakan pada Abang Rahmat yang akak sentiasa doakan dia dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki. Pesan pada dia tak perlu tunggu kaya baru pulang ke kampung. Akak ikhlas terima dia seadanya dia." sayu suara Dhiya. Surat putih dihulurkan pada Saleha.

" Kak, hati- hati. Saya doakan urusan akak dan Abang Rahmat dipermudahkan."

Dhiya angguk sambil tersenyum. Dia orak langkah keluar dari situ. Ingin bersiap untuk pulang ke kampung halaman. Daripada buang duit di sini lebih lah baik Dhiya duduk di kampung. Dia mahu percaya pada janji suaminya walau rasa percaya itu sudah semakin goyah.

Saya bagi tempoh sebulan pada awak, abang. Kejarlah dunia ini. Kerja lah bagai ingin hidup seribu tahun lagi. Saya setia tunggu kepulangan awak. Tapi andai sebulan ini tiada langsung khabar dari awak, saya akan menuntut hak saya. Kuala Lumpur ini akan menjadi saksi perjuangan saya mendapatkan hak anak saya yang perlukan kasih-sayang seorang bapa.

Cukup saya seorang menjadi yatim piatu. Anak saya tak mungkin perlu rasa perit yang sama.

Benar sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan tetapi jangan terlalu lama meninggalkan kami .. kerana cinta, percaya dan cinta itu ada tarikh luputnya.

Teja membawa hati yang sedih dengan langkahnya yang perlahan.

Ibu.. Dhiya rindu ibu..

Dhiya dah tak ada sesiapa ibu.. Suami Dhiya lebihkan kerjaya, kakak pula langsung hilang khabar berita.

Kenapa kakak marah Dhiya ibu? Kenapa kakak mengamuk bila tahu Dhiya kahwin dengan Abang Rahmat sedangkan itu calon suami dari dia?

Dhiya rasa kosong sangat ibu, Dhiya rasa hati dia sakit. Kenapa hidup Dhiya sedih begini?

Dhiya ada anak, tapi suami Dhiya tak tahu pun pasal anak ini. Dia macam dah tak pedulikan Dhiya. Apa salahkah percaturan kita selama ini ibu? Salahkah Dhiya ikutkan kehendak kakak dan kahwini lelaki pilihan dia?

Tak semena peristiwa Diana mengamuk tempoh hari kembali ke ingatan.

"Bodoh! Bodoh! Dasar adik bodoh!" Marah Diana bagai kerasukan. Habis semua barangan dilempar ke lantai kayu.

"Kenapa dengan akak ni? Balik dari oversea terus mengamuk tak tahu apa. Tadi okey sahaja, lepas dah berehat jadi macam ni."

" Aku jadi macam ni sebab kau! Kenapa kau kahwin dengan mamat ni?" Frame kahwin Dhiya dilempar jatuh ke bawah. Sedikit lagi kaca yang pecah terkena kaki Dhiya. Istighfar panjang Dhiya.

Frame yang dah pecah itu diambilnya.

"Ini Abang Rahmat. Dia lelaki yang akak pilih untuk Dhiya. Dhiya dah ikutkan kemahuan kakak, apa lagi yang tak kena?"

"Ni Rahmat? Kau ni memang bodoh lah Dhiya! Bodoh, bengap, adik tak guna! Memang patut pun kau terperok dekat kampung ni. Bodoh tak boleh disorok langsung!"

Mata Dhiya pandang tepat pada si kakak.

" Mana laki kau sekarang?" Tangan dicekak di pinggang.

" Dia kerja di Kuala Lumpur."

"Kerja sebagai apa? Driver?"

Dhiya angguk. Mungkin. Suaminya pesan akan kerja keras dan tak memilih kerja untuk baiki taraf kehidupan mereka nanti. Janji Rahmat tidak lama perginya. Satu hari nanti dia akan berjaya dan dia akan pulang dan bawa Dhiya bersamanya.

Diana gelak sambil menggeleng kepala. Dasar Dhiya yang bodoh! Hidup-hidup kena tipu dengan 'Rahmat'.

"Dia pergi sebelum ibu meninggal atau belum?"

"Sebelum."

"Dia tak balik tengok jenazah ibu?"

Dhiya menggeleng.

"Dia tahu tak?"

Dhiya menggeleng. Diana angkat kening bertanya kenapa si menantu sampai tak menziarah dan menguruskan jenazah ibu mertua?

Jawapan Dhiya buat Diana gelak kuat.

" Kau jangan buat bunyi macam laki kau tu miskin sangat! Orang kalau tak ada telefon, itu menipu namanya. Dhiya, satu je aku pesan dengan kau. Kalau nak hidup tanpa dibodohkan, jangan terlalu dungu dan jangan sesekali kau mudah percayakan orang.

Manusia macam kau ni adalah manusia yang paling derita dekat atas muka bumi ini. Hidup ini tak semestinya kena sentiasa jujur dan jadi baik Dhiya. Kau sedar tak laki kau dah gantung kau tak bertali? Kau sedar tak?"

Dhiya buang pandang ke tepi. Bukan aku tak sedar. Aku sedar. Tapi apa pilihan yang aku ada? Ini semua berpunca dari kau juga! Kalau kau tak beriya carikan calon, aku masih boleh bebas tanpa ikatan. Tapi bila dah terikat begini, apa lagi yang mampu aku buat selain taat dan pasrah? Dhiya tempik dalam hati .

" Jangan jadi bodoh Dhiya, lelaki macam ni tak layak untuk kau. Ikut aku. Kita ke pejabat agama. " Kakak yang baran tadi agak kelihatan santai kini.

"Nak buat apa?"

" Minta fasakh lah! Dah lebih 3 bulan dia tinggalkan kau kan? Khabar berita entah apa. Lelaki tak bertanggungjawab macam ni yang kau mahukan sebagai suami?"

"Dhiya tak nak! Dia nak tunggu Abang Rahmat pulang. Dhiya dah janji akan setia dengan dia hingga hujung nyawa."

"Kenapa kau bodoh sangat? Dia takkan kembali pada kau! Dia peralatkan kau untuk sakitkan hati aku. Dia tak ikhlas pada kau. Dia hanya nak sakitkan hati aku dan sekarang memang aku sakit hati ! Dhiya , tolonglah cerai! Aku tak nak sakitkan kau sebab kau adik aku tapi percayalah cakap aku, kekal jadi isteri dia hanya akan lebih menyakitkan kau. Aku takkan duduk diam melihat kau bersama dengan dia! Tak akan Dhiya! Tak akan!"

"Dhiya tak boleh. Dhiya takkan minta cerai."

"Dhiya! Tolonglah aku merayu. Demi hubungan adik beradik kita. Tolong lah lupakan jantan tu. "

" Dhiya takkan berganjak dari keputusan Dhiya. Akak tak berhak tentukan hidup Dhiya lagi. Dhiya takkan cipta keluarga porak peranda untuk anak Dhiya. Anak Dhiya perlu kenal bapa dia. Dhiya takkan pisahkan anak Dhiya dengan ayah dia. Never !"

"Dhiya.. kau?? Mengandung?" muka Diana pucat. Anggukan Dhiya buat barannya kembali menyinggah.

Habis diamukkan satu rumah menzahirkan rasa amarahnya. Mulut Diana menyumpah jantan tak guna yang kini menyandang status sebagai adik iparnya itu.

Dhiya hanya mampu membiarkan setiap perkakas dirumah dihentam dan dihempas ke lantai. Bunyi kaca pecah memenuhi segenap ruang.

"Kau akan menyesal Dhiya! Aku benci kau! Aku benci jantan tak guna tu! Korang memang tak guna. Aku benci! Benci!!! "

Dhiya yang tak mengerti hujung pangkal cerita hanya mampu diam. Menghadam semua sumpah seranah yang keluar dari mulut si kakak. Sungguh dia keliru. Sungguh dia kurang mengerti. Ada apa sebenarnya?

Kenapa kakak terlalu marah pada suaminya? Bukankah Rahmat itu pilihan Diana sendiri untuknya?

*********

Share this novel

Aqilah
2023-11-02 22:48:41 

Shibal punya rahmat

Adel_12
2023-06-05 11:40:07 

update plss

Mohd Aiman
2023-05-31 15:33:48 

kamunanyak


NovelPlus Premium

The best ads free experience