Dari jauh Dhiya pandang anak-anak bertuah yang mampu disekolahkan oleh ibu bapa mereka. Bertapa beruntungnya kalian.
Dhiya simpan rasa terkilan. Aku tak seuntung kalian. Keluhan dilepaskan. Sudah nasibnya begini. Hendak dikeluhkan apa lagi.
Bukan semua orang beruntung dapat belajar sampai SPM apatah lagi universiti. Dhiya hanya mampu tamatkan pelajaran sehingga tingkatan tiga sahaja. Dia orang miskin. Anak yatim pula. Manalah ibu mampu nak sekolahkannya.
Cukuplah kakak sahaja yang belajar sampai ke menara gading. Kos belajar kakak sangat tinggi, tak sanggup Dhiya tengok ibu bersusah payah mengerah kudrat nak sekolahkan anak-anak.
Walaupun mereka hanya dua beradik tetapi ibu sudah terlalu tua untuk bekerja. Biarlah untuk kali yang entah ke berapa, Dhiya terus mengalah dengan desakan takdir. Orang yang bersabar pasti Allah beri ganjaran.
Dhiya makin jauh dibawa menungan. Seronoknya jadi orang yang habis belajar. Masa depan pasti cerah. Dengan hanya bersijilkan PMR, mana lah dapat dia bersaing dengan graduan luar sana. Maka terperuklah Dhiya di kampung ini. Kerja lah dia sebagai minah kilang.
Dhiya bukan bodoh. Tetapi demi tak mahu susahkan ibu tercinta, dia sanggup berlakon bodoh. Kalau Dhiya cemerlang, pasti ibu tetap berdegil nak sekolahkannya sama bagus dan baik macam kakak. Cukup lah. Dia tahu macam mana ibu susah nak dapatkan duit belanja. Cukup lah.
"Dhiya, terkilan tak habis sekolah?"
Dia pandang ke tepi. Senyuman diukir.
"Dhiya mana lah minat pergi sekolah ibu. Dhiya ni tak pandai macam kakak. Dhiya lebih suka duit dari pergi sekolah. Dhiya lebih suka kerja ,ibu."
"Anak-anak ibu semua pandai. Kalau pun Dhiya tak pandai belajar, Dhiya pandai uruskan kewangan dan hidup Dhiya. Ibu tetap bangga dengan Dhiya."
"Walaupun anak ibu ni hanya kerja kilang?"
"kerja kilang pun tetap anak ibu. Dhiya tak pernah susahkan ibu. Apa lagi yang ibu nak merungut. Dhiya kebanggaan ibu dan ayah."
"ish.. suka beli jiwa orang. Kerja asyik nak potong bawang tangkap leleh je kerjanya. Dah la ibu, Dhiya nak ke pasar beli lauk. Harini ibu rehat. Dhiya masakkan special untuk ibu."
"Dhiya kan tak sihat.Bos kamu paksa kamu cuti untuk kamu rehat. Tak payah susah-susah. Ibu dah siapkan bahan untuk masak. Dhiya duduk dalam bilik. Rehat. Nanti dah siap masak, ibu panggil."
"Biar Dhiya jadi second chef."
"Tak payah. Kamu tu demam. Buat cara orang demam. Jangan nak ligan sangat."
"Demam sikit je. Ibu suka manjakan Dhiya. Kuih pagi tadi pun ibu tak bagi Dhiya tolong."
"Dhiya kena sayangkan diri . Ibu tahu Dhiya suka kerja, suka cari duit. Tapi badan ni kita nak pakai lama. Jangan dipaksa badan kalau dah tak larat."
"Dhiya ok lah ibu.."
"Rehat sayang. Kalau sayangkan ibu, tolonglah pergi berehat." mata ibu mula merah. Kenapa anaknya ini terlalu baik? Pahala apa yang aku dah buat seumur hidup ini Ya Allah hingga kau kurniakan permata yang begitu berharga sekali untuk ku?
Dia kasihankan nasib si anaknya yang seorang ini. Terlalu suka menelan racun sehingga dia yang bergelar ibu turut merasai bisanya. Sungguh ibu doakan syurga yang tertinggi untukmu wahai anak.
"Lah sedih pula. Kenapa ibu ni?"
"Dhiya, kalau ibu dah tak ada nanti kamu jangan bermusuh dengan kakak. Sekali pun kakak tak berlaku adil pada kamu, kamu kena ingat yang ibu hanya ada dua orang anak sahaja. Ibu nak anak-anak ibu rukun dan saling menyayangi satu sama lain. Kamu ingat pesan ibu ye sayang."
"Apa ibu ni? Merah -merah dah mata. Ibu jangan risau, Dhiya takkan sesekali buang kakak dalam hidup Dhiya. Setiap baik buruk kakak, Dhiya akan terima. Dhiya akan sabar sampai Dhiya mati ibu."
"Ibu sayang Dhiya."
"Dhiya pun sayang ibu. Sayang sangat."
*******
Hi korang. Macam biasa, slow update. Kali ini kita cuba buat Heroin yang perangai good2 , bodoh2 alang sikit. Happy reading everyone .. !
Share this novel
good novel
mana sambungngan nye
kenapa selalu lama sangat nak tunggu up date....duda virgin pon dah x boleh bukak