Bab 2- Wajib Pengsan

Short Story Completed 287204

"Selamat pengantin baru, Dhiya." Pipi si anak dicium sayang. Anak bertuahnya.

"Terima kasih ibu. Doakan Dhiya bahagia dan jadi isteri solehah untuk Abang Rahmat."

Ibu mengangguk. Tidak lama itu kedengaran suara seorang lelaki dimuka pintu bilik Dhiya. Memberi salam dan melangkah masuk dengan sebentuk cincin untuk membatalkan air sembahyang.

Dhiya yang tak pernah tengok wajah suaminya sedikit terketar. Entah tak tahu macam mana nak digamparkan perasaan kini. Tangannya dipegang oleh si suami yang dah melabuh duduk disebelahnya. Cerah orangnya.

Dhiya lapangkan hati menerima jodoh yang diutuskan oleh Allah. Siapa pun suaminya, Dhiya akan taat.

Dicium tangan itu penuh hormat. Selamat pengantin baru, suami. Dhiya hanya mampu bersuara dalam hati. Dia malu.

Satu ciuman hinggap di dahinya. Dhiya buka mata ingin melihat wajah suami buat pertama kalinya. Tersentak. Automatik tubuhnya berganjak ke belakang.

Tindakan spontan Dhiya sambil mata terkebil-kebil buat mata yang memandang juga terkejut. Dhiya pengsan!

"Lah pengsan pula budak bertuah ni." Ibu Mila cekak pinggang. Macam-macam hal la si Dhiya ni. Tengok muka suami pun boleh pengsan. Kalau malam pertama nanti mahu menggelupur dia. Kepala digelengkan.

"Rahmat, biarkan Dhiya layan pengsan dulu. Dia terkejut mungkin tengok muka calon pilihan kakaknya ini terlebih elok sangat. Jom kita makan dulu." ajak Ibu sambil menepuk bahu menantunya dua kali.

"Tak apalah ibu, saya tunggu Dhiya. Kami makan sekali nanti."

"ikut lah. Ibu nak melayan tetamu kejap. Kamu teman isteri bertuah kamu ni sekejap."

Ibu melangkah keluar. Rahmat tergelak perlahan sebaik pintu ditutup rapat.

Apalah yang kau terkejut sangat tengok muka aku ni? Kau expect muka aku macam pakcik-pakcik driver dalam drama melayu ke? Perut buncit, muka berkedut siap bermisai ke? Kepala digelengkan.

Rahmat buka kipas ke aras maksima. Panas juga rumah kampung ini pada waktu siang hari. Berbahang.

Terlihatkan keadaan Dhiya yang masih pengsan dalam persalinan nikah dan tudungnya buat Rahmat teragak-agak. Perlu aku tolong bukakan tudung dia ke? panas benar rumah ini. Entah-entah Dhiya Fareha ini terkena strok haba.

Laju tangan dibawa ke tudung Dhiya. Pin dan peniti tudung dibuka dengan penuh berhati-hati. Sempat ditenung wajah bersih itu. Cantik, cuma comot sedikit kalau nak dibandingkan dengan si kakak. Kulit muka Dhiya dielus perlahan. Tak semulus dan seputih si kakak. Mungkin banyak berjemur.

Dia sedia maklum yang gadis dinikahi ini sangat kuat bekerja dan tak suka pergi sekolah. Perempuan kampung. Sekolah takat PMR sahaja itu pun semua failed!

Rahmat mengeluh perlahan. Hendak menyesal pun dah tak guna. Separuh plannya sudah berjalan. Dia perlu teruskan mahu atau pun tidak. Sudah bergelar suami orang dah pun. Tak mungkin dapat berpatah semula.

*****

Setelah sejam, Dhiya celikkan semula mata. Dia telah menemui kesedarannya kembali. Rambut yang berjuntai di dahi dan menutupi separuh wajahnya dikuak ke belakang. Satu keluhan dilepaskan. Mimpi rupanya.

Nasib baik mimpi. Ace gila suami aku kacak rupa gitu. Kuat berangan kau ni Dhiya! Kalau itu lah rupa laki aku, mahu aku buat pulut kuning tiga hari tiga malam. Itu katagori kacak sampai tergolek jantung. Boleh terus masuk list carta satu terkacak di kampung ini.

Dhiya bangun ingin siapkan diri. Sebentar lagi pasti majlisnya akan berlangsung. Teringat perdebatan dengan kakaknya sebulan yang lepas. Tak sangka dalam tak setuju, dia mengalah juga seperti biasa. Apa boleh buat , lumrah hidup seorang Dhiya memang begitu.

"Dhiya, kawan akak nak pinang kau. Kau terima eh?"

Keluhan dilepaskan. Akak tanya ke akak suruh?

"Dhiya, kau dengar tak ni?"

"Dengar.."

"Setuju tak?"

"Logik ke kalau Dhiya main setuju je? Orangnya pun Dhiya tak kenal."

"Kau berkenalan lah dengan dia. Rahmat ni baik. Walaupun dia kerja driver tapi sesuai lah dengan kau. Kau pun belajar tahap mana je pun."

Dhiya diam.

"Terima je lah Dhiya. Takkan kau tak percaya pilihan kakak kau ni?"

"Dhiya belum rasa nak nikah lagi. Dhiya nak enjoy hidup bujang dulu. Dhiya nak jaga ibu."

"Akak ni kesiankan kau, Dhiya. Kalau kau kawin, kau dah tak perlu nak kerja teruk untuk duit. Biar laki kau yang bekerja."

"Dhiya tak biasa harapkan orang, kak. Dhiya lagi selesa usaha sendiri."

"Kau perli aku?!"

"Dhiya tak ada niat apa-apa. Dhiya cakap je."

"Cakap dengan kau asyik menyakitkan hati je."

"Kalau rasa sakit hati, tak payah cakap . Itu lebih bagus rasanya. "

"Kau ni kan .. akak nak balik. Nanti cakap dekat ibu tak payah kirimkan duit pada akak lagi. Aku dah ada yang sudi tanggung belanja aku disana. "

"patut pun diri tu terasa. Asyik harapkan duit orang je. Usaha sendiri tak mahu "

"Biadab kau dengan aku kan?!"

"Biasa je. Orang tak habis sekolah memang macam ni lah. Cakap mana guna otak. Akak tu belajar tinggi, tak payah la layan kalau orang cakap-cakap macam ni."

"Aku tak peduli kau nak melawan sekali pun. Kalau masih anggap aku ni kakak kau, kahwin dengan Rahmat. Aku sudah terlanjur berjanji nak kenenkan kau dan dia. Dia pun dah tangkap cinta dengan kau. Jangan nak buat malu muka kakak."

"Itu bukan urusan Dhiya." Turut berkeras.

"Kau jangan sampai aku buat sesuatu yang kau tak suka Dhiya!"

"Apa?"

"Aku akan bawa ibu jauh dari sini. Aku ada banyak akal untuk pujuk ibu tinggal dengan aku di oversea."

"Oversea?"

"Oh lupa nak cakap dekat kau yang aku dapat sambung belajar dekat luar negara !! Brilliant kan aku?" Dia tersengih bangga sambil mengibas rambutnya.

Gedik! Kutuk Dhiya dalam hati.

Dia ingat ibu akan ikut telunjuk dia? Oversea taik kucing! Dhiya menjeling ke atas. Propa sangat.

"Awak dah sedar?"

Hah? Dhiya dikejutkan dengan sapaan seseorang yang baru masuk dalam biliknya. Dia sudah terasa pening-pening lalat.

"Ehh.. tolong jangan pengsan semula. Saya Rahmat, suami awak. Bukan jelmaan syaitan yang awak kena pengsan banyak kali."

"Suami saya? sekacak ini? Wajib saya pengsan."

Perlahan tubuh Dhiya melorot jatuh. Rahmat menepuk dahinya. Ahhh sudah. Masalah kalau macam ni terus-terusan.

******

Share this novel

AQs bonda
2022-06-04 17:14:01 

teja ke dhiya?

Rohani Hussin
2022-04-12 11:11:31 

Boring betul la bca novel mcm ni..lock ka plak


NovelPlus Premium

The best ads free experience