Series
30336
MALAM ini akan diadakan aktiviti berkumpulan lagi. Setiap kumpulan dipisahkan kepada beberapa tempat dan satu tempat hanya dikhaskan untuk dua buah kumpulan sahaja. Kumpulan Iman pula dijadualkan di Dewan Kasturi.
Iman berdoa dalam hatinya agar bukan Syazrul yang mengetuai aktiviti kumpulannya pada malam ini. Dua hari yang lepas, agak sesak dirinya kerana Syazrul seperti sengaja mencari salahnya dan dia selalu didenda di atas perkara-perkara yang remeh. Malas mahu diingat, jadi malam ini dia berharap ada ruang untuk dirinya bertenang. Lama-lama risau dia boleh mendapat sakit jantung.
Seperti doanya dimakbulkan, muncul Puan Aisyah yang akan mengetuai aktiviti mereka. Iman tersenyum lega. Kalau tidak, boleh mimpi ngeri lagi malam ni. Sudahlah tidurnya setiap malam tidak lena sejak dia datang ke kem ini.
Aktiviti mereka ialah untuk menguji daya ingatan dan komunikasi sesama ahli kumpulan. Meja-meja diatur memanjang kebelakang untuk menyempurnakan aktiviti ini. Syaratnya, ahli kumpulan yang pertama akan melihat sekeping gambar dan akan menyampaikan apa yang ada di dalam gambar kepada ahli yang seterusnya, kemudian dizahirkan kepada sebuah lukisan di atas kertas.
Aturan ini berulang sehinggalah kepada ahli kumpulan yang terakhir. Iman merupakan orang yang ke-empat terakhir. Baru dia menaiki pentas untuk menerima gambaran daripada Zarul, kelibat Syazrul pula muncul di belakang dewan.
Kenapa mesti dia yang muncul..!
Setelah gilirannya menyampaikan gambaran gambar kepada Azie, Iman kembali ke meja. Dari ekor matanya, Syazrul sedang sibuk meneliti lakaran kumpulan satu lagi. Dia tidak mahu mengendahkan kelibat manusia tersebut, pensil dicapai dan dilakarkan apa yang telah Zarul sampaikan kepadanya.
Tangannya berhenti seketika. Mengingati apa lagi yang Zarul sampaikan berkaitan dengan gambar asal. Setelah yakin semuanya sudah dilakarkan, Iman senyum bangga, tidak sangka bakatnya yang terpendam terluah jua di atas kertas A4 kosong di depannya.
“Ini lukisan ke cakar ayam…?” tegur suara dibelakangnya.
Tidak perlu berpusing, secara automatik suara mamat kerek itu sudah pun sebati ditelinganya. Yalah. Sekejap-sekejap Iman. Itu Iman. Salah Iman. Semua Iman. Pening tak..? Macam mana suara tu tak sebati. Boleh jadi trauma tahu tak..
“Encik ada masalah ke kalau lukisan saya cakar ayam pun…” balas Iman. Sengaja mahu menyakiti hati Syazrul. Kalau dia sakitlah kan.. Kalau jenis hati tiada perasaan, mesti tidak terasa juga.
Syazrul hanya mencebik namun masih terbit sebaris senyuman dihujungnya.
“Ini mesti masa sekolah dulu selalu ponteng kelas seni. Sebab tu jadi cakar ayam…” komen Syazrul lagi.
Iman mengetap bibir.
Eh..! Lukisan dia waktu mata pelajaran seni semua dapat A tau. Buta ke apa mata dia ni.
“Lukisan macam ni, kalau pun ada hadiah sagu hati, mesti penganjur tu serba salah. Nak bagi ke tak. Tak nak bagi, kang hadiah sagu hati. Nak bagi kan, macam tak layak nak dapat…” sambung Syazrul lagi.
Iman semakin bengang.
Lukisan ditangannya dipandang.
Cantik kot dia lukis..!
“Syazrul…! Ke depan sekejap…” arah Puan Aisyah yang berada dipentas dengan menggunakan pembesar suara.
Syazrul menunjukkan tanda ok dan kemudian dia bergerak ke depan. Tidak pula dia berhenti melihat lukisan orang lain. Iman mengeluh. Mental ke mamat ni.
Puan Aisyah dan Syazrul seperti berbincang di atas pentas, kemudian microphone bertukar tangan. Puan Aisyah pula keluar dari dewan. Tinggallah Syazrul berdiri di atas pentas.
“Okey.. Times up..!. Berhenti melukis masing-masing. Baik. Kita teruskan pembentangan dari kumpulan sebelah kiri kita dulu ya.. Kita tengok, kuat tak ingatan kamu semua, dan sampai ke tidak komunikasi antara satu sama lain..” suara Syazrul bergema di dalam dewan.
Hah!
Sudah..
Jangan dia panggil nama aku sudah.. Iman sengaja duduk menunduk. Agak-agak berjaya tak..?
Iman pejam mata. Yang pastinya kumpulan dialah sebelah kiri sekarang.
“Ketua kumpulan ke depan…”
Iman menarik nafas lega. Mujur namanya tidak diseru.
Syahid bangun dan menaiki pentas. Memang Syahid ketua kumpulannya.
“Awak nak pilih siapa dulu..? Nak tengok komunikasi berkesan atau tidak..” soal Syazrul.
“Saya pilih Iman..” kedengaran suara Syahid yakin.
Aku..?
Dia ni dah kenapa…?
Dan dan nama aku jugak yang dipanggil. Macam tiada budak lain. Satu kumpulan dekat 12 orang kot. Takkanlah tidak kenal budak lain. Ini memang sengaja nak memperdajalkan diri dia lagi ni.
“Cik Iman yang mana satu…?” suara mamat kerek pula kedengaran.
Mengada!!
Buat-buat tak kenal pula. Padahal hari-hari dan setiap masa suara dia duk memanggil nama aku.
Iman bangun kemudian menuju ke pentas. Mamat kerek itu senyum meleret, Syahid pun sama. Menyesal tak pura-pura pergi tandas tadi.
“Okey Syahid, tunjukkan gambar asal dan bandingkan dengan lukisan cik Iman kita..”
Tiba-tiba Syahid ketawa besar.
Iman tersentak.
“Kenapa..? “ automatik mulut Iman bertanya.
Syahid menunjukkan gambar asal padanya. Apabila dilihat gambar asal, jauh sungguh terpesong lukisannya.
So..!
Bukan salah dia pun, dia lukis berdasarkan apa yang Zarul gambarkan.
“Itulah, saya dah cakap lukisan macam cakar ayam, awak tak nak terima…” ulang Syazrul lagi. Sengaja dia mengunakan pembesar suara untuk bercakap. Sah-sah, memang satu dewan mendengarnya.
Dia tidak berpuas hati. Namun semua itu sudah menjadi bahan ketawa mereka.
“Jadi komunikasi dekat sini. Gagal ya…” putus Syazrul.
Muka Iman memerah. Malu.
Mamat kerek tu..?
Senyuman dia semakin lebar.
Iman kemudian turun dari pentas. Syazrul memanggil wakil dari ahli kumpulan yang satu lagi. Namun fokus Iman sudah tiada.
Malam yang panjang, hati semakin sebal dan berbuku-buku. Kalau dikumpul, sudah boleh menjadi buku sabun. Senang, tak payah beli sabun sudah kalau nak mandi.
Iman mengeluh. Apalah nasibnya apabila dia bertemu semula dengan mamat kerek sejagat tu. Ingatkan lima tahun, dapat dia memadamkan kehadiran mamat kerek itu, namun hakikatnya hari ini mereka bertemu lagi.
Tapi..
Wajahnya agak berlainan dengan sebelum ini, namun apabila dia senyum kerek. Terserlahlah. Memang dia orang yang sama.
Iman kembali ke mejanya. Arahan perlu diikuti, kalau boleh dia tidak mahu mamat kerek sejagat itu terus membulinya.
Pendek sikit bab ni ya...hehehehe
Share this novel