BSKD 2

Romance Series 30336

IMAN mengumpal-gumpal kertas dan melemparnya ke dinding. Perasaan geramnya belum habis. Sudah berpuluh-puluh kali dia menulis rules yang mamat kerek aka Encik Trainer kelasnya, namun semuanya tidak sempurna baginya.. Dia geram, bukan setakat kejadian hari ini, bahkah kejadian sebelum ini muncul kembali dikotak fikirannya.

Patutlah masa mula-mula ketika dia melihat wajah mamat kerek tu macam familiar. Familiar sangat..!! Bila nama penuh dia dieja satu persatu dipapan putih, dia mengesahkan, dialah mamat kerek yang sama pada lima tahun yang lepas.

“Guys..! Beratur ikut kumpulan…” bunyi tepukan tangan yang kuat mengarahkan kami untuk bergerak dengan tangkas.

“Siapa lambat, kena denda..!” kedengaran suara trainer yang lain pula.

Masing-masing berlari dan memenuhi ruang barisan yang ada. Mana-mana barisan pun jadilah, asalkan mengikuti barisan seperti kawad. Tiga orang satu line. Sempat ke tak sempat ikutlah, asalkan di dalam kumpulan yang sama yang telah ditetapkan daripada awal.

“Pastikan semua dalam keadaan senang diri..!” arahnya garang.

Ada tiga orang trainer berdiri di hadapan kami. Inilah program belia yang pertama disertainya selepas SPM tamat. Itu pun kerana ajakan kawan baiknya, Adila. Akhirnya jasadnya turut berada di sini, berdiri dikalangan peserta-peserta yang lain.

“Assalamualaikum semua..!”

“Waalaikumusalam…!” jawab kami serentak.

Trainer yang berdiri di tengah melemparkan senyum lebar, puas hati dengan suara dan semangat yang kami tunjukkan pada pertemuan kali pertama.

“Setiap pagi kita akan adakan perhimpunan di sini dan sesi senaman pagi. Kenalkan saya Hazman, sebelah kanan saya, Akram dan sebelah kiri saya Syazrul. Kami juga akan menemani kamu semua di dalam setiap program dan aktiviti kamu sepanjang kita berada di dalam kem ini. Jika ada apa-apa masalah, kamu boleh merujuk dengan kami, atau mana-mana trainer yang ada di sini.” Terangnya panjang.

“Faham…?”

“Faham…!”

“Baik, untuk mula-mula kita perlukan tiga orang untuk menjadi tunggak perhimpunan kita. Penarik tali bendera.” Kata Encik Hazman sambil tersenyum. Dia memandang dua orang trainer disebelahnya, seperti memberi arahan dan memang mereka berdua turun dari pentas.

“Baik.. Siapa yang akan jadi mangsa, biarkan pembantu saya menangkap anda…” gurau Encik Hazman.

Mereka berdua sudah turun dan bergerak memeriksa barisan kami, sekaligus mencari mangsa. Wajah memasing cuba mengelak dari bertembung pandang dengan trainer berdua itu.

“Okey.. Saya pilih barisan ini…” tiba-tiba Syazrul bersuara. Tangannya tegak ke barisan kami. Yang pasti kumpulannya berada dihujung, dan dibarisi oleh Zarul paling depan, di tengah pula Azie dan belakang sekali Iman.

Iman mengetap bibir. Punyalah dalam banyak-banyak barisan peserta yang lain, barisan dia juga yang menjadi pilihan. Padahal, kumpulan sebelah mereka masing-masing segak, sesuai sangat menjadi penarik tali bendera.

Macam dalam TV tu, biasanya lelaki-lelaki yang kerjanya menarik tali bendera kan. Kat sekolah pun sama. Mana ada kerja orang perempuan.!

“Alang-alang Syazrul dah pilih, apa kata kita test dekat pentas sekarang..” kata Encik Hazman pula. “Kita tepuk tangan sikit untuk berikan galakan pada kawan-kawan kita ni. Hensem dan comel-comel semuanya. Pandai Syazrul pilih..” En Hazman seyum lebar, dan peserta yang lain ikut bertepuk tangan.

Azie memandang aku dan aku tiada jawapan.

Namun Zarul sudah pun bergerak ke depan, terpaksalah kami mengikuti langkahnya.

“Jalan cepat sikit, melenggang saja jalan..” tegur Syazrul ketika kami melintasinya. Kuat pula tu teguran lelaki itu.

“Bakal model kot. Praktis catwalk…” tambah En Hazman sambil ketawa mengekek. Yang lain pun sama ikut ketawa.

Iman ketap gigi. Syazrul dijeling sekilas dan jelas lelaki itu sedang menyimpan senyum. Melenggang dia cakap…? Kami kawad kot…!

Adeiii…!

Sengaja hendak mencari masalah.

Setelah kami berdiri di depan tiang, tiga buah lagu dipasangkan. Dimulai dengan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu belia, kemudian tugas kami selesai.

“Okey. Dah hebat dah pilihan kita, jadi kekal lah tiga orang ni jadi tukang tarik bendera kita sampai habis kem ini ya..” ucap En Hazman tersengih.

Mereka menepuk tangan dan kami kembali ke tempat kami semula.

Langkah Iman semakin perlahan apabila tempat dia berdiri tadi menjadi tempat Syazrul pula. Wajah lelaki itu dipandang dengan kerutan di dahi. Kenapa agaknya lelaki ini seperti mahu mencari gaduh dengannya. Mereka pernah bertemu kah?

Azie yang turut pelik, mmandang Iman sekilas. Mereka hanya berbalas pandangan. Kosong, tiada jawapan.

Syazrul melemparkan senyum tipis apabila Iman sudah menghampiri tempat dia berdiri. Kemudian, bergerak selangkah ke tepi. Kononya memberi ruang untuk Iman mengambil tempat asalnya semula.

Iman terpaksa menjarakkan dirinya agar tidak berlaga bahu dengan lelaki itu.

"Beratur dalam barisan lah..! Awak tak nampak ke bengkang bengkok barisan awak ni..?" Tegur Syazrul. Walaupun suaranya perlahan namun suara itu masih jelas di telinga Iman.

Sekali lagi dahi Iman berkerut. Ya, dia tahu, memang dia sudah terkeluar dari barisan Azie, tapi sebab apa? Sebab lelaki itu jugalah. Dia ingat, dia bergerak selangkah cukuplah ruang untuk dia berdiri? Selangkah dia pula macam langkah baby, yang langkah tak berapa nak besar tu.

Iman tidak mengalah. Selagi Syazrul tidak beranjak, dia pun tidak akan beratur sebaris. Iman mengalihkan fokusnya kepada En Hazman yang masih berdiri di pentas.

Sesekali fokusnya tergangu apabila Syazrul sekejap-sekejap berpaling memandangnya. Bukan dia tidak nampak. Matanya masih terbuka luas, dan jelas terbias di tepi mata kirinya.

Nak apa entah..

Setelah En Hazman mengakhiri taklimatnya, dia memanggil pembantunya ke depan semula. Sebelum melangkah, sempat Syazrul berikan ayat yang mampu menaikkan darah sesiapa pun yang mendengarnya.

“Bau awak semacam sahaja, tak mandi ke pagi tadi…?” komen Syazrul dengan air muka sekali.

Iman tercengang.

Huh?

Bau semacam dia cakap. Amboi mulut dia. Kita bangun awal kot pagi tadi siap mandi dan syampu lagi tahu..!

Iman menarik nafas dalam, namun ada juga sedikit kerisaukan, betul ke dia berbau busuk.? Diciumnya bahu kiri dan kanan. Tak bau busuk pun. Ketiak pun tak.

Apabila dia mengangkat muka, jelas Syazrul sedang ketawa kecil sambil memandangnya.

Biar betul mamat ni.

Selesai perhimpunan pagi, Iman menarik Adila.

“Dila, cuba kau bau. Aku bau busuk ke…?” tanya Iman. Untuk kepastian. Kot-kot la hidung dia gagal berfungsi hari ini.

Adila cuba menghidu baju dan belakang Iman.

“Taklah.. Bau wangi je… Kenapa tiba-tiba tanya..?”

Iman menggeleng. Ke bau perfume dia yang membuatkan Syazrul tak suka.

Ah..!

Lantaklah. Bukan dia sesiapa pun.

Tapi hello! Tolong sikit eh. Bab-bab bau ni sensitif bagi perempuan tau.

Itu kali pertama dia dimalukan oleh mamat kerek itu, namun bukanlah yang terakhir.

*******

KEESOKAN paginya, aktiviti mereka akan dijalankan di dalam hutan. Untuk aktiviti ini mereka telah dipisahkan kepada dua kumpulan yang besar. Satu kumpulan mengikuti aktiviti cabaran tali rendah dan satu kumpulan lagi menyertai perlawanan paintball di kawasan yang berlainan.

Awal-awal pagi lagi sudah nampak Syazrul berdiri di depan kumpulannya. Sengaja atau kebetulan..?

Hanya dia sendiri yang tahu, kerana yang memilihnya adalah dia.

Adila tersengih-sengih berdiri bersebelahan dengan kumpulan Iman. Walaupun mereka tidak berada di dalam kumpulan yang sama, tetapi mereka mengikuti aktiviti yang sama. Cabaran tali rendah.

“Mujur aku satu kumpulan dengan kau.. Boleh main sama-sama..” kata Adila.

Iman tersengih. “Tapi kau kumpulan lain, aku kena fight. Tak boleh bagi kau menang..”

“Kita tengok sekejap lagi..” Adila ketawa kecil.

“Kat belakang tu..! Fokus apa yang trainer cakap. Jangan bersembang…” tiba-tiba suara Syazrul memekak. Terus Iman dan Adila terdiam.

“Okey, kita bergerak sekarang!” Laung En Hazman.

Mereka melalui kawasan perkampungan untuk sampai ke tempat latihan. Penduduk kampung memerhati kumpulan kami, mungkin terkejut dengan kehadiran segerombolan manusia yang pastinya agak riuh dan bising.

“Iman…” sapa Khairul.

“Eh awak…” Iman senyum manis.

“Sibuklah dia ni…”Adila pula mencelah. Iman dan Khairul ketawa serentak. Asalnya dia hanya mengajak Iman untuk menemaninya menyertai program ini, mana tahu Khairul juga turut serta. Mesti Iman yang sampaikan, ialah pakwe dia kan.

“Dila kau janganlah marah, lagipun kau saja kan nak pisahkan aku dengan Iman. Mujur Iman beritahu aku awal-awal.. Kalau tak mesti korang berdua sedap-sedap cuci mata kat sini..”

“Awak ni.. Cuci mata apa pulak…” pintas Iman.

“Iyalah.. Mana saya tahu, awak jauh.. Saya ada dekat ini pun, macam ada orang nak mengurat awak saja..” Khairul buat muka kasihan.

“Memang niat asal aku macam tu pun. Asyik kau sahaja yang berkepit dengan Iman, aku nak ajak dia keluar pun susah…” adu Adila tidak puas hati. Betul, asal ajak, mesti Iman memberi alasan semuanya yang berkaitan dengan Khairul. Khairul itulah, Khairul inilah. Macam belangkas.

“Kenapa tak kahwin sahaja korang berdua ni..” usul Adila tiba-tiba.

Pap!

Satu pukulan tepat dibahu Adila.

“Sakitlah cik kak..” Adu Adila. Bahunya digosok pantas.

“Padan muka kau..” balas Iman.

“Aku okey saja, kawan kau ni yang tak nak..” sengih Khairul pula.

Pap!

Satu lagi pukulan, tapi kali ini hinggap di lengan Khairul pula.

“Awak jangan macam-macam eh, kita dah cakap pasal benda ni.. Jangan nak mengada..” tegur Iman. Dia kalau boleh tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat. Masih muda kot. Lagipun dia nak kerja dan cari punca pendapatan sendiri dulu, baru boleh fikir nak kahwin ke apa ke.

“See.. Kau tengok, kawan kau yang tak nak…”

“Asyik-asyik kawan kau, kawan kau, bukan girlfriend kaulah..” kata Adila pula.

Khairul gelak besar. “Iyelah.. Memang girlfriend aku pun…”

“Ehem-ehem…”

Kami bertiga berpaling. Syazrul ada dibelakang mereka rupanya.

“Dah habis bersembang…? Kalau dah habis, boleh ikut kumpulan masing-masing..?” tegurnya.

“Baik…” jawab kami serentak. Jangan main-main dengan trainer sorang ni.

“Semua duduk…” arah Encik Hazman.

Encik Hazman terangkan serba sedikit tentang aktiviti pada pagi ini. Kami perlu menghadapi cabaran tali rendah, bergerak dari satu halangan ke halangan yang lain. Bermula dengan cabaran tali di depan, kemudian perlu berjalan diatas tali dengan sokongan tali diatas. Aktiviti ini menitik beratkan keseimbangan badan ketika berada di atas. Kemudian halangan terakhir, bergerak di atas tayar yang tergantung.

“Kumpulan mana yang nak mula dulu…”

“Kami…!” ketua satu kumpulan mengangkat tangan.

“Baik.. Silakan..”

“Zarul cakap kita buat last-last sikitlah..” bisik Azie. Iman mengangguk. Dia tidak kisah bila pun gilirannya.

Satu persatu kumpulan selesai melakukan cabaran. Tinggal tiga kumpulan terakhir. Hanya kumpulan Iman yang belum membuat cabaran, kumpulan Adila dan Khairul awal-awal lagi sudah siap.

“Kumpulan yang sudah siap, boleh kembali ke kem semula. Kumpulan yang terakhir siap, kita denda.” Tiba-tiba terdengar arahan daripada Syazrul.

Mendengar perkataan denda, masing-masing berebut hendak memulakan cabaran dahulu.

“Baru nak berebut. Tadi bukan main heaven lagi masing-masing..” tambah Syazrul lagi.

Walaupun berebut, kumpulan Iman tetap yang terakhir. Dan dia juga orang yang terakhir.. Apalah nasib.

Jadi telinga memang bernanah mendengar kutukan Syazrul yang semakin membina. Sakit telinga mendengarnya. Sebal dalam hati pun bertambah-tambah.

“Awak tak exercise ke.? Badan macam berat semacam, dekat atas tali pun tak bergerak.”

Kawan-kawan dari kumpulannya dan beberapa peserta lain yang belum pulang ketawa mengusik selepas mendengar ayat yang keluar dari mulut Syazrul.

Kelakar sangat ke..?

Memang susah nak bergerak atas tali tu. Nak buat macam mana. Terkangkang-kangkang sambil menarik tali. Pergerakkannya menjadi perhatian mereka. Maklumlah orang yang terakhir kot. Malu suit. Taubat, aktiviti lepas ini, dia akan cuba selesaikan seawal yang mungkin. Syazrul pula seperti sengaja. Di mana dia berada, di situlah dia bertenggek.

Menyampah.!

Kalau beri kata semangat tu lainlah, ini mulutnya asyik mengutuk sahaja.

Kurang kasih sayang ke apa mamat ni.

Iman kemudian beralih ke cabaran tali rendah. Tangannya berpegang pada tali dibahagian atas, dan kaki digerakkan perlahan-lahan mengikut unjuran tali sejauh lebih kurang 800 meter.

“Yang kawan sepasukan ni, tolong angkat tangan tinggi untuk support kawan awak kat atas tu. Kang tiba-tiba jatuh saya tak tahu. Kalau sempat saya sambut, kalau tak sempat, jatuh atas tanah, kita bawa pergi hospital terus.” Mulut Syazrul berbunyi lagi.

Iman memejam mata. Dia ni boleh diam sikit tak. Tak tenang tau orang nak buat aktiviti ni.

“Kaki awak ni kena exercise lagi, baru boleh bergerak laju sikit..Terkedek-kedek. Rasanya kalau itik pun mesti lagi laju dari awak bergerak.” komen Syazrul lagi. En Hazman yang ada bersama turut tergelak mendengar komen Syazrul.

“Apa kata kita tinggal sahajalah sorang ni, dah waktu makan tengahari ni..” tambah En Hazman.

Ayat memang nak mengusik kan..? Padahal ada lagi dua tiga orang lagi di depannya yang masih belum selesai.

“Boleh ke…?” tanya Azli, ahli kumpulannya juga. Iman mengetap bibir, boleh tahan jugak si Azli ni.

“Pergilah nak balik, nanti saya denda awak sebab tak sehati sejiwa dengan ahli kumpulan..” komen Syazrul lagi. Azli yang mendengarnya, tersengih. Yang lain turut tersengih. Kalau betul boleh balik tadi, confirm mesti dia kena tinggal sorang-sorang dekat sini.

“Iman, kau boleh gerak cepat sikit tak.. Aku dah lapar ni…” kata Azli perlahan dan Iman mengangguk.

“Yalah.. Yalah.. Aku cepat-cepat lah ni…” jawab Iman tegang.

Hampir lima minit berlalu, akhirnya dia sampai ke penghujung cabaran. Iman tersenyum lega.

“Awak tahu tak, masa yang awak ambil paling lama dari kawan-kawan awak tahu. Kalau ikutkan saya, awak kena denda buat cabaran ini sekali lagi..” kata Syazrul. Wajah Iman dipandang tepat. Air mukanya serius.

Iman mengeluh. Nak buat macam mana, dia bukan expert sangat dalam aktiviti lasak ni. Masalahnya, sahabat baik dia selalu sahaja mengajak dia mengikuti aktiviti lasak. Last-last dia yang akan sengsara.

“Encik Syazrul, kami dah lapar dah ni, denda si Iman ni nanti boleh…” pujuk Zarul. Azie dan yang lain juga mengangguk.

Iman menunduk, malas hendak membalas apabila dia dapat merasakan yang Syazrul sengaja mahu membulinya.

“Tuan badan tak cakap apa-apa pun..” tambah Syazrul.

“Yalah En Syazrul, saya terima hukuman. Tetapi berilah ahli kumpulan saya balik dulu..” akhirnya Iman bersuara.

Syazrul senyum sinis. “Okey… Awak semua boleh balik. Tinggal Iman sahaja dekat sini..” putus Syazrul.

Zarul dan ahli kumpulannya teragak-agak nak bergerak. Takkan hendak biarkan Syazrul dan Iman berdua. Mereka lelaki dan perempuan, macam-macam boleh terjadi.

Iman terasa mahu menangis. Apa masalah Syazrul ni..?

Syazrul mula melangkah meninggalkan kami. Namun dia berpusing semula apabila peserta lain hanya pegun, tidak bergerak.. “Korang tidak mahu pulang ke..?”

“Iman..? Takkan nak tinggal dia di sini seorang diri..” soal Zarul semula.

Iman pandang Zarul. Terima kasih Zarul sebab ambil berat. Dalam ahli kumpulannnya, Zarul dan Azie yang selalu menolongnya. Mereka bertiga agak rapat walaupun perkenalan mereka hanya baru beberapa hari.

“Terpulang…” Syazrul terus berpusing dan berjalan ke depan tanpa berpaling lagi.

“Aku kena tunggu sini ke…?” tanya Iman cuak. Dalam hutan kot.

“Balik jelah..” Azie menarik tangan Iman. “Encik Syazrul gurau sahaja kot. Ada je budak lain yang lagi lama dari kau..”

“Seriuslah…?” Iman tidak puas hati.

“Betullah…” jawab Azie selamba. “Aku rasa dia saja nak kenakan kau tu.. Jomlah balik..”

Akhirnya Iman melangkah juga pulang ke kem semula. Syazrul! Menyesal aku terima denda dia tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience